Sei sulla pagina 1di 12

Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

PENGENALAN
Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar
berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan
batasan pelajar yang mengikutinya. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti
yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas.
Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan
mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan
aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Aktiviti jasmani
suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masa kini. Di Malaysia tidak
banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas
untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah
tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan.
Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan
jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan
mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa
(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk
melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan
khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang
kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang
kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang
mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan
mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang
bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang
optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah.
Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang
dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.




Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)


SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Dunia
Pada tahun 1883 Sekolah Perkins telah memperkenalkan Pendidikan Jasmani Suaian untuk
masalah penglihatan dalam bentuk latihan secara terbuka. Manakala pada tahun 1840, mereka
telah pergi ke Boston untuk latihan gimnastik bagi murid bermasalah penglihatan dan mereka
telah dapat menyesuaikan diri dengan kategori tersebut.
Semasa abad ke-20, didapati ramai askar yang telah tercedera dan mengalami kecacatan kekal
serta hilang upaya semasa perang dunia telah digalakkan untuk menyertai aktiviti fizikal dan
sukan rekreasi. Ia sebagai pemulihan menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala
sebagaimana insan lain yang normal dan dikenali sebagai Therapeutic Recreation. Konsep
Therapeutic Recreation telah berkembang secara terancang di Amerika di mana hospital dan
sekolah meneruskan penggunaan kaedah reakreasi sebagai salah satu terapi.
Ketika salah sebuah hospital di United Kingdom menggunakan Therapeutic Recreation
Amerika, konsep kesukanan dan pertandingan bagi orang kurang upaya telah disedari pertama
kalinya oleh Guttmann di Hospital Stoke Mandeville, England. Walaupun objektif bagi intervensi
Guttmann adalah untuk menghasilkan aktiviti reakreasi terapi pada mulanay, beliau
kemudiannya menyedari potensi sukan untuk pertandingan yang lebih luas lagi. Berikutan
peristiwa berikut, Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville antarabangsa telah
dikenali sebagai inspirasi dan pelopor perkembangan perkembangan awal sukan bagi orang
kurang upaya. Salah satu pertandingan antarabangsa yang terawal untuk orang kurang upaya
diadakan pada tahun 1948. Kelab-kelab sukan dan hospital-hospital dijemput pada tahin itu ke
Stoke Mandaville yang kebetulan pada tahun yang sama Sukan Olimpik turut diadakan di
London.

Malaysia
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua
sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum merdeka lagi. Walau bagaimanapun tahap
pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan terutamanya pada tahun
1970-an (Hamdan Mohd. Ali, 2002). Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian mata
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

pelajaran Pendidikan Jasmani kerana tidak diuji di dalam peperiksaan. Kekurangan guru terlatih
dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mengizinkan serta guru yang tiak jelas
dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon
1987, Daud salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga dengan aktiviti Pendidikan
Jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis panduan yang
dinyatakan dalam Surat Perkeliling Pendidikan Khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum
terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-
sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).
Pendidikan Jasmani Suaian merupakan kursus wajib yang diperkenalkan untuk semua bakal
guru Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan khas yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih seribu orang guru yang mempunyai pendedahan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian yang telah dikeluarkan oleh UKM sejak kursus ini
diperkenalkan pada tahun 1995.
Sehingga kini, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diabaikan kerana Kementerian Pelajaran
Malaysia turut mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk memberi
peluang kepada golongan ini mengalami proses pembelajaran yang merangkumi aspek
psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kelas khusus untuk Pendidikan
Khas diwujudkan dan terdapat beberapa slot dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
melibatkan Pendidikan Jasmani Suaian agar tahap psikomotor , kognitif dan afektif mereka
dapat dikembangkan dengan seimbang.
Oleh sebab kanak-kanak Pendidikan Khas memerlukan pemerhatian yang lebih agar mereka
dapat dikawal dan menggelakkan berlakunya kecerderaan. Kebiasannya guru-guru yang
mengajar mereka akan dibantu oleh pembantu. Scenario ini biasanya dilihat oleh kanak-kanak
yang terdiri daripada golongan ini akan dilatih di sekolah tentang cara-cara bagaimana untuk
menggunakan fizikal dan anggota badan mereka dalam pengurusan diri. Seterusnya, guru akan
menambahkan pengetahuan mereka dengan mealtih kemahiran motor halus dan motor kasar
mereka. Ianya boleh diaplilasikan dalam sukan dan permainan yang dipelajari di sekolah.
Contohnya menyambut bola besar (kemahiran motor kasar). Setelah didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran tersebut, mereka mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus
seperti aktiviti sukaneka dan juga bertanding di peringkat lebih tinggi dalam bidang sukan bagi
membuka peluang kepada mereka mengembangkan bakat dan kemahiran yang diperolehi.
Ternyata melalui Pendidikan Jasmani Suaian, murid berkeperluan khas dapat mengembangkan
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

