Sei sulla pagina 1di 22

Pencapaian bangsa Malaysia berdasarkan konsep 1Malaysia

Oleh: Ramsyamjani Kamil Mustaqim Selly Aina Mohd Afif Theebanraj

1 Malaysia
1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.

Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan

Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020

GAGASAN 1 MALAYSIA
Merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum

Maksud pada Slogan


"Rakyat Didahulukan" dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.


2. Mengurangkan kadar jenayah. 3. Memerangi rasuah. 4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. 5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman. 6. Menambah baik pengangkutan awam.

Bagi maksud Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pencapaian bagi setiap NKRA.

Slogan 1 Malaysia
Tahun 2009 2010 2011 2012 2013 Tema Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Menjana Transformasi Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera Janji Ditepati Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA


1. Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan
komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni.

Hormat - menghormati

Berbudi Bahasa

TERAS PERPADUAN

Rendah Hati

Kesederhanaan

2. Aspek Kedua Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi


Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

MATLAMAT
1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Inisiatif 1Malaysia
Klinik 1Malaysia (2010) Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia Poskad Impian 1 Malaysia (2010) Nasi Lemak 1Malaysia (2010) Komputer Rakyat 1Malaysia (2010) E-mel 1Malaysia (2011) Kedai Rakyat 1Malaysia (2011) Menu Rakyat 1Malaysia (2011) Bantuan Rakyat 1Malaysia (2012) Perumahan Rakyat 1Malaysia (2012) 1M4U Malaysia (2012)

Pencapaian bangsa Malaysia berdasarkan konsep 1Malaysia


1. Memperkukuhkan hubungan kaum.
Rakyat Malaysia menjalin perpaduan yang lebih erat.

Wujudnya semangat perpaduan. Contohnya, perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.

2. Segala hasil kekayaan negara/ kemudahan asas/ perkhidmatan awam dinikmati bersama
- tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

3) Sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat.


Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan.

Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahliahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara.

Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan.

4) Mementingkan perasaan kekitaan agar semua kaum terbela dan mereka tidak berasa dipinggirkan.
- Keadilan ini haruslah memberi fokus kepada taraf kemajuan dan ekonomi sesebuah kaum yang berbeza-beza.

5) Masyarakat yang bertoleransi


Gagasan 1 Malaysia menekankan kepada wakil rakyat dan para pemimpin negara supaya bertindak melayan dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Mereka diminta bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing, iaitu memberikan khidmat mereka kepada kaumkaum lain juga yang memerlukan perhatian dan bantuan mereka dan melayan semua anggota masyarakat dengan adil dan saksama.

Potrebbero piacerti anche