Sei sulla pagina 1di 30

GGGB 3223 1

KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

KEPELBAGAIAN, GAYA PEMBELARAN DAN BUDAYA

1.0 Pengenalan

Para pendidik tidak percaya semua pelajar itu adalah sama dan setiap pelajar mempunyai cara
pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan juga pengalaman guru di dalam
kelas setiap hari membuktikan akan hal ini. Selain itu juga, teori-teori yang diterima dengan baik
diperjelaskan melalui penyelidikan yang meluas dan berdasarkan kepada dokumen yang
menggambarkan akan perbezaan pembelajaran setiap pelajar. Kebanyakkan para pendidik kini
hanya boleh bercakap tentang perbezaan pengajaran, sama ada dari segi gaya pembelajaran, gaya
kognitif, jenis psikologikal, atau tahap kepintaran pelajar. Namun ia juga perlu meniliti akan
pendekatan yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi
pembelajaran.

Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar
belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana
pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam
menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu imapak yang sangat penting kepada
pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan
menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam
membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam
membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini adalah
kerana ia saling berkait rapat antara satu sama lain untuk pembelajaran pelajar.
GGGB 3223 2
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

2.0 Kepelbagaian, Keseragaman dan Amalan Di Sekolah

Meskipun pengiktirafan terhadap kepentingan perbezaan di antara setiap pelajar, keseragaman


tetap menguasai setiap amalan di sekolah. Lebih daripada 50 tahun yang lalu, National Cantor
mengamati bahawa “secara umumnya elemen dalam masyarakat dan sekolah tinggi serta di
peringkat kolej, membuat penyeimbangan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan
menggunakan cara pembelajaran yang sesuai yang mana ia adalah bagi mengahasilkan
keseragaman untuk semua pelajar”. Dalam 50 tahun ini, terlalu sedikit perubahan yang
dilakukan. Kebanyakkan sekolah masih berfungsi sebagai seolah-olah semua pelajar adalah
sama. Pelajar-pelajar masih menggunakan buku teks yang sama dan bahan pembelajaran yang
sama. Mereka bekerja pada langkah yang sama berdasarkan kepada kuantiti bahan pengajaran
yang sama. Bahkan juga mereka belajar mengikut kurikulum yang sama serta isi kandungan
dalam jadual waktu yang sama. Manakala guru-guru pula bercakap kepada seuruh sekumpulan
pelajar dengan menyampaikan maklumat yang sama pada waktu yang sama kepada setiap
pelajar. Dan sudah tentu sekolah juga menggunakan ujian-ujian yang sama dalam mengukur dan
menilai tahap kejayaan dan hasil pembelajaran.

Sesungguhnya perkara seperti ini adalah salah kerana ia hanya menitik beratkan akan
kesamaan dari semua sudut dan perkara tanpa memperlihatkan kepelbagaian pelajar yang wujud
dalam sesebuah sekolah khususnya kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Tidak
dapat dinafikan bahawa guru diberi tugas serta tanggungjawab untuk mendidik sejumlah besar
manusia. Oleh itu kecekapan dan keseragaman adalah alasan yang digunakan dalam proses
kesamaan dalam semua sudut baik dari segi kurikulum, isi kandungan, buku teks, maklumat,
teknik dan sebagainya. Ini merupakan satu perspektif yang realistik tetapi apa yang lebih penting
sekarang adalah kepercayaan kepada kepelbagaian dengan amalan di sekolah dengan mengatasi
keseimbangan antara keseragaman dan kepelbagaian amalan di sekolah.

Pada masa ini sekolah amat menitikberatkan keseragaman lebih daripada kepelbagaian.
Satu keseimbangan yang tepat harus di cari dan di tentukan melalui pemerhatian terhadap
kepercayaan yang mana wujudnya kepelbagaian dalam sekolah. Oleh itu teori-teori dan
penyelidikan yang meluas perlu memutuskan apakah keseragaman yang perlu di berikan kepada
GGGB 3223 3
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

setiap orang pelajar dan guru perlu berusaha dalam mempraktikkan apa yang mereka rasa sesuai
dalam menyeragamkan pelajar yang pelbagai.

