Sei sulla pagina 1di 18

1

Bahagian B : Taman Mini



Pengenalan
Apa itu taman mini? Taman mini adalah taman kecil yang dibuat di
dalam bekas dengan menggabungkan elemen-elemen yang berkukuran kecil namun tidak
kehilangan unsur artistiknya. Kelebihan taman mini ini selain dapat dipindah-pindah, juga
lebih mudah dalam penjagaan dan dapat dijadikan sebagai taman di dalam rumah kita.
Namun ketelitian dan ketekunan tetap menjadi kunci utama keberhasilan taman ini, orang
yang tidak mampu bekerja dengan sesuatu yang remeh seperti ini tidak akan mampu
menyenggara, apatah lagi membuat taman mini ini.
Tumbuhan hiasan adalah salah satu unsur yang perlu ada dalam pembinaan taman
mini. Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan,
jenis batang, kitaran hidup dan adaptasi kepada persekitaran. Tumbuhan hiasan biasanya
terdapat di taman. Taman yang indah menjadi idaman ramai pada masa sekarang. Ia mampu
menenangkan fikiran setelah penat bekerja.
Mewujudkan taman mini adalah langkah mudah untuk mendapatkan taman idaman
dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam, dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang
cepat berubah citarasa dan suasana. Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set
dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman mini ini.









2

LAPORAN

Membina taman mini
1. Taman mini boleh dibina:
a) Di dalam bekas terbuka.
b) Di dalam bekas tertutup / terrarium.
c) Di tapak atau plot
2. Prinsip asas untuk membina taman mini ialah saiz, warna, fokus, bentuk dan
keseimbangan.
Membina taman mini di dalam bekas terbuka
1. Sesuai diletakkan di bawah tangga, di ruang tamu atau di penjuru bilik.
2. Ia perlu dibina dengan menanam pokok dan menyusun hiasan sampingan di dalam
sebuah bekas yang terbuka.
Penyenggaraan
1. Penyenggaraan taman mini ialah penjagaan kawasan sekelilingnya sekiranya di tanam
di tapak atau di dalam bekas tertentu.
2. Penyenggaraan penting dan harus dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan
taman mini yang menarik.
3. Antara kerja-kerja penyenggaraan ialah menyiram, sungkupan, membaja, mengawal
perosak dan memangkas.




3

Prinsip Reka Bentuk Taman Mini















Keringkasan
1. Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya elemen yang penting di dalam
sesuatu gubahan.
2. Gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami.
3. Beberapa bentuk, warna dan tekstur boleh digunakan berulang kali di beberapa
tempat.
4. Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan untuk memudahkan pemahaman dan
pengenalan.


Prinsip
Reka
Bentuk
Taman Mini
Keringkasan
Keanekaan
Penumpuan
Turutan
Keseimbangan
Skala atau
Ukuran
4

Keanekaan
1. Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen seperti warna, bentuk, susunan,
tekstur dan saiz tanaman dalam mereka bentuk.
2. Ini adalah untuk mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan minat dalam satu
gubahan.
Penumpuan
1. Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan menarik
perhatian.
2. Elemen tertentu dijadikan daya tarikan.
3. Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat yang strategik, unik dan paling
menarik.
4. Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang menarik, tekstur yang
kasar, bentuk yang unik atau garisan yang bertemu di satu tempat.
Turutan
1. Bermaksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara
berperingkat.
2. Ini bertujuan untuk menentukan arah pandangan atau pergerakan.
3. Turutan ini meliputi saiz pokok, ukuran, warna tekstur dan jarak tanaman.
4. Turutan adalah perubahan yang berperingkat dari suatu elemen seperti dari tekstur
kasar ke sederhana dan halus.
Keseimbangan
1. Elemen-elemen yang sama digunakan unutk mendapatkan keadaan yang seimbang.
2. Tumbuhan yang hendak ditanam, perlu seimbang dari sudut bentuk, warna dan saiz
taman mini yang akan dibina.
3. Keseimbnagn formal menggunakan gubahan geometrik manakala keseimbangan tidak
formal menggunakan gubahan berbentuk semulajadi.
5

Skala atau ukuran
1. Bermaksud ukuran saiz elemen-elemen tanaman dalam landskap.
2. Elemen-elemen landskap, reka bentuk dan tanaman harus bersesuaian dengan saiz
rumah dan keluasan kawasan.


