Sei sulla pagina 1di 8

7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 1/8
Adolf Hitler
Hitler pada 1937
Fhrer Jerman
Tempoh berjawat
2 Ogos 1934 30 April 1945
Didahului oleh Paul von Hindenburg
(sebagai Presiden)
Digantikan oleh Karl Donitz
(sebagai Presiden)
Canselor Jerman (Reichskanzler)
Tempoh berjawat
30 Januari 1933 30 April 1945
Presiden Paul von Hindenburg
Franz von Papen
Jawatan kosong
Didahului oleh Kurt von Schleicher
Digantikan oleh Joseph Goebbels
Gabenor Prusia
Tempoh berjawat
30 Januari 1933 30 Januari 1935
Perdana Menteri Franz von Papen
Hermann Goering
Didahului oleh Jawatan dicipta
Digantikan oleh Hermann Goering
Tarikh lahir 20 April 1889
Tempat lahir Braunau am Inn, Austria-Hungary
Meninggal 30 April 1945 (umur 56)
Berlin, Jerman
Kerakyatan Austria sehingga 7 April
Hitler (panggilan manja 'Adi')
semasa bayi
Adolf Hitler
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang tokoh politik di Jerman
antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain
peranan penting dalam Perang Dunia II. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat
sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa.
Isi kandungan
1 Sejarah awal
1.1 Zaman remajanya
1.2 Penyertaan dalam Perang Dunia I
2 Pembabitan Hitler awal dalam politik
3 Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
4 Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"
5 Bermulanya Perang Dunia II
6 Lihat juga
7 Rujukan
Sejarah awal
Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil
Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.
Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali
sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Plzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah
melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga
anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah
memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama
di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran
Linz, Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah
bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan
bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan
disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk
mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya,
Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada
umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah.
Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa
kezaliman bapanya.
Sewaktu di sekolah rendah beliau telah
menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang
seperti lukisan dan nyanyian. Malah sewaktu
belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah
menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau
dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping
itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan
mampu melakarkan semula sebuah bangunan
hanya dengan menggunakan ingatannya.
Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari
Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau.
Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah
berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun
bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi
seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 2/8
Kerakyatan Austria sehingga 7 April
1925
[1]
Jerman selepas 25
Februari 1932
Parti politik Parti Buruh Jerman Sosialis
Nasional (NSDAP) (19211945)
Pasangan Eva Braun
(2930 April 1945)
Pekerjaan Ahli politik, askar, artis, penulis
Tandatangan
Adolf Hitler sebagai seorang askar
semasa Perang Dunia Pertama (1914
1918)
memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah
bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-
paru.
Zaman remajanya
Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali".
Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya
semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan
menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek
iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Ptsch,
yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal
remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam
persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera,
dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti
opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di
"Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk
tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk
menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal
dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki
akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun
dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku taman parkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang
sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau
mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.
Penyertaan dalam Perang Dunia I
Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau
dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara.
Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria
ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari
maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat
berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama
pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah
berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina
apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat
Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari
belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau
sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat
Persetiaan Versailles) Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918,
Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans koperal.
Pembabitan Hitler awal dalam politik
Selepas Perang Dunia I berakhir, Hitler telah ditempatkan di Munich, ibunegeri Bavaria. Pada ketika
itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin parti Sosialis Bebas Independent
Socialist Party, telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis. Akibatnya pada
Mei, 1919 Tentera Jerman telah memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan sosialis tersebut.
Hitler sendiri telah ditahan kerana disyaki sebagai seorang berfahaman sosialis. Namun beliau
dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang menyokong
kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai
perisik gerakan revolusi di Munich.
Pada September 1919, beliau diarahkan untuk menghadiri mesyuarat German Worker's Party (GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini
yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah revolusi komunis. Sewaktu menghadiri mesyuarat ini beliau bersetuju dengan misi parti ini iaitu
kearah nasionalisme Jerman dan anti-Semitisme. Walaupun beliau hadir sebagai seorang perisik, beliau tidak dapat menahan dirinya daripada
memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat tertarik dengan karisma Hitler sewaktu berpidato dan kemudiannya menjemput beliau
menyertai parti ini.
