Sei sulla pagina 1di 7

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

JAWATANKUASA PERANCANG STRATEGIK SEKOLAH TAHUN 2010

Tarikh : 7 Oktober 2009


Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Pengerusi : En. Abdul Samad b. Hj. Abd. Rahman


(Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Nadzri b. Bustani


(PK Pentadbiran)

: Pn. Choo Sow Wan


(PK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : En. Arzmi b. Mohd Ghazali


(PK Kokurikulum)

Naib Setiausaha : En. Sajali b. Mohamad Hashim

Pen. Naib Setiausaha: En. Mohd Saufi b. Salleh

AJK : 1. Pn. Zubaidah bt. Mustaffa


2. Pn. Rohayu bt. Shabidin
3. Pn. Mimunah bt. Zakaria

UCAPAN PENGERUSI – GURU BESAR

- Memberi kuasa kepada jawatankuasa dalam memastikan perancangan berjalan


dengan lancar.
- Berharap tidak berlaku lagi situasi ‘ad-hock’.
- Berharap tidak berlaku lagi sebarang kesilapan dalam perancangan.
- Pemilihan jawatankuasa adalah berdasarkan kepada faktor-faktor senioriti,
bebanan tugas dan juga bagi mewujudkan pelapis.
- Jawatankuasa yang dilantik mungkin akan ada rombakan pada masa akan datang.
- Memaklumkan agenda-agenda dan komponen-komponen yang perlu
dibincangkan.
UCAPAN SETIAUSAHA – PK KOKURIKULUM

- Memaklumkan bahawa pemilihan jawatankuasa adalah keputusan yang dibuat


selepas perbincangan oleh pihak pentadbir.
- Tugas jawatankuasa adalah memurnikan perancangan strategik sekolah mewakili
semua guru.
- Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa akan dibentangkan oleh Guru Besar
dalam mesyuarat guru.
- Berharap sekolah akan menjadi lebih baik dalam semua aspek khususnya guru-
guru, pelajar-pelajar dan juga ibu bapa.
- Berharap sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang dibanggakan oleh guru-
guru,pelajar-pelajar dan ibu bapa.

AGENDA 1 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

1.1 Peperiksaan Tahun 5 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak ditetapkan pada
27.10.09.
1.2 Pelan A – Semua pelajar akan menjalani peperiksaan pada 27.10.09 jika sekolah
menerima soalan daripada Majlis Guru Besar (MGB) sebelum 27.10.09.
1.3 Pelan B – Sekiranya soalan daripada Majlis Guru Besar tidak diterima sebelum
27.10.09.
1.4 Kedudukan murid dalam kelas berdasarkan jumlah markah semua subjek teras
dan elektif.Sekiranya lebih daripada seorang murid mendapat jumlah markah
yang sama maka murid yang mendapat jumlah markah yang tertinggi untuk
subjek teras akan dikira mendapat kedudukan yang lebih baik.

AGENDA 2 - HARI ANUGERAH TAHUN 2009

2.1 Tarikh ditetapkan pada 12.11.09.


2.2 Tidak ada cuti.
2.3 Dijalankan pada waktu petang.

AGENDA 3 - KENAIKAN KELAS TAHUN 2010

3.1 Pelajar-pelajar akan naik kelas untuk tahun 2010 pada 16.11.09.

AGENDA 4 - PENEMPATAN KELAS TAHUN 2010

4.1 Guru Besar memaklumkan kedudukan kelas-kelas daripada prasekolah hingga


tahun 6 untuk tahun 2010.
4.2 Tahap 1 akan bermula daripada pelajar-pelajar prasekolah.
4.3 Tahap 1 akan diletakkan ditingkat bawah (blok kayu) supaya tidak berlaku
gangguan pada waktu rehat dan pelajar-pelajar ini juga tidak perlu menaiki
tangga.
4.4 Tahun 6 diletakkan ditingkat satu iaitu sama tingkat dengan pejabat bagi
memudahkan pihak pentadbir memantau pelajar-pelajar tahun 6.
4.5 Di kelas tahun 1 mesti ada LCD, skrin, troli.
Tindakan : En. Shaiful Nizam

