Sei sulla pagina 1di 75

1

samsudin.saad@iptho.edu.my
SAMSUDIN BIN HAJI SAAD
PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN KAJIAN SOSIAL (D14)
2
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pembangunan Ekonomi dalam
Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Pembangunan lima tahun selepas
1970 sehingga hari ini.
Isu-isu utama
- Agihan kekayaan negara,
membasmi kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat,
krisis kewangan 1985-86, 1997-98
3
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970),
merupakan rancangan pembangunan yang
menekankan usaha untuk membangunkan
masyarakat Malaysia.
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan (juga Bapa Malaysia)
19571970
(13 Tahun)
4
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
merupakan rancangan pembangunan yang
menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan
masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan
etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat
dicapai.
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
19701976
(6 Tahun)
5
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980),
merupakan rancangan pembangunan yang
melanjutkan dasar industri yang dirangka pada
Rancangan Malaysia Kedua.
Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
19761981
(5 Tahun)
6
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985),
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
merupakan rancangan pembangunan yang
menitik beratkan industri berasaskan teknologi
yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
19812003
(22 Tahun)
7
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) pula
mula memberikan perhatian ke atas industri
berteraskan K-ekonomi.
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
20032009
(6 Tahun)
8
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-
2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada
industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut
memberikan perhatian kepada isu pembangunan
manusia atau disebut sebagai modal insan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
20032009
(6 Tahun)
9
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015),
mengandungi aspirasi Program Transformasi
Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang
berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman
dan kemampanan.
Rancangan ini merencanakan pembangunan
negara untuk tempoh lima tahun akan datang
dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang
dihasratkan untuk semua rakyat.
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
2009 - kini
10
samsudin.saad@iptho.edu.my
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan ini menyediakan pentas bagi
transformasi struktur utama yang diperlukan oleh
ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju
dasar, strategi dan program baharu yang
membolehkan negara tampil sebagai negara maju
dan berpendapatan tinggi..."
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
2009 - kini
11
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun
pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada
perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian
masih diutamakan.
Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian,
beberapa badan yang bertanggungjawab untuk
memajukan sektor pertanian dan menghapuskan
kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti
FELDA, FELCRA dan MARA.
Menjelang tahun 1980an dan 1990an, sektor
perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar
telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan
Dasar Penswastaan.
12
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Sesuai dengan perkembangan ekonomi
dunia pada masa kini, beberapa strategi
telah disusun untuk meningkatkan
pembangunan ekonomi yang berteraskan
kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.
Dasar-dasar awam yang digubal
merupakan suatu usaha politik daripada
pihak kerajaan yang bersifat top-down
untuk melengkapi apa yang sudah
direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
13
samsudin.saad@iptho.edu.my
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
terutama berkaitan dengan isu
kemiskinan dan agihan pendapatan
menurut golongan etnik.
Beberapa isu penting :
Antara Pertumbuhan dan Agihan
Antara Equality dan Equity
14
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara Pertumbuhan dan Agihan
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
dilihat dari dua sudut,
antara kelas sosial yang berbeza
antara kelompok etnik yang berbeza
Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi
yang berkaitan dengan agihan kekayaan
adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh
Dasar Ekonomi Baru.
15
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara Equality dan Equity
Isu equality atau kesamarataan dan equity
atau keadilan dalam kalangan rakyat
Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan
Malaysia.
Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
menegaskan bahawa semua orang adalah
sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di
sisi undang-undang.
16
samsudin.saad@iptho.edu.my
Antara Equality dan Equity
Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah
pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan
harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan
meninjau semula Fasal (153) yang berkaitan tentang
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya
mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa-apa
yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2)
Perlembagaan Malaysia menyatakan: kecuali
sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh
Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap
warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-
mana undang-undang atau dalam pekerjaan.
17
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak
Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak
seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan
selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara
kelompok etnik.
Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan
Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta
pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei,
1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi
peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan
kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan
berbanding kelompok etnik lain.
