Sei sulla pagina 1di 19

Pensyarah: Pn Norsalawati bt Wahid

MAKLUMAT ARCA
Nama Arca: David
Pengarca: Gian Lorenzo Bernini
Tahun: 1623-1624
Bahan: Marmar
Jenis: Arca
DESKRIPSI
Arca di atas menggunanakan gaya dan stail
Baroque. Arca ini menampilkan figura lelaki yang
hendak membaling batu. Figura tersebut sedang
berdiri di atas batu bata. Figura tersebut juga
sedang memusing badannya sedikit ke belakang.
Mimik mukanya sedang berada di dalam keadaan
yang geram. Hal ini dapat dilihat pada bahagian
mulutnya yang ditutup rapat dan matanya yang
seolah-olah memandang tajam terhadap sesuatu.
Kelihatan jelas otot-otot badan, kaki dan tangan.
Rambut figura dapat dilihat kerinting dan pendek.

Bernini telah mengaplikasikan unsur seni dan
prinsip rekaan semasa menghasilkan hasil arca
David ini. Beliau telah menggunakan unsur
garisan dalam arca ini seperti garisan beralun,
garisan serong, garisan melengkung, garisan
tegak dan garisan melintang. Dengan penggunaan
pelbagai garisan, jalinan telah diwujudkan pada
arca figura ini. Bentuk figura juga dihasilkan
dengan pengaplikasikan unsur rupa. Prinsip
rekaan juga diaplikasikan dalam arca ini.
Imbangan asimetri boleh dilihat dimana arca ini
berat sebelah ke kiri. Imbangan simetri pula
dilihat pada muka figura.
Pergerakan juga diaplikasikan pada arca ini
dengan pergerakan figura yang membaling
batu. Penegasan pula pada aksi tangan yang
melakukan aksi membaling batu. Prinsip
rekaan kontra diaplikasikan pada arah muka
dengan arah tangan yang berlawanan.
Kesatuan dari segi tema iaitu keberanian.
Selain itu, kepelbagaian unsur seni dan prinsip
rekaan diaplikasikan oleh beliau semasa
menghasilkan karya arca ini.
ANALISA
Unsur seni:
Garisan tebal dan nipis telah ditimbulkan
menjadi outline kepada David supaya arca
tersebut kelihatan realistik dan bertimbul.
Garisan melengkung pada bahagian-
bahagian tubuh badan telah menghasilkan
struktur bentuk figura seorang lelaki yang
berotot.
Garisan beralun pada otot dan rambut telah
menunjukkan kekuatan seorang lelaki yang
begitu gagah.

Garisan menegak pada batu marmar yang
dipijak oleh David bagi menimbulkan kesan
stabil dan kukuh.
Rupa bentuk figura David direka dan dipahat
dengan menggunakan pelbagai teknik bagi
menghasilkan figura manusia yang bersifat
realistik.
Jalinan sentuh pada tubuh badannya
ditimbulkan dengan penggunaan garisan yang
dihasilkan melalui teknik membuat arca.

PRINSIP REKAAN
Kepelbagaian penggunaan unsur seni dan
prinsip rekaan dalam arca tersebut telah
dipaparkan dengan jelas sekali.
Kesatuan dari segi tema iaitu keberanian dan
kekuatan seorang pemuda yang bernama
David telah ditojolkan melalu aksi-aksi tubuh
badan dan urat-urat pada otot-otot.
Komposisi agak seimbang apabila kaki David
dibuka besar. Mukanya juga menunjukkan
imbangan simetri tetapi aksi-aksi tubuh
badan yang lebih berat sebelah kiri telah
mengganggu imbangan simetri.

Pergerakkan ditimbulkan melalui garisan pada
otot-otot dan aksi David mengambil batu. Jalinan
pada kain yang membalut badannya telah
menimbulkan kesan pergerakan yang amat
ketara.
Kontra ditimbulkan melalui penentangan arah
badan dan muka pemuda yang menghadap ke
kanan manakala kedua-dua belah tangan
mengarah ke kiri.
Aksi tangan mengambil batu di bahagian kiri telah
menimbulkan penegasan pada arca tersebut
untuk menonjolkan keberanian beliau.

INTERPRETASI
David merupakan seorang pemuda yang
berani. David telah menerima cabaran Goliat
tersebut. Ketika Goliat bergerak dengan lebih
dekat untuk menyerang David, David berlari
cepat ke arah garis pertempuran untuk
bertemu dengannya. David mencapai ke
dalam beg dan mengambil seketul batu, dia
melontar batu dengan menggunakan lastik.
Batu itu terkena pada dahi dan masuk ke
dalam dahinya. Goliat jatuh ke atas tanah dan
putus nafas.

Ketika orang Filistin melihat pahlawan mereka
telah mati, mereka melarikan diri. Orang Israel
mengejar mereka dan menang dalam
pertempuran itu. David yang begitu berani
dan kuat amat disanjungi dan dihormati oleh
orang ramai sehingga zaman ini. Keberanian
beliau menyahut cabaran Goliat dan
menentang musuh telah disampaikan melalui
hasil arca yang beraliran Baroque.
PENILAIAN
Pengarca berjaya menghasilkan arca yang
beraliran Baroque. Sifat realistik berjaya
ditimbulkan melalui figura manusia. Tema
keberanian dan kekuatan seorang pemuda
telah berjaya ditonjolkan melalui penggunaan
garisan dan jalinan pada otot-otot dan aksi
David. Pengarca berjaya menyampaikan mesej
keberanian melalui penghasilan arca David.
Disediakan oleh,
Connie Ling Jin Lin
Sieu Chin Yee
Wong Chia Yi

Potrebbero piacerti anche