Sei sulla pagina 1di 1

Nurnadiah binti Amir

No 90, Jln Tanjung 3,


Tmn Sri Tanjung Indah,
Tanjung Agas,
84000, Muar
Johor.

Pengetua,
SMA Lughatul Quran
Kesang Tasek, Sungai Mati,
84400 Ledang,
Johor.

Tuan,
PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI WARDEN ASRAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan
selanjutnya.

2. Saya Nurnadiah binti Amir dengan rasa rendah diri dan dukacita bahawa saya ingin
meletakkan jawatan sebagai warden asrama yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2014 .

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakkan jawatan ini adalah disebabkan saya ingin
menumpukan perhatian pada pembelajaran saya di IPGTI, Johor Bahru. Selain itu, masalah
kesihatan yang dihadapi sedikit sebanyak mengganggu tugas saya sebagai warden. Tambahan
pula, saya akan melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2015 yang memerlukan
perancangan rapi.

4. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,


...
(Nurnadiah binti Amir)
890510-66-5078

Potrebbero piacerti anche