Sei sulla pagina 1di 43

PENGURUSAN

BUKU JADUAL KEDATANGAN


MURID
(BJKM)
DISEDIAKAN OLEH

JAWATANKUASA
PK HEM

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PENGURUSAN BUKU JADUAL


KEDATANGAN MURID
(BJKM)
1.0 Pengenalan
BJKM merupakan dokumen rasmi yang
penting dan sah dari segi perundangan
dan kewangan. Ia juga digunakan bagi
merekod kedatangan murid setiap hari
persekolahan dan sebagai rujukan
maklumat murid.

1.1 Objektif
a. Memberi pendedahan tentang cara
mengurus dan mengendalikan Buku
Jadual Kedatangan Murid
b. Menyelaras cara mengendalikan
maklumat dalam BJKM

1.2 Peraturan Pengurusan BJKM


a. BJKM perlu disimpan di tempat selamat
b. Di bawah jagaan guru tingkatan
c. Ianya hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar.
d. Murid tidak boleh mengambil, mencatat dan
mengembalikan BJKM ke pejabat.
e. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak
dibenarkan. Jika berlaku kesilapan, sila batalkan dan
tandatangan ringkas.
f. Butir-butir di dalam BJKM hendaklah ditulis terus dan
tidak boleh disalin dari kertas lain atau seumpamanya
dengan alasan supaya bersih atau sebagainya.

samb
g. Sekiranya berlaku kehilangan, guru kelas
hendaklah membuat laporan kepada pihak
pengurusan sekolah untuk dibuat laporan polis.

h. BJKM hendaklah diambil pada permulaan hari


persekolahan dan dikembalikan ke pejabat
selewat-lewatnya waktu kedua berakhir.
i. Buku tersebut tidak boleh disimpan di atas
meja guru atau dibawa balik ke rumah dan
mesti sentiasa berada di pejabat sekolah.

samb
j. Semua ruangan pada setiap muka surat
mestilah diisi dengan cermat dan betul.
k. Surat Jabatan Pelajaran Negeri yang
membenarkan seseorang murid bukan
warganegara belajar di sekolah berkenaan
hendaklah dicatatkan di ruangan catatan.
l. Tandakan Jadual Kedatangan ini dengan
dakwat hitam atau biru. Hanya gunakan
satu warna sahaja bagi menulis
keseluruhan maklumat.

Samb
m. Guru tingkatan bertanggungjawab
menanda kehadiran kelas pada setiap
hari dan menutup BJKM pada hari
akhir belajar setiap bulan.
* Sekiranya Guru Tingkatan tidak hadir,
Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab
melengkapkannya. Sekiranya kedua-dua
guru berkenaan tidak hadir, guru lain akan
diminta untuk menjalankan tugas tersebut.

2.0 Maklumat Dalam Buku Jadual


Kedatangan Murid
2.1 Muka Depan

Isikan butiran di muka hadapan menggunakan huruf besar


dengan jelas dan terang.

CONTOH:
a) NAMA SEKOLAH
: SMK SEGAMBUT
b) ALAMAT SEKOLAH : JALAN SEGAMBUT,
c) TINGKATAN
d) TAHUN
e) NAMA GURU

51200 KUALA LUMPUR.

: 5 SAINS 2
: 2008
: PN HASNAH BT ABU

PERINGATAN: Jika berlaku pertukaran guru kelas, catatkan


nama guru bersama-sama tempoh beliau
menjadi guru kelas tersebut.
Contohnya

: PN HASNAH BT ABU (JANUARI-MAC)


EN LIM SENG KUAN (APRIL-

*Nama guru tidak boleh ditampal seperti di bawah tetapi mesti ditulis
dengan huruf besar pada kulit BJKM

2.2 Jadual Kedatangan Harian


a. Nombor pendaftaran murid
i. Ditulis pada setiap bulan lengkap.
Contoh: 1111/07
ii. Nombor Pendaftaran Murid Rayuan Bersekolah Semula dari
sekolah yang sama perlulah menggunakan nombor
pendaftaran asal.
b. Nama penuh
i. Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis
dengan HURUF BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan.
ii. Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan
bersekolah semula tuliskan nama murid tersebut di bahagian
bawah nama murid yang sedia ada dan kekal hingga ke
hujung tahun.
iii. Nama murid yang berpindah, berhenti atau dibuang
sekolah perlu dikekalkan dalam BJKM pada ruang asalnya
sehingga hujung tahun.

Samb...
c. Jantina :
Tuliskan L atau P bagi setiap murid
d. Cara menanda kehadiran
i. Tandakan / sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan O sekiranya murid tidak hadir
tanpa sebab
iii. Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak
hadir bersebab. (surat pengesahan
daripada ibu bapa/ penjaga atau sijil sakit).

Samb...
iv. Tandakan L dalam bulatan sekiranya
murid lewat dan murid ini dikira hadir.

v. Tandakan W dalam bulatan sekiranya


murid mewakili sekolah dan dikira hadir.
vi. Tandakan G dalam bulatan sekiranya
murid digantung persekolahan dan dikira
tidak hadir.