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 3/8
Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amatlah sedikit iaitu hanya seramai 46 orang. Namun beliau tidak berputus asa dan
menggunakannya keahliannya sebagai medan latihan untuk memperbaiki kemahiran berpidatonya. Lama kelamaan beliau telah digilap menjadi
bintang yang bersinar dan kebolehannya untuk berpidato telah menarik ramai orang untuk menyertai parti tersebut. Hitler kemudiannya terus
berkecimpung dalam arena politik. Antara lain beliau telah membawa masuk beberapa kawan tenteranya termasuk Kaptan Ernst Roehm.
Kemasukan Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan
kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama
Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.
Pada Februari 1920, parti NSDAP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil "25 Points" (25 perkara). Antara lain, program ini telah
menolak syarat-syarat Persetiaan Versailles dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi nasionalisme,
dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang luar atau orang asing. Pada 24 Februari 1920, sebuah
perjumpaan besar-besaran telah diadakan untuk mengumum program ini kepada rakyat jelata dan ia dihadiri oleh seramai 2,000 orang. Hitler
sedar kejayaan parti Nazi adalah atas daya usahanya sendiri dan Drexler terpaksa meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Hitler.
Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibunegeri Bavaria. Pada 1923, ekonomi Jerman telah dilanda krisis apabila
pekerja di Ruhr telah mengadakan mogok. Mogok ini berlaku kerana tentera Perancis telah menduduki wilayah tersebut setelah kerajaan Jerman
gagal membayar pampasan perang mereka kepada Perancis. Pada 13 Ogos Canselor Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk
kembali membayar wang pampasan kepada Perancis dan ini mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai
suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman. Walaupun begitu, revolusinya yang dikenali
sebagai "Beer Hall Putsch" telah digagalkan. Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa
ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Pada waktu ini
karier politik Hitler telah berakhir selama beberapa tahun.
Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin
kembali dengan sistem demokratik negara. Antara 1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan
1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah
menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh
semasa beliau memimpin negara Jerman.
Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall
Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun
1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia.
Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti
kedua terbesar di Reichstag.
Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial
Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor
tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong
sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat
Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti
komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.
Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan
jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan
hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von
Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang
berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"
Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-
Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian
besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan
akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya
mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.
Langkahnya yang pertama ialah mengambilalih persatuan sekerja. Selepas itu parti komunis dan Sosial Demokrat telah diharamkan. Ini disusuli
pula parti lain termasuk Catholic Centre Party, Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram, dan
pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000 tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai Menteri Propaganda
dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, radio dan sebagainya. Manakala
Goering, yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi.
Mereka ini kemudiannya dipanggil Gestapo.
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 4/8
P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Nazisme&action=edit)
Pada tahun 1934, Hitler menjadi Ketua
Negara dengan gelaran Fhrer und
Reichskanzler (Pemimpin dan Canselor
Reich).
Bendera peribadi Hitler
Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam partinya sendiri. Oleh
yang demikian beliau telah melaksanakan sistem pecah dan perintah divide and rule bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh seperti
Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga, Roehms merupakan orang yang paling dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang
besar dan berkuasa. Oleh itu, beliau telah dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler pada mulanya tidak
mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila melihat dengan sendiri pegawai yang digemarinya itu melakukan hubungan
homoseks dengan pegawai bawahannya.
Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh semua penentangnya termasuk
Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan
tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Namun demikian, banyak kejayaan telah berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain, Jerman merupakan negara Eropah pertama
yang pulih sepenuhnya daripada Kemelesetan Besar yang melanda ekonomi dunia. Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita
digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki untuk mendapat kerja yang baru. Disamping
itu, beliau telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan
kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta rakyat" dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan
sistem lebuhraya autobahn di sana.
Bermulanya Perang Dunia II
Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat,
udara secara besar-besaran dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan
jeneralnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini
bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu
memulakan Perang Dunia II.
Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill.
Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler
menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita
simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945.
Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.