AGENDA 5 - PENYERAHAN BUKU SPBT

5.1 Penyerahan buku teks dijalankan selepas peperiksaan.


5.2 Buku teks akan diberi semula kepada pelajar-pelajar tahap 2 sahaja untuk tahun
2010 pada 17.11.09.

AGENDA 6 - MESYUARAT AKHIR TAHUN

6.1 Guru Besar mencadangkan tarikh mesyuarat akhir tahun pada 11.11.09.

AGENDA 7 - JAMUAN AKHIR TAHUN

7.1 Dijalankan pada minggu akhir persekolahan dan jamuan akan diadakan di luar.

AGENDA 8 - EDARAN SENARAI BUKU DAN YURAN

8.1 Senarai buku termasuk buku kerja diedarkan kepada pelajar-pelajar pada
16.11.09.
Tindakan : En. Mustaffa Kamal
8.2 Guru subjek tahun 2009 perlu memilih buku kerja yang sesuai (jika perlu) untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar pada tahun 2010.Pilih buku kerja berdasarkan
tahun semasa yang diajar.

AGENDA 9 - PENJUALAN BUKU

9.1 Guru Besar mencadangkan penjualan buku bermula pada 23.12.09.


9.2 Tempat penjualan buku adalah di Bilik Tayangan.
9.3 Paparkan papan tanda yang menunjukkan arah tempat jualan buku.
Tindakan : En. Mustaffa Kamal

AGENDA 10 - GURU KELAS TAHUN 2010

10.1 Guru Besar membacakan senarai guru kelas untuk tahun 2010 :
1 Maju - Pn. Zubaidah
1 Jaya - Pn. Nuraznida
2 Maju - Pn. Mimunah
2 Jaya - En. Mustaffa Kamal
3 Maju - Pn. Roslaily
3 Jaya - Pn. Norijah
4 Maju - Cik Rafidah
4 Jaya - En. Charles
5 Maju - Cik Jagjer Kaur
5 Jaya - En. Saifun Nizam
6 Maju - Pn. Noorhazatul Azura
6 Jaya - En. Saufi

AGENDA 11 - JADUAL WAKTU GURU TAHUN 2010

11.1 Guru Besar membacakan nama setiap guru dan subjek-subjek teras serta kelas
yang akan diajar pada tahun 2010.
11.2 Guru Besar memaklumkan bahawa jawatan guru luar normal bukanlah satu
jawatan yang eksekutif.Guru Besar mempunyai kuasa untuk menarik semula
jawatan tersebut.

AGENDA 12 - JAWATANKUASA INDUK 2010

12.1 Membacakan senarai jawatankuasa induk tahun 2010 :


1. Guru Data - En. Hamdan
2. SU Kurikulum - En. Sajali
3. SU Kecemerlangan UPSR - Pn. Noor Shafini
4. SU PROTIM & Pemulihan - Pn. Junainah
5. SU Program Selepas UPSR- Pn. Junainah
6. SU Peperiksaan UPSR - Cik Rafidah
7. SU Peperiksaan Dalaman - Pn. Noorhazatul Azura
8. SU LADAP - En. Hamdan
9. Penyelaras PPSMI - Pn. Noraznida
10. SU Pusat Sumber Sekolah- Pn. Rohayu
11. Penyelaras Makmal Komp- En. Shaiful Nizam
12. SU TOV - En. Shaiful Nizam
13. SU KIA2M - Pn. Zubaidah
14. SU SBT - En. Saifun
15. SU RIMUP - Pn. Mimunah
16. SU SPBT - Pn. Noor Shafini
17. SU RMT - En. Saufi
18. SU KWAMP - Ustaz Noor Aznan
19. SU Sukan - Pn. Mardiah
20. SU Hari Anugerah - Pn. Mimunah
21. SU Kajian Tindakan - Ustazah Muhaine Raihaan dan JQAF
22. SU Hari Guru - Pn. Norijah
23. SU Hari Merdeka - Cik Jagjer Kaur
AGENDA 13 - PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI TAHUN 2010

