Sei sulla pagina 1di 72

1

samsudin.saad@iptho.edu.my
SAMSUDIN BIN HAJI SAAD
PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN KAJIAN SOSIAL (D14)
2
samsudin.saad@iptho.edu.my
1. PENGENALAN
2. KONSEP MODENISASI DAN
PEMBANGUNAN POLITIK
3. PELAKSANAAN MODENISASI DAN
PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
4. KEMAJMUKAN MASYARAKAT DALAM
PROSES POLITIK DI MALAYSIA
5. KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN
ETNIK
3
samsudin.saad@iptho.edu.my
6. PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK
SECARA FORMAL
7. HUBUNGAN ETNIK SELEPAS
PENUBUHAN MALAYSIA
4
samsudin.saad@iptho.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN KULIAH M10
1. MAMPU MENJELASKAN KONSEP
PEMBANGUNAN POLITIK
2. DAPAT MENYATAKAN PROSES DAN
PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
3. MENGHURAIKAN PROSES
KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI DI
MALAYSIA
4. MENGANALISIS PROSES DAN
TINDAKAN POLITIK MAMPU MEMUPUK
HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS
5
samsudin.saad@iptho.edu.my
KONSEP MODENISASI DAN
PEMBANGUNAN POLITIK
Konsep modenisasi :
merujuk kepada suatu proses transformasi
atau perubahan berencana dalam segala
aspek kehidupan masyarakat.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama:
1. Pembangunan ekonomi
2. Pembangunan politik.
6
samsudin.saad@iptho.edu.my
Matlamat pembangunan ekonomi:
untuk mencapai kemajuan dan
pertumbuhan ekonomi dengan
mewujudkan sebuah masyarakat
industri.
Matlamat pembangunan politik:
pembinaan negara bangsa.
Negara bangsa diertikan:
suatu wilayah yang mempunyai
sempadan, pemerintahan atau kerajaan
dan warganegara atau bangsa.
7
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui
kaedah yg bersifat top-down seperti:
1. Penghayatan ideologi negara,
2. Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan
oleh pihak kerajaan,
3. Penanaman semangat nasionalisme melalui
simbol-simbol dan ritual negara.
Lazimnya, penilaian ke atas dasar-dasar awam yang
dilaksanakan menjadi asas kepada pengukuran
kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.
Pembangunan politik turut melibatkan perubahan
dalam aspek struktural dan budaya sehingga
membawa kepada perubahan sistem politik
masyarakat.
8
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pembangunan politik dalam konteks ini
berlangsung melalui 3 proses utama:
1. Differensiasi struktur politik;
2. Sekularisasi budaya politik;
3. Partisipasi politik yang besar oleh rakyat.
9
samsudin.saad@iptho.edu.my
1. Differensiasi struktur politik:
Perubahan daripada struktur politik
yang bersifat feudal atau autoritarian
kepada struktur politik yang berpegang
kepada prinsip trias politica,
Kekuasaan politik terletak kepada 3
badan yang terpisah dan saling
mengawasi iaitu, kehakiman,
perundangan dan eksekutif.
10
samsudin.saad@iptho.edu.my
2. Sekularisasi budaya politik:
Perubahan budaya politik
daripada budaya politik feudal
dan yang tidak memisahkan
antara agama dengan negara
kepada budaya politik yang
memisahkan kedua unsur
tersebut.
11
samsudin.saad@iptho.edu.my
3. Perubahan dalam budaya politik itu
akhirnya membawa kepada proses
selanjutnya, iaitu:
partisipasi politik yang besar oleh
rakyat dalam proses politik.
rakyat yang mempunyai
kedaulatan dan berhak
menentukan pemimpin mereka.
12
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pembangunan politik dalam konteks
mewujudkan amalan demokrasi
dianggap tercapai apabila terdapat
komponen berikut dalam suatu sistem
politik, iaitu:
1. Parti-parti politik
2. Majlis perwakilan rakyat atau
parlimen
3. Perlembagaan negara
4. Pilihanraya
13
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kewujudan keempat-empat unsur
tersebut menjadi ukuran sama ada suatu
negara sudah atau belum mengamalkan
amalan demokrasi.
Pembinaan negara-bangsa dan
perubahan dalam aspek struktural dan
budaya merupakan dua hal yang saling
mempengaruhi dalam menentukan
tercapainya pembangunan politik dalam
sesebuah negara.