Dari satu sudut, ketidakseimbangan yang wujud kini mudah untuk difahami. Persamaan
adalah lebih mudah untuk di sesuaikan daripada perbezaan, dan amalam pendidikan sering di
bangunkan secara langsung dalam menggalakkan pendidikan yang sama rata untuk semua
pelajar. Oleh itu terdapat beberapa model pengajaran yang sesuai dalam menyeimbangkan antara
nilai-nilai pendidikan yang konsisten dan kepelbagaian manusia.

Terlalu menitikberatkan akan kepelbagaian tidak bermakna ia terlalu meletakkan


kepercayaan yang jelas dan nilai yang kuat. Ini merupakan sesuatu yang mutlak dalam dunia
pendidikan. Yang mana kepelbagaian dalam ruang lingkup pendidikan perlu difahami dengan
sebaiknya kerana ia sememangnya suatu perkara yang wujud dan tidak boleh lari daripadanya.
Kelebihan yang terdapat pada pelajar adalah hasil daripada guru yang cemerlang dan satu
pengalaman yang menarik. Oleh itu setiap pelajar dan guru perlu saling hormat meghormati
antara satu sama lain dan pelajar perlu di beri peluang dan kesempatan berdasarkan keupayaan
diri mereka untuk mencapai kejayaan. Cabaran yang wujud dalam memahami situasi ini adalah
untuk mengenalpasti apakah persamaan dan perbezaan yang seharusnya terdapat di sekolah-
sekolah. Satu standard keseragaman yang sesuai diwujudkan tetapi bukan untuk pempiawaian.
Apa yang penting untuk di tentukan adalah:

 Apakah keputusan yang dijangkakan untuk semua pelajar?


 Apakah pengalaman yang perlu diperolehi oleh setiap orang pelajar?
 Adakah kurikulum harus diseragamkan?
 Bagaimana para pendidik boleh bergerak ke arah satu misi secara bersama dengan
mengambil kira akan kepelbagaian?

Persolan-persoalan ini tidak memerlukan kepada jawapan yang ringkas mahupun mudah.
Tetapi kita perlu meneroka bagi menampung perbezaan-perbezaan individu yang wujud di dalam
bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai
kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi
kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman
GGGB 3223 4
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya
pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini
akan dapat di atasi dan ditangani.

3.0 Aspek-Aspek Perbezaan Individu atau Kepelbagaian Pelajar

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu
adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar
seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu
dalam sesuatu kumpulan.

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu
adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar
seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

3.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu


1. Jantina
2. Fizikal
3. Kecerdasan otak
4. Bangsa dan bahasa
5. Personaliti/sahsiah
6. Kesihatan
7. Sosial
8. Emosi
9. Kesihatan/penyakit
10. Lokasi tempat tinggal
11. Kecerdasan
12. Aspirasi/motivasi
GGGB 3223 5
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

13. Status sosio-ekonomi


14. Sistem nilai/norma
15. Gaya kognitif atau gaya belajar
16. Budaya dan world view

a) Jantina
Masyarakat Malaysia menganggap bahawa golongan lelaki mesti berani dan dianggap
sebagai ketua keluarga serta meletakkan harapan yangg tinggi berbanding lelaki. Di
sekolah pelajar lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar perempuan
lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaran harus
disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan
sosial golongan lelaki adalah lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum akil baligh.
Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974)
menyatakan bahawa kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik daripa pelajar lelaki,
manakala pelajar lelaki lebih kepada kecerdasan ruang.

b) Fizikal
Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.
i) Endomorf (bertubuh bulat)
- Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan
perasaan.
ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)
- Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt
delinkuen.
iii) Ektomorf (kurus dan tinggi)
- Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit
skizofrenia.

c) Personaliti
Personaliti adalah merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu
yang relatif unik dan stabil. Personaliti menerangkan sesorang sebagai individu iaitu
GGGB 3223 6
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

bagaimana seseorang itu berbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku
yang tipikal mengenai seseorang itu. Personaliti juga melambangkan ciri-ciri
keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan
gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan
ambivert.
d) Bahasa/Bangsa
Dalam sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat daripada
migrasi termasuklah dengan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang pelbagai
bangsa dan etnik. Seperti kaum Cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya yang
mempunyai budaya yang tersendiri serta bahasa yang berlainan mengikut kaum.