18
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan
bahawa 49.3% daripada semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di
bawah garis miskin. Daripada jumlah semua
keluarga miskin, sebanyak 86% berada di
kawasan luar bandar dan 14% di kawasan
bandar.
19
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kaum
Kadar Kemiskinan
(% )
Pendapatan Purata Keluarga
Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970
20
samsudin.saad@iptho.edu.my
Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970
Pemilikan
Jumlah Pemilikan
( RM Juta )
%
Bumiputera Perseorangan dan
Agensi Amanah
279.6 4.3
a. Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b. Agensi Amanah 110.9 1.7
Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah 6564.1 100.0
21
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dilihat daripada sudut pembahagian
pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
mengikut kelompok etnik turut
menunjukkan ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik Melayu
merupakan majoriti dengan meliputi
67.6%, etnik Cina hanya meliputi 19.9%,
manakala etnik India berjumlah 11.5%,
dan lain-lain kelompok sebanyak 1%.
22
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dalam sektor perlombongan, etnik Cina
mendominasi dengan jumlah 58.7%, etnik
Melayu hanya meliputi 32.1%, etnik India
sebanyak 8.5% dan lain-lain kelompok sebanyak
0.7%.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan,
pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan
kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6%,
etnik Cina 45.5%, etnik India 10.7% dan lain-lain
kelompok sebanyak 1.2%.
23
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Ketidaksamarataan tersebut dipercayai menjadi
sebab utama berlakunya kecemburuan sosial
sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial
ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya
satu pendekatan baru dalam rancangan
pembangunan negara yang melibatkan program 20
tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru.
24
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar
yang diperkenalkan dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik
dapat dicapai.
Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira etnik menyusun
semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
25
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Antara matlamat DEB ialah menyusun
semula pemilikan harta dengan
meningkatkan pemilikan saham
Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya
30 % menjelang tahun 1990.
26
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah
sosial, ekonomi dan projek pembangunan :
1. Pengagihan kekayaan ekonomi secara adil supaya
dapat dinikmati oleh rakyat pelbagai etnik.
2. Penstrukturan semula peranan dan kegiatan ekonomi
supaya corak ekonomi menjadi sifat integratif.
3. Pembangunan ekonomi dan pendidikan yang
seimbang antara wilayah, negeri dan penduduk di
bandar dengan luar bandar.
27
samsudin.saad@iptho.edu.my
4. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua
golongan rakyat yang menganggur.
5. Menambah daya pengeluaran dan
pendapatan.
6. Memberi peluang perpindahan orang yang
bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih
lumayan.
28
samsudin.saad@iptho.edu.my
7. Memodenkan kehidupan di luar bandar.
8. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan
perdagangan Bumiputera.
9. Mengadakan suasana pekerjaan yang
mencerminkan komposisi kelompok etnik di
Malaysia.
10.Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-
lain.
29
samsudin.saad@iptho.edu.my
Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
1. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luar bandar.
2. Mengurangkan keadaan yang tidak
seimbang dalam struktur guna tenaga.
3. Menambahkan dengan lebih cepat lagi
bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan
pertumbuhan ekonomi.
30
samsudin.saad@iptho.edu.my
4. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu
dan golongan Bumiputera supaya dapat
membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam
tahun 1990
5. Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA,
Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah
Saham Nasional.
6. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap
mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan
sebagainya.
31
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara
dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks
keselamatan negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran
seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.
Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya
mensasarkan 30% pemilikan saham oleh golongan
Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan
bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang
bersifat diskriminatif.
32
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang
mempunyai berbilang etnik seperti Malaysia adalah
menentukan bahasa kebangsaan.
Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan
negara-bangsa kerana ia berkait dengan persoalan
ideologi, nasionalisme, integrasi nasional, dan identiti
nasional.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang
diharap dapat menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara.
33
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai
salah satu alat untuk mencapai matlamat pembangunan
ekonomi dan politik.
Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium
komunikasi yang memupuk perpaduan nasional. Melalui
pendidikan juga, diharapkan golongan Bumiputera dapat
meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.
Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
telah dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam
tahun-tahun 60an.
34
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh
menghakis dan seterusnya menghapuskan
bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan
kelompok bukan Melayu.