14
samsudin.saad@iptho.edu.my
MODENISASI DI MALAYSIA
Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah
Barat akibat daripada Revolusi Perancis dan Revolusi
Industri.
Konsep modenisasi dan proses tersebar dan diguna
pakai di seluruh dunia - melalui proses imperialisme
dan kolonialisme.
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
kehadiran kolonial Inggeris - mencontohi jejak langkah
pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
Projek modenisasi dilanjutkan melakukan pelbagai
perubahan dan penyesuaian.
15
samsudin.saad@iptho.edu.my
MODENISASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK
Dalam konteks pembangunan politik
Malaysia, isu pembinaan negara
bangsa adalah sangat penting.
Malaysia turut berusaha mencapai
pembinaan negara - bangsa melalui
beberapa kaedah yang bersifat top-
down.
16
samsudin.saad@iptho.edu.my
Program penghayatan ideologi negara:
Rukunegara,
Penerapan dasar-dasar awam, (Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Pembangunan Wawasan, dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan)
Antara usaha yang telah atau sedang dijalankan oleh
kerajaan bagi mencapai matlamat pembinaan
negara-bangsa
Usaha dan penilaian yang berterusan ke atas dasar-
dasar awam iaitu penting bagi memastikan kejayaan
atau pencapaian pembinaan negara-bangsa.
17
samsudin.saad@iptho.edu.my
KEMAJMUKAN ETNIK DALAM
PROSES POLITIK DI MALAYSIA
18
samsudin.saad@iptho.edu.my
Semenanjung Malaysia
Melayu adalah etnik terbesar di
Semenanjung. Perlembagaan Persekutuan
Malaysia memperuntukkan masyarakat
Melayu menganut agama Islam.
Sebahagian besar Melayu (Semenanjung)
merupakan penduduk luar bandar.
19
samsudin.saad@iptho.edu.my
Peratusan ini mula berkurangan kerana
penghijrahan mereka ke bandar bermula sejak
1970an dan selepas itu, ia kian meningkat.
Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakan
tertumpu kepada aktiviti tradisional seperti
pertanian dan nelayan peringkat sara diri.
1980-an, ramai di antara mereka yang terlibat dlm
bidang pertanian secara besar-besaran di estet dan
ladang komersial yang mengusahakan tanaman
kelapa sawit.
Namun, sebahagian besar Melayu di bandar masih
tertumpu kpd perkhidmatan awam, walau pun
terdapat sebilangan kecil berjaya dalam sektor
perdagangan dan perniagaan.
20
samsudin.saad@iptho.edu.my
Cina adalah etnik kedua terbesar di
Semenanjung.
Masyarakat ini penganut pelbagai agama
seperti ajaran Buddha dan Konfusius,
Kristian, kepercayaan tradisional dan
segelintir yang memeluk Islam.
Sebahagian besar - tertumpu kepada
sektor perdagangan dan komersial.
Tertumpu di bandar-bandar utama,
khasnya di Lembah Klang.
21
samsudin.saad@iptho.edu.my
India adalah etnik ketiga di
Semenanjung.
Sebahagian besar masih tertumpu di
estet-estet, (penempatan tradisional
mereka).
Namun, terdapat kalangan mereka
yang berpindah ke bandar-bandar
dan menerokai pekerjaan serta
penghidupan yang berbeza daripada
ibu bapa mereka.
22
samsudin.saad@iptho.edu.my
Terdapat antara mereka berjaya menembusi sektor
perdagangan dan komersial.
India Malaysia terdiri daripada pelbagai puak
berasaskan asal usul mereka di Tanah Besar India.
Kepelbagaian ini jarang diakui dalam data-data
rasmi seperti - puak Sikh, Tamil, Malayalee dan
Singhalese.
Mereka juga menganut pelbagai agama seperti -
Hindu, Sikh dan juga Islam.
23
samsudin.saad@iptho.edu.my
Orang Asli merupakan etnik terkecil di
Semenanjung.
Kebanyakan penduduk pendalaman di beberapa negeri di
Semenanjung.
mengikut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan
Islam.
Terdapat juga kelompok-kelompok kecil lain:
1. Baba-Nyonya di Melaka dan Penang - menghasilkan
percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budaya
Melayu
2. Portugis di Melaka - mengamalkan budaya Portugis yg di-
Malaysia-kan.
3. Siam di beberapa kawasan di negeri-negeri di utara
Semenanjung.
