Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
muzik. Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam
bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai
kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik
yang efektif.
Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu
secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa
menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan
antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini.
Nada
Suara
Irama
Komponen
Asas Dalam
Nyanyian
Sebutan
Pernafasan
Irama
Ekspresi
Melodi
Warna
Ton
Tekstur
Konsep Muzik
Dalam Aural
& Nyanyian
Semerta
Harmoni
Bentuk
Rajah 2 : Konsep Muzik yang Berkaitan dalam Aural dan Nyanyian Semerta
Aural
Fizikal
Daya Ingatan
Lagu
Sebagai
Sumber
Utama
Persembahan
Muzikal
Interaksi
Verbal
Komunikasi
2.0.
Aspek-aspek teori muzik yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum bernyanyi
nyanyian semerta.
Aural dan Nyanyian Semerta merangkumi pelbagai aspek teori khususnya dalam
nyanyian semerta. Pelajar seharusnya peka terhadap beberapa aspek teori muzik sebelum
bernyanyi nyanyian semerta. Antara aspek-aspek teori tersebut adalah nada, irama,
pernafasan, sebutan dan suara. Nada dimaksudkan atau dikaitkan dengan pic kerana
lontaran suara pelajar dalam pelbagai nada memainkan peranan yang penting dalam
nyanyian semerta. Nyanyian semerta oleh pelajar perlu menepati nada yang bersesuaian
dan tepat picnya. Jika tidak, nyanyian semerta pelajar akan menjadi sumbang.
Keduanya, pelajar juga perlu mengetahui irama keratan lagu yang akan dinyanyikan
sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Setiap keratan lagu mempunyai irama atau detik yang
tersendiri. Oleh itu, wajar untuk pelajar memahami dan mempelajari teori muzik tentang
kepelbagaian irama. Kefahaman tentang irama dapat membantu pelajar untuk mendapatkan
corak irama yang betul dengan setiap nilai not yang terdapat dalam sesebuah keratan lagu.
Sebelum bernyanyi nyanyian semerta pelajar dapat membayangkan detik irama secara
penghafazan. Kefahaman tentang nilai-nilai not dan tanda rehat secara pembelajaran aspek
teori muzik sangat mempengaruhi nyanyian semerta seseorang penyanyi atau pelajar
muzik. Misalnya, pelajar perlu mengetahui carta nilai not seperti di bawah :
yang
lebih
utama
terhadap
pernafasan
dalam
nyanyian
kerana
ini
mempengaruhi penghasilan suara dan nyanyian yang lebih jelas dan tepat picnya.
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian
semerta juga, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi
menghasilkan ton yang lebih resonan.
Dalam nyanyian semerta juga, pelajar seharusnya perlu mengetahui sebutan bunyi
vokal dan konsonan yang tepat dan jelas. Untuk menghasilakan pengeluaran ton yang baik
ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting, iaitu tenaga, intensity, kekuatan bunyi dan
harakat (panjang dan pendek). Pernafasan dan bentuk mulut akan mengahasilkan sebutan
yang jelas, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsosnan pada permulaan dan akhir
sesuatu perkataan perlu ditekankan. Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal adalah seperti
berikut :
Secara keseluruhannya, muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi
setiap insan. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara
mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah
digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta merupakan antara
beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pendidik muzik. Kefahaman
tentang aspek-aspek teori muzik akan membantu untuk melahirkan seorang pemuzik yang
baik dan handal.
Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan melaui nyanyian
kita dapat mempelajari dan memperluaskan budaya serta memahami perasaan dan budaya
sesebuah masyarakat. Nyanyian dapat memperkayakan imaginasi seseorang individu,
mempertingkatkan
daya
pemikiran,
memberikan
keseronokan
dan
kegembiraan,
memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan, memperbaiki kesihatan melalui
latihan pernafasan yang betul, membina keyakinan diri dan seterusnya dapat memberi
kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.
Oleh itu, wajarlah seseorang untuk membuat beberapa persediaan dalam nyanyian
sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Pertama sekali, kita perlu
mengenal pasti beberapa prinsip dan peraturan yang penting dalam latihan nyanyian. Bukan
itu sahaja malah kita perlu mempraktiskan peraturan tersebut dalam latihan nyanyian
semerta. Antaranya adalah sentiasa bersikap positif dan menganggap latihan nyanyian
sebagai satu tugasan yang menyeronokkan serta memberi fokus kepada konsep warna ton
yang ekspresif, bermutu dan ringan.
Latihan secara pendengaran dalaman boleh dilakuakan sebagai salah satu
persediaan sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta. Kaedah ini juga lebih dikenali
sebagai latihan pengahfazan yang melibatkan inner hearing atau inner singing.
Keupayaan ini sangat penting dalam nyanyian mahupun permainan muzikal kepada
seseorang penyanyi.
Seterusnya, latihan solfege juga boleh dilakukan untuk mendapatkan melodi dan pic
yang tepat. Latihan solfa merupakan gabungan pengajaran secara hafalan not dan bacaan
notasi dengan menggunakan simbol seperti do re mi fa so la ti do digunakan sebagai
sebutan pic. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran
secara solfa. Kedua-dua sebutan simbol dan isyarat tangan membantu perkembangan
pendengaran dalaman sambil melihat notasi muzik.
Sebelum menyanyikan keratan lagu yang disediakan untuk nyanyian semerta kita
perlu memberi perhatian terhadap keseluruhan skor muzik terlebih dahulu. Kita perlu
mengenal pasti tanda nada, tanada masa, tanda kromat dan corak irama keratan lagu yang
telah diterima terlebih dahulu. Selepas itu, secara perlahan-lahan membuat latihan
penghafazan dalaman dalam tempo masa yang diberikan. Latihan corak irama juga