Sei sulla pagina 1di 2

Waktu pagi di Kampung (1959)

Lai Foong Moi


Cat minyak
100.6cm x 52.9cm

Karya di atas yang bertajuk Waktu Pagi di Kampung dihasilkan oleh Lai Foong Moi
dengan menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan
kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan
perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan
perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan
rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju
kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang sebuah bakul.
Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya
ini menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan seperti
catan cina. Karya ini lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk
mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas. Beliau
menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah
menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup dikampung.
Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam perspektif yang
tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata pemerhati.
Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian pada
waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan
kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup udara yang segar.
Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai
surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas
rumah dan sebagainya.
Pelukis berjaya menyampaikan nilai yang terkandung dalam karya ini iaitu suasana
indah, damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.

Potrebbero piacerti anche