Sei sulla pagina 1di 57

Teori Pembelajaran Kognitif

Pengenalan
Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat
mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini
akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel
menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku
dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses
kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut
mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai
motif atau objektif-objektif tertentu.
Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku
adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan
untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela
mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli
kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental
dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku
dalam pembentukan skema manusia.
Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman
yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik tidak
dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali
dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang dirujuk
termasuk pemikiran,celik akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne
Robert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap
sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah mencari cara yang paling
sempurna dan unggul untuk melakukan suatu pembelajaran yang standard.Beliau
turut memberikan sumbangan yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan
pendidik seluruh dunia.Sumbangan beliau adalah dalam aspek-aspek seperti
taksonomi pembelajaran dan juga sembilan syarat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat
yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan proses
pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan diproses oleh
memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang dihasilkan digunakan
untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.
Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan terpenting
beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti kemahiran
verbal,kemahiran intelektual,strategi kognitif,sikap positif dan kemahiran
motor.Kemahiran verbal terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalaan dari
memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel dan menamakan
fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-
maklumat yang berkaitan.Seterusnya,kemahiran intelektual terdiri daripada
kemahiran berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau
abstarak ,pengaplikasikan prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa aras
seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan penyelesaian
masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan
individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu
tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan kebolehan individu untuk
membuat pilihan ,keputusan dan model mental.Kategori seterusnya pula sikap positif
iaitu ia merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan
nilai-nilai murni yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu
pendapat dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir
yang terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal
mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan
otot ,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.
Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan sembilan
situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang ditetapkan oleh
beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru supaya pengajaran
dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan berlaku dengan kukuh dan
sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang guru,ia perlu menarik perhatian
murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke atas pengajarannya,guru boleh
memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik.Selain itu,guru juga perlu
memberitahu murid-murid mengenai objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa
yang akan dipelajarinya pada hari itu.Seterusnya,guru juga perlu mengingatkan
murid-murid mengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada
pada mereka.Guru boleh menyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang
akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk
tersebut.Di samping itu,guru juga boleh memberi panduan dengan membantu
mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia perlu menggalakkan murid
membuat latihan kendiri bagi mendapatkan gerak balas daripada mereka. Selepas
mereka membuat latihan kendiri,guru perlu memberi maklum balas dan
membetulkan sekiranya wujud konsep yang salah.Selain itu, guru juga boleh menilai
tahap pencapaian murid dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan. Ini juga
merupakan satu kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk
meninjau tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi
dengan membuat pemindahan pembelajaran dimana guru boleh mengajukan
soalan-soalan lain dan meminta murid mengenal pasti jawapannya.
Secara kesimpulannya, pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada
abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik
akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini
menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga
menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.
Teori Pembentukan Konsep Bruner
Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang
lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif.
Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak
dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner
bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk
Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada
tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University,
menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II,
beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas
Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang
penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di
Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA,
Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard
(1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974,
untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk
memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan
budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu
tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model
Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.
Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam
pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan
faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan
inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip
konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru
berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid
akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan
model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.
Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti
dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil
fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan
soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan
aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti
penemuan mereka.
Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang
harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan
struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada
pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu
difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-
konsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak
berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar
murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan
mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran
dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu
konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh
guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.
Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa
guru-guru mengajar,mereka mesti mengajar dengan memfokuskan kepada naluri
intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan perlu
diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran
perlu disokong dengan pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir
adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi
dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat
murid-muridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai markah
yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama dalam
pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar
adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan
intelek murid-murid.
Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang
terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa
peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif atau tidak
aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada
peringkat ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum
menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka juga menggunakan anggota deria untuk
menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan
anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk
mengimbangkan minda murid-murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat
ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun
dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka
juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif secara lebih
tersusun.Guru-guru perlu merancang pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis
bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat simbolik.Pada peringkat
ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan
simbol-simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran
ke situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak
dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat mengenai
sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah
penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran
secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka pada
peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu
jenis penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak
berkebolehan untuk berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan
kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang
kecil lagi.
Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of
Instruction ,menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan
teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip kecenderungan
murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan
prinsip peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti
mempunyai kecenderungan ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di
sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert
Mengapa?,Kenapa? atau Bagaimanakah sesuatu berlaku?Manakala
pengajaran berstruktur pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh
Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat
dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran
mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa
bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk apa
murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan
prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan
konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan nombor.
Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen
merupakan suatu prinsip turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada
peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang
berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan
berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah
penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik
mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu.
Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental
kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru
dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-
bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir
adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang
bersesuaian tidak kira positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu
pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan
masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas
yang ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.
Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah
mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.

Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi
Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam
bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains.
Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New
York. Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat
ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel
menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau
juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan
telah memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti
Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk bersara
dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan
psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri
dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah
Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang
memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun,
Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam
penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan
manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan
bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada
am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu meaningful
verbal learning, termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara
idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak
dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk
membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan
penemuan.Ausubel lebih mementingkan pembelajaran resepsi daripada
pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat
oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara
eksplisit ,langsung,lengkap dan tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus
menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk pengajaran
memusatkan guru.Penemuan berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan
pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui
proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha untuk mencari makna sendiri
dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.
Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep
penyusunan awal. Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk
menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian
tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia
merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang
hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk
menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami
bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep
baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan
penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam
pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah
dipelajari.
Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh
digunakan sebagai penyusunan awal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan
maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang
sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman
mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku
sekiranya guru-guru menyusun bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang
lengkap dan sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika
penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau juga
dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.
Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur
mental/kognitif berkembang dengan pembelajaran bermakna melalui 4
proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk kepada
pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam
struktur kognitif seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan
subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat bary yang terbit
daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan
disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi
korelatif merujuk pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan
mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat
atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua
dalam pembentukan kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan
maklumat untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah
spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui
pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat
secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran
deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam pendekatan ini,guru-guru
akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau
beransur-ansur khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan
mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu
mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang
berkaitan di antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-
ciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar ini.Mereka
juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara konsep-
konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid
meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap
konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian
bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif ,guru-guru
mesti memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang
timbul dalam minda murid-murid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis
konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan
tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh
murid-murid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu
pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang hampir
sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama,
Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat
menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam
kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam
pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah
dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk
pelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial
Pengenalan
Mazhab sosial menyarankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu
manusia belajar daripada orang lain yang berada dalam lingkungan persekitaran mereka.Ia
menggabungkan teori mazhab behaviorisme dengan mazhab kognitif kerana ia melibatkan
pemerhatian dan permodelan.Justeru itu,teori ini juga dikenali sebagai teori permodelan dan teori
kognitif sosial.
Di antara tokoh-tokoh yang menyokong mazhab atau teori sosial,Albert Bandura adalah tokoh
yang paling terkenal.Beliau menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan.Beliau menjelaskan bahawa
pemerhatian seorang murid terhadap apa yang dilakukan oleh guru-guru serta tindakan murid-murid
dalam meniru aksi guru-guru tersebut akan memberikan kesan yang optima kepada kefahaman murid.
Teori kognitif sosial menegaskan bahawa latar belakang kebudayaan seseorang individu
merupakan faktor utama dalam pembentukan tingkahlakunya.Kebudayaan adalah hasil ciptaan
manusia yang bersosial dan kanak-kanak dibesarkan dalam nilai budaya masing-masing.Justeru
itu,kanak-kanak amat dipengaruhi oleh budaya persekitaran yang merangkumi keluarga,sekolah dan
rakan sebaya.
Teori Permodelan Bandura
Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925.
Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada
tahun 1949 beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia, dalam jurusan psikologi. Dia
memperoleh gelar Master di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga
meraih gelaran doctor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidang psikologi
klinik, setelah lulus ia bekerja di Standford University.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik
sebagai professor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk
Distinguished scientific contribution pada tahub 1980.
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh
keluarga dengan tingkah laku social dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mulai meneliti
tentang agresi pembelajaran social dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama
mendapat gelar doctor sebagai pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun prinsip belajar cukup
untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua
fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat
terkenal dengan teori pembelajaran social, salah satu konsep dalam aliran behaviorime yang
menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman, dan evaluasi.
Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau
pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku dalam kehidupan seharian seperti
berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Pada asalnya ia
lebih merupakan kepada teori pembelajaran sosial tetapi telah berkembang kepada teori
pembelajatan sosial kognitif. Ini kerana terdapat proses kognitif terlibat di dalamnya. Bagaimana
kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan
dan perlakuan kanak-kanak. Sebab itu Bandura mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan
melibatkan tiga unsur iaitu,individu (kognitif), persekiataran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod,
2008).
Individu yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai model.
Jadi tidak hairan jika kita tengok muda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya fesyen pakaian
selebriti yang mereka minati. Sehubungan itu model boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah
model sebenar/hidup, iaitu belajar melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan hiasan
dalaman maka Eric Leong akan dijadikan model. Manakala model kedua ialah model simbolik, iaitu
model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah. Murid mungkin belajar
sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yang dinyatakan.
Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak-
anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.Albert Bandura seorang tokoh
teori belajar social ini menyatakan bahwa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan . Beliau menjelaskan lagi bahwa aspek
perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan aspek peniruan oleh
pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.
Bandura (1986) telah mengenal pasti empat unsur utama yang membantu dalam proses
pembelajaran permodelan iaitu pemerhatian , mengingati,reproduksi serta peneguhan dan motivasi.
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini
mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia
mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan
dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu memastikan murid menumpukan perhatian
kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.
Dalam suatu tunjuk cara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin
memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara
melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam
situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang
betul.Seterusnya,kebolehan untuk menyimpan apa yang diperhatikan dalam memori adalah
keupayaan mengingati.Seseorang boleh menyimpan maklumat yang telah diperhatikan dalam
pelbagai cara,seperti dalam bentuk koding,grafik mental,penyusunan kognitif ,simbolik dan
sebagainya.Sementara itu,reproduksi merujuk kepada kebolehan si pemerhati untuk menghasikan
semula imej dan maklumat yang telah diperhatikan.Pemerhatian harus berupaya melakukan semula
tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan
mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar.
Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang
perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan
latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.Dengan itu, seseorang itu mungkin telah
memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi ia mungkin tidak
dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk
melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian.
Seandainya individu itu mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan
seseorang model, ia mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat
dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan
pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya
tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen
baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.
Menurut Bandura,terdapat lima jenis peniruan seperti peniruan secara langsung,peniruan
secara tidak langsung,peniruan gabungan,peniruan sekat laluan dan yang tak sekat laluan. Pertama,
pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara
langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di
puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain
menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan.
Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin
meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses
gabungan. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia
sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di
hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya.
Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak
digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka
yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di
dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus
mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu
kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut
panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

