Sei sulla pagina 1di 17

PENGENALAN

Topik enam dimulakan dengan pengenalan tentang cetakan, definisi cetakan,


alat, media dan teknik-teknik cetakan. Perbincangan diteruskan dengan
mengaplikasikan alat, media dan teknik dalam cetakan. Sub topik ini menyentuh
tentang bagaimana menentukan tema atau subjek cetakan yang hendak
dihasilkan. Kemudian disentuh pula tentang kemahiran mengaplikasikan alat,
media dan teknik cetakan. Pada akhir bab ini kita melihat bagaimana sesuatu
hasil karya cetakan itu dipersembahkan. Aspek-aspek yang disentuh dalam sub
topik ini ialah bagaimana hendak mengkespresi diri, membuat penilaian dan
apresiasi seni cetakan secara mudah.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6

Kegiatan
Membuat
Cetakan
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1. mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan cetakan;
2. mereka cipta cetakan sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik;
dan
3. menjalani apresiasi seni halus dari cetakan yang dibuat.
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami
dengan istilah cetakan?
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 86
PENGENALAN AKTIVITI CETAKAN
(a) Definisi Cetakan
Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat
yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan
yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi
Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang
disediakan ke atas sesuatu permukaan lain
Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti.
Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.
Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk
menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok
kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.
Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara
memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan
dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu
permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan
menggunakan alatan dan tertentu.
TOKOH SENI GRAFIK TANAH AIR
1. Chew Teng Beng dilahirkan di Terengganu pada tahun 1938. Beliau
seorang pelukis seni grafik. Beliau mahir dalam membuat kertas
sendiri dan kertas hasilan beliau dijadikan bahan cetakan.
Kebanyakan karya beliau adalah tentang alam semulajadi. Mendapat
pendidikan seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kemudian
terus melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang seni. Beliau
adalah bekas pensyarah cetakan di Universiti Sains Malaysia.
2. Long Thien Shih dilahirkan di Klang, Selangor pada tahun 1946. Beliau
mendapat pendidikan cetakan grafik di Paris. Beliau sangat aktif
dalam bidang seni cetak dan catan. Hasil cetakan beliau banyak
dipengaruhi dengan gaya William Hayter. Karya-karya beliau
menampakkan warna yang garang dan meriah.
6.1
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 87
(b) Alat dan Media Cetakan
Cetakan adalah salah satu kegiatan dalam bidang menggambar. Aktiviti
cetakan yang dilakukan dalam pembelajaran di kelas bergantung kepada
tahap kecerdasan murid. Berbagai jenis cetakan dengan menggunakan
berbagai jenis peralatan dan bahan boleh dihasilkan. Berikut ialah contoh
beberapa peringkat cetakan dari mudah ke sukar yang boleh dijalankan di
peringkat sekolah rendah:
(i) Tahap Pengenalan
Cetakan jari
Cetakan tumbuh-tumbuhan
Cetakan dari renyukan kertas
Cetakan dakwat
Cetakan span
Cetakan krayon
Alat dan media cetakan yang boleh dicadangkan untuk aktiviti cetakan di
peringkat/tahap pengenalan seperti kertas lukisan, stamp pad, berbagai
jenis bunga-bungaan, batang pokok, daun, sayur-sayuran, kertas tisu, span,
krayon, warna poster, warna mural, bahan-bahan terbuang yang
mempunyai permukaan rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus, pensel,
sikat, kunci, klip kertas dan sebagainya.
(ii) Tahap Pertengahan
Cetakan tanah liat
Cetakan plastisin
Cetakan kentang
Cetakan tali
Cetakan blok getah
Cetakan duo
Cetakan stensil
Cetakan mono
Di peringkat pertengahan murid telah mempunyai pengalaman asas dalam
kegiatan cetakan. Aktiviti boleh diteruskan dengan menjalani aktiviti
cetakan yang lebih mencabar. Di antara alat dan bahan yang boleh
dicadangkan adalah seperti tanah liat, plastisin, warna-warna mural,
warna-warna poster, berus, kertas lukisan, jenis-jenis tumbuh-tumbuhan
yang boleh diukir, pisau, stamp pad, kadbod, gam, berbagai jenis tali,
krayon, penggelek, dakwat/minyak lino, span, getah lino dan lain-lain
yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid.