Lihat juga
Hermann Goering
Rudolf Hess
Joseph Goebbels
Heinrich Himmler
Joachim von Ribbentrop
Albert Speer
Martin Bormann
Alfred Rosenberg
Robert Ley
Wilhelm Frick
Parti Nazi
Rujukan
1. NS-Archiv, 7 April 1925.
Canselor Jerman 1933 - 1945
Didahului oleh
Kurt von Schleicher
Canselor Jerman
Digantikan oleh
Joseph Goebbels
Fuhrer Jerman 1934 - 1945
Didahului oleh
Paul von Hindenburg
Fuhrer Jerman
Digantikan oleh
Karl Donitz
Nazisme
Organisasi
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) Sturmabteilung (SA) Schutzstaffel (SS)
Geheime Staatspolizei (Gestapo) Pemuda Hitler (HJ)
Persatuan Reich Sosialis Nasional bagi Latihan Fizikal (NSRL) Pergerakan Puteri Jerman (BDM)
Pergerakan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Timeline awal Kebangkitan kuasa Adolf Hitler Machtergreifung Perlengkapan semula
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 5/8
P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Fascism&action=edit)



Sejarah Jerman Nazi Malam Pisau Panjang Perhimpunan Nuremberg Pakatan Anti Komunis
Kristallnacht Perang Dunia II Pakatan Tiga Pihak Holocaust Perbicaraan Nuremberg
Denazification
Ideologi
Seni bina Gleichschaltung Pemikiran anti-demokratik Strasserisme Pandangan politik Hitler
Mein Kampf Der Mythus des zwanzigsten Jahrhunderts Program Sosialis Nasional New Order
Propaganda Aspek keagamaan Wanita dalam Nazi Jerman
Kaum
Tanah tumpah darah Eugenik Reich Jerman Raya Heim ins Reich Ketuanan bangsa
Polisi perkauman Agama
Kekejaman Perbicaraan Doktor Penyelesaian Terakhir Ujikaji manusia
Luar Jerman
Parti Nazi Amerika Parti Arrow Cross (Hungary) German American Bund
Seragam Kelabu (Afrika Selatan) Parti Sosialis Nasional Hungary Nasjonal Samling (Norway)
Nationaal-Socialistische Beweging (Netherlands) Pergerakan Nasional Switzerland
Blok Sosialis Nasional (Sweden) Liga Sosialis Nasional (UK)
Pergerakan Sosialis Nasional (Amerika Syarikat) Parti Sosialis Nasional Greece
Parti Buruh Sosialis Nasional Denmark Parti Perpaduan Nasional (Kanada)
Ossewabrandwag (Afrika Selatan)
Senarai
Books by or about Hitler Ideologues Leaders and officials Nazi Party members
Former Nazi Party members Speeches given by Hitler SS personnel
Tokoh
Adolf Hitler Joseph Goebbels Heinrich Himmler Hermann Goering Martin Bormann
Reinhard Heydrich Houston Stewart Chamberlain Gregor Strasser Otto Strasser
Adolf Eichmann Albert Speer Rudolf Hess Alfred Rosenberg Wilhelm Frick Rudolf Hss
Hans Frank Josef Mengele Richard Walther Darr Baldur von Schirach Ernst Rhm
Dietrich Eckart Gottfried Feder Ernst Hanfstaengl Julius Streicher Hermann Esser
Ernst Kaltenbrunner Joachim von Ribbentrop George Lincoln Rockwell
Topik berkaitan
Esoterik Nazisme Politik berhaluan kanan Daftar kata Nazi Jerman Tabik Nazi Neo-Nazi
Stormfront Pergerakan Vlkisch
Kategori
Fasisme
Teori
Core tenets
Nationalism Imperialism Authoritarianism Single-party state Dictatorship Social Darwinism
Social interventionism Proletarian nation Propaganda Eugenics Heroism Militarism Economic interventionism
Anti-communism
Topics Definitions Economics Fascism and ideology Fascism worldwide Symbolism
Ideas
Actual Idealism Class collaboration Corporatism Heroic capitalism National Socialism National syndicalism
State capitalism Supercapitalism Third Position Totalitarianism
Pergerakan
Africa Greyshirts Ossewabrandwag
Asia Brit HaBirionim Ganap Party Sakurakai Thkai
Western Europe