Teori permodelan boleh digunakan untuk mencapai beberapa kesan dalam bilik
darjah.Sebagai seorang guru,ia mesti selalu mengajar atau memodelkan satu tingkah laku,sikap atau
kemahiran yang baru kepada murid-murid.Selain itu,guru juga sentiasa mengukuhkan tingkahlaku-
tingkahlaku yang telah diajar kepada murid-muridnya.Dengan itu,guru-guru mesti memastikan yang
proses permodelan digunakan untuk mengatasi segala perasaan takut dan bimbang murid-
murid.Murid-murid yang berani digalakkan untuk menonjolkan kemahiran atau kerja mereka terlebih
dahulu.
Teori Proksimiti Vygotsky
Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh
Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup
berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak
tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi
dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada
aras individu.
Vygotsky sebagai seorang penulis telah mengarang banyak buku dalam tempoh usia yang
singkat,termasuklah buku Pyscology of Arts (1925) dan thinking of speech (1934).Sumbangan beliau
yang terkemuka ialah teori proksimiti yang menyokong perkembangan pembelajaran kanak-
kanak.Kini,teori perkembangan proksimal beliau menjadi asas untuk perkembangan teori
konstruktivisme.
Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan
teorinya.Antaranya ialah pendekatan sosio-budaya,zon perkembangan proksimal,bantuan
perancah(scaffolding) dan perkembangan bahasa.Dalam pendekatan sosio-budaya,Vygotsky telah
memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak.Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam
konteks sosial,iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa
yang berinteraksi dengan mereka sejak dilahirkan.
Teori Proksimiti Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai
sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan
bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran
melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem
matematik, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang
dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Vygotsky
lebih banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan
perkembangan si anak.
Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti
kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak banyak
memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Fungsi-
fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat kebudayaan tempat individu hidup
dan alat-alat itu berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh anggota-anggota
kebudayaan yang lebih tua selama pengalaman pembelajaran yang dipandu. Pengalaman dengan
orang lain secara berangsur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin anak
tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam
kebudayaannya.
Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam keberfungsian mental
berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi tentang alat-alat, keterampilan-keterampilan
dan hubungan-hubungan interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung dengan
manusia. Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang berada di dalam
suatu latar belakang kebudayaan ini, perkembangan mental anak-anak menjadi lebih matang.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui
pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi
dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal
tanpa bantuan orang lain.
Menurut teori Vygotsky, Zone of Proximal Developmnet(ZPD) merupakan celah antara actual
development dan potential development, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan
arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah
menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial akan dapat memudahkan perkembangan anak.Menurut
Vygotsky,pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini.Vygotsky telah memfokus kepada hubungan sosial
kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat
kebudayaan iaitu bertutur dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka.Beliau juga
percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang menyebabkan
kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang lebih tinggi.
Sementara itu, konsep scaffolding ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu
bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat
diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky (1978), guru dapat
merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang
mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara bersendirian serta lain-
lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
Scaffolding juga dikatakan sebagai was developed as a metaphor to describe the type of
assistance offered by a teacher or peer to support learning. In the process of scaffolding, the teacher
helps the student master a task or concept that the student is initially unable to grasp independently.
The teacher offers assistance with only those skills that are beyond the students capabality.
Scaffolding dapat membantu murid bergerak melalui zon perkembangan proksimal (Zon of
Proximal Development) dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa
bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan
cara mengubahsuaikannya kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu
memberikan bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid mula
menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
Scaffolding berinstruksional akan memberikan sokongan kepada murid misalnya di dalam
bilik darjah, guru menyediakan scaffolding dengan menghuraikan dan membahagikan isi sesuatu
petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat diselesaikan, menunjukkan kemahiran modelling
dengan membenarkan murid menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin
murid-muridnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
Di samping itu,Vygotsky juga lebih menitikberatkan bahasa dalam pemerolehan pengetahuan
dan perkembangan kognitif.Munurut beliau,proses penguasaan bahasa berkembang dengan
kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan orang lain.Bahasa dan pemikiran
berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran.Mereka juga belajar
menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk menyelesaikan masalah seperti meminta untuk
susu apabila mereka lapar.
Dengan itu,terdapat beberapa implikasi utama teori Vygotsky dalam bilik darjah. Dari segi
pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky
akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan
teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi
kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan
mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada
keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan
kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan
persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat
bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui
pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi
dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal
tanpa bantuan orang lain.Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-
anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi
masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan
perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat
melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi
membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan
bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Teori Pembelajaran Humanistik
Pengenalan
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan
baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan berkembang secara
semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Setiap individu akan bertindak atas
persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan
bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.Selain itu,
pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan
meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing dengan menyatakan pandangan,
pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara
keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar
secara holistik.
Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses
belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam
proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan
sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya,
bukan dari sudut pandang pengamatnya.Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk
mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri
sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri
mereka. Para ahli humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu proses
pemerolehan informasi baru dan personalia informasi ini pada individu.
Seterusnya,tiga tokoh humanis utama iaitu Carl Rogers,Abraham Maslow dan Erik Erikson
akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Carl Rogers
Carl Rogers telah dilahirkan pada 8hb Januari di Oak Park, lllinois, 1902 dan telah meninggal
pada tahun 1987.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan
bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua
tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York.
Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa
doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya
sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers
College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah
nampak Rogers cuba mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian
dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati
dengan objektif dan klinikal dengan statistik.
Pada dasarnya,Carl Rogers mementingkan manusia sebagai manusia dan bukan sebagai
objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari aspek-aspek fizikal atau emosi.Beliau juga
mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat mereka sebagai mempunyai hati
yang baik dan mulia.Perlakuan mereka mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan
kendiri.Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik.Salah satu daripadanya ialah persepsi
individu mengenai diri kendiri.Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendirinya.Jika seseorang
individu memiliki konsep kendiri yang tinggi,dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat
untuk melakukan segala tugas yang diagihkan kepadanya.Usul seterusnya pula membantu individu
untuk mengatasi halangan-halangan.Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap
positif akan mendorong mendidik murid-murid secara lebih mendalam.Menurutnya lagi,seseorang
guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam
dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optimanya.Usul yang ketiga adalah
kecenderungan untuk Berjaya.Setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai
kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan.Penguasaan ilmu dan
pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan
kendiri.Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori
humanistik.Mengikut Carl Rogers,manusia sentiasa menggunakan maklumat dan pengalaman yang
ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri.Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman
yang dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.Dengan itu,struktur kendiri
manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula
diperolehi daripada interksi dengan orang lain.Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan
sosial memperkayakan input pengalaman seseorang.
Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong
Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan
dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan
pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar.
Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas
yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan
pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada
dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran.
Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas
wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira tentang
aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut selesa atau tidak.
Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang
ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang
dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku
kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang
kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini,
guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan
sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya
mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan
memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak
langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah
menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses
kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap
kemampuan diri sendiri.
Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman
luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru
bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan
keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut
termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat
murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi murid-murid.
Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid dapat menjalankan
sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira
aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut.
Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh
menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain
yang suka membuli atau sebagainya.
Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh mengaplikasikan
cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan
objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009).
Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu
apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka
mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak
untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga
perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan
motivasi dalam diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar
yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar
yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah.

