Sei sulla pagina 1di 12

PENGENALAN

Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akandidedahkan dengan
secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak,alat dan media, dan teknik untuk
penghasilan tembikar. Anda juga akan pelajari bagaimana untuk menghasilkan satu reka
bentuk baru tembikar melalui satuproses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan
semula jadi yang disarankan.Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya tembikar
dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan
sekolah rendah.Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan
berdasarkankemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga
diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan
tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

DEFINISI TEMBIKAR

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan
keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar
yang dihasilkan di Malaysia.
Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri
kegunaan harian.Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia
dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau
warnanyakerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri
sertadipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan
tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian
seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga dikenali sebagai
porselin wares dan seramik

SEJARAH TEMBIKAR



1. Telah wujud sejak zaman Neolitik
2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai
yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari.
3. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua
Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor.




CONTOH TEMBIKAR ZAMAN NEOLITIK


4. Hiasan pada tembikar terhasil secara tidak sengaja , dari
ikatan pada permukaan tanah liat.
5. Negara Cina merupakan pengeluar tembikar yang
produktif. Penggunaan kaedah lempar alin (wheelmethod) telah
bermula sejak tahun 2000SM. Di Mesir, Cyprus dan Crete, tembikar
ditemui sejak zaman neolitik. Di Malaysia, penemuan tembikar
zaman purba ditemui di:
Gua Cha, Kelantan.
Gua Niah, Sarawak
Bukit Tengku Lembu, Perlis
Ulu Tembeling, Pahang
Bukti penemuan tembikar:
Di Johor lama tembikar berbentuk tulang ikan
Di Perak tembikar yang sama seperti ditemui di Jawa dan
Sumatera.
Di Kota TInggi ditemui tembikar jenis porcelain seperti di
zaman Dinasti Ching di China.

6. Nama-nama tembikar di Malaysia
a. Labu Sayong - dari Perak.
b. Tembikar Mambong - dari Kelantan.
c. Pasu Sarawak - dari Sarawak.



LABU SAYONG

7. Fungsi Tembikar Tradisi
a. Perak - Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.
b. N.Sembilan sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di
Cenor, Jelebu NS.
c. Sarawak Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land
Dayak buat pekasam ikan dlm tempayan untuk upacara Hari
Gawai.
d. Sabah- Tempayan diguna utk panggil hujan. Suku kaum murut
simpan air tapai atau tuak dlm tempayan. Tempayan juga
sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian
e. Masyarakat Melayu Tradisi - Sebagai tempat perembunan,
perasap kemenyan, menyimpan air.

8. Ciri-ciri Tembikar
a. Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)
b. Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.
c. Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka. Dibuat dari tanah
liat terpilih.
d. Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.
e. agam hias ringkas dan bermotif flora
f. Tidak menggunakan warna pada tembikar.

9. Kawasan perusahaan Tembikar Di Malaysia.
a. Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak
b. Pulau Tiga, Parit Perak
c. Lenggong, Perak
d. Bukit Gantang, Taiping Perak
e. Kampung Alor Merah, Kedah.
f. Sg. Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.

FUNGSI TEMBIKAR

1. Perak
- Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.

2. N.Sembilan
sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu
NS.

3. Sarawak
Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak
buat pekasam ikan dlm tempayan untuk upacara Hari Gawai.

4. Sabah
- Tempayan diguna utk panggil hujan. Suku kaum murut simpan air
tapai atau tuak dlm tempayan. Tempayan juga sebagai hadiah
perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian

5. Masyarakat Melayu Tradisi
- Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.



TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR



1. Teknik picit

Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.


2. Teknik lingkaran
Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan
dilingkar membentuk tembikar

3. Teknik acuan
Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan
dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang
keluar.


4. Teknik putaran
Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan
dibentukkan semasa mesin berputar.


5. Teknik kepingan
Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat
cair untuk mendapatkan bentuk


TEKNIK PEMBAKAR CARA TRADISIONAL

Pembakaran labu Sayong (salai).
Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian dibakar di
dalam api yang marak


Pembakar cara Pulau Tiga
Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian dimasukkan
ke dalam bara api.

JENIS ALAT DAN FUNGSI PERALATAN
TEMBIKAR

1. Pengukir mengukir permukaan atau membuang bahagian berlebihan
pada tembikar


2. Penepik Meratakan permukaan tembikar


3. Span-Melicinkan permukaan tembikar


4. Alat pengukur- Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis
pusat tembikar


5. Pengguris- Mencorak permukaan tembikar


6. batu sungai- Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar


7. dawai pemotong- Memotong tanah liat yang telah diuli


8. penggelek- Meratakan tanah liat dalam bentuk kepingan





Alat pembakaran cara moden

Tanur kayu


Tanur raku

Tanur gas


Tanur elektrik

JENIS-JENIS TEMBIKAR


Tembikar Sayong (Labu Sayong)

1. Dikenali juga sebagai labu sayong.
2. Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.
3. Tidak bersepuh (Poros).
4. Perusahaan tembikar ini banyak dijalankan di Kg.Sayong,
Kuala Kangsar, Perak.
Labu Sayong
5. Jenis-jenis Labu:
Labu Tanah atau labu tela
Labu gombol atau labu air
Labu pucung atau kepayang
Labu gelugor
Labu panai
Labu bocong atau labu leper
Labu tela
Labu lepap
Labu belalai gajah


TEMBIKAR PULAU TIGA

2.Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .
Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampr sama dengan dengan
membuat labu sayong. Perbezaannya hanya dari segi pembakaran.
Labu Pulau tiga perlu dibakar selama 6 jam sehingga warnanya
bertukar kepada coklat tua kemerahan. Selepas itu barulah
dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan 700 - 800
darjah celcius.Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.

3. Pasu Sarawak
.

-tempat menyimpan barang-barang berharga, mengisi arak dan
jambangan bunga
-berasal dari Sarawak dan bermotif tempatan

4. Kendi
-tempat memasak dan menyimpan air

5. Labu Sayong
-tempat menyimpan air
-berasal dari Sayong, Perak
-bermotif alam sekeliling dan geometri

6. Belanga
-salah satu jenis tembikar mambong
-berasal dari Mambong, Kuala Krai, Kelantan
-biasanya tidak mempunyai motif

7. Jambangan
-tempat meletak bunga
-badannya berbentuk labu yang ditinggikan

8. Terenang
-bekas air tertutup
-berasal dari Kg. Pasir Durian, pahang.
-bermotif flora dan fauna

Potrebbero piacerti anche