24
samsudin.saad@iptho.edu.my
Sarawak
Hampir semua etnik Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau Orang
Ulu, merupakan penganut kepercayaan tradisional atau Kristian,
sebilangan kecil sahaja menganut agama lain terutamanya
Islam.
Dayak:
Penduduk luar bandar, walaupun peratusan ini menurun
semenjak tahun 1970-an.
Penduduk di luar bandar dan pendalaman di rumah panjang,
aktiviti utama ialah pertanian sara diri.
Aktiviti ini semakin berkurangan dan kebanyakan mereka
bergiat dalam sektor pembalakan dan juga buruh upahan.
sebilangan mereka telah berjaya menerokai sektor
perdagangan atau komersial di bandar-bandar utama negeri
berkenaan.
25
samsudin.saad@iptho.edu.my
Etnik Melayu:
Merupakan penghuni luar bandar
terutama di pinggiran bandar Kuching,
Kota Samarahan dan Sibu.
Aktiviti utama yang tinggal di luar
bandar adalah pertanian sara diri.
Tinggal di bandar, tertumpu di sektor
perkhidmatan awam.
26
samsudin.saad@iptho.edu.my
Etnik Melanau:
Penduduk pantai Sarawak.
Menganut agama Islam, Kristian dan
juga kepercayaan tradisional.
Tinggal di kawasan tradisional, bekerja
sebagai nelayan dan petani serta
pengutip sagu.
27
samsudin.saad@iptho.edu.my
Etnik Cina:
Tinggal di kawasan bandar, terdapat
sebilangan kecil tinggal di luar bandar.
Tertumpu pada perdagangan.
Menganut pelbagai agama seperti ajaran
Buddha, Konfusianis dan Kristian.
28
samsudin.saad@iptho.edu.my
Sabah
Kadazandusun menganut agama asal dan Kristian,
sementara Bajau, Murut dan bumiputera lain
menganut agama Islam.
Purata bilangan penduduk yang menganut Islam dan
Kristian dalam kalangan etnik bumiputera ini hampir
sama jumlahnya.
Kebanyakan mereka adalah penduduk :
Luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara
diri sebagai aktiviti utama, disamping mencari
produk hutan.
Di bandar-bandar, tertumpu kepada sektor
perkhidmatan awam.
29
samsudin.saad@iptho.edu.my
Sabah
Masyarakat Cina:
Tertumpu di pusat-pusat bandar utama.
Terlibat dalam aktiviti perdagangan dan
sektor komersial.
Penganut pelbagai agama seperti Buddha,
Kristian dan sebilangan kecil yang
memeluk Islam.
30
samsudin.saad@iptho.edu.my
KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatan
dalam proses politik dan pentadbiran terhad.
Di akhir penjajahan, rakyat - dilibatkan dalam proses
politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah,
(pegawai rendah).
Gerakan lebih besar ialah pada zaman berakhirnya
penjajajan Jepun - bermula dengan pelancaran
Malayan Union di negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia dan penyerahan Sabah dan Sarawak
kepada Inggeris untuk ditadbirkan sebagai tanah
jajahan Inggeris pada petengahan 1946.
31
samsudin.saad@iptho.edu.my
Semenanjung Malaysia
Sekembalinya mereka ke Persekutuan Tanah
Melayu, Inggeris merancang dan melancarkan
Malayan Union pada 1946. Kesatuan ini terdiri
daripada 9 negeri Melayu, Pulau Pinang dan
Melaka.
Beberapa ciri penting Malayan Union adalah
seperti berikut:
1. Pemusatan kuasa di kerajaan pusat.
2. Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas
hal berkaitan Islam dan adat Istiadat Melayu
3. Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip
jus soli.
32
samsudin.saad@iptho.edu.my
Malayan Union disambut dengan tentangan hebat
daripada orang Melayu.
Di bawah pimpinan Onn Jaafar, mereka
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (United Malays National Organization
[UMNO] ).
UMNO ditubuhkan hasil daripada gabungan
pelbagai persatuan / pertubuhan Melayu.
Tentangan Melayu terhadap Malayan Union
disalurkan melalui parti ini yang juga mendapat
pelbagai sokongan seperti daripada bekas pegawai-
pegawai Inggeris.
33
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dalam suasana politik yang tegang ini, lahir dua buah parti
politik.
Kongress India Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Indian
Congress [MIC]).
