Sei sulla pagina 1di 13

DIFINISI ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-


tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.
Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.
Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah
dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang
awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long
Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja.
Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.




JENIS-JENIS ANYAMAN

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman
Anyaman
Mengkuang
Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan
lain-lain
Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh
yang sesuai
Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan
lain-lain
Anyaman Rotan Rotan yang telah
diproses
Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
anak dan lain-lain
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-
ribu
Paku pakis ribu-
ribu.
Tempat tembakau, bekas sirih t

1. Anyaman mengkuang - Daun mengkuang
- tikar, tudung salji, bakas pakaian dan lain-lain


2. Anyaman pandan - Daun pandan duri
- tikar sembahyang, hiasan dinding



3. Anyaman buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

4. Anyaman rotan - Rotan yang telah diproses-
-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain

5. Anyaman lidi - Lidi kelapa
- lekar, bekas buah, bekas telur



6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis ribu-ribu
- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain


ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

hasil anyaman pandan

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-
kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni
menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan
dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan
mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih
lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman
pandan


Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah,
lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai
hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri
fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk
menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang
dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar
yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus
anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

Memproses Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok
tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan
pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan
dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah
dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang
sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus
dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.
Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.



Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan
layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di
dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan
sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan
jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah
menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang
dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka
dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan
ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya
lembut dan mudah dilurut.

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah
dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama
dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya
dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.


daun pandan

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas
hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.
Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau
pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup
pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah,
hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi.
Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning
daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan
meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali
terakhir supaya lebih licin dan lembut.

ANYAMAN BAKUL


BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL
Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan
Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses
bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan
dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan
2.5cm yang dibelah menjadi halus.

Pengurusan Rotan
Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras.
Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang
keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan
menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

ALATAN MENGANYAM ROTAN
1. Pembaris digunakan untuk mengukur
2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting
3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman)
untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan
memasangkan pemegang bakul.

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL
1. Lagang
Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk
anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran
lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk
seperti V di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.
2. Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman
sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian
tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk
mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman
digunakan.
3. Lepih
Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja
anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian
dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah
seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan
tepi tulang belut
4. Sisip
Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian
anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah
direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman
dari terburai
5. Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman
Nampak kemas dan menarik.
PROSES MENGHASILKAN ANYAMAN

Anyaman Mengkuang
Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama.
Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan.
Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam
benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-
benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman
mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman
pandan.


Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang
1.Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi
sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Daun-daun yang sudah
ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang
tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir
sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara
unggun api kecil hingga layu.

2.Melayur
Daun-daun dilayur atas api atau boleh juga dijemur pada panas
matahari hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah
mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.
Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang
belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut
yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk.

3.Menjangka
Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun
terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut
kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka.


Melurut daun.

4. Merendam


Daun diikat dan direndam 2-3 hari.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan
dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang
cukup kering akan bertukar menjadi putih.

5.Mewarna bilah daun

Mencelup warna
Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup,
iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit.
Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning
kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna
merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai
warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur
hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih
licin dan lembut.

6.Menganyam


Proses menganyam saji
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin
dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya,
boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi
tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk
kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk
meneruskan anyaman tudung saji.

Menganyam kelarai



















Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau
disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan
susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu
kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai
bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian,
bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput.
Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk
(jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota
haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau.
Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas.
Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak,
siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

TOKOH ANYAMAN
Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang


Puan Aminah binti Ali
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila
Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman
yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah
dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan
sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif
sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.


Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

1. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas


2. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau

iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bung

Potrebbero piacerti anche