Pemilihan bekas
Jenis bekas
1. Polikarbonat
(Sebab jenis material bekas dipilih)
Sesuai dijadikan taman mini kerana
1. lutsinar,
2. mudah dipotong
3. mudah dibentuk.
4. Tahan air
5. Tahan lama
Bahan yang diperlukan untuk membuat bekas :
1. Polikarbonat
2. Aluminium
3. rebet





6

Jenis tumbuhan
1. kaktus mini
2. lidah jin
3. rumput
4. lumut
5. pokok renek
(Sebab tumbuhan dipilih)
1. Tahan lama
2. Mudah dijaga
3. Saiz yang kecil
4. Mudah didapati
5. Tidak berbahaya
Pokok-pokok ini amat sesuai ditanam dalam bekas yang kecil mengikut susunan yang sesuai.

Pemilihan bahan hiasan
1. rumah hiasan
2. batu
3. kayu
4. arang
5. pasir
(sebab bahan hiasan ini dipilih)
Bahan-bahan ini sesuai untuk dihias dengan pelbagai teknik dan mengikut kesesuaian bahan.








7

Jadual kerjan (2 minggu)
Penunjuk boleh
ukur
Aktiviti Tempoh / Tarikh kos


Minggu Pertama

Membuat tinjauan di beberapa
tempat
1. Kedai tanaman hiasan (Nursery)
di Sungai Buloh
2. Pameran Pesta Flora 2014 di
Putrajaya.


21 Jun 2014

24 Jun 2014




RM3.00


Minggu Kedua

1. menyediakan bekas
a. Membeli polikarbonat, rebet
dan aluminium rod
b. Mengukur, memotong, serta
memasang
2. Menyediakan medium tanaman
a. Tanah hitam
b. Arang
c. Batu kerikil
d. Batu hiasan
3. Menyediakan tumbuhan hiasan
a. Pemilihan pokok
b. Pemilihan
4. Menanam tumbuhan dan
kemasan
a. Menyediakan medium
b. Menanam tumbuhan
c. Membuat hiasan
d. Membuat kemasan
e. Memastikan saliran air
berfungsi
f. Memastikan tumbuhan segar
5. Menghantar Projek yang telah
siap

28 Jun 2014

29 Jun 2014



30 Jun 2014





1 Julai 2014







2 Julai 2014
6 Julai 2014


RM120.00





RM6.00
RM8.00
RM5.00
RM10.00

8

(ilustrasi/lakaran awal)






(Gambar berkaitan)

9

10



11

Pengurusan perancangan


Sebelum mahir membuat terrarium layak jual, yuk kita belajar membuat terrarium sederhana
dengan langkah-langkah sebagai berikut :
Bahan-bahan :
1. Lapisan pertama. (bawah) Batu kerikil yang agak besar-besar agar ada ruang untuk
pengaliran air.
2. Lapisan kedua adalah sphagnum moss, sejenis lumut kering yang sudah direndam dulu
di air, gunanya untuk menyaring air dan memisahkan tanah dan kerikil
3. Lapisan ketiga adalah humus agar tumbuhan mempunyai nutrisi
4. Lapisan keempat adalah zeolit, gunanya untuk indicator pengisian air dan menambah
oksigen.
12

5. Lapisan kelima (atas) adalah batu hiasan penutup agar tampilannya cantik


Tips dari saya, kita bisa menambahkan kain kasa atau kain perca di dasar pot sebelum
meletakkan arang, menghindari remah remah media keluar dari lubang pot saat kita
menyiram.
Setelah pot terisi dengan media, saatnya kita membuat ancang-ancang desain taman kita. Kita
mulai bisa menyusun secara kasar letak tanaman di atas media. Jika sudah OK, kita mulai
bisa menanam tiap-tiap tanaman. Perhatikan tinggi tanaman, lebar tanaman, warna, dan point
of interest dari taman kita.
Jika sudah, saatnya menutup sisa area kosong dengan pasi dan bebatuan. Tidak lupa pula
hiasan-hiasan yang mempercantik taman.
Ini contoh taman mini yang saya buat sebulan yang lalu, keterbatasan jenis pot dan jenis
tanaman di kampung tidak mengurangi niat saya untuk berkreasi di rumah, hehehehe

