Sei sulla pagina 1di 1

xxx, Jalan yyy, Taman zzz, 12345 Kota Kinabalu.

Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pengurusan Sekolah, Tingkat 1, Blok C, Bangunan KWSP, 88604 Kota Kinabalu.

11 April 2014

Tuan, PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN SARJANA DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI SABAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya ialah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan penyelidikan peringkat sarjana di sekolah rendah jenis kebangsaan cina di negeri Sabah. 3. Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut: Nama: No. Kad Pengenalan: No. Telefon: E-mel: Tajuk Kajian: Sampel kajian: 4. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk menjalankan penyelidikan dari pihak UPSI dan surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan tuan. 5. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar saya memperoleh kebenaran untuk menjalankan penyelidikan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Segala perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar, ------------