6.1 Cetakan daun
6.2 Cetakan dari kentang
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 88
(iii) Tahap Lanjutan
Cetakan lino
Cetakan skrin/stensil
Cetakan blok kayu
Rajah 6.1, 6.2, dan 6.3.
Sumber: Barnes, R. (1987). Teaching art to young children. London: Routledge.
Di tahap lanjutan aktiviti cetakan boleh diteruskan dengan penggunaan
alat, media dan bahan seperti blok kayu, getah lino dan stensil. Peralatan
yang dicadangkan ialah seperti foam polisterin, pisau untuk memotong,
objek tajam untuk menoreh pada polisterin, penggelek, cermin untuk
menggelek dakwat lino, dakwat pekat, kertas lukisan atau kertas beras,
surat khabar, pad cetakan surat khabar, linoleum, blok kayu, silk skrin,
sekuji, item stensil, pemotong stensil yang tajam, kadbod tebal, sudu dan
lain-lain yang berkenaan.
(c) Media dan Teknik-teknik Cetakan
Setiap orang mempunyai teknik-teknik yang berbeza dalam menghasilkan
sesebuah cetakan. Cetakan yang baik biasanya bergantung kepada jenis
peralatan dan media yang digunakan, teknik-teknik cetakan yang
dihasilkan dan kemahiran mencetak. Berikut adalah contoh beberapa
teknik rekabentuk cetakan sebagai garis panduan bagaimana seseorang itu
boleh menghasilkan cetakan yang baik dan bermutu:
1. Teknik bayangan gelap -- bahagian latar belakang objek tidak dicetak
dan hanya objek sahaja yang di cetak
2. Teknik bayangan putih -- bahagian imej dibuang atau tidak dipakai
dan hanya bahagian luar objek dikekalkan
3. Teknik garis luar gelap -- hanya garisan pada objek dikekalkan.
Bahagian dalam dan luaran objek di buang
4. Teknik garisan luar putih -- bahagian latar belakang yang dicetak.
Bahagian garisan pada objek tidak dicetak.
6.3 Cetakan skrin
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 89

Rajah 6.4: Teknik-teknik cetakan
Sumber: Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni
Visual. Shah Alam: Fajar Bakti
TEKNIK CETAKAN MONO
Penerangan tentang penggunaan media dan teknik-teknik cetakan diteruskan
dan diperjelaskan lagi dalam beberapa cetakan lain. Teknik cetakan mono adalah
teknik yang sering digunakan di sekolah. Rembrandt dan Edgar Degas adalah
pelukis barat yang terkenal pada suatu masa dahulu telah menggunakan teknik
mono print dalam hasil karya mereka.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan mono ini ialah
seperti sekeping cermin yang mana bahagian hujung cermin perlu ditampal
untuk mengelakkan dari tercedera. Sekeping lino digunakan dan ditampal pada
sekeping kayu supaya senang proses mencetak. Proses cetakan mono ini bermula
dengan mengaplikasikan cat, warna atau dakwat cetakan diletakkan di atas
cermin. Murid mengaplikasikan warna yang berbagai dengan merujuk kepada
contoh gambar di bawah cermin tersebut. Adalah digalakkan menggunakan
Teknik bayangan gelap
Teknik garis luar gelap
Teknik garis luar putih
Teknik bayangan putih
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 90
cermin jenis tebal. Apabila gambar dihasilkan, kertas lukisan diletakkan di atas
warna tersebut lalu ditekan kertas secara perlahan-lahan dengan menggunakan
tapak tangan. Tiga faktor yang mempengaruhi hasil kerja cetakan ini:
Kekentalan atau kepekatan (viscosity) warna, cat atau dakwat cetakan
Tekanan yang dilakukan ke atas kertas
Jenis kertas dan sejauh mana resapan warna itu berlaku
Variasi lain bagaimana teknik cetakan mono dihasilkan ialah secara paper stop
out method. Murid meletakkan cebisan kertas di atas dakwat mengikut kreativiti
sendiri. Kemudian kertas diletak di atas cebisan tadi lalu digelak dengan
penggelek. Cebisan kertas bertindak sebagai stop out bagi dakwat yang ada di
bawah dan kawasan tersebut menjadi kesan negatif dalam cetakan. Terdapat
beberapa cara bagaimana dapat menghasilkan cetakan mono yang baik:
Menyusun peralatan dan bahan sebelum cetakan dijalankan.
Pastikan dakwat tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh murid.
Adakan demonstrasi sebelum cetakan dijalankan.