Golongan elit yang terdidik dan terbiasa
berbahasa Inggeris pula khuatir pelaksanaan
dasar bahasa kebangsaan akan menyebabkan
prestasi pentadbiran negara dan sistem
pendidikan kebangsaan akan mengalami
kemerosotan.
35
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai
sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan
negatif tentang kemampuan bahasa Melayu adalah
tidak tepat.
Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa
kebangsaan.
Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat
bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan
membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan
dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk
"maksud rasmi" kerajaan.
36
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila
Perlembagaan Malaysia dan sistem pendidikan
nasional membolehkan wujudnya sistem
pendidikan vernakular.
Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila
pihak kerajaan melaksanakan dasar pengajaran
mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa
Inggeris.
Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris
dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik
di peringkal lokal mahupun internasional.
37
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris
dianggap penting sebagai "bahasa
kemajuan".
Pada masa yang sama, terdapat pihak
yang bertegas bahawa peranan bahasa
Melayu tidak hanya sebagai "bahasa
perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara
tetapi boleh diangkat tarafnya sebagai
bahasa yang mempunyai nilai ekonomi
yang tinggi.
38
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan
dasar tentang bahasa.
Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah
melaksanakan dua jenis dasar bahasa di Malaysia.
Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
"bahasa perpaduan",
Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa untuk mencapai kemajuan negara dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik
di sekolah.
39
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa
bahasa Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana
ia mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di
mata pihak swasta.
Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat
penggunaan bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam
atau sektor swasta.
Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan
Bahasa Melayu
Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain,
terutama bahasa Inggeris.
40
samsudin.saad@iptho.edu.my
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
Keputusan kerajaan menonjolkan
penggunaan bahasa Inggeris tidak perlu
dipersoalkan kerana kerajaan berhasrat
menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan akademik serantau dan
selanjutnya ia diharapkan akan
menyumbang kepada penjanaan ekonomi
negara.
41
samsudin.saad@iptho.edu.my
Globalisasi , Ekonomi Malaysia
dan Hubungan Etnik
Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun
1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses
globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak
aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar
liberalisasi kewangan.
Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga
menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia
mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan
pada tahun 1997-1998.
Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat
kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
usahawan Melayu dan bukan Melayu.
42
samsudin.saad@iptho.edu.my
George Soros
43
samsudin.saad@iptho.edu.my
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98 : Implikasi
terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan
Melayu telah mempunyai pengalaman yang
lebih lama dan luas, maka mereka lebih
berkemampuan untuk menghadapi krisis
ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera,
yang kebanyakannya lahir daripada Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan,
terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.
44
samsudin.saad@iptho.edu.my
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98 : Implikasi
terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000
syarikat dalam kategori industri kecil dan
sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan
terdapat 191 buah syarikat yang majoriti
sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah
muflis.
Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah
memberi gambaran bahawa golongan usahawan
Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang
jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.
45
samsudin.saad@iptho.edu.my
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98 : Implikasi
terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang
berlangsung berdasarkan logik ekonomi
dan peredaran modal, tanpa mengambil
kira faktor etnik.
Oleh yang demikian, pihak yang dapat
memanfaatkan daripada proses
globalisasi ialah pihak yang bermodal.
46
samsudin.saad@iptho.edu.my
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98 : Implikasi
terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Dalam hal ini, golongan usahawan
Bumiputera menghadapi cabaran
yang cukup getir kerana mereka
merupakan golongan yang masih
baru dalam dunia perniagaan dan
tidak mempunyai modal yang cukup
mapan.
47
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di
Malaysia bertitik tolak daripada penubuhan Bank
Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic
Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan
Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.
Rentetan daripada penubuhan kedua bank
tersebut, penubuhan institusi kewangan secara
Islam di seluruh dunia berlangsung dengan pesat
antara tahun 1976 hingga 1985.
48
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan
dan Iran bertindak menukarkan sistem perbankan
konvensional kepada sistem perbankan Islam.
Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-
negara tersebut, masyarakat Islam di Malaysia
turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan
bank Islam sebagai alternatif kepada bank
konvensional.
