Sei sulla pagina 1di 7

Pengenalan Hassan Al-Banna

Nama sebenar beliau ialah Al Imam Hassan Bin Sheikh Ahmad Bin Abdul Rahman
Al-Banna Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-
Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. dan meninggal
pada 1949 di Kaherah ketika Berusia 43 tahun.Beliau pernah menganggotai
beberapa persatuan seperti jamiyyah as-suluk al-Akhlaqi dan jamiyyah Makarimul
Akhlak al-Islamiah sebelum menubuhkan Ikhwalnulmuslimin. Hasan al-Banna
merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul
Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah
kitab,hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar,
Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah
diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam
di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya
digunakan untuk mengkaji,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir
al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.








Sifat peribadi ,pendidikan dan
ketokohan Hassan Al-Banna

Sifat peribadi
Antara sifat peribadi beliau ialah,banyak membaca buku daripada pelbagai bidang
seperti tasawwuf dan sejarah islam.hassan Al Banna juga suka bergaul dan
berbincang dengan para ulamak. Beliau juga mempunyai semangat jihad yang tinggi
dalam mengerjakan dakwah dan sentiasa prihatin terhadap nasib masyarakat di
sekelilingnya. Beliau juga seorang pemimpin yang berwibawa dan disegani di
peringkat antarabangsa. kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-
Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini,
Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata Bpelosok
tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.
Pendidikan
Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam
usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya
juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama
kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad
AdDiniyyah. Hasan Al-Banna berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah
Aadadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah
rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan
menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Beliau memilih memasuki
MaahadDini, iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti
Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan
yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat
Ijazah Perguruan.. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru
Damanhur untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketokohan Hassan Al-Banna
Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri
majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-
Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin.
Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna juga terdedah dengan pergolakan parti politik
dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk.
Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau
kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat
mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan
rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi
dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-
tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid
Wajdi dan lain-lain.















Penutup

Sumbangan Hassan Al-Banna dalam mengasaskan ikhwanulmuslimin iatu
pertubuhan yang membawa penbaharuan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial
dunia Islam.seterusnya,beliau juga menyedarkan masyarakat supaya kembali
menghayati islam dan menyuburkan kembali pemikiran islam dalam masyarakat.
beliau juga sentiasa mencontohi tokoh islam dalam memperjuangkan keadilan dan
kebenaran .














Isi kandungan


Bil

tajuk

Bil/ms

1

penghargaan
2

2

Pengenalan(biodata)
3
3 (Isi)
-sifat peribadi
-Pendidikan dan
-sumbangan

4-5
4
Penutup
6
5
lampiran
7
__

__





penghargaan

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta saya, PN.NOORINAWATI BT ABD RAHMAN kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja folio ini.Terima kasih.









KOLEJ VOKASIONAL
KANGAR, PERLIS


HASSAN AL-BANNA
SEM4(2014)

NURFATIN IZZATI BT IBRAHIM
FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN
PENSYARAH:PN.NOORINAWATI BT
ABD RAHMAN.

Potrebbero piacerti anche