Black Front (Netherlands) Breton Social-National Workers' Movement British Fascists
British People's Party (1939) British Union of Fascists La Cagoule Clerical People's Party Faisceau
Falange Flemish National Union French Popular Party General Dutch Fascist League
Imperial Fascist League National Fascisti National Front (Switzerland) Nationalist Party (Iceland)
National Socialist Dutch Workers Party National Socialist League
National Socialist Movement in the Netherlands National Socialist Movement of Norway
National Union (Portugal) New Party (UK) Rexism
Central Europe
Arrow Cross Party Austrian National Socialism Fatherland's Front Hungarian National Socialist Party
Italian Fascism Italian Social Republic Nasjonal Samling National Fascist Community
National Fascist Party National Radical Camp Falanga National Socialist Bloc
National Socialist Workers' Party (Sweden) Nazism Nazi Party Prkonkrusts Republican Fascist Party
Sammarinese Fascist Party Sudeten German Party Ustae ZBOR
Eastern Europe
Albanian Fascist Party Crusade of Romanianism Greek National Socialist Party Iron Guard
Lapua Movement Metaxism National Fascist Movement
National Italo-Romanian Cultural and Economic Movement National Social Movement (Bulgaria)
National Romanian Fascia National Renaissance Front Patriotic People's Movement (Finland)
Romanian Front Russian Fascist Party Russian Women's Fascist Movement Slovak People's Party
Union of Bulgarian National Legions
North America
Fascism in Canada Canadian Union of Fascists Parti national social chrtien Gold shirts
German American Bund Silver Legion of America
South America
Falangism in Latin America Brazilian Integralism Bolivian Socialist Falange
National Socialist Movement of Chile Revolutionary Union
Orang
Abba Ahimeir Nimio de Anqun Sadao Araki Marc Augier Maurice Bardche Jacques Benoist-Mchin Henri Braud
Zoltn Bszrmny Giuseppe Bottai Robert Brasillach Alphonse de Chteaubriant Corneliu Zelea Codreanu Gustavs Celmi
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 6/8





P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Presiden_Jerman_(Republik_Weimar)&action=edit)
P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Canselor_Jerman&action=edit)
Enrico Corradini Carlo Costamagna Richard Walther Darr Marcel Dat Lon Degrelle Pierre Drieu La Rochelle
Gottfried Feder Giovanni Gentile Joseph Goebbels Hans F. K. Gnther Heinrich Himmler Fumimaro Konoe Adolf Hitler
Hideki Tojo Ikki Kita Vihtori Kosola Agostino Lanzillo Dimitrije Ljoti Leopoldo Lugones Curzio Malaparte Ioannis Metaxas
Robert Michels Oswald Mosley Benito Mussolini Eoin O'Duffy Gearid Cuinneagin Sergio Panunzio Giovanni Papini
Ante Paveli William Dudley Pelley Alfred Ploetz Robert Poulet Vidkun Quisling Jos Antonio Primo de Rivera Lucien Rebatet
Dionisio Ridruejo Alfredo Rocco Konstantin Rodzaevsky Alfred Rosenberg Plnio Salgado Rafael Snchez Mazas
Margherita Sarfatti Carl Schmitt Ardengo Soffici Othmar Spann Ugo Spirito Ferenc Szlasi Gonzalo Torrente Ballester
Georges Valois Anastasy Vonsyatsky
Tugasan
Literature
The Doctrine of Fascism Fascist manifesto Manifesto of the Fascist Intellectuals Mein Kampf My Life
The Myth of the Twentieth Century Zweites Buch Zaveshchanie russkogo fashista
Periodicals
La Conquista del Estado Das Reich Der Angriff Deutsche Allgemeine Zeitung Deutsche Zeitung in Norwegen