49
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Setelah menimbang gesaan dan
keperluan masyarakat Islam di
Malaysia, pada tahun 1983 pihak
kerajaan mewartakan Akta Bank Islam
1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983
dan diikuti dengan penubuhan Bank
Islam Malaysia.
50
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia
terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa
kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip
Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
1. Syarikat-Syarikat Takaful,
2. Pasaran Modal Islam,
3. Ekuiti Modal Islam,
4. Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
5. AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In
Malaysia)
6. BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).
51
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan
institusi-institusi perbankan Islam, Syarikat-
syarikat Takaful telah ditubuhkan.
Operasi syarikat-syarikat takaful dikawal selia
di bawah Akta Takaful 1984.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang
ditubuhkan pada tahun 1984 adalah syarikat
takaful yang pertama di Malaysia.
52
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah
syarikat takaful yang kedua di Malaysia.
Takaful keluarga dan takaful am
menunjukkan pertumbuhan yang pesat,
iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68%
daripada tahun 1986 hingga 2000.
53
samsudin.saad@iptho.edu.my
Ekonomi Islam Dalam Ekonomi
Arus Perdana Malaysia
Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan Islam
telah menjadi penyumbang kepada
perekonomian negara.
Sistem perbankan Islam ialah sistem
perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat
Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian
Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka
oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan.
54
samsudin.saad@iptho.edu.my
55
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana
Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah mengumumkan hasrat untuk memulakan
Dasar Penswastaan pada tahun 1983.
Pada dasarnya, penswastaan melibatkan
peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan
kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
56
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Penswastaan ialah konsep yang bertentangan
dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu,
satu proses yang menambahkan pemilikan dan
penguasaan kerajaan dalam ekonomi.
57
samsudin.saad@iptho.edu.my
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
1. Mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan.
2. Meningkatkan persaingan, memperbaiki
kecekapan dan menambah produktiviti.
3. Merangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
4. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor
awam.
5. Membantu pencapaian matlamat DEB.
58
samsudin.saad@iptho.edu.my
59
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia
di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat,
Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan
program Industri Otomobil Nasional.
Program ini dilaksanakan selaras dengan
Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai
matlamat pemindahan teknologi moden.
60
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Pada masa yang sama, industri automobil nasional
merupakan sebahagian daripada Rancangan
Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan
dapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan
Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan
industri automobil dan pengedaran automobil
khususnya.
61
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa
matlamat, iaitu:
1. Meningkatkan kemampuan bersaing sektor
automotif tempatan, khususnya bagi syarikat-
syarikat pengeluar kereta nasional.
2. Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif
serantau.
3. Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan
ekonomi domestik.
62
samsudin.saad@iptho.edu.my
4. Meningkatkan jumlah eksport kenderaan,
komponen dan alat ganti ke pasaran
antarabangsa.
5. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam
sektor automotif tempatan.
6. Untuk memelihara kepentingan pengguna
daripada segi nilai wang, keselamatan dan
kualiti produk serta perkhidmatan.
63
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Program Industri Otomobil Nasional dimulakan
dengan penubuhan PROTON (Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983
Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara
komersial model kereta nasional yang pertama,
iaitu, Proton Saga dilancarkan.
64
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Bagi memastikan perjalanan industri automobil
nasional berjalan dengan baik, pihak kerajaan
mengamalkan dasar melindungi industri automotif
negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti
eksais dan beberapa insentif lain.
Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia
telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN).
Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran
liberalisasi ekonomi dan persaingan global.
65
samsudin.saad@iptho.edu.my
Industri Otomobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar
Automotif Negara ialah merangsang
pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan
sehingga dapat memaksimumkan sumbangan
sektor automotif terhadap ekonomi negara
dan pada masa yang sama memberi manfaat
kepada pengguna.
66
samsudin.saad@iptho.edu.my
66
RUMUSAN ANDA BAGI
KULIAH HARI INI.