Samb...
e. Jika seseorang murid meninggalkan
kelasnya sebelum cukup dua jam dia berada
di dalam kelas itu maka kedatangannya
hendaklah ditandakan sebagai murid yang
tidak hadir.
f. Hari cuti kelepasan hendaklah ditandakan di
ruangan berkenaan.

g. Jumlah kedatangan dan jumlah murid yang


tidak hadir hendaklah dicatatkan pada akhir
waktu persekolahan.

* Hari cuti ditanda dengan satu garisan dari atas sebelah kiri ke kanan ke bawah.
Perkataan jenis cuti seperti contoh.
* Murid dibuang sekolah atau berpindah ditulis seperti contoh.

h. Lajur Ringkasan.
i. Hitung Panjang Kedatangan
Jumlah kedatangan murid-murid yang
sebenarnya dibahagi dengan bilangan hari
belajar. Jika hasil adalah dalam perpuluhan,
hendaklah digenapkan atau dibundarkan.
= Jumlah kedatangan murid sebenar
Jumlah bilangan hari belajar
Contoh : 630 = 28.63
20
= 29 (nombor bulat )

ii. Peratus kedatangan


= Jumlah kedatangan murid sebenar x 100
Jumlah kedatangan murid sepatutnya
Contoh : 630 x 100 = 84.22%
748
= 84.2% ( satu tempat perpuluhan)
iii. Hitung Panjang Bilangan Murid ialah jumlah
kedatangan murid yang sepatutnya dibahagi dengan
bilangan hari belajar. Jika hasil adalah dalam
perpuluhan maka hendaklah digenapkan atau
dibundarkan.
= Jumlah Kedatangan sepatutnya
Bil. hari belajar
Contoh : 748
= 34 ( nombor bulat)
22

iv. Jumlah murid dalam daftar hujung bulan


lepas
- Bagi bulan Januari tandakan
- Bagi bulan-bulan selepas Januari
isikan bilangan murid dalam kelas
pada hujung bulan lepas.

v. Jumlah murid yang masuk :


- Untuk bulan Januari, bilangan murid
ialah jumlah murid yang ada dalam
jadual kedatangan

- Bagi bulan-bulan berikutnya rujuk


contoh di bawah.

Contoh : untuk bulan Februari


Jumlah murid dalam daftar hujung Januari
= 36
Jumlah murid yang masuk = 2
Jumlah murid yang keluar = 1
Jumlah murid dalam daftar pada hujung Februari
= 37

2.3 Analisa Kedatangan Setahun


a. Jumlah Murid adalah bilangan murid dalam
kelas pada akhir bulan berkenaan.
b. Hitung Panjang Kedatangan dan Peratus
Kedatangan perlu diisi dengan merujuk
kepada ruangan ringkasan setiap bulan
berkenaan.
c. Catatan : Di ruangan ini dicatatkan bilangan
murid yang baru masuk atau keluar pada
bulan berkenaan.
d. Bagi bulan Disember , isikan ruangan jumlah
murid sahaja.

2.4 Pernyataan Bulan Mengikut Bangsa.


a. Jumlah murid mengikut bangsa pada muka surat
ini dikira berdasarkan jumlah murid untuk bulan
berkenaan.
b. Analisa keturunan : Lain-lain bangsa melibatkan
Ceylonese/Sri Lankan, Pakistan, Indonesia dan
Thai. Keturunan Punjabi dicatatkan sebagai India.
Rujuk sijil kelahiran murid untuk kepastian.
c. Guru perlu tandatangan pada setiap bulan.
d. Ruangan catatan: Catatkan bilangan murid
keluar/masuk. Contoh: 1 murid Melayu masuk, 2
murid Cina keluar.
e) Maklumat di ruangan jumlah dan jumlah
besar adalah sama.
f) Isikan ruangan berkenaan bagi bulan Januari
hingga bulan Disember.

2.5 Pernyataan Bulan Mengikut Agama


a. Jumlah murid mengikut agama pada muka
surat ini dikira berdasarkan jumlah murid
untuk bulan berkenaan.
b. Analisa Agama: Islam, Buddha, Hindu dan
Kristian. Selain daripada agama yang di atas
dicatatkan di ruangan Agama lain.
c. Guru perlu tandatangan pada setiap bulan.
d. Ruangan Catatan: Catatkan bilangan murid
keluar/masuk.
Contoh: 1 murid Kristian masuk/keluar.

2.6 Bayaran Khas


a. Menulis bayaran tambahan dan nombor
resit dalam setiap ruangan yang disediakan
bagi setiap murid.
b. Jika bayaran majalah dijelaskan oleh adik,
abang atau kakak, catatkan nama, tingkatan
dan nombor resit pembayar.
c. Bagi murid yang berpindah kelas, Guru
Tingkatan asal mencatatkan BERPINDAH KE
TINGKATAN....., TARIKH, di lajur catatan. Guru
tingkatan baru mencatatkan BERPINDAH DARI
TINGKATAN...., TARIKH, N0. RESIT di lajur
catatan.

