Sei sulla pagina 1di 5

1.

PERANCANGAN
Program ini telah dirancang dengan rapi oleh penyelaras iaitu En. Abdul
Hamid bin Selamat. Beberapa jawatankuasa telah diwujudkan untuk memastikan
program berjalan dengan lancar dan guru-guru yang telah ditempatkan di bawah
setiap jawatankuasa telah dimaklumkan akan tugas masing-masing sebelum dan
semasa progam ini berlangsung.

2. PELAKSANAAN
Pada hari pelancaran program, terdapat satu kelainan yang telah
dilaksanakan dimana majlis pada hari itu telah dikendalikan oleh murid dalam
dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Majlis telah dirasmikan oleh YM Pn. Raja Zaharah binti Raja Madun dimana
gimik perasmian yang telah dilakukan adalah memecahkan bongkah ais dan
menandatangani watikah perasmian. Di dalam ucapannya, beliau telah
menyatakan betapa pentingnya memupuk sikap suka membaca dalam kalangan
murid selain menekankan kepentingan kemahiran penggunaan ICT dalam dunia
masa kini yang serba canggih. Beliau juga turut menyentuh mengenai
penggunaan Thinkin Map di dalam aktiviti PdP.
Terdapat dua persembahan yang telah dijalankan iaitu nyanyian lagu NILAM
dan juga Thinking Map yang telah dipimpin oleh En. Wan Mohd Mahfodz.
Kedua-dua persembahan ini dianggotai oleh murid dari Tahun 3, 4 dan 5.

3. PEMANTAUAN
Program telah berjalan dengan lancar. Disiplin murid-murid berada dalam
keadaan yang terkawal. Semua guru dan pengawas telah menjalankan tugas
mereka dengan baik. Banner yang telah dihasilkan juga sangat menarik.

4. PENILAIAN
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya menarik minat murid-
murid dalam usaha memupuk minat suka membaca dalam kalangan mereka. Hal
ini dinilai berdasarkan respon dan sambutan positif mereka semasa program ini
dijalankan.

5. PENAMBAHBAIKAN
(a) Guru boleh rancang gimik perasmian yang lebih menarik di masa akan
datang.
(b) Penerapan unsur ICT semasa perjalanan majlis boleh diperbanyakkan
memandangkan program ini turut melibatkan unit ICT.






SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING (1)
JALAN KLANG LAMA, 58000 KUALA LUMPUR


DOKUMENTASI
TAKLIMAT SARANA IBU
BAPA/PENJAGA &
PERJUMPAAN MESRA
BERSAMA GURU

JUMAAT | 20 JUN 2014

DISEDIAKAN OLEH CIK ANIS SHAZREEN BT SHAMSIR

Potrebbero piacerti anche