kemahiran yang ada dan melatih diri mereka memaksimumkan penggunaan fizikal dengan betul
dan selamat.

OBJEKTIF
Objektif dalam Pendidikan Jasmani Suaian lebih kepada psikomor seseorang individu itu
sendiri. Dari segi psikomotor salah satunya adalah aspek fizikal dimana ia lebih beri tumpuan
kpd aspek struktur anotomi individu. Kawalan postur perlu dibina bagi membolehkan individu
mengalami perkembangan, pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian dgn umur.
Kawalan postur menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yg lebih kompleks.
Tumpuan utama dlm aspek fizikal ini ialah postur statik dan postur dinamik. Selain daripada itu
aspek motor juga diambil kira dimana guru akan memberi tumpauan kepada kuantiti pergerakan
yang mampu dipamerkan oleh individu itu sendiri. Ianya juga melibatkan beberapa prinsip asas
seperti kekuatan , kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan
serta kelajuan seseorang individu itu sendiri. Fakor asas yang terlibat ialah seperti imej tubuh
badan, kawalan objek, orentasi spatial (ruang), kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor serta
perkembangan kemahiran dan kecerdasan. Dari segi aspek permainan, dalam Pendidikan
Jasmani Suaian objektifnya melibatkan aktiviti sukan dan reakreasi. Dimana ia merupakan
tempat yang sesuai individu mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan kecergasan. Guru akan
lebih memberi ruang kepada individu melibatkan diri dan berkomunikasi dan menjalankan
aktiviti sosial bersama rakan-rakan disekolah dan guru- guru. Selain daripada itu objektif
Pendidikan Jasmani Suaian dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri. Secara tidak
langsung dapat membuatkan individu tersebut membuat keputusan bijak dalam kehidupan
seharian mereka apabila sudah besar kelak.





Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

KONSEP
Dalam Pendidikan Jasmani suaian terdapat 3 konsep yang digunakan iaitu Konsep
Perkembangan, Konsep Individu (Indualisation concept), Konsep Fungsi (Fungsional Concept).
Konsep Perkembangan (Development Concept) merupakan perkembangan fizikal pelajar
istimewa tidak sama dengan umur kronologi. Perkembangan fizikal pelajar istimewa
bergantung kepada umur perkembangan. Contohnya dimana seseorang murid yang
mempunyai umur kronologi 12 tahun dari segi perkembanganya fizikalnya berumur hanya 7
tahun. Pendekatan perkembangan ini memberi tumpuan kepada pengajaran kemahiran
berdasarkan kematangan individu dan bukan pencapaian individu. Konsep Individu
(Indualisation Concept) dimana ianya merupakan konsep iaitu ianya memberi tumpuan
kepada kaedah penyampaian (instruction). Berteraskan penyampaian yang memberi
penekanan kepada keperluan individu. Konsep pendidikan yg dikemukakan adalah berpusatkan
kepada pelajar. Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan:
a) Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran.
b) Penilaian melalui one - to me, kumpulan kecil atau kumpulan yg besar.
c) Isi pengajaran yg berbeza mengikut spesifik murid.
Konsep Fungsi pula diaplikasikan kepada pelajar di mana perkembangan motor individu
berada pada tahap yang amat rendah berbanding pelajar biasa. (Diambil kira sekiranya jurang
di antara umur perkembangan dengan umur kronologi adalah terlalu jauh). Program berasaskan
komuniti:
a) Berfokuskan kpd kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi sosial yg
bolehkan individu berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. (Cth: berlari,
berjalan)
b) Meminimumkan ketidakupayaan yang dialami dalam pembelajaran secara ansur maju.
Aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan peringkat umur pengembangan individu.
c) Kebebasan untuk pilih pembangunan kemahiran yg dirasakan perlu dikuasai.


Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

KEPERLUAN DAN PERLSANAAN PENDIDIKAN JASMANI YANG SESUAI UNTUK KANAK-
KANAK YANG KURANG UPAYA
Pendidikan Jasmani Suaian adalah direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan
dari segi mental mahupun fizikal serta kanak-kanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti
seorang manusia yang normal.Melalui Pendidikan Jasmani Suaian, kanak-kanak kurang upaya
mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif dan afektif. Hal ini
bermaksud, Pendidikan Jasmani Suaian sangat membantu dalam perkembangan ketiga-tiga
aspek tersebut te rutamanya aspek fizikal yang agak sukar diperolehi daripada subjek lain.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa keperluan dan perlaksanaan dalam Pendidikan Jasmani
yang sesuai untuk kanak-kanak yang kurang upaya. Di sekolah, pelbagai keperluan yang perlu
ada di sekolah supaya dapat memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan jasmani di sekolah. Di sekolah guru boleh melaksanakan beberapa program yang
sesuai untuk kanak-kanak yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani di sekolah. Ini kerana
aktiviti yang akan dilaksanakan oleh guru mestilah memenuhi keperluan kanak-kanak itu
sendiri. Berlakunya perkara sedemikan disebabkan oleh fizikal dan mental bagi setiap murid
tidak sama. Perlaksanaan yang akan dijalankan di sekolah kepada murid-murid kurang upaya
adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan
kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yg sama. Proses pelaksanaan
dalam Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses
penilaian keupayaan motor.Proses yang terlibat ialah Mengumpul data berdasarkan ujian dan
rekod, Menginterpretasi data melalui proses analisis dan Membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang diperolehi dan kupayaan Sensori, Ketidakupayaan Intergrasi dan
Ketidakupayaan Motor.
Di sekolah, guru boleh mengajar mengikut tahap keupayaan setiap murid tersebut. Kerana di
dalam kelas tersebut terdapat pelbagai jenis penyakit dan tahap kurang upaya seseotang murid
tidak sama. Guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti yang asas seperti melontar, koordinasi,
Imbangan, Kemahiran mengawal bola (dribble), Koordinasi bilateral,Kawalan motor visual,
Kemahiran berbasikal ini lebih kepada murid yang sudah mahir dan tidak bermasalah dari segi
fizikal murid tersebut. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti yang boleh menigkatkan kogniif
mereka yang berkaitan dengan pendidikan jasmani. Oleh yang demikian, keperluan dan
perlaksanaan Pendidikan Jasmani yang sesuai diajar di sekolah dapat meningkatkan
kemahiran dari segi fizikal dan mental seseotang murid tersebut.
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

PUNCA KETIDAKUPAYAAN BAGI KATEGORI KURANG UPAYA BERPUNCA DARIPADA
KETURUNAN.
Terdapat pelbagai tanggapan dan pendapat masing-masing mengenai punca ketidakupayaan
seseorang kanak-kanak tersebut. Melalui keturunan salah satu penyakit yang sering
diperkatakan ialah Sindrom Down. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda
yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang
doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini
pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran.
Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu
yang berumur 35 tahun ke atas.
Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal.
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan
kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang biasanya hanya mempunnyai dua
salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.
Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal
mereka jelas menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata
condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan
kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk
leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi
gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.
Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan,
sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh
dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga
mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-
kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka
mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat. asalah
bahasa kanak-kanak Sindrom Down.
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal.
Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai
impak terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi,
serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir,
menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis
pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua,
memahami kata (bahasa reseptif).
Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat)
daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan
kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan,
bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa
kanak-kanak tersebut.
Selain daripada Sindrom Down, penyakit Disleksia juga merupakan punca daripada
keturun. Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Hal ini
telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 kes pasangan kembar
monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam
bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati bahawa masalah disleksia
banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan dengan kadar 3 :
1 atau 2 : 1. Menurut beliau, hal ini disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul
tanggungjawab berbanding orang perempuan. Disleksia berlaku secara perkembangan atau
pembinaan, iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak
berapa matang atau dengan kata lain pertambahannya tidak seimbang lalu menyebabkan
bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan
ejaan. Pada kebiasaannya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera ini
lemah, maka terjadilah keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak
disleksia. Walaupn mereka ini adakalanya Nampak seperti seorang murid yang normal, ada
juga sebahagian murid Nampak tidak normal.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai punca dan faktor yang boleh menyebakan
seseorang kanak-kanak atau bayi mengalami penyakit dan mengakami kategori cacat atau
kurang upaya.
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

