Sei sulla pagina 1di 1

Apa itu Adobe Illustrator

Adobe Illustrator merupakan salah satu produk keluaran Adobe yang begitu popular
dan sering kali digunakan dalam menghasilkan lukisan-lukisan vector. Ia selalu
digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti
kartun, gambar rajah, carta dan logo. Tidak seperti fail-fail imej yang lain, Illustrator
menggunakan persamaan matematik untuk melukis sesuatu bentuk itu. Ini
menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah saiz dalam skala yang besar
tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej itu (imej pecah).



Kelebihan Grafik Dalam Format Vektor
Boleh diubah saiz tanpa menjejaskan resolusi.
Garisan sentiasa dalam bentuk yang tepat dan kemas.
Boleh di cetak pada resolusi yang tinggi.
Saiz fail yang kecil (jimat space).

Kelamahan Grafik Dalam Format Vektor
Lukisan nampak agak kurang hidup dan lebih kepada kartun.
Sukar untuk menghasilkan imej yang kelihatan sama seperti objek asal