Sei sulla pagina 1di 13

AMALAN DAN PENDEKATAN KAEDAH

PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN


ISLAM DALAM BIDANG
TILAWAH ALQURAN

DAMANHURI BIN DAUD
P63894

PENYELIA
DR MOHD ADERI B CHE NOH
PENDAHULUAN

Bidang Tilawah al-Quran merupakan teras dalam
sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah dan menengah.
Bidang ini diperkenalkan dengan tujuan apabila
murid-murid tamat persekolahan peringkat rendah,
mereka diharapkan dapat menguasai kemahiran
asas iaitu membaca al-Quran.
Bidang tilawah al-Quran ini seharusnya menjadi
mata pelajaran yang digemari dan diminati oleh
murid.
ISU YANG TIMBUL
KPM (1996)- ramai murid Islam lepasan sekolah
rendah yang didapati tidak tahu membaca al Quran
apabila mereka berada di sekolah menengah
Ahmad Abd Ghani (1997) - mendapati murid
menghadapi masalah mempraktikkan hukum tajwid
Kelemahan yang ketara dalam diri murid adalah
berkaitan dengan kelemahan penguasaan bacaan al-
Quran (Raihan, 2000), (Ramlan, 2000), (Farehan,
2000) dan (Ramli, 2000).



PUNCA KELEMAHAN MURID
o (Wan Azlina et. al, 2010) dapatan dari Jemaah Nazir
Persekutuan mendapati kurikulum Tilawah Al-Quran yang
banyak selain dari bilangan murid yang ramai dalam sesuatu
kelas.
o Selain itu, masa mengajar yang singkat, pembelajaran yang
berorientasikan peperiksaan, teknik pengajaran guru yang
kurang berkesan, kelemahan dan kekurangan guru dan
ibubapa dalam kemahiran al-Quran, ketiadaan budaya
membaca Al-Quran dan lain-lain lagi.
o Kamarul Azmi (2012)
Kualiti Pendekatan p&p Guru
Kualiti Penggunaan ICT
Kualiti Penguasan Ilmu Khusus Pendidikan Islam
Kualiti Personaliti
Persekitaran Guru

KUALITI PENGAJARAN GURU
Hanuni (2003), Ab. Halim et al. (2004), Love dan Kruger
(2005), Renaud dan Murray (2005) - hubungan
pengajaran dan pembelajaran guru amat berkait rapat
dengan peningkatan dan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran.
GPI gagal menarik minat murid di dalam bidang Tilawah
Al-Quran, Sirah, Akidah dan Tamadun Islam (Kamarul
Azmi, 2012).
Kebanyakan GPI menggunakan kaedah-kaedah lama
walaupun masih releven seperti talaqqi musyafahah. Ia
boleh dibuat inovasi seperti menggabungkannya dengan
penggunaan multimedia seperti powerpoint kerana ia
boleh menarik minat murid (Gorman, 2000) dan (KPM,
2004)


BENTUK KAEDAH YANG DIGUNAKAN
GPI
Kamarulzaman et al. (2002) - guru banyak menggunakan
kaedah syarahan dan kaedah berpusatkan guru.
Ab Halim et. al.(2004) - kebanyakan kaedah yang
digunakan guru adalah tasmi dan tashih, latih tubi, talaqqi
musyafahah, halaqah dan penerangan serta perbincangan
kumpulan.
Kamarul Azmi (2012) - Kajian terhadap sekolah kelolaan
JAIS mendapati guru banyak menggunakan kaedah murid
membaca dan guru membetulkan bacaan (63%). Guru
kurang memperdengarkan bacaan mereka sebaliknya
menggunakan bacaan murid sebagai contoh
ISU DAN CABARAN
Kajian oleh KPM (2004) - tidak terdapat satu usaha
pun dari murid yang tidak tahu membaca ini untuk
belajar membaca dan mempelajari al-Quran
apabila dewasa.
Bagi mengelakkan perkara ini dari terus berleluasa,
guru seharusnya menggunakan kaedah dan teknik
yang betul dan tepat serta bersesuaian dengan
objektif yang ingin dicapai Alkailani (1986) dan
Ghazali (2004).

KAEDAH PENGAJARAN
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
Malaysia (2011)

Sumber : Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011, Modul
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Bahagian Pedagogi Pendidikan Islam
KAEDAH-KAEDAH LAIN
Kaedah bacaan Al-Quran yang biasa diamalkan di
Malaysia seperti :
Kaedah Baghdadiah - menggunakan sebuah buku yang
dinamakan Muqaddam dan ia menekankan kepada
pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.
Kaedah Qiraati - bermula dengan memperkenalkan huruf
Hijaiyyah, bacaan huruf qalqalah dan sebagainya.
Kemudian murid akan dilatih membaca juzuk Amma dan
seterusnya al-Quran.
Kaedah Hatawiah - kaedah membaca al-Quran dengan
berpandukan tulisan rumi.
Kaedah Iqra kaedah bacaan al-Quran yang sekarang
digunakan di sekolah-sekolah.


KAEDAH IQRA
Pembelajaran Iqra adalah satu usaha inovasi untuk
memperkenalkan dan mempercepatkan bacaan al-Quran
terutama untuk murid yang lambat menguasai kemahiran yang
diajar.
Bertujuan menguasai kemahiran asas Tilawah al-Quran.
Diperkenalkan di Malaysia sejak 1992 dan bermula pada sesi
persekolahan 1995.
Wujud masalah (Nor Azman, 2011) -
Murid yang masih tidak dapat mengenal huruf hijaiyah.
Murid yang tidak dapat membezakan bacaan panjang dan bacaan
pendek.
Murid yang masih tidak dapat menguasai hukum tajwid
yang asas.



CADANGAN

TAJWID DALAM KOD BERWARNA
Masalah dihadapi murid iaitu menguasai kemahiran
membaca Al-Quran (Aderi, 2004) boleh diatasi dengan
penggunaan kod huruf berwarna berdasarkan kajian
Nornajidah (2008), Hajijah (2008), Ag Ruzaini dan Siti
Hajar (2012).
Cara ini memperlihatkan guru masih menjadi pembimbing
murid menerangkan cara membaca dan menyebut.
Bagi memudahkan murid, boleh dibuat dalam buku teks
sekolah.




CONTOH
Huruf mad diwarnakan



Contoh yang terdapat dalam al-Quran


KESIMPULAN
Guru yang baik dan kreatif akan menggunakan
kaedah yang pelbagai bagi mencapai satu-satu
objektif. Adakalanya sesetengah kaedah tidak
sesuai untuk diaplikasikan untuk satu-satu objektif.
Di sinilah letaknya sifat kreatif seseorang guru
dalam memikirkan apakah kaedah yang sesuai
untuk digunakan demi untuk melahirkan murid yang
berkemahiran dalam Tilawah al-Quran tercapai
dengan jayanya.

Potrebbero piacerti anche