67
samsudin.saad@iptho.edu.my
RUMUSAN
1. Ciri-ciri ekonomi Malaysia yang merupakan
sebuah ekonomi campuran di mana kerajaan dan
mekanisme harga bersama-sama menyelesaikan
masalah asas ekonomi.
2. Sebahagian besar aktiviti ekonomi Malaysia
ditentukan oleh pengguna dan pengeluar,
manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi
ditentukan oleh kerajaan.
68
samsudin.saad@iptho.edu.my
RUMUSAN
3. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam
meningkatkan ekonomi negara terbahagi kepada tiga
yang , iaitu memastikan sistem ekonomi berjalan dengan
cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan lebih
adil dan memastikan kestabilan ekonomi negara.
4. Sebab-sebab campur tangan kerajaan dalam dasar
ekonomi negara seperti peraturan dan undang-undang
secara langsung dalam menjalankan kegiatan ekonomi
mempengaruhi tingkat harga, tahap pengeluaran dan
aktiviti ekonomi melalui alat-alat polisi.
69
samsudin.saad@iptho.edu.my
RUMUSAN
5. Contoh-contoh dasar kerajaan dalam meningkatkan
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara melalui
perancangan dan bentuk-bentuk pemilikan kerajaan
seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian
Negara, Dasar Perindustrian Berat dan lain-lain
6. Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia
ialah dua hal yang tidak dapat dipisahkan, saling
mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama
lain.
70
samsudin.saad@iptho.edu.my
RUMUSAN
7. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup
rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti
kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.
8. Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan
positif dalam konteks hubungan etnik.
kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
penyusunan semula masyarakat agar kedudukan
sosioekonomi antara etnik adalah seimbang
9. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan
proses perpaduan terus berlangsung.
71
samsudin.saad@iptho.edu.my
71
SOALAN PENGUKUHAN
Apakah isu-isu utama ekonomi di Malaysia?
Sejauhmanakah isu-isu ekonomi itu dapat di
atasi menerusi dasar-dasar yang telah
diperkenalkan oleh kerajaan.
Jelaskan langkah-langkah kerajaan dalam
usaha merapatkan jurang perbezaan antara
etnik dalam konteks ekonomi di Malaysia.
72
samsudin.saad@iptho.edu.my
72
1.Terangkan EMPAT (4) agenda kerajaan
dalam memperkukuhkan ekonomi orang
Melayu
2.Bincangkan TIGA (3) kesan penjajahan dari
sudut ekonomi.
3.Huraikan TIGA (3) kepentingan hubungan
etnik dalam menjana ekonomi negara.
4.Jelaskan EMPAT (4) strategi merapatkan
jurang ekonomi antara etnik di Malaysia.
73
samsudin.saad@iptho.edu.my
73
5. Jelaskan TIGA (3) bentuk projek modenisasi yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai status
"negara maju" pada tahun 2020.
6. Huraikan TIGA (3) peranan utama yang telah dimainkan oleh
institusi-institusi Islam dalam aspek pembangunan ekonomi
Malaysia.
7. Bincangkan EMPAT (4) hambatan yang boleh menjejaskan usaha
kerajaan membangunkan ekonomi negara sebagaimana yang
digariskan dalam DEB dan DPN.
8. Jelaskan TIGA (3) ciri insan cemerlang dalam konteks
pembangunan modal insan.
9. Huraikan TIGA (3) cabaran pembangunan modal insan
dalam masyarakat Malaysia.
74
samsudin.saad@iptho.edu.my
74
10. Bincangkan EMPAT (4) strategi pembangunan modal
insan berkualiti dan berintegriti.
11. Jelaskan TIGA (3) impak pengagihan aktiviti ekonomi
oleh penjajah Inggeris kepada etnik utama di Tanah
Melayu.
12. Kemukakan EMPAT (4) ulasan anda terhadap usaha
kerajaan memperkukuhkan ekonomi orang Melayu
dengan mengambilkira saingan dalaman dan global.
13. Bincangkan TIGA (3) cadangan berkesan ke arah
mendirikan masyarakat Melayu Muslim
berorientasikan perdagangan.
75
samsudin.saad@iptho.edu.my
75

Potrebbero piacerti anche