Abraham Maslow
Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama
Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose.Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari
Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di
Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang
akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan
Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak
menghasilkan artikel artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan
juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan
beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut Maslow,apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki,keperluan akan
muncul secara semulajadi untuk mencapai hierarki-hierarki yang lebih tinggi berlaku secara semula
jadi.Maslow mengatakan bahawa manusia sentiasa bermotivasi untuk mencapai kejayaan dalam
hidup.Mereka akan berusaha sesungguhnya untuk mencapai kesempurnaan kendiri,iaitu
merealisasikan potensi diri manusia seutuhnya.Mereka akan mencapai tahap ini apabila telah meraih
kepuasan dari tahap-tahap yang lebih dasar.Maslow telah menghuraikan ciri-ciri perkembangan
mengenai motif manusia untuk mencapai kepuasan dalam hidup.Kuasa dalaman mendorong untuk
mengejar kecemerlangan serta gaya hidup yang sihat dan sempurna.
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut,
sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan
personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau
menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.Maslow
menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang
diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana
sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua
manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.Personaliti yang
dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan
perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap
individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan
perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat
dalam bentuk hieraki.
Menurut Maslow dalam Teori Hierarki Keperluannya,meluaskan kendiri adalah berkaitan
dengan kecenderungan seseorang untuk menghubungkaitkan diri dengan keperluan
dunia.Penyempurnaan kendiri pula adalah tentang tatacara seseorang bermoral dan beretika.Estetik
pula adalah penghargaan simetri iaitu mencari atur susun dan menghayati kecantikan.Pada tahap
kognitif pula seseorang itu perlu menjelajahi ilmu dan berusaha unuk memperoleh pengalaman
baru.Sementara itu,mengikut Maslow,pada tahap penghargaan kendiri pula ia harus mempunyai
keyakinan diri, usaha kearah meraih kejayaan dan pencapaian serta dihormati oleh orang lain.Selain
itu,cinta saying,kawan-kawan dan mempunyai keluarga yang bahagia adalah antara keperluan yang
terdapat di tahap keperluan kasih sayang.Dengan itu,keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan
dan perlindungan adalah juga tersenarai dalam hierarki keperluan Maslow.Kedua-dua keperluan ini
merujuk kepada makanan,tempat tinggal,minuman serta udara segar yang harus diperlukan oleh
seseorang.
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai
pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur
yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses
pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan
penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka
memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian,
senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta
meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar
menarik minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa
aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu
menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak
menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai
unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid
ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan
dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-
tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna untuk pelajar
yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori
dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau
ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta
dan sebagainya.Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak
boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang
mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada
akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan
berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk
memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-
langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak
pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya
menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.
Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan
keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang
pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan
individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses
perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial
sehingga mencapai kecemerlangan. Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses
pengajaran juga pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa
keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur
strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.
Teori Identiti Erik Erikson
Erik Erikson(1902-1994),seorang ahli psikoanalisis yang berasal dari
Frankfurt,Germany.Sumbangan beliau dalam bidang psikologi amat banyak dan ternilai.Beliau
terkenal untuk mengembangkan kefahaman konsep krisis identity yang berdasarkan pengalaman
yang dilalui oleh beliau sendiri.
Teori Identiti Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam
psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erikson mendapat kedudukan penting dalam psikologi.
Hal ini demikian kerana ia menjelaskan tahap perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga lanjut
usia. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri
peringkat.
Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti ego.
Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita
sentiasa berubah ubah disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam
interaksi harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa
kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan
merasai perasaan yang tidak mencukupi.Seterusnya,unsur perkembangan identiti peribadi yang
dibentuk melalui tingkah laku yang membezakan seseorang daripada orang yang lain.Dengan
itu,identiti sosial dan budaya turut merupakan satu unsur terpenting dalam perkembangan identiti
seseorang.Ia adalah merujuk kepada pelbagai peranan social atau budaya yang dimainkan oleh
seseorang individu.
Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan menambahkan
peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari
peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah
laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik
emosinya.
Menurut Erikson (1956), terdapat 8 peringkat yang dilalui oleh seseorang individu secara
berterusan sepanjang hayatnya.Antara peringkat-peringkat tersebut ialah kepercayaan lawan
kecurigaan,autonomi lawan ragu,ikhtihar lawan rasa bersalah,budaya usaha lawan rendah diri,identity
lawan kekeliruan identity,intim lawan bersendirian,generatif lawan stagnasi dan integriti lawan
kecewa.Pada peringkat kepercayaan lawan kecurigaan adalah peringkat di mana bayi berumur di
antara 0 hingga 18 bulan.Pada peringkat ini,perkembangan ego bayi berdasarkan kepada individu-
individu yang boleh dipercayai iaitu bayi mempercayai dan mempunyai keyakinan tinggi pada ibubapa
dan pengasuhnya. Pada peringkat autonomi lawan ragu adalah peringkat di mana kanak-kanak
berumur di antara 18 bulan hingga 3 tahun.Di peringkat ini kanak-kanak dapat melakukan suatu
tindakan atau aksi dengan autonomi tanpa ragu atau rasa malu.Sekiranya ibubapa memberikan
banyak peluang dan pendedahan pada kanak-kanak,mereka akan belajar berdikari serta
berkeyakinan tinggi.Seterusnya,kanak-kanak yang menghadiri tadika dan biasanya berumur di antara
4 hingga 6 tahun adalah di bawah peringkat ikhtihar lawan rasa bersalah.Peringkat ini juga dikenali
sebagai peringkat bermain di mana kanak-kanak belajar untuk berikhtiar dalam segala tugasan serta
menceburi semua permainan.Pada tahap ini,adalah penting bagi ibubapa dan orang dewasa untuk
berhati-hati dalam teguran mereka.Peringkat seterusnya ialah berdaya usaha lawan rendah diri.Pada
tahap ini murid-murid sekolah rendah yang berumur di antara 6 hingga 12 tahun mempelajari
kemahiran-kemahiran social serta bercampur gaul dengan murid-murid lain di sekolah.Mereka
sanggup mengikuti arahan daripada guru-guru dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di
sekolah.Di peringkat ini,guru-guru mesti menggalakkan perkembangan personality murid-murid
secara positif dan mesti berhati-hati dengan teguran disiplin yang boleh mengakibatkan murid-murid
rasa rendah diri.Pada peringkat identity lawan kekeliruan identiti merangkumi golongan remaja yang
berumur dalam lingkungan umur 13 hingga 20 tahun.Remaja pada peringkat ini menghadapi cabaran
untuk mengenal diri sendiri dan ini menimbulkan kebingungan dan kekeliruan dalam memahami
peranan mereka.Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan
agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.Di peringkat intim lawan bersendirian,remaja
berada dalam lingkungan umur 20 dan ke atas.Ini adalah peringkat di mana remaja ingin berdekatan
dengan kawan-kawan yang berlainan jantina dan mempunyai hubungan intim dengan orang lain yang
serasi dengan mereka.Mereka juga akan berikhtiar untuk mencari jodoh atau kumpulan rakan yang
boleh dipercayai kerana tidak ingin berseorangan. Dewasa akan membina hubungan rapat atau
sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.Peringkat generative lawan stagnasi
adalah peringkat petengahan dewasa yang terdiri daripada individu-individu yang berumur di antara
30 hingga 50 tahun.Pada tahap ini,seorang individu mencapai puncak dalam kerjaya yang diceburi
selama ini.Apabila individu sampai ke tahap ini,dia akan sangat prihatin terhadap pekembangan
generasi masa depan dan berusaha untuk mencari jalan untuk membantu mereka. Setiap dewasa
mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya
memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri.Peringkat terakhir adalah integriti lawan kecewa
atau putus asa yang merangkumi orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Cabaran utama pada
tahap ini adalah untuk mencapai integriti tanpa berputus asa dalam kehidupan iaitu individu-individu
harus menerima hakikat dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada orang lebih muda dan gigih
dengan ida-idea baru. Ini adalah kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan
perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.
Sebagai seorang guru, ia mesti menjadi model berwibawa tau berteladan baik untuk
disanjungi serta ditiru oleh murid-murid mereka.Guru-guru harus mempunyai ciri-ciri seperti bersifat
jujur, penyayang, bertolak ansur dan sentiasa bersabar untuk memahami perasaan dan emosi murid-
murid mereka.Guru-guru juga mesti membimbing dan bukan mengarah atau meleter sehingga
mereka membosankan murid-murid.Mereka perlu simpati dan empati terhadap murid-murid yang
sedang melalui peringkat-peringkat perkembangan teori Erikson.Ini ialah kerana perkembangan
personality murid-murid saling bergantungan dengan bagaimana orang-orang dewasa di dalam
persekitaran berkelakuan kepada mereka.Sementara itu,peranan Guru Besar pula ialah untuk
membina suatu suasana sekolah yang selamat dan harmoni bagi perkembangan positif identiti
individu.Sekolah-sekolah juga perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara
berprofessional dalam suasana yang harmoni,tenang dan tidak terancam untuk memenuhi keperluan
semua murid-murid yang berada di dalam peringkat-peringkat perkembangan yang
pelbagai.Pengaruh rakan sebaya amat penting dalam kehidupan kanak-kanak.Justeru itu,pihak
sekolah perlu menjamin satu persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif untuk murid-
murid berinteraksi sesame sendiri di kawasan persekitaran sekolah.

