Sei sulla pagina 1di 1

AKADEMI SENI NANYANG

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai,
Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang
kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk
meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang
sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf
Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai,
seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi
yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga
pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para
pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi
Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di
Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di
Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep
Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng
Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street.
Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian
dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.

Potrebbero piacerti anche