Sei sulla pagina 1di 8

PENILAIAN KURSUS

SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015


(PPG-PJJ)














QGK3023
Program Kesihatan Sekolah







Nik Mohd Zaki Nik Mohamed (PENYELARAS KURSUS)

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN


1.0 PENGENALAN
Kursus QGK3023 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan
Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan
Sekolah. Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.
Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek
perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaian.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
i. Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan Kesihatan, Promosi
Kesihatan dan perancangan program.
ii. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program promosi kesihatan sekolah
berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT.
iii. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku beretika.
iv. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu pasukan.



3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan

Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%


3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Agihan Markah
(Peratus)
Jumlah
(Peratus)
Individu Tugasan 1 20% 60%

Tugasan 2 20%
E-Forum 20%
JUMLAH 60% 60%


4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar
tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan Arahan Tarikh %
TUGASAN 1

Program
Efektif
Kesihatan
Sekolah

Bersumberkan daripada model-model utama dalam
Promosi Program Kesihatan, jelaskan perkara-
perkara utama berdasarkan perancangan model
yang digunakan bagi menerangkan secara
berstruktur mengenai perubahan / penekanan yang
telah / ingin dilaksanakan di institusi pendidikan yang
menjelaskan mengapa dan bagaimana model
tersebut telah / mampu untuk membuat perubahan
terhadap masalah tingkah laku kesihatan.

Perkara di bawah harus diberi penekanan yang
utama semasa menjelaskan peranan model :

a. Pendekatan Komprehensif pendekatan
mengenai masalah kesihatan secara khusus dan
bersifat kategorikal (contoh: masalah obesiti, kudis
buta, malnutrisi)

b. Kolobrasi antara guru dan pelajar , masyarakat
serta penglibatan pemberi perkhidmatan kesihatan.

Pastikan anda menerangkan komponen yang
terdapat dalam model dengan membincangkan
langkah dan sumbangan terhadap perubahan di
dalam pengetahuan dan tingkah laku berkaitan
kesihatan yang dicadangkan.

Langkah-Langkah Dalam Penyediaan Tugasan:

Anda boleh memasukkan gambar rajah untuk
membantu menunjukkan bagaimana model itu
terpakai kepada perubahan tingkah laku kesihatan.

i. Model serta penerangan harus berfungsi
sebagai satu rangka kerja untuk memahami
faktor-faktor yang boleh membantu atau
menghalang anda dalam membuat perubahan

Minggu ke 10

(23-11-2014)


20%


tingkah laku yang dicadangkan.
ii. Menyediakan senarai rujukan gaya APA yang
mengandungi semua sumber luar sah yang
anda telah gunakan dalam menerangkan model.
iii. Had muka surat adalah di antara 10 15 helai
sahaja
iv. Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di
Lampiran 1


TUGASAN 2

Laporan
Pelaksanaan
Program /
Aktiviti
Kesihatan

Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program /
aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.

Kenal pasti beberapa program / aktiviti kesihatan
yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih
DUA (2) daripada program / aktiviti kesihatan
tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan
pelaksanaannya.

Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:
a. carta organisasi program
b. visi dan misi, objektif dan matlamat program
c. tindakan yang dijalankan - sertakan dengan
foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan
dengan perjalanan program tersebut
d. pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
program tersebut
e. lain-lain perkara yang berkaitan

Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:

i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan
yang anda pilih dapat mempengaruhi atau
memberikan kesan terhadap terhadap hasil
pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah.
Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi,
keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti
kesihatan tersebut.

ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti
kesihatan yang dipilih dapat membantu,
mempengaruhi atau memberi kesan terhadap
hasil pembelajaran dan pendidikan mereka?

iii. Panjang halaman tugasan = bebas


Minggu ke 10

(23-11-2014)







20%



Ambil perhatian perkara berikut:

Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times New
Roman 12
Langkau baris (spacing) 1.5 spacing
Bibliografi menggunakan format APA systems
Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di
Lampiran 1

E-Forum

E-Forum

a. Pensyarah akan memuat naik (upload) 5 soalan
untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli
kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru
(Group Forum).
b. Pelajar MESTI memberi respon sekurang-
kurangnya DUA kali bagi / pada setiap sesi
forum.
c. Pelajar perlu membuat sekurang-kurangnya TIGA
(3) komentar terhadap MANA-MANA jawapan
yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap soalan
yang dikemukakan.
d. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang
ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan
memberi komentar mengikut tarikh yang
ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus
yang disediakan.
e. E-Forum akan dimuatnaik oleh pensyarah e-
learning masing-masing mengikut tarikh seperti
berikut;