Ditubuhkan pada penghujung tahun 1946, iaitu beberapa
bulan setelah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Diketuai oleh John Thivy.
Matlamat utamanya: menjaga kepentingan dan kebajikan
etnik India di Persekutuan Tanah Melayu.
2. Persatuan Cina Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Chinese
Association [MCA]).
Ditubuhkan pada 1949 oleh Tan Cheng Lock.
Tujuan: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik Cina di
Persekutuan Tanah Melayu.
34
samsudin.saad@iptho.edu.my
35
samsudin.saad@iptho.edu.my
Tujuan penubuhan MCA & MIC membuktikan
kepada Inggeris bahawa Cina dan India sedia
berkerjasama dgn Melayu dan setia kepada
Persekutuan Tanah Melayu.
Kerjasama erat ini membawa kejayaan besar dalam
politik awal Persekutuan Tanah Melayu. Contoh:
Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur 1952; parti
Perikatan menang 9/12 kerusi yg dipertandingkan.
Pilihanraya Umum Pertama; menang 51 drpd 52
kerusi yang dipertandingkan.
Situasi ini adalah asas menunjukkan kepada Inggeris
Persekutuan Tanah Melayu sudah bersedia untuk
dibebaskan daripada kuasa Inggeris.
36
samsudin.saad@iptho.edu.my
Selepas penubuhan Malaysia 1963, kerjasama /
perbincangan antara parti politik diperluaskan lagi.
Parti Perikatan ditukar namanya kepada BN.
Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik
dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati
garis etnik.
37
samsudin.saad@iptho.edu.my
Malaysia Timur
Proses dan penubuhan parti politik di
Sabah dan Sarawak merupakan respons
terus kepada cadangan yang melibatkan
kedua-dua negeri itu dalam Persekutuan
Malaysia.
Ada yang ditubuhkan dengan restu
pentadbiran kolonial dan ada juga yang
ditubuhkan atas inisiatif rakyat
tempatan.
38
samsudin.saad@iptho.edu.my
SARAWAK
Parti terawal - Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(Sarawak United Peoples Party atau SUPP).
mendapat galakkan daripada pentadbiran
kolonial sebagai persediaan awal ke arah
pemerintahan sendiri.
menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan
kebajikan Cina demi menjaga kepentingan
mereka di negeri berkenaan.
parti berbilang etnik, namun pucuk kepimpinan
jelas dimonopoli oleh etnik Cina.
hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calon
bukan Cina kalah dalam pilihanraya kerajaan
tempatan pada tahun 1963.
39
samsudin.saad@iptho.edu.my
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun
1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan parti
masing-masing.
Dalam kalangan Dayak dan Iban:
SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National
Party) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dr kawasan
Skrang-Saribas pada 1961.
dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.
Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tdk mendapat
tempat dlm SNAP, maka:
Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan
oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr Rejang pada
1962.
40
samsudin.saad@iptho.edu.my
Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan
berasaskan etnik dan kawasan.
1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkan
pada tahun 1960
-dipimpin oleh golongan perabangan dari
Kuching iaitu Abang Mustapha.
2. Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961.
- ditubuhkan oleh Melayu / Melanau dari
Lembah Rejang atas dakwaan mereka tidak
diwakili dalam PANAS.
41
samsudin.saad@iptho.edu.my
42
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perubahan besar proses politik di Sarawak selepas
Malaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu dan
Melanau.
Bagi etnik Cina:
selepas tahun 1970 SUPP menjadi teman pilihan
bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan
kerajaan campuran selepas pilihanraya umum
tahun 1969/71.
di akhir 1970an, DAP muncul di Sarawak sebagai
pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan
Cina.
43
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perubahan besar proses politik di Sarawak selepas
Malaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu dan
Melanau.
Etnik Melayu dan Melanau:
perpaduan politik semakin kukuh sejak
penggabungan Berjasa dan PANAS dlm Parti
Bumiputera yg dipimpin oleh Abd Rahman Yakub
dan Abd Taib Mahmud.
Kekuatannya meningkat apabila Temenggong
Jugah membawa Pesaka bergabung dgn Parti
Bumiputera utk membentuk PBB (Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu) pd pertengahan 1970-an.
