Sei sulla pagina 1di 2

AKADEMI SENI NANYANG

Sejarah Penubuhan
Akademi Seni Nanyang terbentuk hasil daripada penghijrahan pelukis-pelukis Cina ke Asia Tenggara,
khususnya Singapura, akibat daripada perlanggaran tentera Jepun ke atas China pada tahun 1936 dan ia
juga merupakan akademi seni yang awal ditubuhkan di negara ini atas usaha beberapa orang pelukis
yang datang dari negara China di sekitar tahun 1930-an. Akademi yang julung kalinya ditubuhkan di
Malaya dibuka dengan sebuah bilik yang kecil bertentangan dengan taman hiburan Gay World di
Geylang, Singapura dalam tahun 1937. Setahun kemudian, ia berpindah ke sebuah bangunan yang
terletak di 93, Jalan Seranggon, Singapura. Kemasukan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 14
orang sahaja.
Pada peringkat awal,hanya terdapat tiga orang tenaga pengajar sepenuh masa. Lim Hak Tai bertugas
sebagai pengetua. Beliau mengajar catan cat air dan minyak. Kao Fei Tse mengajar asas lukisan dan
Chang Meng Tee mengajar grafik ( reka bentuk ). Seorang pelukis mengajar sambilan di akademi ini
ialah Chung Ting Wei. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, akademi ini ditutup. Lim Hak Tai
pula bersara. Pada tahun 1946, akademi ini dibuka semula dan berpindah ke 49, St Thomas Walk,
Singapura. Akademi ini kemudiannya menghadapi masalah kewangan dan dua orang kaya telah dilantik
menjadi lembaga pengarah untuk membantu kesulitan mereka, iaitu Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu.
Kemudian pelukis-pelukis seperti Cheng Soo Pieng, Cheng Wen His, Maddamme Georgette Chen dan
lain-lain dari negara China telah datang ke Singapura. Mereka ini mendapat pendidikan seni dari
beberapa buah university di negara China. Kedatangan mereka member keyakinan kepada akademi ini.
Cheng Soo Ping adalah salah seorang bekas pelajar, Lim Hak Tai di Akademi Seni Amoy, China, Cheng
Wen His pula lulusan seni halus di New China University, Shanghai. Madam Georgette Cheng dilahirkan
di Paris dan terpengaruh dengan catan Barat. Pada tahun 1950-an, akademi ini menawarkan kursus-
kursus peringkat diploma yang mengambil masa selama 3 tahun. Kelas akan diadakan pada hari Isnin
hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Akademi ini mengikut model akademi Beaux-arts.

Pengasas / Ahli Persatuan
Lim Hak Tai yang merupakan pengasas kepada Akademi Seni Nanyang telah menerima pendidikan di
Kolej Perguruan Seni Amoy ( Amoy Art Teachers Training College ) dalam bidang matematik, pendidikan
seni dan seni catan barat. Beliau kemudiannya mengajar di Universiti Chip Bee di Amoy dan di Akademi
Seni Amoy sebelum berhijrah ke Singapura. Di samping Hak Tai, pelukis-pelukis penting Nanyang yang
lain adalah seperti Cheong Soo Pieng, Chen Wen Hsi, Georgette Chen, dan Chen Chong Swee
( Wharton, 1971 ). Kesemuanya tiba di Singapura selepas Perang Dunia Kedua dan mengajar di
Akademi Nanyang selepas ia dibuka semula pada tahun 1946. Generasi kedua pelukis-pelukis Nanyang
ini telah mengikuti pendidikan seni lukis Barat dan seni tradisi Cina di negara kita. Cheong Soo Pieng
belajar di Akademi Seni Halus Amoy dan Akademi Seni Sin Hwa di Shanghai ( 1936 ) ; Chen Wen His
menerima pendidikan di Akademi Sin Hwa dan Universiti Shanghai ( 1932 ); sementara Georgette Chen
belajar di Academic Colarossi dan Academie Biloul di Paris, serta di Students League, New York
( Wharton, 1971 ; Piyadasa, 1979. Pengalaman luas mereka dalam seni Barat dan Cina telah
mewujudkan pertembungan stail dalam perkembangan awal seni lukis moden tempatan.

Kepentingan / hala tuju / objektif
Tujuan utama Akademi Seni Nanyang ini ditubuhkan di Malaya adalah untuk memberikan peluang
kepada penggemar seni untuk menjalani kursus pada peringkat diploma di mana di dalam jangka masa
kursus tersebut mengambil masa selama tiga tahun pada tahun 1950-an.
Berdasarkan kepada kursus yang telah ditawarkan di dalam akademi ini, ia adalah berlandaskan atau
berpandukan kepada model akademi Beaux-arts di mana akademi ini merupakan salah satu akademi
seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai institusi seni yang paling penting di dunia. Dengan
adanya kursus yan ditawarkan ini, diharapkan penggiat seni atau pun pelukis-pelukis Nanyang dapat
mencerminkan asas serta permulaan kekuatan pengaruh Barat dalam dunia seni lukis tempatan yang
sekali gus menyimbolkan proses asimilasi budaya dalam bidang kesenian.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Pengasas dan juga ahli-ahli yang terdapat di dalam Akademi Nanyang ini merupakan pensyarah
sepenuh masa dengan memberikan kursus kepada semua pelajar yang memasuki akademi ini.
Lim Hak Tai ( pengetua & pensyarah cat air dan cat minyak )
Kao Fei Tse ( pensyarah asas lukisan )
Chang Meng Tee ( pensyarah grafik )
Chung Ting Wei ( pensyarah sambilan )
Ciri keistimewaan :-
Akademi ini ditutup semasa Perang Dunia Kedua ( 1941-1945 )
Akademi ini dibuka semula pada tahun 1946 tetapi menghadapi masalah kewangan.
Jutawan Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu dilantik sebagai lembaga pengarah untuk menyelesaikan
kesulitan.

Pelukis tempatan keluaran Akademi Seni Nanyang
Chung Chen Sun
Cheah Yew Saik
Jehan Chan
Khoo Sui-Ho
Kuo Ju Ping
Le Chek Wan
Lai Foong Moi
Tan Choon Ghee
Tew Nai-Tong

Gaya catan pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang
Dipengaruhi oleh catan Eropah aliran impresionis, Post-Impresionis, fauvisme, kiubisme, ekspresionisme,
dan abstrak ekspresionisme. Tidak ketinggalan juga gaya lukisan dan catan cina.

Contoh hasil karya

Cheong Soo Pieng. Kehidupan Tropika ,
Cat air, 88.9 x 45.6 cm
Aliran kubisme


Khoo Sui Ho, 1965. Bright Day
Cat minyak, 106.2 x 104.5
Aliran :- Kubisme

Potrebbero piacerti anche