Sediakan tempat untuk menggantung sehingga kering cetakan yang
dihasilkan.
Cetakan dibuat diatas tempat meja yang panjang.
Peralatan dan bahan mencetak diletak di hujung setiap meja supaya senang
didapati.
Setiap proses yang hendak dijalankan (secara langkah demi langkah)
dibimbing oleh guru terlebih dahulu.
Memilih cetakan yang terbaik daripada cetakan yang lain.
Setelah kering cetakan boleh diletakkan di dalam lipatan buku yang tebal
untuk mendapatkan kesan yang lebih baik lagi.
Cetakan boleh di bingkaikan.
Sediakan bahan pencuci, pengelap supaya kerja tidak comot.
Pastikan semua warna/dakwat adalah serap air (water soluble).
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 91
Rajah 6.5: Teknik cetakan mono
Sumber: Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary
school teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey: McGraw
Hill.
Walaupun teknik cetakan mono nampak mudah tetapi sebenarnya ianya susah/
cerewet untuk dijalankan kecuali guru sudah ada pengalaman cukup tentang
tajuk tersebut. Cabaran yang dilalui oleh murid dalam proses mencetak setidak-
tidaknya memberi perangsang kepada mereka untuk mencuba lagi dan ingin
menjalani proses tersebut itu lagi di masa akan datang. Pengalaman ini akan
menjadi satu aktiviti yang berharga bagi mereka dan mendapat idea atau
gambaran keseluruhan tentang proses cetakan mono dijalankan. Adalah amat
digalakkan murid menjalani proses cetakan ini berada dalam kumpulan kecil
terutama apabila pertama kali menghasilkannya
TEKNIK CETAKAN TUMBUH-TUMBUHAN
Di peringkat sekolah rendah murid-murid banyak didedahkan dengan aktiviti
melibat penggunaan bahan-bahan dari alam semula jadi yang terdapat di
persekitaran mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daun, bunga batang
dan ranting pokok. Selain dari itu bahan-bahan buangan yang masih boleh
digunakan untuk aktiviti-aktiviti seni juga digunakan. Di bawah ini disenaraikan
beberapa tips dan teknik untuk menghasilkan cetakan dari alam semula jadi dan
bahan buangan:
Pilih bahan-bahan yang berjalinan dan tahan untuk dicetak.
Pilih bahan-bahan yang senang untuk dipegang semasa mencetak.
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 92
Kawasan yang hendak dicetak perlu mempunyai permukaan yang rata
untuk dicetak.
Untuk cetakan jenis umbisi corak diukir terlebih dahulu sebelum cetakan
dilakukan.
Warna atau dakwat diratakan dipermukaan corak sebelum dicetak.
Adalah digalakkan menggunakan warna legap untuk mendapat kesan
cetakan yang cantik.
Untuk mendapatkan kesan cetakan yang cantik pada permukaan kayu,
kayu direndam terlebih dahulu supaya jalinannya kembang dan
menghasilkan corak yang menarik.
Kemudian celup kayu berjalinan tersebut dalam warna dan aplikasikan
pada permukaan cetakan di atas kertas.
Rajah 6.6: Teknik cetakan tumbuh-tumbuhan
Sumber: Wankelman, W. F & Wigg, P. (1993) A handbook of arts and crafts, USA:
Brown and Benchmark.
TEKNIK CETAKAN TIMBULAN LINO, KAYU
Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran yang tinggi dalam proses cetakan dan
lebih sesuai digunakan untuk murid di tahap dua. Ia melibatkan proses
mengukir secara lebih teliti dengan menggunakan alatan khas seperti carving
tools. Berikut ialah di antara teknik-teknik atau tips bagi menjalankan proses
cetakan dengan menggunakan bahan seperti lino dan kayu:
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 93
Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir (carving tools) untuk
mendapatkan corak atau gambar yang hendak dicetak
Dakwat digelekkan pada kepingan kayu atau lino
Cetakan dilakukan di atas kertas yang sesuai seperti rice paper
Cetakan diulang beberapa kali untuk mendapatkan satu edisi cetakan bagi
tajuk tertentu
Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu kepada murid sebelum memulakan
cetakan.
Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau jenis rata, pisau jenis
v, pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng. Ia juga didapati dalam saiz yang
berbeza.
Pisau jenis v digunakan untuk mendapatkan kesan garisan atau jalinan
yang lebih halus manakala pisau jenis u pula digunakan untuk
mendapatkan kesan lekukan.