44
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kini, dalam konteks percaturan politik;
- etnik Dayak dan Iban berpecah kepada
PBB, SPDP, PRS dan SUPP yang berada dalam
Barisan Nasional,
- juga di antara SNAP dan beberapa puak
daripada peninggalan pengharaman PBDS iaitu
kumpulan Moggie-Tajeim dan MDC (Malaysian
Dayak Congress) yang masih menunggu
pendaftarannya diluluskan.
45
samsudin.saad@iptho.edu.my
Sabah
Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti
Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisah
berasaskan anutan agama.
Justeru, parti-parti yang ditubuhkan akan mendapat
sokongan daripada pribumi beragama Islam atau
Kristian.
Sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Sabah
diperintah oleh semua etnik utama negeri.
46
samsudin.saad@iptho.edu.my
47
samsudin.saad@iptho.edu.my
48
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ini bermula dgn Donald Stephen:
menubuhkan parti UNKO (United Kadazan
National Organization) pada Ogos 1961.
bagi menyatupadukan Kadazandusun dan
bumiputera bukan Islam.
Kemudian Mustapha Harun:
menubuhhkan USNO (United Sabah National
Organisation) pd Disember 1961.
Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain
Cina bernaung di bawah SCA (Sabah Chinese
Association).
49
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara beberapa parti politik di Sabah:
I. UNKO Donald Stephen
II. USNO Mustapha Harun
III. Parti Berjaya Harris Salleh
IV. Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph
Pairin Kitingan.
V. UMNO
50
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kejatuhan PBS membawa perubahan besar
kepada proses politik di Sabah daripada
beberapa sudut.
1. UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebut
berjaya merampas pemerintahan negeri,
jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran
di antara bumiputera Islam, bumiputera
bukan Islam dan Cina supaya semua
mempunyai peluang untuk memerintah.
51
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kejatuhan PBS membawa perubahan besar
kepada proses politik di Sabah daripada
beberapa sudut.
2. Keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah
parti baru seperti PBRS (Parti Bersatu rakyat
Sabah), dan PDS (Parti Demokratik Sabah),
yang melibatkan pemimpin utama daripada
PBS yang telah meninggalkan parti tersebut.
52
samsudin.saad@iptho.edu.my
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA FORMAL
Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka
daripada Inggeris pada tahun 1957, satu perjanjian -
kontrak sosial dicapai antara Melayu dan bukan
Melayu.
Kontrak sosial ini bertambah kompleks a/b
Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963
dengan pencatuman wilayah Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura untuk
seketika.
Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemen-
elemen khasnya yang turut termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
53
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kontrak Sosial 1957
Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan
Raja British (1948), Malayan Union telah dimansuhkan
dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
1. Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan
wakil Raja British), yang mempunyai kuasa yang
luas dalam hal membuat undang-undang dan
menjalankan pentadbiran negeri.
2. Mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan
yang berhak membuat undang-undang
sebagaimana termaktub dalam Jadual Perjanjian
1948 dan sehubungan itu lahirlah Perlembagaan
Malaya 1948.
54
samsudin.saad@iptho.edu.my
Tahun 1956 satu persidangan telah diadakan
di London antara pemimpin Parti Perikatan
dengan pihak British.
Persidangan tersebut telah memutuskan
bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan
menjadi sebuah negara yang merdeka pada
31 Ogos 1957.
Lanjutan daripada persidangan tersebut, satu
Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid
telah dibentuk pada bulan Mac 1956.
55
samsudin.saad@iptho.edu.my
Tugas utama Suruhanjaya Reid:
Merangka satu perlembagaan persekutuan
bagi mewujudkan satu kerajaan pusat yang
kuat dan dapat memerintah dengan baik.
Perkara yang dicadangkan oleh Suruhanjaya
Reid:
1. kewarganegaraan
2. kedudukan Raja-raja Melayu
3. pembahagian kuasa antara negeri dan
kerajaan pusat
4. hak-hak istimewa orang Melayu
56
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dalam usaha merangka perlembagaan,
Suruhanjaya Reid turut meminta
pandangan daripada Raja-raja Melayu,
pemimpin-pemimpin parti-parti politik,
dan pandangan serta cadangan
daripada orang ramai.
Antara perkara yang menjadi perhatian
utama adalah tuntutan-tuntutan
daripada orang Melayu dan bukan
Melayu.
57
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara perkara penting kontrak
sosial adalah seperti berikut:
1. Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan
Raja-raja Melayu tidak boleh dipersoal.
Perlembagaan 1948 menubuhkan
sebuah negara beraja. Raja memerintah
berdasarkan Perlembagaan.