REFLEKSI INDIVIDU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
SUAIAN

Kekuatan
Pengajaran yang telah dilaksanakan oleh saya dan rakan saya mempunyai kekuatan tersendiri
walaupun memang diakui terdapat beberapa kekurangannya. Di sini boleh dilihat bahawa murid
mudah memberi kerjasama yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, boleh dilihat bahawa murid walaupun
mereka ini mempunyai masalah yang sama iaitu disleksia tetapi mereksa ini masih faham dan
memahami arahan yang diberikan oleh guru. Saya sungguh bertuah dan gembira kerana
mereka juga telah menerima saya dan kawan saya untuk mengajar mereka dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani. Didapati juga mereka terlalu terlalu teruja dan tidak sabar
menjalankan aktiviti bersama dengan kami. Secara tidak langsung sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan baik walaupn tidak berapa sempurna. Selain daripada
itu, semasa sesi pengajaran yang saya jalankan, saya juga ketegasan dan hiburan supaya
mereka tidak bosan dan aktiviti berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan.

Saya juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat
melalui teguran yang membina dengan menggunakan psikologi supaya murid dapat
menunjukan perwatakan yang baik. Strategi yang digunakan adalah lebih kepada berpusatkan
murid dimana aktiviti yang dilakukan semuanya melibatkan murid. Murid juga kelihatan aktif
semasa melaksanakan aktiviti melambung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya
melihat reaksi murid sungguh seronok semasa saya menjalankan aktiviti menyejukan badan. Ini
kerana aktiviti yang dijalankan lebih kepada santai dan keseronokkan dalam nyayian sambil
melakukan pergerakan. Rentetan itu, suasana adalah baik dimana suasana yang ditunjukkan
oleh murid adalah ceria dan lebih aktif tidak kira murid lelaki mahupun murid perempuan.

KELEMAHAN
Dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan masih juga terselit
beberapa kelemahn yang dapat dikesan pada sesi tersebut. Tidak benarlah jika sesi pengajaran
berlaku dengan sempurna. Ini kerana di dalam satu kelas pelbagai jenis perangai, kelakuan
murid yang dapat kita lihat. Antara kelemahan yang ada adalah mereka ini merupakan murid
yang istimewa. Banyak kekurangan yang terdapat pada diri mereka. Jadi saya harus
menggunakan pelbagai pendekatan yang boleh mengawal mereka semasa sesi pengajaran
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

dan pembelajaran. Saya terpaksa memikirkan cara yang mudah untuk berkomunikasi dengan
mereka. Ada juga seorang dua murid yang tidak mahu mendengar arahan. Ada juga murid ini
yang terlalu seronok sehinggakan tidak dapat mengawal emosi mereka. Perkara ini boleh dilihat
semasa saya menjalankan aktiviti memanaskan badan. Arahan yang diberikan pada mulanya
kurang jelas menyebabkan mereka melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Alatan yang
hendak digunakan juga tidak mencukupi. Contohnya saya memerlukan tiang untuk mengikat
jaring. Tetapi tiang di dalam dewan tersebut tidak ada. Rakan saya dan saya harus bergilir
mengawal murid tersebut semasa aktiviti dijalankan.

