Sei sulla pagina 1di 4
“NN Be = Ket A si 94! 9). UNIVERSITI_KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN KODKURSUS)—: €04113/CJ3113 TAJUK KURSUS : PASARAN WANG DAN MODAL ARAHAN A KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI TIGA (3) BAHAGIAN. JAWAB SEMUA SOALAN DI SETIAP BAHAGIAN. Rertas soalan ini wengandungs 9 wuka Gurat bercstak, tidak termasuk muka surat ini Peperiksaan Akhir Semester I, COMIH/CI3113 — Pasaran Sesi 2001/2002 fang & Modal Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian. Jawab semua soalan di setiap bahagian. Markah penuh = 100. BAHAGIAN A: 5 markah bagi setiap soalan (Jumlah 40 markah). 1. Apakah perbezaan di antara lindungni . spekulasi dan arbitraj? 2. Apakah yang akan berlaku sekiranya anda telah menjual opsyen beli ke atas satu aset asas dan harga aset asas tersebut semakin meningkat 3. Sebagai seorang pengusaha ladang kelapa sawit, pendapatan anda terdedah kepada turun naiknya harga kelapa sawit di pasaran, Terangkan bagaimana anda boleh ‘melindung pendapatan anda dengan menggunakan kontrak niaga ke depan? 4. Dengan memberikan beberapa contoh yang sesuai, terangkan perbezaan di antara instrumen yang diniagakan di pasaran modal dengan instrumen yang diniagakan di dalam pasaran wang? 5. Dengan mengambilkira kesan kupon dan kesan tempoh matang, terangkan ciri-ciri bon yang sesuai dipegang di dalam keadaan kadar faedah yang tidak menentu? 6. Bezakan di antara Teori Kesetaraan Kadar Faedah dan Teori Kesetaraan Kuasa Beli 7. Bincangkan dua (2) faktor yang mempengaruhi kadar tukaran matawang asing. 8, Bincangkan dua (2) jenis risiko yang terdapat di dalam pelaburan bon, BAHAGIAN B: 10 markah bagi setiap soalan (Jumlah 40 markah). Soalan 1 (a) Anda telah memasuki urusniaga swap 5 tahun dengan Bank ABCD dengan jumlah prinsipal sebanyak RMIOO juta. Bagi setiap tahun untuk selama lima tahun berikutnya, pihak bank bersetuju untuk membayar kepada anda 8 peratus setahun. Sebagai balasan, anda perlu membayar KLIBOR + 0.50 peratus kepada pihak bank Sekiranya KLIBOR pada tahun pertama adalah 6.75 peratus dan KLIBOR pada tahun kedua pula ialah 6.25 peratus, kirakan jumlah wang yang akan anda bayar serta terima untuk dua tahun pertama hasil daripada urusniaga swap tersebut? (b) Anda telah membeli satu floor dari Bank XYZ pada kadar sirike 6 peratus. Jumlah prinsipal yang terlibat adalah RM4O juta. Kirakan bayaran yang akan terima dari pihak bank sekiranya kadar faedah semasa adalah (i) 4 peratus, dan (ji) 8 peratus. Peperiksaan Akhir Semester I, Sest 2001/2002 CCH13/CI3113— Pasaran Wang & Modal Soalan 2 (a) Pada Shb Ogos, 2001, anda telah memasuki satu perjanjian belibalik 7 hari dengan Bank MNBV pada kadar repo 5.80 peratus. Perjanjian bernilai RM3 juta ini melibatkan sekuriti MGS yang disebutharga pada 97.80 dan akan dibeli oleh anda dari pihak bank. Terangkan apa yang akan berlaku pada permulaan serta penamat perjanjian tersebut. (b) Kadar faedah satu tahun di Malaysia adalah 5.50 peratus manakala kadar faedah untuk tempoh yang sama di Singapura adalah 8.00 peratus. Kadar sebutharga lani untuk matawang Malaysia ke atas matawang Singapura adalah 2.3400/50. Sekiranya anda mempunyai RMI juta dan ingin memaksimakan wang ini dalam masa setahun, apakah tindakan yang akan anda ambil ~ melabur di Malaysia atau di Singapura? Soalan 3 Dengan Berpandukan maklumat berikut, jawab soalan-soalan di bawah Bon LKJH: — Nilai Par = RMI00 Kadar kupon 10 peratus Pembayaran faedah = setiap enam bulan Tempoh hayat 2 tahun Kadar hasil hingga matang = 12 peratus (a) Kirakan harga bon tersebut dengan menggunakan kaedah rumus. (b) Kirakan tempoh Macaulay (©) Kirakan tempoh ubahsuai (d) Kirakan cembungan bagi bon tersebut. (©) Sekiranya kadar faedah naik sebanyak 100 basis point, kirakan harga bon tersebut menurut (i) kaedah rumus (ii) kaedah tempoh ubahsuai dan cembungan, Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi 2001/2002 CCH13/CJ3113 — Pasaran Wang & Modal Soalan 4 Saham YHN dijual di pasaran pada harga RM48.00 seunit. Terdapat opsyen letakan ke atas saham tersebut dengan harga laksana RM46.00 dan dijual pada premium RMO.50 seunit. Anda telah membeli 10 lot opsyen letakan tersebut. Terangkan tindakan yang akan anda ambil serta kirakan keuntungan/kerugian yang akan anda alami akibat daripada tindakan anda tersebut di dalam keadaan-keadaan berikut: (a) harga saham naik ke tahap RMS2.00 seunit (b) harga saham kekal ditahap RM48.00 seunit (©) harga saham turun ke tahap RM46.00 seunit (@) harga saham turun ke tahap RM40.00 seunit. BAHAGIAN C (20 markah) Apakah cabaran serta halangan yang perlu diatasi oleh Malaysia dalam usaha untuk menjadi Pusat Kewangan Islam Serantau (PKIS), SOALAN TAMAT

Potrebbero piacerti anche