1. Forum 1 (15 28 September 2014)
2. Forum 2 ( 29 Sept 12 oktober 2014)
3. Forum 3 (13 26 Oktober 2014)
4. Forum 4 (27 Oktober 9 November 2014)
5. Forum 5 (10 23 November 2014)


Minggu ke 2

Minggu ke 10




















20%
Jumlah 60 %



PERHATIAN
Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah
kumpulan kuliah masing-masing.


5.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
Gred
Kriteria Pemarkahan Laporan Pelaksanaan
Program / Aktiviti Kesihatan Sekolah
Kriteria Pemarkahan Program
Efektif Kesihatan Sekolah
Kriteria E-Forum
A
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi,
isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh
yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif
dan kritis. Idea tersusun dengan kemas.
Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian
yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang
bernas, ada elemen interaksi yang baik.
Tahap perbahasan ilmiah , berkeyakinan cemerlang,
penyampaian yang cemerlang, bahan yang kemas,
menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2
hala yang baik.
A-
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi,
isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit.
Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas.
Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang
baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen
interaksi yang baik.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan tinggi,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.
B+
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi,
isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian
yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen
interaksi.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala.
B
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi,
isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang
baik, menarik dan idea yang bernas.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik, idea
yang bernas, ada komunikasi.
B-
Menepati format penulisan kajian ilmiah, kesalahan format
yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan
bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik & menarik
dan ada idea yang kemas
Tahap perbahasan ilmiah, ada keyakinan diri,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik, ada idea
yang kemas, ada komunikasi.
C+
Ada penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang
minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 5 perkara).
Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea
sendiri yang baik.
Ada perbahasan, ada keyakinan diri, penyampaian
yang sederhana, ada menggunakan bahan, ada idea
sendiri, ada komunikasi.
C
Ada penulisan kajian, kesalahan format tidak melebihi 4
perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh.
Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan
bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana
dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.
Ada perbahasan, ada keyakinan, penyampaian
sederhana, bahan yang digunakan sekadar ada, ada
idea tetapi kurang kemas, ada komunikasi tetapi lemah.
C-
Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak
mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea
yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi
8 perkara.
Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan,
idea yang tidak jelas.
Kurang perbahasan, tidak ada keyakinan,
penyampaian yang tidak berkesan, penggunaan bahan
yang kurang bersesuaian, idea yang tidak jelas, tiada
komunikasi.
D/E
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap. Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan,
serahan melewati tarikh akhir.
Tiada perbahasan, tiada forum, melewati tarikh akhir.


6.0 PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 1 2014/15. Markah bagi
peperiksaan mewakili sejumlah 40% daripada keseluruhan kursus ini. Kertas soalan
peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua
soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul
QGK 3023 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.


7.0 PERHATIAN & PERINGATAN

i. Jawapan E-Forum adalah di tapak forum yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor
e-Learning kumpulan masing-masing.
ii. Penghantaran Tugasan 1 (Program Efektif Kesihatan Sekolah) dan Tugasan 2
(Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan) adalah melalui tapak assignment
yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing.

iii. Sebelum penghantaran Tugasan 1 dan 2, fail perlu ditukar ke format pdf (.pdf) terlebih
dahulu dan dapatkan url bagi fail tersebut.

iv. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Sila ikuti
arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing melalui MyGuru3.

v. Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang kelewatan
yang melibatkan pemarkahan akan ditanggung oleh pelajar.

vi. Perlu diingat juga bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian seperti
plagiarisme dan sebagainya tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.

vii. Kebernasan idea serta hasil kerja pada tahap Ijazah Sarjana Muda adalah aspek
kualiti yang diambil kira.

PERINGATAN!!!!!!!
i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.
iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
v. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab
anda sendiri.
vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan
masing-masing






LAMPIRAN 1







SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK


DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO TELEFON



KUMPULAN KULIAH:


NAMA TUTOR E-LEARNING: ______________________________________________
TARIKH SERAH: ___________________

PEMARKAHAN

Potrebbero piacerti anche