58
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara perkara penting kontrak sosial adalah
seperti berikut:
2. Hak Istimewa Melayu tidak boleh
dipersoalkan. Hak ini sememangnya
mengutuhkan dominasi Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu dan menjamin
peranan mereka daripada semua aspek
kenegaraan, sama ada politik, pentadbiran,
perdagangan atau pelajaran.
59
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara perkara penting kontrak sosial
adalah seperti berikut:
3. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus
soli bagi yang lahir selepas Persekutuan
Tanah Melayu. Hak kerakyatan juga
boleh dipohon melalui kaedah-kaedah
yang ditetapkan.
60
samsudin.saad@iptho.edu.my
4. Islam adalah agama persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan tanpa sebarang
sekatan.
5. Bahasa Melayu adalah bahasa
rasmi tetapi bahasa lain (Cina dan
Tamil) boleh digunakan.
Antara perkara penting kontrak sosial
adalah seperti berikut:
61
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perjanjian Malaysia, 1963
Tidak mengubah kontrak sosial.
Merupakan persetujuan yang dicapai
di antara para pemimpin Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura semasa mereka sama-sama
bersetuju untuk menubuhkan
Persekutuan Malaysia.
62
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perjanjian Malaysia, 1963
Mengandungi semua tuntutan Sabah,
Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dan
dimaktubkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia tahun 1963.
Dua puluh perkara merupakan suatu
dokumen yang mengandungi tuntutan-
tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah
sebagai syarat negeri itu bersetuju menyertai
Malaysia.
63
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dua puluh perkara tersebut menyentuh:
1. Agama.
2. Bahasa.
3. Perlembagaan.
4. Imigresen.
5. Kewangan.
6. Bumiputera Sabah.
64
samsudin.saad@iptho.edu.my
Bagi mengetahui perkara yang dipersetujui dan
dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia untuk Sabah dan Sarawak hasil rundingan
Malaysia, beberapa perkara harus dirujuk, di
antaranya:
1. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak,
dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual ke-9.
2. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak,
dalam Senarai III (Senarai Konkuren), Jadual ke-
9.
65
samsudin.saad@iptho.edu.my
3. Perlindungan-perlindungan khas bagi
Sabah dan Sarawak.
4. Pemberian khas kepada Sabah dan
Sarawak (dalam peruntukan kewangan).
Asas ini penting utk memahami proses
politik antara etnik dan hubungan antara
kerajaan pusat serta negeri, khasnya
berkaitan sabah dan Sarawak.
66
samsudin.saad@iptho.edu.my
Bentuk
Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh
berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibat
melihat faedah daripada proses tersebut.
Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan
penglibatan langsung pihak kerajaan dengan dasar-dasar
bersifat top-down.
Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya, iaitu
Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan
Wawasan merupakan suntikan penting daripada kerajaan
yang cuba mewujudkan perpaduan.
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA
67
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pencapaian
Dalam pembangunan ekonomi memang wujud
ukuran tertentu yang boleh dijadikan penanda
aras pencapaiannya.
Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh
dilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiap
dasar kerajaan yang menyentuh soal perpaduan
negara.
Dasar pelajaran kebangsaan misalnya,
penggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ialah salah satu langkah mewujudkan
perpaduan.
68
samsudin.saad@iptho.edu.my
KESIMPULAN
Tiada satu etnik dapat
menegakkan kerajaan sendiri
kecuali melalui kerjasama antara
pelbagai etnik agar tiada
kelompok dianiayai kerana
percaturan kuasa dan politik
sempit.
69
samsudin.saad@iptho.edu.my
KESIMPULAN
Cabaran terbesar terhadap
pembangunan ekonomi dan kestabilan
politik boleh dilihat dlm keadaan timbal-
balik iaitu:
I. Jika ekonomi merosot akan
menjejaskan kestabilan politik.
II. Politik tidak stabil membawa
kesan negatif pada kemakmuran
ekonomi.
70
samsudin.saad@iptho.edu.my
KESIMPULAN
Survival Malaysia dari segi
ekonomi dan politik bergantung
kepada integrasi nasional yang
berpanjangan.
71
samsudin.saad@iptho.edu.my
71
RUMUSAN ANDA BAGI
KULIAH HARI INI.
72
samsudin.saad@iptho.edu.my
72

Potrebbero piacerti anche