LANGKAH MENGATASI
Bagi mengatasi masalah dan kelemahan ini, saya harus memikirkan aktiviti yang sesuai dengan
tahap murid. Saya juga harus melakukan aktiviti yang mudah difahamai dan aktiviti yang
senang diikuti oleh murid-murid. Saya juga harus membiasakan memberi arahan dengan
meggunakan alatang yang sesuai seperti wisel. Dengan cara ini mereka akan memberi
tumpuan yang lebih dan senag mengawal mereka walaupun sedikit. Selain itu dari segi kawalan
kelas juga perlu diambil kira. Ini mungkin kerana mereka belum biasa dengan saya dan tidak
mahu mendengar arahan. Jadi saya perlu lebih menarik minat mereka untuk memudahkan
kerjasama dari mereka. Saya harus memastikan alatan yang digunakan sesuai dan mencukupi
untuk menjalankan aktiviti bersama dengan murid. Supaya tidak timbul masalah semasa sesi
pengajaran. Saya juga harus cepat berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadati.
Dimana saya telah menggunakan pendekatan lain iaitu saya dan rakan saya meletakkan taiang
lain yang seakan dengannya walaupun tidak sempura. Alhandulillah akhirnya sesi pengajaran
saya dapat dijalankan hingga akhir.

Akhir sekali segala kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran akan saya jadikan panduan untuk lebih terliti pada sesi yang akan datang. Saya
berharap kelemahan yang berlaku tidak akan berulang pada sesi pengajaran saya pada masa
akan datang. Saya juga menjadikan kelemahan ini sebagai satu batu loncatan untuk lebih baik
pada sesi pengajaran yang akan datang. In Sya Allah. Diharap semuanya dapat
dipermudahkan.

Yang benar,

NOOR RATHI BINTI ABDUL RAHMAN
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)


REFLEKSI KSELURUHAN
Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya saya
dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad diantara kesibukan tugas
seharian. Pada mulanay apabila saya menerima tugasan ini, saya merasakan ianya
membebankan saya dan rakan saya. Ini kerana kami di daerah yang berlainan dan sekolah
yang tidak sama. Masing-masing ada tugasan dan tanggungjawab masing-masing.
Alhamdulillah hasil dari perbincangan dengan pensyarah, pensyarah iaitu En. Muftar telah
memberikan kerjasama yang amat baik dengan mengeluarkan surat kebenaran supaya saya
dan rakan saya dapat bertemu dan berbincang untuk menjalankan sesi pengajaran di sekolah
yang mempunyai murid pendidikan khas. Ini kerana sekolah kami tidak mempunyai murid
istimewa ini. Saya dan rakan juga terpaksa mengorbankan beberapa perkara untuk menyiapkan
tugasan ini dengan baik. Sahabat salah iaitu Nur Fadhilah bt Che Sharif telah memberikan
kerjasama yang baik. Ini kerana pada masa yang sama juga saya mengalami kesihatan yang
kurang baik sejak sebulan yang lalu. Dengan kekuatan yang ada pada saya dan dorongan
rakan-rakan akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun banyak
kelemahannnya. Saya juga mula mecari maklumat bersama rakan-rakan dimana murid yang
mana sesuai untuk diajar. Pentadbir Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat dan guru di situ telah
memberikan kerjasama yang baik. Semua maklumat yang kami inginkan dapat diberikan
dengan mudah.
Kami juga telah mengagihkan tugas dengan sama rata supaya tidak timbul ketidak puasan
sepanjang kami menjalankan tugas bersama. Kami juga bekerjasama berbincang topik dan
kemahiran yang sesuai untuk Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan dijalankan untuk
murid tersebut. Kami juga terpaksa bersengkang mata supaya RPH yang dibincangkan ini
sempurna. Walau bagaimanapun rintangan yang melanda saya dan rakan saya, dapat kami
atasi dengan baik. Kami juga berkesempatan berjuma di sekolah tersebut untuk berbincang.
Saya juga bersyukur kerana mendapat rakan dan pensyarah yang memahami, baik hati dan
bertanggungjawab.
Akhir sekali di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan sekali lagi jutaan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaankepada pensyarah iaitu En. Muftar yang telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan tugas di sempanjang tempoh yang diberikan.
Tidak lupa juga rakan saya, guru-guru dan pentadbir Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong
Noor Rathi Abdul Rahman PJM3114 (SEM 6)

Barat dengan maklumat yang diberikan. Seterusnya ucapan terima kasih kasih kepada ahli
keluarga saya yang memahami kesibukkan saya ini.

Potrebbero piacerti anche