Penutup
Secara kesimpulannya,dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai
penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata
malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow
menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang
diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana
sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu
dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan
generasi. Motivasi mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat
pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan untuk
meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah
berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran
dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang
baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan
hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan
memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan masalah-
masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua
hala antara guru dan murid juga boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah.
Murid-murid tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru
mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara
bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu
seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru
kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini memudahkan guru
tersebut mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang
pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah
membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu.Contohnya
dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang
menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik.
Motivasi juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.
Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat
memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya
memperkembangkan potensi diri sendiri.
Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid terhadap dirinya
sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam
melakukan sesuatu perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu
menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat
menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat menjawab
soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan
keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya
potensi diri dalam seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak
dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap
intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri untuk meningkatkan
pencapaian.
Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran
dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan
bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil
bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan
mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya
menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada tu. Murid-murid yang
mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut.
Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain
perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam
hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di
sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar.
Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran
berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-
murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar
karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-
murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan seterusnya
dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk menilai karangan mereka sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru
tersebut. Seorang guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru
perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui
komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan kelompok besar di dalam
bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini
juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu
mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan
latar belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan murid-murid yang berbilang
kaum agar tidak timbul masalah-masalah dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan
merasa rendah diri apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan
mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada itu,
seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar
mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif dengan
tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid
akan berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Murid-
murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan.
Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Murid-
murid juga dapat belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru
perlu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan
kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah bersifat
penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan
sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru
juga perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru
perlu mengenal pasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini
penting supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dijalankan.
Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat
mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan
kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan
memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan
mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid
dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.
Selasa, 28 Ogos 2012 SEBESTIAMMAL SELVAM
http://dpli-sls.blogspot.com/2012/08/teori-kognitifteori-sosial-teori_28.html















TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan
untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan.
Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa
perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk
mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita
sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu
merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.

Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa
pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara.
Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan
yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori
pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan
perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan
memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang
sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap
kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan.
Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang
bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar
dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa
setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta
mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di
antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif,
proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan
pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan
dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)

Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala
pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk
menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba
ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba
untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori pembelajaran
kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.


Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler

Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman
yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan
seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian
pembelajaran.

Kohler (1913) dan rakan-rakannya menyelidik cara cimpanzi menyelesaikan sesuatu masalah .
Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam sebuah sangkar yang besar. Beberapa buah kotak
yang berlainan saiz juga diletakkan di dalam sangkar itu. Cimpanzi tidak dapat mengambil
pisang yang digantung kerana bumbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat
ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian
cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar. Tiba-tiba
ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti
tangga di bawah pisang itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak dan berjaya
mendapat pisang itu.

Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada cimpanzi untuk
mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak-kotak untuk
mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak-kotak dengan
keinginan untuk memakan pisang tersebut. Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah
disebut celik akal. Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu
menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan mempergunakan keadaan
dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental
(celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia
mempelajari perkara baru.

Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata
melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang
disebut celik akalyang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan
masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati
perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.


Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang
membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru.
Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di
kalangan pelajar.
Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar

Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan
gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak
disampaikan mestilah mudah difahami.

Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan
pelajar.
a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.
b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman
pelajar.

Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan
yang padu.
Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba
membuat generalisasi yang betul.

Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan
bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar:
a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
b) Berfikiran terbuka
c) Dapat membuat rumusan.

Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses
mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.

Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya
pelajar dapat memahami bahan itu.

Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu
mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun.

Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat
mencapai celik akal.



TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D
daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Beliau telah
menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana
pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi
penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam
pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960).

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu,
atau latihan penyiasatan.

Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :

Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.
Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.
Pemikiran secara logikal.
Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .
Pemikiran analisis dan intuitif.
Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.
Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.

Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :

1- Persekitaran untuk belajar

Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-
kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya
bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki
mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui
pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan
prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu
mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu
menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan
yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.

2- Struktur pengetahuan

Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana
dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika
pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem
mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan
yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori
yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami
ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran
dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka.
Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh
dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep
alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik
dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada
pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

3- Urutan

Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam
pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan
optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan
dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu,
iaitu :

a. Pesanan tanpa bahasa
b. Respon anggota badan
c. Gambaran dan lakaran
d. Bahasa

4- Peneguhan

Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa
peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan
menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan
maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya
pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.


Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner

Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga
turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui
tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan
umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu
dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil
menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk
mengetahuinya boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak
yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan
(persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk
menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran
mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia
melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak
pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh,
walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan
itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh
memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara
abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti
perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan
menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari
peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea
sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya,
pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada
permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan
dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk
menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti
berikut :

Enaktif - Kemahiran berbasikal
Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya.


Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner

Penguasaan Bahasa
Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu :

1- Subordinat / kompleksif

a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip
untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan kognitif yang rendah.
b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru yang dikuasainya,
jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang menggalakkan perkembangan kognitif.


Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum
Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau kategori.

1- Mengapa konsep atau kategori penting ?
a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan meningkatkan
penghargaan kendiri pelajar.
b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati objek atau peristiwa
yang khusus.

2- Definisi konsep
a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus. Ia juga boleh
diertikan sebagai kategori.
b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada persekitaran dan
pengalamannya.
c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola
yang tertentu.
d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-ciri
seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.
e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh
yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.

3. Jenis-jenis konsep
a) Konsep konjungtif
- Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak.
- Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh
terbang.
b) Konsep disjungtif
- Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori.
- Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat
dimasukkan dalam kategori di atas.

c) Konsep berkaitan atau berhubungan
- Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan.
- Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini
menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia.


4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori
a) Set minda
- Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong pelajra
mengkategorikan ransangan baru.
- Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta mengklasifikasikan maklumat
menurut struktur baru atau yang sudah wujud.

b) Motivasi
- Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod-kod dengan
mudah.
- Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod.
- Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan
kod-kod dalam konsep.

c) Penguasaan maklumat yang spesifik
- Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus
untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah.

d) Pengalaman yang pelbagai
- Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan
dengan lebih senang.
- Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasi
pembelajaran dan pengajaran.
-Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan dengan
mudah dan cepat.



Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah

1- Pembelajaran Penemuan
a) Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat
pembelajaran penemuan.
b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk
menyoal, meneroka dan bereksperimen.
c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh
untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam
situasi tersebut.

2- Pembelajaran melalui penaakulan induktif
a) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentuk
prinsip yang umum.
b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan
segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk
segitiga.

3- Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep
a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan
supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep.
b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus
sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia.
c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri
antara mamalia, dan reptilian.
d) Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.


4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep
a) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar
memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.

5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitif
a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara ransangan yang
berlainan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :
' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat melihat dalam
gambar ini'.
c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi definisi yang
betul.

6- Penglibatan pelajar
a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi penyelesaian
masalah.
b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila
dilindungi dengan bekas?'
c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan,
menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.

7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendah
a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik kepada
simbolik.

8- Menggunakan alat bantuan mengajar
a) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.
b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran,
carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan
perhubungan dalam konsep-konsep.

9- Pembelajaran melalui kajian luar
a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam pembelajaran
kajian luar.
b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara topik-topik pelajaran
dengan persekitaran mereka.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia dengan cirri-ciri
geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.

10- Mengajar mengikut kebolehan pelajar
a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan
pelajar.
b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan
mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni. Guru juga perlu menyusun isi
pelajaran daripada yang mudh kepada yang susah.
c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan
pembelajaran penemuan.
Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang menghadapi masalah
penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh menggunakan bahan maujud dlm proses
p&p. Kanak-kanak yang kabur penglihatan ataupun buta menggunakan deria untuk memperolh
pengertian.

Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi membantu kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak-kanak lembam. Formula yang mudah
membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik.



TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan ahli
psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta
telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak
menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang
analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak
daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan
kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan (intelektual),
strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.

Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap
satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran
kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah
menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep,
murid mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan
unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu
benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran
kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu
tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna
kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol
dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.

Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan si pelajar
memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan maklumat.

Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi dalam
aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan
pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau
bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula
mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait
secara langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada
seseorang pelajar.
Kemahiran kecerdasan

Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan
menyelesaikan masalah.

Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor
kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?


Diskriminasi
Dapat membezakan antara dua objek atau simbol.
Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q.
Konsep
Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama.
Mamalia, tenaga dan atom.
Hukum
Perhubungan di antara sekumpulan konsep.
Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan
sedia ada.
Strategi Kognitif
Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.
Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan
maklumat kompleks.
Maklumat berbahasa
Menggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.
Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.
Kemahiran motor
Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal.
Menulis, berenang dan bermain badminton.
Sikap
Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.
Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik.

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan
syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat
pembelajran tersebut ialah :

Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk
menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah
huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu
isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu
ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran
adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah
berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini
berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu
ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh
mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan.
Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan
tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang
dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa
diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan
pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru
memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan
tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian
gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas
dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang
berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu
objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang
binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk
memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat
yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa
rangkaian kemahiran kecil seperti :

Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang
kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran
yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk
menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang
telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran
bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk
menjamin peneguhan pertalian bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa
sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain
dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana
setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang
individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza
walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada
objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan
haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang
membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.


6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-
beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri
tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku
selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar
konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu
mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya
berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip,
teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran
konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik
yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum
yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian
masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.


8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan
membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan
kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam
proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses
penyelesaian masalah iaitu :

Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.


Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah

Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarat
a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran
isyarat.
b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan
perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balas
a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan
b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan
memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap,
guru perlu memberi pujian.

3- Rangkaian motor
a) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.
b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan
spesifik.
c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik,
Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4- Prinsip pertalian bahasa
a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar
supaya perkembangan bahasa berlaku.
b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis
nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.


5- Diskriminasi
a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.
b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori
yang lain.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan
kutub dan gurun.
d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu
kategori.

6- Pembentukan konsep
a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.
b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.
c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti
berikut :


Cuaca
suhu
kelembapan
hujan


d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk
konsep dengan mudah dan jelas.
e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran
konsep, iaitu:
Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.
Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu
konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh
pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.

7- Pembentukan Hukum
a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan
mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspek-aspek yang
penting dalam hukum.
c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.
d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.
e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.

8- Penyelesaian masalah
a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi
oleh pelajar.
b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi.
c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari
jawapannya sendiri.
d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan


Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit.
Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan
dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara
berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti
pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding
hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.


Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui pembelajaran isyarat,
contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak yang menghadapi masalah
penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.

Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak-kanak biasa,
jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.

Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah
pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara berulang-ulang
berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.



TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana
beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam
pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya
murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.


Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel

1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)

- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan
maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.
- Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan
teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah.
- Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi dan universiti
kerana bilangan pelajar yang ramai.
- Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama
guru.
- Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos institusi yang
mengendalikannya.
- Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak , cara yang
baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
- Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah kurang menarik dan
cepat dilupai oleh mereka.


2. Pembelajaran Penemuan

- Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri.
- Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui prose scuba jaya , celik akal serta
pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak diberikan oleh guru.
- Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini menghubungkan maklumat
baru dan maklumat lama yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.
- Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi
rangsangan yang pelbagai.
- Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi
kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.


3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif

- Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif
yang boleh diasimilasikan melalui proses subsumption.
- Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.
4. Subsumption Terbitan

- Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia
ada pelajar.
- Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah bahaya.
Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo
Negara , pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan , iaitu ,
Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang berbahaya.


5. Subsumption Korelatif

- Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses pengembangan makna
dalam struktur kognitif.
- Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar.
- Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur. Apabila dia
melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini
kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya.
- Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.
- Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana proses penyu
bertelur.


6. Penyusun Awal

- Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang
baik antara skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran yang baru.
- Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan
struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat baru menjadi lebih berkesan.
- Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh
menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut :
Apa itu puisi? dan membacakan satu puisi kepada pelajar.
- Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan sesuatu pengajaran atau
sepanjang pelajaran.
- Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau demonstrasi.
Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal.

i) Penyusun Awal Perbandingan
- Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang wujud dalam
pemikiran
- Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar.
- Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil dan mengingatinya
semula.

ii) Penyusun Awal Ekspositori
- Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang mereka perlukan untuk
pembelajaran topik baru.
- Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau dalam bentuk definisi
konsep yang umum.


7. Pembelajaran Subordinat dan Superordinat

- Ausubel juga mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pembelajaran
subordinat dan superordinat.
- Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi
bahan baru lebih mudah dan berkesan.
- Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan pengalaman lama
pelajar dengan maklumat baru yang hendak disampaikan oleh guru.
- Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif , guru akan mengajar satu konsep terlebih
dahulu dan ini akan diikuti dengan contoh-contoh yang khusus yang dapat mengukuhkan konsep
tersebut.

