Sei sulla pagina 1di 14

Kronologi Kemerdekaan

Perjuangan kemerdekaan tanah air bolehlah dikatakan bermula dalam tempoh antara dua peperangan dunia. Perasaan ingin bebas dibelenggui penjajahan, telah terpendam di hati orag Melayu sejak tiupan semangat kemerdekaan di Indonesia serta rasa curiga atas dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh penjajah British ketika itu. Berikutan dengan pendudukan Jepun di

Tanah Melayu sejak bulan Disember 1941 dan sehinggalah kembalinya Tentera Bersekutu dalam tahun 1945, nggeris telah merencanakan perubahan-perubahan perlembagaan. Rancangan Malayan Union dirunding secara sulit dengan Raja-Raja Melayu oleh utusan kerajaan Inggeris, Sir Harold Mac Micheal yang memaksa Raja-Raja Melayu menerimanya.Tetapi ketika itu, parti-parti politik sudah pun tertubuh. Dua parti yang terpenting ketika itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang pro-Indonesia pimpinan Dr.Burhanuddin dan UMNO, gabungan daripada beberapa Kesatuan Melayu diketuai oleh Dato' Onn Jaafar.

PKMM kemudiannya bergandingan dengan kumpulan-kumpulan kiri yang lain untuk membentuk satu barisan bersama menuntut pembubaran Malayan Union dan digantikan dengan Republik Malaya.UMNO sebaliknya, terus mendukung hak-hak orang Melayu dan perjuangan mereka berjaya dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dalam bulan Februari 1948 menggantikan Malayan Union. Sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan, Sistem Ahli dimulakan dalam tahun 1951 dan dalam tahun 1952, beberapa ahli telah dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja. Dalam tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London utk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.Tarikh itu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Sejarah Malaysia Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur secara besar akibat dari pengaruh luar.

Imbasan Pemerintahan Kerajaan Dahulu

Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini. Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.Kemerosotan Melaka juga memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

Pemerintahan Jepun Pada 8 disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura.Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura. Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askaraskar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 februari1942. Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu.Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Al Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak Komunis

Darurat Selepas tentera Jepun menyerah diri, gerila-gerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mina meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia clan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih sah ketika itu.

Setelah

merasakan

perjuangan cara politik telah mengalih perjuangan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip gagal, PKM corak dengan

perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.PKM Chin Peng melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan.

Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi bumi hangus. Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga diharamkan.Kerajaan mengambil langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara antaranya dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad

pengenalan, perintah berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis. Suatu Cawangan Khas yang diletakkan di bawah kawalan Pasukan Polis ditubuhkan.

Malayan Union Ditubuhkan pada 1 april 1946 dan gabenor malayan union yang pertama ialah sir edward gent.

syarat syarat malayan union: -penduduk malaya diberi taraf sama dengan semua kaum -kerakyatan bedasarkan jus soli. -penukaran gelaran sultan kepada president

Mendatangkan Kemarahan Orang Melayu Kerana: -sir harold macmichael memaksa sultan menandatangani malayan union

-mengurangkan kuasa sultan -melonggarkan kerakyatan kepada imigran yang telah menetap di tanah melayu terutamanya etnik cina.parti united malays national organisation(umno) telah

ditubuhkan oleh dato onn jaffar pada 1 mac 1946 untuk menentang penubuhan malayan union. malayan union telah digantikan dengan persekutuan tanah melayu.

Persekutuan Tanah Melayu Tentangan yang hebat daripada UMNO terhadap Malayan Union berjaya memaksa British membubarkan Malayan Union.Untuk mengelakkan kekacauan berlaku, British mengadakan perjumpaan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu. Pada bulan Julai 1946,suatu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu

perlembagaan baru. Hasilnya, suatu perlembagaan yang baru dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan tersebut telah ditentang oleh AMCJA yang merupakan persatuan bukan Melayu dan PUTERA iaitu sebuah pertubuhan orang Melayu.Melalui AMCJA dan PUTERA, suatu Perlembagaan Rakyat digubal tetapi ditolak oleh British.Persekutuan tanah melayu ditubuhkan selepas malayan union dibubarkan.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar undang-undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Perdana

Menteri

Persekutuan

Tanah

Melayu,

Tunku

Abdul

Rahman

mengisytiharkan

kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga hari pengisytiharan kemerdekaan. pada

Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 1961 Suruhanjaya in bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan gagasan Malaysia dan merangka satu perlembagaan baru. Suruhanjaya ini dipengerusi oleh Lord Cobbold. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa lebih daripada 70% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju pembentukan gagasan Malaysia.

Penubuhan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain daripada itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Penyingkiran Singapura Tindakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum bumiputra Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan . Akibatnya beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964 , kira-kira 114 persatuan orang

Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.Tatkala itu 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos 1964,sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Peristiwa 13 Mei

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal

sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan pihak Penyokong-

kemenangan pembangkang.

penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orangorang Melayu semasa

mengadakan perarakan di jalanjalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah Dasar penubuhan Ekonomi beberapa dan badan Rukun seperti Negara Malis telah

Perundangan

Negara,

Baru

diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka

sendiri.Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Potrebbero piacerti anche