Sei sulla pagina 1di 6

AI01: PENGENALAN

ILLUSTRATOR
Written by KREMJORDAN
Published in classes
Read 2354 times
font size decrease font size increase font size
Print
Email

PENGENALAN



Adobe illustrator merupakan salah satu daripada rangkaian software adobe
yang canggih. Adobe illustrator memainkan peranan penting dalam
pembuatan logo serta symbol symbol yang berskala besar. Adobe illustrator
merupakan salah satu software yang bertujuan mengedit gambar serta
bentuk dalam persepsi vector.


Vector ? Pasti anda tertanya-tanya apakah itu vector dan apa
signifikannya? Vector adalah gabungan antara line(path) yang membentuk
objek mahupun bentuk. Hal ini membuatkan vector editing software seperti
illustrator ini lebih terkehadapan dalam proses penciptaan logo, typography
berbanding bitmap/raster-based editor seperti photoshop.

Masih tidak jelas? Di bawah akan diterangkan perbandingan antara illustrator dan photoshop.














PERBANDINGAN ANTARA ILLUSTRATOR DAN PHOTOSHOP

Maka bermulanya perlawanan antara photoshop dan illustrator. Perbezaan mereka tidak banyak
berbeza jika dilihat secara pandangan biasa tetapi perbezaan yg ketara dapat dilihat apabila
gambar hasil ciptaan illustrator dibandingkan dengan hasil photoshop pada sudut pandangan
zoom in yang lebih besar.
Hal ini kerana photoshop mencipta imej berdasarkan pixel (dikenali kotak2 kecil yang akan
membentuk imej) manakala illustrator membentuk imej berdasarkan vector ( line/path ) yang
mana tidak akan terjejas dek zoom in. Masih lagi tak faham? Mari lihat gambar dibawah ini untuk
mendapat kefahaman yang lebih jelas.



User Interface (UI)
Sebelum kita mengekploitasi dengan lebih dalam berkenaan Illustrator, eloklah dulu kita
berkenalan dengan user interface illustrator bagi memudahkan perjalanan kerja kita kelak dalam
menghasilkan seni menggunakan Illustrator.


Illustrator CS6 UI
Hakikatnya, UI illustrator dan photoshop tidak banyak berbeza pada zahirnya namun begitu,
terdapat banyak perbezaan dari segi editing tool yang nampak sedikit kompleks berbanding
photoshop.

Sebelum mengorak langkah yang lebih jauh, alangkah comelnya andai kita dapat
membiasakan diri dengan UI ini yang bakal menemani kita di sepanjang perjalanan ini.

TOOLBOX
Bahan yang biasa digunakan adalah selecting tool , pen tool , gradient ,type tool dan line
segment tool. Fungsi ini akan diterangkan dalam tutorial minggu depan . Teruskan bersama kami
untuk mengetahui maklumat selanjutnya .

PANEL
Panel merupakan bahagian rujukan dimana kita boleh memilih sendiri panel untuk diletakkan di
tepi interface. Kebanyakan panel diletakkan untuk dijadikan rujukan semasa proses mengedit
serta mendapat maklumat berkenaan sesuatu imej seperti pemilihan warna.