Sei sulla pagina 1di 2

Persatuan Pelukis Malaysia

Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)



i. Sejarah Penubuhan

Majlis Kesenian Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra
sebagai penaungnya. Pada tahun 1958, Majlis Kesenian Melayu telah diubah kepada nama
Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan seterusnya pada tahun 1964, ia telah diubah kepada
Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Wujudnya APS adalah hasil dari kesedaran guru-guru yang
telah menubuhkan Majlis Kesenian Melayu dalam tahun 1956.

Majlis Kesenian Melayu menjalankan aktiviti-aktiviti kesenian seperti seni lukis, muzik dan
kegiatan yang lain. Akhirnya pada awal tahun 1957, beberapa orang ahli merasakan bahawa
perlunya sebuah persatuan kepada pelukis-pelukis Melayu. Oleh itu, Majlis Kesenian Melayu
dibubarkan dan digantikan dengan Angkatan Pelukis Semenanjung pada 15 April 1958.



ii. Pengasas dan Ahli-Ahli Persatuan

Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau
Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur Hoessein.
Akhirnya, Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan Angkatan Pelukis
Semenanjung (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya seni untuk masyarakat dan
menggunakan kaedah figuratif.

Pada peringkat awal, Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dipengerusikan oleh Mohammed
Hoessein Enas dan setiausahanya ialah Idris Salam. Beliau menumpahkan sepenuh jiwa dan
raganya untuk membina seni tampak di negara ini.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Zakaria Noor, Sabtu Yusuf, Habibah Baharuddin dan
beberapa nama yang lain. Allahyarham Tan Sri Yaacob Latif telah dipilih sebagai penaung
persatuan ini.

Ahli-ahli pada peringkat awalnya ialah Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris
Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Ahli yang menyertai kemudiannya ialah Mazli Mat Som
dan Syed Ahmad Jamal. Antara ahli-ahli yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam,
Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan
Zakariah Noor.
iii. Kepentingan / Objektif / Hala tuju Persatuan

Objektif utama APS ialah memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi
medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan.

Di samping itu, APS juga bertujuan untuk memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni
catan realisme yang menampilkan identiti Melayu. Tidak dinafikan, pengaruh seni tampak Barat
masih menebal terutama pada dekad pasca merdeka.

Tetapi itu ketika Mohd. Hoessin masih ada. Kenyataannya kini tidak ada sebuah persatuan aktif
yang menggabungkan seluruh pelukis tanah air di bawah satu bumbung. Dalam sastera, ada
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan teater ada Majlis Teater Kebangsaan
(Tema).

Penubuhan APS :

a) Menyatupadukan peminat-peminat seni lukis di seluruh Malaysia
b) Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan.
c) Memelihara dan memperjuangkan seni kebangsaan.
d) Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan
antarabangsa untuk kepentingan serta kemajuan APS dan seni kebangsaan.

.Ciri Ciri Istimewa APS :
i. Catan berbentuk manusia secara realism menggunakan media cat minyak dan pastel
ii. Mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pelukis berpendidikan Melayu
iii. Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur

iv. Aktiviti-Aktiviti

Pada tahun 1959, kelas melukis potret telah diadakan di bangunan PBMS. Kelas ini terus
berkembang dan akhirnya menjadi empat buah kelas.

a) Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas
b) Kelas Arca oleh Idris Salam
c) Kelas grafik oleh Zakaria Noor
d) Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin

Pada tahun 1964, Mazli Mat Som dilantik menjadi pengerusi APS menggantikan Mohammed
Hoessein Enas. Angkatan Pelukis Semenanjung bertukar nama kepada Angkatan Pelukis
SeMalaysia, selaras dengan gagasan pembentukan Malaysia.

APS terus menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas lukisan, pameran, bengkel dan sebagainya.
Kini APS telah pun mempunyai bangunannya sendiri di JalanTun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar
dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang
kebanyakannya terdiri daripada pensyarah-pensyarah.

v. Hasil Karya / Aliran
Gaya seni lukis APS banyak dipengaruhi oleh gaya naturalis dan realism. Hanya selepas tahun
1970-an, pelbagai gaya telah bercampur.

Potrebbero piacerti anche