Sei sulla pagina 1di 6

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI SOLAT SESI 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, MELAKA.
=========================================================
=========
PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi
kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam
yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan
kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah
memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan
program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang, merancang untuk menganjurkan Kem
Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program jQAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan
setiap murid Muslim Tahun Satu dapat mengambil wuduk dan
menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan,
tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui
program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan
peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.
OBJEKTIF
Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya
dengan betul dan sempurna.
Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat
dengan betul, tertib dan sempurna.

Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu


bapa.
Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang
berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.
TEMA
SOLAT CEMERLANG UMMAH TERBILANG
TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang,Melaka Tengah,Melaka.
TARIKH
TAHUN

KEM

Tahap 1

SATU
DUA

TARIKH PERLAKSANAAN
KEM BESTARI SOLAT
16/4/2014
9/5/2014

# Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dan akan diberitahu kelak

MASA
Jam 2.00 PTG 5.00 petang
KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahun Satu hingga Tahun 6
STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

CATATAN

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 3
MAKLUMAT PESERTA
Rujuk Lampiran 4
GURU PEMBIMBING
1. Pn. Shuhada bt Ahmad
2. Pn. Sarinah bt Abu Bakar
3. Pn. Asneeza bt. Abu Bakar

PENUTUP
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF
yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa di
harap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif
kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan
dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain
dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak
kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah
S.W.T.

Penyelaras KBS 2014

..
(USMAN BIN SHARIP)

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI
Penasihat

: En Mustaffa Bin Husin (Guru Besar SKBL)

Pengerusi

: En.Abd Razak b. Bokhari(GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program

: Pn. Shuhada Bt. Ahmad (K.Panitia P.Islam)

Bendahari

: Pn. Najdah Illahiyah bt Tajuddin

Setiausaha

: Pn. Norsaidah bt Ali

Ahli Jawatankuasa

:
: Pendaftaran
Pn Sarinah bt Abu Bakar
: Keselamatan/ Kawalan Murid
Mohd Iqbal b. Ismail
: Bahan Bercetak
Pn. Norsaidah bt Ali
: Teknik Dan Peralatan
Pn. Asneeza bt. Abu Bakar
: Dokumentasi
Usman bin Sharip
: Makanan dan Minuman
Pn. Najdah Illahiyah bt. Tajuddin

Fasilitator :
Muhamad Iqbal b. Ismail
Usman bin Sharip
Pn. Najdah Illahiyah bt. Tajuddin
Pn. Norsaidah bt Ali
Pn Sarinah bt. Abu Bakar
Pn. Asneeza bt. Abu Bakar

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM

TENTATIF KEM BESTARI SOLAT

MASA

PERKARA

2.00-2.15 Ptg

- Pendaftaran peserta

2.15-2.30 Ptg

- Penerangan secara umum kepada para peserta dan


pembahagian kumpulan

2.30-3.30 Ptg

- LDK 1 rukun solat

3.30-4.30 Ptg

- LDK 2 bacaan dalam solat

4.30-5.00 Ptg

- Solat Asar

5.00 Ptg

- Minum petang dan Bersurai

Lampiran 3
BELANJAWAN

BIL

PERKARA
1.

Makan minum peserta Tahun

ANGGARAN PERBELANJAAN
201 X RM 1.50 X 2

JUMLAH
RM 603.00

1,Tahun 2 dan Tahun 3


- 201 orang peserta X RM 1.50
X 2 kali kem

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 603.00

Potrebbero piacerti anche