Pastikan pisau pengukir sentiasa tajam supaya proses mengukir dapat
dijalankan dengan baik
Pastikan kertas yang hendak digunakan adalah jenis kertas yang sesuai.
Kertas yang terlalu nipis akan melekat ke atas blok apabila dicetak
manakala kertas jenis tebal atau construction paper tidak dapat
mengangkat atau melekat dakwat sepenuhnya dengan sempurna pada
permukaan blok yang dicetak.
Cetakan yang digunakan di atas permukaan kain perlu menggunakan
warna jenis oil based atauPrinters ink yang boleh kekal di permukaan
kain tersebut. Penggelek dan kepingan cermin digunakan sebagai palet dan
berus.
Penggunaan kertas-kertas selain daripada kertas lukisan biasa
menampakkan kelainan dalam menghasilkan projek cetakan seperti
(a) menggunakan kertas majalah dijadikan kolaj
(b) helaian daripada buku telefon
(c) kertas yang mempunyai corak pualaman
(d) kertas buatan sendiri
(e) kertas tisu atau kertas tandas
(f) kertas komik
(g) kertas suratkhabar
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 94
Sumber: Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary
school teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey: McGraw
Hill
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Setakat ini kita telah mengetahui serba sedikit tentang peralatan, media dan
teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan. Tahukah anda
bahawa kita boleh wujudkan berbagai tema atau tajuk dari aktiviti mencetak.
Tema atau tajuk yang sesuai dibuat cetakan adalah seperti tema huruf, corak-
corak, pengalaman murid, imaginasi murid, alam benda, figura dan banyak lagi.
6.2
1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik cetakan yang
dikemukakan?
2. Hasilkan cetakan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis
teknik yang telah dinyatakan.
AKTIVITI 6.1
Rajah 6.7: Teknik cetakan lino
Rajah 6.8: Teknik cetakan blok
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 95
Mencetak atau menstensil merupakan kaedah yang baik apabila hendak
menghasilkan lebih dari satu huruf diatas permukaan kertas. Bahan yang
dicadangkan ialah seperti ubi kentang, getah pemadam yang dipotong huruf di
atasnya supaya ia menjadi permukaan timbul yang boleh digunakan untuk
mencetak Apa yang perlu dilakukan ialah mengecat warna pekat ke atas
permukaan huruf yang diukir dengan pisau dan mencetak di atas permukaan
kertas. Hasilkan cetakan ini berulang kali dengan menggunakan berbagai warna.
Pasti hasil kerja yang anda lakukan itu memuaskan hati anda.
Membuat corak dengan huruf juga merupakan satu lagi cara mengaplikasikan
teknik cetakan yang baik. Cuba cetak huruf terbalik secara keatas, kebawah, ke
belakang dan kedepan atau lain kata cetak secara teknik cerminan. Cetak dengan
menggunakan warna-warna harmoni, penggenap, kontra supaya anda boleh
jadikan hasil cetakan ini sebagai pembalut hadiah yang menarik
Teknik mengecap menggunakan jari juga menarik dalam aktiviti cetakan.
Caranya ialah dengan meletakkan warna pada jari tertentu atau menggunakan
stamp pad untuk mendapatkan warna lalu dicetak di atas kertas. Murid boleh
hasilkan berbagai gambar dari cetakan jari seperti corak bunga, pokok, muka,
burung, ikan, kucing dan sebagainya.
Murid juga boleh mencetak objek-objek yang berjalinan seperti duit syiling,
kunci, kotak mancis, tutup botol, penyepit baju, garpu, sikat rambut dan lain-
lain. Hasilnya berbagai jenis jalinan didapati untuk menghasilkan sebuah
pemandangan yang menarik. Sayur-sayuran dan buah-buahan jenis keras yang
telah dipotong dua untuk mendapatkan permukaan rata boleh digunakan untuk
mencetak. Antaranya adalah seperti kentang, karot, kobis bunga, bawang besar,
kacang panjang, batang pisang, batang sawi, dan epal juga boleh diaplikasikan
dalam pemandangan, alam benda atau corak pada baju, kain langsir, alas meja,
dan sapu tangan.