13


Perawatan taman mini ini tidak lah terlalu rumit, yang utama adalah menjaga kebersihan,
penyiraman (dengan hati-hati) apabila tanah telah kering atau seminggu sekali, menjemur
taman satu kali atau dua kali seminggu. Taman sukulen dapat diletakkan di
tempat kaya cahaya, tetapi hindarkan dari hujan dan air yang berlebihan. Sedangkan taman
yang terdiri dari paku-pakuan, lumut dan tanaman air dapat diletakkan di tempat dingin dan
teduh, bahkan di luar ruangan (tidak masalah terkena hujan ringan).
Jika dirasa kondisi tanaman terlihat merana, kekuningan atau busuk itu kemungkinan adalah
pertanda kekurangan hara atau kelebihan air. Kita bisa menambahkan pupuk NPK seimbang
butiran secukupnya. Tanaman yang mati dan busuk harus segara dicabut dan diganti.



14






15



BEKAS PENANAMAN YANG CANTIK DAN PRAKTIKAL MENAMBAH SERI PADA
TAMAN

Bekas penanaman memainkan peranan yang penting untuk sesebuah taman. Menanam
tanaman hiasan dalam bekas, pasu atau tempayan adalah satu alternatif untuk mereka yang
tidak ada masa untuk membuat kerja-kerja penyenggaraan dan kepada mereka yang tidak
ada kawasan untuk membina taman. Selalunya mereka memilih bekas yang cantik dan
praktikal bagi meningkatkan nilai tanaman hiasan atau tanaman sayur-sayuran.
Pemilihan bekas yang bersesuaian dengan konsep taman yang ingin diketengahkan akan
menampakkan suatu hasil yang cukup berjaya.

Sebenarnya untuk kelihatan cantik dan praktikal, kedua-dua jenis tanaman (tanaman hiasan
dan tanaman sayur-sayuran) boleh disatukan dalam satu bekas penanaman. Kedua-duanya
boleh dicampurkan dalam satu bekas yang menarik, cantik dan praktikal. Bekas-bekas ini
bolehlah diletakkan di patio, balkoni, dek atau di mana-mana yang sesuai.



Kepada mereka yang mempunyai taman, buatlah pemilihan bekas penanaman yang pelbagai
saiz, pelbagai corak dan pelbagai bentuk. Bekas-bekas ini boleh diletakkan dimana-mana
yang sesuai. Kehadiran bekas penanaman hiasan berukiran indah, memberi cerita menarik
yang tersendiri kepada ruang landskap berkenaan. Bekas dan pokok yang ditanam di
dalamnya menjadi aksesori untuk ruang taman supaya lebih kelihatan hidup. Pilihlah bekas
bercorak bunga untuk menanam sayuran supaya sayuran nampak cantik.


16


Apa juga bekas yang dipilih, stail keseluruhan reka bentuk haruslah secocok dengan latar
belakang ruang taman berkenaan, sama ada formal atau tidak formal, kontemporari atau
tradisional. Setiap bekas mempunyai karektor masing-masing yang dipengaruhi tidak hanya
melalui bentuk tetapi juga saiz, bahan (material) dan tekstur buatannya.

Pemilihan tumbuh-tumbuhan untuk sesuatu jenis bekas juga harus bertepatan agar bekas
tidak kelihatan terlalu besar ataupun terlalu kecil. Susun atur tumbuhan di dalam bekas-
bekas juga harus dititikberatkan agar deko laman yang ditampilkan tidak kelihatan janggal
dan salah.

Bekas penanaman di luar rumah menjadi satu penghubung
secara visual dengandalaman rumah dan kaedah ini lebih diminati. Bekas bunga juga menjadi
satu elemen hiasan dan tarikan yang mudah alih untuk sesebuah taman tanpa mengira saiz
pasu berkenaan. Menggunakan bekas juga mampu memecahkan kesan bosan sesuatu keadaan
antara lantai berturap yang mendatar dan air dengan memberikan kesan menegak, tambahan
warna dan daya tarikan. Pokok hijau berpasu di tepi kolam nampak cantik dan sedap mata
memandang.



Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai penggunaan bekas/pasu/tempayan dalam
taman:
Sikit tapi banyak (keringkasan) - Boleh tanam bebarapa sayuran bersama tanaman hiasan
dalam satu bekas. Nampak macam 'crowded'. Untuk nampak cantik, tanam sayuran yang
tinggi di tengah-tengah dikelilingi bunga yang kecil, atau sebaliknya. Menjimatkan ruang.
Gunakan bekas yang menarik - Bekas yang cantik dan menarik boleh mengurangkan kesan
tanaman dalam bekas yang bermasalah atau kurang subur.
Gunakan bekas yang tahan lasak - Gunakanlah bekas yang tahan lasak supaya ia tidak mudah
pecah atau rosak apabila terhentak semasa memindahkannya.
Gunakan apa juga bekas yang di sukai - Boleh saja menggunakan apa juga bekas seperti pasu,
tin, sabut kelapa, baldi, bakul atau bekas makanan yang besar atau yang kecil.
Jangan lupa saliran pada bekas - Saliran di bawah bekas mesti ada. Kalau tiada boleh dibuat
sendiri. Gunanya untuk mengalirkan keluar air siraman yang berlebihan. Ada sesetengah akar
tanaman tidak tahan jika tergenang dalam air.
17

Warnakan bekas dengan warna yang cantik tapi praktikal -Warna bekas boleh memikat
pandangan mata. Namun, warna gelap akan menyerap haba yang boleh merosakkan
akar. Cat bahagian tertentu.
Tanaman hiasan nampak menarik jika ditanam bersama sayur-sayuran - Memang menarik.
Adunkan tanaman hiasan bersama sayur-sayuran dalam satu bekas. Sesetengah tanaman
hiasan memang cantik bersendirian. Cubalah adunkan dua jenis tanaman itu.
Sesuaikan jenis tanaman dengan bentuk bekas - Jenis tanaman mesti bersesuaian dengan
bentuk bekas. Tanaman bersaiz kecil ditanam dalam bekas kecil. Tanaman bersaiz besar
tanam dalam bekas besar.

Pemilihan saiz pasu bergantung kepada luas ruang taman dan spesies pokok yang ditanam -
Pokok yang mempunyai akar dalam, memerlukan pasu tinggi, manakala pokok seperti bunga
semusim tidak memerlukan pasu yang dalam mediumnya.
Tentukan kedudukan bekas bersaiz besar - Bagi bekas bersaiz besar, menentukan kedudukan
pasu terlebih dulu adalah penting kerana kedudukan pasu akan kekal kerana susah untuk
dipindahkan apabila dipenuhi tanah.
Bahan buatan bekas - Bekas boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu yang diperbuat daripada
bahan semula jadi seperti tanah liat atau bahan sintetik seperti plastik atau gentian kaca. Pasu
terracotta diperbuat daripada tanah liat lebih poros, corak halus dan warna yang hampir
kepada warna tanah.
Pasu yang berukiran dan bertekstur - Dengan menanam tanaman hiasan dalam pasu berukiran
dan bertekstur, kita bukan saja membuat sesuatu pasu itu kelihatan hidup tetapi juga
menjadikan dedaun atau pokok sesuatu yang wajar untuk difokuskan pandangan kita ke
arahnya.
Cara penampilan bekas - Bekas yang boleh tegak sendiri membawa penglihatan mata kita ke
arah bahagian bawahnya, manakala bekas gantung dan bekas tinggi menjadikan pokok di
dalamnya lebih diperhatikan dan dihargai bentuk terperinci pokok berkenaan.
Bentuk bekas - Bekas berbentuk atau berukiran sesuai tempat menanam pokok dan boleh
juga dijadikan sebagai tempat air pancutan kecil atau tempat pokok berair.

Bekas terracotta - Menggunakan bekas terracotta sama ada yang tegak sendiri atau digantung
di laluan atau pintu masuk adalah sangat ideal dan menambah warna serta daya tarikan
kepada ruang suram atau kosong.
Bekas formal/tak formal - Bekas berbentuk formal sesuai untuk laluan masuk formal dan
bekas bulat di laluan yang tidak formal akan lebih kelihatan lembut.
18

Bekas daripada tanah liat - Bekas bunga terutama daripada tanah liat boleh didapati dalam
pelbagai bentuk, saiz dan warna serta sangat versatile. Ada kecil, besar, warna cerah dan
gelap. Semuanya boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.
Bekas mempunyai kebolehsesuaian - Menanam dan membesarkan pokok berbunga dalam
bekas turut menawarkan satu skop atau kaedah taman yang mempunyai kebolehsesuaian
walaupun ruang terlalu terhad atau sempit.
Bekas boleh diletakkan di mana-mana - Kawasan taman seperti dek, patio, balkoni atau
anjung rumah pasti kelihatan lebih cantik dengan kehadiran pasu bunga hiasan berukiran
indah, memberi cerita menarik yang tersendiri kepada ruang landskap berkenaan.