Deutsche Zeitung in den Niederlanden Figli d'Italia Fronten Gndirea Giovent Fascista Je suis partout
La France au travail Mnchener Beobachter Novopress NS Mnedshefte Norsk-Tysk Tidsskrift
Das Schwarze Korps Der Strmer Il Popolo d'Italia Sfarm-Piatr Signal Vlajka Vlkischer Beobachter
Nash Put' Fashist l'Alba
Film Der Sieg des Glaubens Tag der Freiheit: Unsere Wehrmacht Triumph of the Will
Sculpture Allach
Related topics Art of the Third Reich Fascist architecture Heroic realism Nazi architecture Nazism and cinema Nazi plunder
Organisasi
Institutional
Ahnenerbe Chamber of Fasci and Corporations Grand Council of Fascism Imperial Way Faction
Italian Nationalist Association Nationalsozialistischer Reichsbund fr Leibesbungen Quadrumvirs
Activist
Fascist Union of Youth German American Bund Russian Fascist Organization Union of Fascist Little Ones
Union of Young Fascists Vanguard (boys) Union of Young Fascists Vanguard (girls)
Paramilitary
Albanian Militia Black Brigades Blackshirts Blueshirts Einsatzgruppen Gold shirts Greenshirts Greyshirts
Hitler Youth Heimwehr Iron Wolf (organization) Lncieri Makapili Silver Legion of America Schutzstaffel
Sturmabteilung Waffen-SS Werwolf
International Axis powers NSDAP/AO ODESSA
Sejarah
1910s Arditi Fascio
1920s Aventine Secession Acerbo Law March on Rome Beer Hall Putsch Italian economic battles
1930s
March of the Iron Will German federal election, November 1932 German federal election, March 1933 Enabling Act
6 February 1934 crisis 1934 Montreux Fascist conference Spanish Civil War Anti-Comintern Pact
1940s World War II The Holocaust 25 Luglio Denazification Nuremberg Trials
Senarai
Anti-fascists Books about Hitler British fascist parties Fascist movements by country (A-F G-M N-T U-Z) Nazi ideologues
Nazi leaders Speeches by Hitler SS personnel
Topik berkaitan
Anti-fascism Anti-Nazi League Christofascism Clerical fascism Cryptofascism Ecofascism Esoteric Nazism
Fascist (epithet) Fascist mysticism Germanisation Glossary of Nazi Germany Hitler salute Italianization
Italianization of South Tyrol Islamofascism Japanization Ku Klux Klan Neo-fascism Neo-Nazism Roman salute
Social fascism Synarchism Unite Against Fascism Vlkisch movement Women in Nazi Germany
Kategori Portal
Presiden Jerman
Republik Weimar
(19181933)
Friedrich Ebert Paul von Hindenburg
Reich Ketiga
(19331945)
Paul von Hindenburg Adolf Hitler (Fhrer) Karl Donitz
Canselor Jerman
Empayar Jerman
(18711918)
Otto von Bismarck Leo von Caprivi Prince Chlodwig zu Hohenlohe-Schillingsfrst
Bernhard von Blow Theobald von Bethmann-Hollweg Georg Michaelis Georg von Hertling
Prince Maximilian of Baden
Republik Weimar
(19191933)
Philipp Scheidemann (sebagai Ketua Menteri) Gustav Bauer (sebagai Ketua Menteri dan Canselor) Hermann Mller
Konstantin Fehrenbach Joseph Wirth Wilhelm Cuno Gustav Stresemann Wilhelm Marx Hans Luther Wilhelm Marx Hermann Mller
Heinrich Brning Franz von Papen Kurt von Schleicher
Adolf Hitler Joseph Goebbels Count Schwerin von Krosigk (sebagai Ketua Menteri)
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 7/8
P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Kabinet_Hitler&action=edit)
P B S (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Penghuni_terakhir_F%C3%BChrerbunker&action=edit)
Reich Ketiga
(19331945)
Republik Persekutuan
(1949)
Konrad Adenauer Ludwig Erhard Kurt Georg Kiesinger Willy Brandt Helmut Schmidt Helmut Kohl
Gerhard Schrder Angela Merkel