Cetakan dari renyukan kertas, tisu, aluminium foil, plastik, kain, menjadi seperti
bola lalu mencetak di sesuatu permukaan boleh dijadikan corak pada hiasan
dinding. Gabungan corak dari renyukan bahan dengan cetakan dari objek yang
dinyatakan tadi boleh dijadikan corak pada bunga-bungaan. Cetakan span yang
dipotong berbagai bentuk boleh menghasilkan corak-corak geometri seperti
bulat, tiga segi, bujur dan empat segi. Daripada bentuk-bentuk cetakan itu boleh
dijadikan jalinan di kawasan pantai atau di ladang
Di peringkat pengenalan, murid sudah mendapat gambaran bagaimana teknik
cetakan mudah boleh dihasilkan. Di peringkat pertengahan pula aktiviti-aktiviti
cetakan boleh dihasilkan adalah berdasarkan pendekatan penyelesaian masalah
untuk menghasilkan corak dan menghasilkan gambar. Pada peringkat ini murid
digalakkan menghasilkan cetakan corak berdasarkan struktur rekaan dengan
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 96
cara menyusun corak-corak tersebut seperti corak batu bata, corak turun separa,
corak cerminan, corak dam, corak sendeng dan corak pusaran. Menghasilkan
kertas pembalut hadiah untuk upacara tertentu seperti hari jadi, selamat hari ibu,
selamat hari bapa, selamat hari valentine dan sebagainya. Gunakan corak sebagai
border untuk hiasan dinding, bingkai gambar, kulit album dan kotak perhiasan.
Tema fantasi atau imaginasi juga boleh dihasilkan seperti tajuk serangga pelik,
kenderaan di masa hadapan, robot, makhluk asing dan angkasa lepas.
Cetakan dari tanah liat dan plastisin juga adalah satu jenis cetakan yang menarik
minat murid. Caranya ialah dengan membentuk tanah liat atau plastisin menjadi
seperti bola. Kemudian tekan satu bahagian di atas permukaan yang rata.
Bahagian ini akan dijadikan kawasan cetakan. Tekan apa-apa objek terbuang di
atas permukaan tersebut hingga menjadi satu corak, figura, haiwan, tumbuh-
tumbuhan. Biarkan tanah liat atau plastisin itu kering sehingga menjadi keras.
Letakkan warna di atas tanah liat tersebut dengan menggunakan berus dan cetak
di atas permukaan kertas. Biarkan murid-murid mengeksperimen cetakan
tersebut sehingga mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Galakkan
mereka menghasilkan satu tema atau tajuk dari cetakan tersebut.
Hasilkan lukisan dari garisan dengan menggunakan tali sebagai bahan cetakan.
Susunkan tali tersebut ke atas lukisan tersebut dan gamkan di permukaan blok
kayu atau kadbod tebal. Apabila kering gelekkan warna ke atas permukaan tali
tersebut dan cetaklah seperti biasa. Hasilnya garisan dari tali tercipta
Cetakan duo juga adalah aktiviti cetakan yang menarik. Duo bermaksud dua dan
cetakan duo akan menghasilkan dua cetakan dari imej yang sama. Lipat sekeping
kertas menjadi dua bahagian. Buka kertas tersebut dan warnakan satu bahagian
kertas dengan warna yang berbagai. Kemudian sapu warna hitam keatas warna
tadi. Lipat semula kad tersebut dengan bahagian tidak berwarna di bahagian
atas. Gunakan pensel atau pen dah lukis objek yang dikehendaki di atas
permukaan kertas tersebut. Setelah berpuas hati buka dan anda akan mendapat
imej yang sama. Satu imej berwarna gelap dan satu imej menampakkan warna
yang berbagai seperti berikut:
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 97
Rajah 6.9: Contoh cetakan duo
Sumber: Barnes, R. (1987). Teaching art to young children. London: Routledge
Di peringkat lanjutan murid-murid didedahkan dengan menghasilkan corak atau
gambar dengan menggunakan pendekatan melalui open minded problem yang
memerlukan penyelesaian masalah secara detail dengan menerapkan unsur-
unsur seni dalam proses cetakan. Sebagai contoh cetakan dihasilkan dengan
menggunakan polistrin. Toreh polisterin dengan menggunakan bahan tajam
seperti hujung pensel untuk menghasilkan corak atau gambar. Kemudian cetak
seperti biasa dan elemen garisan dan rupa akan terhasil dari cetakan tersebut.
Selain dari cetakan polisterin, murid di peringkat lanjutan boleh menghasilkan
aktiviti cetakan kayu, lino dan silk skrin.