13.1 Guru Besar mencadangkan pada 2.1.2010.


13.2 Hari Sabtu.
13.3 Masa pada pukul 9.30 pagi.

AGENDA 14 - PENDAFTARAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2010

14.1 Akan diadakan serentak dengan pendaftaran tahun 1.


14.2 Guru-guru prasekolah dan pembantu murid wajib hadir.

AGENDA 15 - PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

15.1 Dijalankan selama 3 minggu.


15.2 Bermula pada hari pertama persekolahan.
AGENDA 16 - SUKAN 2010

16.1 Sukan akan diadakan lebih awal iaitu selewat-lewatnya 31.3.10.


16.2 Guru Besar mencadangkan sukan diadakan pada hari Khamis minggu ke-3 bulan
Mac.

AGENDA 17 - CUTI PERISTIWA

17.1 Guru Besar memaklumkan cuti peristiwa yang akan digunakan adalah masing-
masing 1 hari untuk Hari Raya Aidilfitri, Sukan Sekolah, Hari Anugerah dan Hari
Raya Haji.

AGENDA 18 - PROGRAM KOKURIKULUM

18.1 Setiausaha kokurikulum ialah Pn. Roslaily.


18.2 Setiausaha ko-permainan ialah En. Saufi jika menjadi tuan rumah pertandingan.
18.3 Setiausaha ko-akademik ialah Pn. Roslaily jika menjadi tuan rumah pertandingan.
18.4 Peruntukan untuk program kokurikulum (ko-permainan dan ko-akademik) ialah
sebanyak RM 4700.
18.5 Peruntukan untuk badan beruniform dan permainan sebanyak RM 800.
18.6 Peruntukan untuk sukan sekolah sebanyak RM 800.
18.7 Program kokurikulum untuk persatuan perlu bermula pada bulan April dan mesti
berakhir pada bulan Mei (selama 2 bulan).
18.8 2 minggu terakhir bulan Mei aktiviti akan diambil alih oleh Pusat Sumber
Sekolah.
18.9 Guru Besar mengarahkan supaya pembelian hadiah perlu dilakukan diluar waktu
P&P.
18.10 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan selewat-lewatnya minggu ke-4 bulan
Januari.
18.11 Sekolah akan terlibat dalam pertandingan-pertandingan ko-permainan:
1. Badminton
2. Bola jaring
3. Bola sepak
4. Olahraga
5. Bola baling (jika menjadi tuan rumah)

18.12 Pasukan beruniform TKRS dan Puteri Islam akan menggunakan khidmat anggota
polis bagi membantu aktiviti kawad.
18.13 Pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun 2010 layak untuk menerima bantuan uniform.

AGENDA 19 - SENARAI NAMA MURID TAHUN 2010

19.1 Pelajar-pelajar tahun 6 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud Tahun 6 Maju
(murid memuaskan) dan 6 Jaya (murid kurang memuaskan).
19.2 Pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud
Maju (murid memuaskan) dan Jaya (murid kurang memuaskan) dengan bilangan
murid yang sama banyak setiap kelas.

AGENDA 20 - KETUA PANITIA TAHUN 2010

20.1 Guru Besar membacakan senarai ketua panitia :

1. Bahasa Melayu - En. Saifun Nizam


2. Bahasa Inggeris - Cik Jagjer
3. Matematik - Pn. Roslaily
4. Sains - En. Sajali
5. Kajian Tempatan - Cik Rafidah
6. Sivik & Kewarganegaraan - En. Charles
7. Kemahiran Hidup - En. Mustafa Kamal
8. Pendidikan Jasmani - En. Saiful Nizam
9. Pendidikan Seni - Pn. Norijah
10. Pendidikan Muzik - kiv
11. Agama Islam - Ustaz Noor Aznan
12. J-QAF - Ustaz Rezal
AGENDA 21 - HAL-HAL LAIN

21.1 Buku takwim akan diedarkan kepada setiap guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh :

……………………………………..
(EN. ARZMI B. MOHD GHAZALI)
Setiausaha,
Jawatankuasa Perancang Strategik Sekolah.

Potrebbero piacerti anche