Samb.......
d. Bagi murid yang berpindah masuk dari sekolah
lain, Guru Tingkatan perlu mencatatkan
BERPINDAH MASUK DARI SMK....., TARIKH, NO.
RESIT di lajur catatan. Murid baru tanpa resit
pembayaran mesti membuat Bayaran
Tambahan sepenuhnya.
e. Bayaran Tambahan perlu diselesaikan selewatlewatnya pada akhir bulan Mac.
f. Bayaran PIBG, Koperasi dan bayaran-bayaran lain yang
tidak termasuk dalam pakej tidak perlu dicatatkan
dalam Jadual Kedatangan Murid. Bayaran-bayaran ini
dicatatkan dalam Buku Persediaan Mengajar Guru
Tingkatan berkenaan.

2.7 Maklumat Peribadi


a. Lengkapkan semua maklumat
dalam ruangan berkenaan selewatlewatnya akhir bulan Januari.
b. Tarikh masuk sekolah adalah tarikh
murid mendaftar pada hari pertama
di sekolah .
c. Nombor rujukan surat-surat untuk
Murid Bukan Warga Negara perlu
dicatat di ruangan catatan.

2.8 Maklumat Peribadi Ibubapa /


Penjaga
a. Lengkapkan semua maklumat dalam setiap
ruangan dengan teliti dan kemas selewatlewatnya pada akhir bulan Januari
b. Tarikh murid meninggalkan kelas adalah
tarikh murid pindah/berhenti /dibuang.
c. Sijil berhenti perlu dikeluarkan bagi murid
yang berhenti sekolah/dibuang sekolah/ ke
SMK Teknik / ke intitusi pendidikan swasta.
d. Alamat rumah hendaklah ditulis dengan pen.
Jika murid berpindah catatkan tarikh murid
berpindah.

2.9 Kegiatan Kokurikulum


a. Semua maklumat mesti dilengkapkan
selewat-lewatnya pada penghujung bulan
Januari.
b. Setiap murid mesti menganggotai
sekurang-kurangnya satu persatuan/kelab,
satu permainan, satu badan beruniform dan
satu rumah sukan.

2.10

Penyata Ketidakhadiran dan


Ponteng

a. Mesti dilengkapkan pada akhir setiap bulan.


b. Seseorang murid hanya berada dalam satu
katogeri sahaja sama ada tidak hadir atau
ponteng. Sekiranya murid tersebut pernah tidak
hadir dan ponteng pada bulan yang sama,
penentuan kategori hendaklah mengikut bilangan
yang terbanyak.
Contoh bagi seorang murid:
Jumlah hari ponteng(tidak hadir tanpa sebab)=3
Jumlah hari tidak hadir(dengan sebab)=4
Tafsirannya murid ini kategori Murid Tidak Hadir
kerana hari tidak hadir bersebab melebihi hari
ponteng.
c. Kaedah pengiraan ditunjukan pada ruangan
berkaitan.

Contoh
1

Bul.

Nov

10

11

Ramai
murid
dalam
daftar
pada
hujung
bulan

Banyak hari
belajar
dalam bulan

Jumlah
murid tidak
hadir

Peratus
murid tidak
hadir
(4/2X100)

Jumlah
murid
ponteng

Peratus
murid
ponteng
(6/2/X100)

Jumlah
hari
murid
tidak
hadir

Peratus
hari
murid
tidak
hadir
(8X100/
2X3)

Jumlah
hari
murid
ponteng

Peratus
hari
murid
ponteng

17

16

1.10%

27

11.77%

2/17X100 =
11.77%

Dis

17

35.3%

3X
100/17/16
= 1.10%

6/17X100
= 35.3%

(10X100/
2X3)

9.92%
27X100/
(17/16)
=9.92%

PERATURAN PONTENG SEKOLAH


ORDINAN PELAJARAN 1957,
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN


AMARAN PERTAMA
AMARAN KEDUA
AMARAN KETIGA
BUANG SEKOLAH

3 HARI
3 + 7 HARI = 10 HARI
10 + 7 HARI = 17 HARI
17 + 14 HARI = 31 HARI

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT


AMARAN PERTAMA
AMARAN KEDUA
AMARAN KETIGA
BUANG SEKOLAH

10 HARI
10 + 20 HARI = 30 HARI
30 + 10 HARI = 40 HARI
40 + 20 HARI = 60 HARI

LAMPIRAN-LAMPIRAN

*Diletakkan di bahagian dalam kulit belakang BJKM untuk


pemantauan/tindakan

BJKM hendaklah dibalut dengan balutan lutsinar

*Garisan dan tulisan untuk cuti jika sehari sahaja


*Garisan bagi murid yang berpindah

SEKIAN.
TERIMA KASIH