1. Analisa bagaimana alat, media dan teknik dalam hasil kerja
cetakan dihasilkan berdasarkan tema-tema tertentu.
AKTIVITI 6.2
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 98
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
Setelah menghasilkan beberapa cetakan, karya cetakan yang telah siap hendaklah
dilengkapkan dengan meletakkan bingkai. Pastikan setiap edisi cetakan berada
dalam kedudukan di bahagian tengah bingkai dan dalam keadaan bersih. Jenis
bingkai perlu menggunakan kertas keras. Bahagian bawah kiri cetakan perlu
diletakkan siri cetakan daripada jumlah cetakan sebenar. Bahagian bawah tengah
bingkai pula diletakkan tajuk cetakan dan bahagian bawah kanan diletakkan
nama atau tanda tangan penulis dan tahun dicetak. Ini adalah salah satu cara
bagaimana cetakan itu dipersembahkan dalam sesebuah pameran.
Berdialog dengan hasil kerja seni bermakna memasuki dan berinteraksi dengan
hasil kerja tersebut, mengalaminya apabila melihat hasil cetakan tersebut, respon
terhadap gambar. Dalam dialog biasanya kita melihat kenapa kita suka dan tidak
suka terhadap hasil karya tersebut. Terima pendapat orang lain dan membuat
suatu rumusan berdasarkan pendapat secara objektif dan subjektif.
Setiap murid mempunyai respon terhadap hasilkerja tersebut dalam cara yang
tersendiri berdasarkan pengalaman lepas dan artistic encounters. Respon
tersebut banyak dipengaruhi oleh keluarga, budaya masyarakat setempat, tahap
kepekaan persepsi mereka, keupayaan seni mereka, imaginasi, pengalaman lepas
dan pembelajaran kemahiran seni.
Dalam menilai sesuatu cetakan perkara-perkara yang boleh diambilkira apabila
membuat kritikan dan penilaian tentang hasil karya ialah melihat dari sudut:
1. Diskripsi: tema, tajuk dan subjek
Siapa artist tersebut?
Apakah tajuk cetakan?
Berapa saiz cetakan?
Bila ianya dihasilkan?
Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?
Apakah temanya?
Apa yang berlaku?
Apakah idea yang penting atau pengalaman yang dapat dilihat?
2. Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik
Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artist tersebut?
Jenis warna?
Alatan dan bahan yang digunakan?
Tanah liat, kayu, polisterin, sayur?
6.3
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 99
3. Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni
Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan?
Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang, imbangan,
pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian.
Bagaimana asas senireka tersebut di satukan dalam satu komposisi?
4. Analisa: historical significance
Apakah kepentingan sejarah dalam hasil kerja seni tersebut?
Bagaimana subjek dan stail yang digunakan?
5. Interpretasi: dari sudut estetik
Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan tersebut?
Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat cetakan itu?
6. Penilaian: perbincangan lanjut
Apakah fikiran anda tentang cetakan ini secara keseluruhannya?
Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, cemerlang?
Adakah anda suka? Kenapa?
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam
bentuk edisi dengan menggunakan dakwat
Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan
Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang
dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata
Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik
tanahair
Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti
alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang
1. Hasilkan sebuah cetakan dengan menggunakan teknik-teknik yang
anda ketahui.
2. Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan
melihat dari sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
AKTIVITI 6.3
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 100
Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap
pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.
Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan
teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu
diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara
mudah dihasilkan.
Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan
penyelesaian masalah.
Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan open
minded problem.
Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa
sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
Cetakan
Edisi
Imej
Acuan
Plat
Skrin
Duo
Mono
Stensil
Plastisin
Minyak lino
Sekuju
Bayangan gelap
Bayangan putih
Garis luar gelap
Garis luar putih
Paper stop out method
Water soluble
Carving tools
Rice paper
Construction paper
Open minded problem
Legap
Diskripsi
Analisa
Interpretasi
Penilaian
TOPIK 6 KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN 101
Barnes, R. (1987). Teaching art to young children. London: Routledge.
Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni
Visual. Shah Alam: Fajar Bakti
Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary
school teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New
Jersey: McGraw Hill.
Linderman, M., G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school, Boston: Mc Graw
Hill
Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993) A handbook of arts and crafts, USA:
Brown and Benchmark
Define: printmaking google search (2007). Retrieved March15.2007, From
http://www.google.com.my

Potrebbero piacerti anche