Ahli-Ahli Kabinet Hitler
Adolf Hitler (Canselor / Fhrer)
Hermann Goering (Yang di-Pertua Reichstag) Ernst Rohm (Ketua Turus-SA) Heinrich Himmler (Reichsfhrer-SS) Rudolf Hess (Timbalan Fhrer)
1

Franz von Papen (Naib Canselor)
Pemangku jawatan ditunjuk dalam huruf condong
Menteri Luar Negeri
Konstantin von Neurath
Joachim von Ribbentrop
Menteri Dalam Negeri Wilhelm Frick Heinrich Himmler
Menteri Kewangan Lutz Graf Schwerin von Krosigk
Menteri Undang-Undang
Franz Grtner
Franz Schlegelberger
Otto Georg Thierack
Menteri Pertahanan
Werner von Blomberg
Wilhelm Keitel
Menteri Ekonomi
Alfred Hugenberg
Kurt Schmitt Hjalmar Schacht
Hermann Goering Walther Funk
Menteri Makanan dan Pertanian
Alfred Hugenberg
Richard Walther Darr
Herbert Backe
Menteri Buruh Franz Seldte
Menteri bagi Hal Ehwal Pos
Paul Freiherr von Eltz-Rbenach
Wilhelm Ohnesorge
Menteri Pengangkutan
Paul Freiherr von Eltz-Rbenach
Julius Dorpmller
Menteri Penerbangan Hermann Goering
Menteri Kesedaran Awam dan Propaganda Joseph Goebbels
Menteri Sains dan Pendidikan Bernhard Rust
Menteri Hal Ehwal Keagamaan
Hanns Kerrl
Hermann Muhs
Menteri Persenjataan dan Bahan Peletup
Fritz Todt
Albert Speer
Menteri bagi Wilayah Taklukan Timur Alfred Rosenberg
Menteri Negara bagi Bohemia dan Moravia Karl Hermann Frank
Menteri tanpa Portfolio
Rudolf Hess
Hans Frank
Otto Meissner
Arthur Seyss-Inquart
Martin Bormann
Hans Lammers
1
Sehingga Mei 1941.
Penghuni terakhir Fhrerbunker hingga tarikh keluar (1945)
20 April Hermann Goering Heinrich Himmler
21 April Robert Ley
22 April Karl Gebhardt Julius Schaub Christa Schroeder Johanna Wolf Eckhard Christian
23 April
Albert Bormann Theodor Morell Karl-Jesco von Puttkamer Joachim von Ribbentrop
Albert Speer
24 April Walter Frentz
28 April Robert Ritter von Greim Hanna Reitsch Walter Wagner
29 April
Bernd Freytag von Loringhoven Gerhard Boldt Rudolf Weiss Wilhelm Zander
Heinz Lorenz Willy Johannmeyer
30 April Nicolaus von Below
1 Mei
Wilhelm Mohnke Traudl Junge Gerda Christian Constanze Manziarly Else Krger
Otto Gunsche Walther Hewel Ernst-Gnther Schenck Hans-Erich Voss
Johann Rattenhuber Peter Hgl Werner Naumann Martin Bormann Heinz Linge
Erich Kempka Hans Baur Georg Betz Ludwig Stumpfegger Artur Axmann
Gnther Schwgermann Ewald Lindloff Hans Reisser Armin D. Lehmann Josef Ochs
Werner Schwiedel Heinz Krger Heinrich Doose Gerhard Schach
2 Mei Rochus Misch Helmuth Weidling Hans Refior Theodor von Dufving Siegfried Knappe
Masih ada pada 2 Mei Erna Flegel Werner Haase Helmut Kunz Fritz Tornow Johannes Hentschel
7/15/14 Adolf Hitler - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ms.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler 8/8
Bunuh diri Alwin-Broder Albrecht Ernst-Robert Grawitz Adolf Hitler Eva Hitler (Eva Braun)
Joseph Goebbels Magda Goebbels Wilhelm Burgdorf Hans Krebs Franz Schdle
Dihukum mati Hermann Fegelein
Korban Anak-anak Goebbels
Tidak diketahui Heinrich Muller
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adolf_Hitler&oldid=3463841"
Kategori: Kelahiran 1889 Kematian 1945 Pemimpin Nazi Pemimpin politik Perang Dunia II Jeneral Tentera Jerman Sejarah Jerman
Jenayah perang Kelahiran Austria Diktator Jerman Canselor Jerman Ahli politik Jerman
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:48, 13 Julai 2014.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat
Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.