Sei sulla pagina 1di 3

DEFINISI ARTIKULASI

Artikulasi juga dikenali sebagai alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlbat dalam
proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.Alat-alat ini juga menpunyai tugas-tugas asas
seperti menguyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat
ini saling bertidih termaksuk tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi
terdapat di bahagian atas tubh badan manusia, iaitu bahagian kepala.Alat artikulasi
boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
DEFINISI ARTIKULATOR
Artikulator pula ialah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti
lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah
artikulsi termasuk gigi atas, gusi , lelangit keras dan lelangit lembut. Maksud lain ialah
daerah artikulasi adalah alat pertuturan yang terletak di atas rongga mulut yang tidak
bolh digerak-gerakkan dan hanya didekati atau disentuh dalam proses pengelaran
bunyi-bunyi bahasa.

ALAT-ALAT ARTIKULASI

DEFINISI

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa.
Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat
yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk
menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan
diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran
bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi,
lelangit, rongga hidung dan pita suara.
3.2 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI
Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang
kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang
lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini
membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit
lembut
Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan
langit keras dan lelangit lembut
Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi
Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ikan memerlukan bahagian
hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.


Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang
seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara
yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut
dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke
rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.


Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.