- Contohnya ,
Konsep : Barang yang berat akan tenggelam
Contoh barang-barang berat
- Batu besar
- Kereta buruk
- Dalam pembelajaran superordinat atau induktif , guru akan memulakan idea baru dengan
contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu.
Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat.
- Contoh :

Daun Terapung

Bulu ayam Terapung

Prinsip Barang yang ringan akan tenggelam


8. Teknik Hafazan

- Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan.
- Walau bagaimanapun , guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.
- Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan mengingati rumusan dan
sifiran.


Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara
manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina
secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan
yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan
bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan & bukannyahanya menerima pengetahuan
orang lain.

Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn menguji idea
& pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kpd
situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual
yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran secara
konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan @ konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan
menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.


Prinsip Teori Konstruktivisme

Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria)
untuk membinanya.
Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem
makna.
Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.
Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran
saling berhubung kait.
Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan
sebaya , dan lain-lain hubungan.


Pelopor Teori Konstruktivisme

i) Lev Vygotsky

Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina
berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan
pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak
boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa , rakan atau
guru (scaffolding).


Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan
Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding).

2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan
pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan kerja tersebut sendiri.

4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh
dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar
melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.


Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan ,
penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan telah dipelajari apabila ia
disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.
2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan (persepsi) dan konsep
(tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau mengaitkan maksud pada sesuatu
perkara.
3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan bahan maujud.
4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea spesifik mengenai
sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk memahami sesuatu pengalaman
atau menyelesaikan masalah.
ii) Jean Piaget

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid
aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia
berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang
biasanya dipanggil sebagai soalan epistemology. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang
hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran secara kualitatif.

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan
tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak
yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia
berfungsi.

Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik
kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian
tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang
bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip
konsep berikut:

Organisasi
Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental
atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia
sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh
skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalh matematik dan lain-
lain.

Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap
persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti
menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah
sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami
sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui
(Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan
seekot hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba
memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti
binatang.


Akomodasi
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru.
Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi
respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang
ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut
akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti
binatang. Ini dikatakan akomodasi.


Metakognisi

Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus maklumat.

a) Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.
b) Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.
(formula-matematik).
c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.

John Flavell (1976) Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya.
Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)


Faktor Mempengaruhi Metakognisi

Individu itu sendiri
Tugas yang diberikan
Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir
Teori pelaziman klasik Watson


Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan
perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses
pembelajaran.

- beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak kanak
lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

- Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus putih.
Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut,
tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut,
kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga
menimbulkan perasaan takut kanak kanak tersebut pada tikus putih.


- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi
pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan
kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

- Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan
pelbagai situasi.

- Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang
menyeronokkan.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH


Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token
dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.

a) Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya
menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.

b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-
ulangnya tingkah laku yang positif.

Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-
kat.

a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak
terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak
secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi
yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi
dengan betul.

a) Generalisasi

(i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.
Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.
(ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang
berlainan.
(iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahu
nya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama
dengan ujian bulanan.
(iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah
biasa membuat ujian bulanan.

b) Diskriminasi rangsangan

(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada
rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-
rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P.
(ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif
spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.
(iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada
maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
(iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi
antara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.

a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru.
b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiri
dan mengucapkan Selamat Pagi (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.
c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap
kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.

a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh
gerak balas terlazim.
b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk
pujian untuk kerjanya yang kemas.
c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.
Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusan
d) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif
dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan
pelajar.

Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.
a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum
mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki
dalam P&P.
b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,
hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku
yang diingini.
c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghapusan
a) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara
perlahan-lahan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar
dalam situasi P&P.
c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.
d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan
yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.
e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.
f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html





MODEL PENGAJARAN


MODEL MEMPROSES MAKLUMAT
PRINSIP-PRINSIP
Kumpulan model pemprosesan maklumat berfokuskan kepada naluri semulajadi kita
untuk memahami dunia.
Model ini berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat

i.Rangsangan
ii.Proses
iii.Stor Jangka Pendek
-Direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan murid-murid kita mempelajari dan
seterusnya mengembangkan konsep. Menunjukkan cara penyampaian konsep yang
berkesan. Antaranya:
1. Inkuiri. Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat kesimpulan. Kaedah ini
banyak digunakan dalam matapelajaran sains.
2. Eksposisi. Semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid tanpa menggalakkan
penyoalan. Contohnya, kuliah yang disampaikan di dalam kelas.



MODEL SISTEM BEHAVIORAL

PRINSIP-PRINSIP

Pengajaran langsung.
pengajaran langsung adalah satu strategi yang berarahkan guru dimana guru akan
menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta
menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah
demi langkah. Oleh yang demikian, ia agak sesuai untuk mengajar bacaan dan
matematik.
Pengajaran langkah demi langkah. (Pengajaran Masteri)
Contoh:
al-Quran
Bahasa
Matematik

MODEL SOSIAL
PRINSIP-PRINSIP
1.Simulasi.
-Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,
praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid.
-Ini penting bagi membantu murid melihat objek yang sebenar.
2.Lakonan
-Murid-murid melakonkan watak-watak yang menjadi model positif kepada mereka.
3.Main peranan
-Membantu murid-murid untuk memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam
interaksi sosial, dan cara bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
-Cara main peranan dilaksanakan, adalah dengan cara murid melakonkan watak-watak
berdasarkan satu situasi yang telah dikenalpasti.
4.Permainan
-Murid diminta bermain permainan secara berkumpulan seperti kuiz


MODEL PERSONAL

PRINSIP-PRINSIP

Synetics- Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.
-Direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan
bidang-bidang yang lain.
-Melalui sumbang saran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas.
-Menggalakkan penglibatan yang aktif.
Eksperimen/ Ujikaji
-Murid diberi peluang menjalankan eksperimen sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumat


POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 1 1 : 3 8 AM 0 COMME NTS
Perbincangan di dalam kelas


Para pelajar berkongsi maklumat


Gambar ini diambil ketika pensyarah dan para pelajar berbincang berkenaan tugasan yang diberikan.
Perbincangan di dalam kelas ini amat berguna dan membantu kerana banyak maklumat yang
diperoleh. Selain itu, rakan-rakan sekelas juga berkongsi maklumat antara satu sama lain dan cara
sebegini lebih memudahkan kami untuk melakasanakn tugasan.Pensyarah juga memberi banyak
tunjuk ajar dan info-info yang berguna dalam memantapkan lagi isi tugasankami. TERIMA KASIH
kepada semua kerana sudi berkongsi maklumat....





POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 1 1 : 1 6 AM 0 COMME NTS
S A T U R D A Y , A U G U S T 1 4 , 2 0 1 0
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PROSES P&P
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
Antara Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah:
1. Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan
berbentuk spesifik.
2. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan
keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya
menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.
3. Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran.
4. Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah
laku yang tidak diingini.
5. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang
kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.
6. Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.
7. Mementingkan peneguhan.
Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang
bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah.
Antaranya adalah:
1. Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka
soalan (ransangan) jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu
secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat.
2. Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas
hendaklah diberi serta merta.
3. Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda
berupaya memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka akan
menerima pengukuhan positif.
4. Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan
pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan
sebagainya .
T TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
1. Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan
mereka dengan maklumat yang penting.
2. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Guru perlu sedar bahawa terdapat murid-murid yang mungkin berada pada
mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Oleh
itu, guru boleh mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang telah
mereka pelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan.
4. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan
yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.
5. Perkembangan makna dan kefahaman.
6. Pentingkan pengamatan, pemberian makna dan pembelajaran penerimaan
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTISME
1. Kurikulum yang disediakan di sekolah pada setiap tahap persekolahan, iaitu
bermula daripada prasekolah, rendah hingga menengah hendaklah
berasaskan pengetahuan lalu pembelajar yang berkenaan. Oleh itu,
penekanan hendaklah diberikan kepada kaedah menyelesaikan masalah
secara hands-on.
2. Guru hendaklah merancang dan melaksankan strategi pengajaran seperti
soalan- soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan
respon pelajar serta menggalakkan mereka menganalisis maklumat yang
diperoleh.
3. Murid-murid akan dinilai dan mereka hendaklah berusaha dalam menentukan
kemajuan masing-masing.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
1. Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai
tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah
laku yang positif.
2. Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling
boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya
diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam
kalangan murid-murid kita.

3. Perkembangan manusia
.
4. Penyesuaian seimbang.
TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME
1. Guru perlu sedar bahawa setiap murid mempunyai keperluan asas yang perlu
dipenuhi terlebih dahulu.
2. Guru perlu peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk
mengenalpasti apakah kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi
perhatian.
3. Perhatian perlu diberi terhadap pemilihan tugasan pembelajaran yang dapat
meransangkan minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid kita.
POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 9 : 02 AM 0 COMME NTS
S U N D A Y , A U G U S T 8 , 2 0 1 0
TEORI PEMBELAJARAN






TEORI BEHAVIORIS
Tokoh:
1) Ivan Pavlov ( 1849-1936)
2) J.B Watson (1878-1958)
3)Edward L.Thorndike (1878-1958)

Prinsip:
(Thorndike)
- Ransangan dan gerak balas
- Peneguhan
-Hukuman: Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

(Pavlov)
-Pembelajaran semula
-Generalisasi, iaitu ransangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama.
- Diskriminasi
-Penghapusan

(Watson)
-Tingkah laku manusia adalah reflek dan terlazim.
-Semua pembelajaran adalah pelaziman klasik.
-Pembelajaran berlaku berdasarkan 2 prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaharuan.

TEORI KOGNITIF
Tokoh:
- Jean Piaget
- David Paul

Prinsip:
- Pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori.
- Menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mengetahuinya.

TEORI SOSIAL
Tokoh:
Carl Rogers
Prinsip:
- Individu mempunyai keinginan sendiri untuk belajar.

TEORI HUMANISME
Tokoh:
-Albert Bandura
Prinsip:
-Konsep kendiri positif akan memberi peneguhan positif.







POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 8 : 49 PM 0 COMME NTS
MODEL BEHAVIORAL
Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran
Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.
- Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya
untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya
melakukan tugas yang diberi.
-Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan
fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.
Antara contoh pengajaran model behavioral adalah:

PENGAJARAN LANSUNG.
Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada
murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan
pembelajaran.
Implikasi pengajaran ini terhadap bilik darjah adalah:
Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran
yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

PEMBELAJARAN MASTERI
Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.
Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:
Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada
murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.
POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 8 : 18 PM 0 COMME NTS
M O N D A Y , J U L Y 1 9 , 2 0 1 0
Permainan Tradisional
Pada 6 Julai 2010, kelas kami telah menjalankan permainan tradisonal bertempat di gim. Dalam
aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu permainan dan kumpulan saya telah
memilih permainan batu seremban. Walaupun permainan batu seremban masih dimainkan hingga
kini, namun banyak perkara baru yang telah saya pelajari sama ada sejarah permainan tersebut
mahupun cara batu seremban dimainkan. Pada hari tersebut juga, banyak permainan baru yang saya
pelajari seperti konda kondi. Saya berasa ini merupakan satu pengalaman yang bermakna kerana
melalui aktiviti ini kita dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan pada masa yang sama kita juga
memegang tanggungjawab sebagai pengekal tradisi. Hal ini kerana, permainan tradisional semakin
hari semakin dilupakan. Diharapkan dengan aktiviti ini, permainan turun-temurun yang menjadi
lambang budaya kita tidak hilang ditelan arus permodenan.

POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N AT 1 1 : 3 1 PM 0 COMME NTS
S U N D A Y , J U L Y 1 8 , 2 0 1 0
Hari Pertama...

Hari ini merupakan kali pertama saya mempelajari cara untuk membuat blog walaupun blog
sebenarnya telah lama digunakan oleh masyarakat kini. Blog ini dihasilkan untuk memuat turun
segala perkara yang berkaitan dengan matapelajaran Murid dan Alam Belajar.
Terima kasih Puan Jamilah kerana sudi mengajar!!!!
POS TED BY NUR I L YANA CHE L ASI N
http://ilyanamab.blogspot.com/









SUNDAY, AUGUST 22, 2010
Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan
peniruaan. Oleh itu, guru boleh memilih ciri-ciri model yang
ada ketokohan seperti dipandang tinggi, cekap, baik selaras
dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di dalam
kelas.
Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan.
Guru boleh memuji pelajar yang bertulisan kemas, paparkan
hasilan tulisan dan melantik pelajar sebagai ketua kumpulan.
Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikut perlakuannya.
Menggunakan model sebenar. Contohnya guru
membawa tukang kebun untuk menunjukkan cara yang betul
membuat cantuman tunas. Guru model simbolik-langkah
kerja. Pelajar membaca langkah 1, manakala guru akan
menjelaskan langkah di samping tukang kebun membuat
secara praktik.
Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan
jelas. Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan.
Pelajar juga dapat meniru dengan cepat.
Ulang dan tegaskan langkah yang penting. Beritahu
sebab atau kewajarannya.
Paparkan hasilan kerja terbaik untuk membolehkan
pelajar berkenaan terus berusaha dan merangsang pelajar
lain berusaha sebagaimana pelajar berkenan. Akan timbul
keinginan pelajar lain untuk hasilkan karyanya diaparkan.
Guru juga perlu menggunakan bahan bantu mengajar
yang bermutu tinggi
Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang
sbg model.
Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah
dengan teknik main peranan dan simulasi.

Sumber:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/.../teori-
pembelajaran.ppt
http://dalinsia8990.blogspot.com/

Potrebbero piacerti anche