e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar


Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar adalah
persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya
kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar
bersandar medan.
Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang
kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer- Briggs Type Indicator (MBTI).
• Ekstrovert lawan introvert
• Deria lawan gerak hati
• Pemikiran lawan perasaan
• Mengadili lawan mengamati

f) Kesihatan
Sebahagian besar pelajar dalam kelas terdiri daripada murid yangg sihat, riang, cerdas
dan normal. Pelajar yangg tidak sihat adalah pelajar yang lemah dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di luar bilik darjah. Ada juga murid yang
kurang sihat dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat pendengaran, penglihatan, bisu, sengau,
gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dengan penggunaan alat teknologi dan rawatan
doktor.
GGGB 3223 7
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

g) Lokasi Tempat Tinggal


Lokasi tempat tinggal setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain. lokasi
tempat tinggal boleh dibahagikan kepada dua iaitu tempat tinggal di kawasan bandar dan
luar bandar seperti kampung dan sebagainya. Persekitaran antara keduanya tidak sama
dan jauh berbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada keadaannya.
h) Emosi
Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung
kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira,
duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.

i) Mental
Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman,
latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar,
kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan
bahasa.

j) Tingkah laku
Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah
laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap
dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.

k) Sosial
Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar
belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan
semua kanak –kanak sejak dilahirkan.
GGGB 3223 8
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

3.2 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran

1. Kesediaan belajar

- Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang
berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi
pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir.
- Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar
yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama.
Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan
pengalaman pembelajaran. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar
membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang
berbeza.

2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

- Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang
sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan
kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan
murid yang pandai tidak merasa bosan.

3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran

- Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai
perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti,
tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya.
GGGB 3223 9
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

- Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku


yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising,
agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat
sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-
lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.

4. Perbezaan Gaya Belajar

- Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar
secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu
dan ada juga secara berkumpulan.

5. Mental

-Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang
lain. Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti,
begitu juga sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan
kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan
tinggi tidak semestinya berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru
ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang– bidang tertentu.

6. Persepsi

- Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru
hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap
pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada
berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.
GGGB 3223 10
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

7. Nilai

- Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar
belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang
baik terhadap pelajaran.

4.0 Gaya Pembelajaran Pelajar

Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk
menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi
'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai rupa dan bentuk dialami melalui
rangsangan luaran dan dalaman. Rangsanganrangsangan ini mengakibatkan pengamatan atau
persepsi tertentu pada insan yang menerimanya. Berdasarkan persepsi tersebut individu
berkenaan akan memproses segala maklumat yang diterimanya.

Ada yang berpendapat bahawa maklumat baru ini diproses dan diasimilasikan dengan
maklumat atau ilmu yang sedia ada pada insan tersebut, sebelum menjadikannya ilmu baru yang
termantap. Pada pandangan mereka, ini merupakan sebahagian daripada pembelajaran. Lantaran
itu, persepsi dan pemprosesan rangsangan dan informasi merupakan inti pembelajaran manusia.

Cara dan gaya bagaimana seseorang membuat persepsi dan memproses informasi
merupakan salah satu isu penting kepada para pendidik. Sekiranya, penyampaian rangsangan itu
serasi dengan cara dan gaya sipelajar, maka, persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi
lebih mantap dan berkesan. Implikasi ini agak penting bagi pengagajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Jesteru itu, kita harus memahami konsep gaya pembelajaran dan pelbagai
kecerdasan sebelum melihat salah satu `strategi' berkesan yang memberi ruang dan melayan
pelbagai gaya pembelajaran dan kecerdasan.
GGGB 3223 11
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru:

1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab
itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar
dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
a. Pelajar visual: (Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat)

i. Huruf atau perkataan


ii. Benda, gambar atau gambar rajah
iii. Demostrasi, tindakan atau lakonan

b. Pelajar audio: (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau
bercakap seperti)

i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar


lain
ii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau
menghuraikan

c. Pelajar kinestetik: (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat
atau melakukan sesuatu) seperti:
i. Menulis atau melukis sesuatu
ii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

Interaksi sosial menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi
semasa proses pembelajaran. Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis
pelajar bersaskan kepada cara mereka gemar belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin
belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978)
mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas yang
kemudiannya diklasifikasikan kepada lima perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:
GGGB 3223 12
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

1) Alam sekitar
(cerah -kelab; bunyi seperti muzik - sunyi; formal - tidak formal; panas - sejuk)
2) Emosi
( berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi - tidak bermotivasi)
3) Sosiologi
( Ingin belajar bersendirian - dalam pasangan/kumpulan)
4) Fizikal
(auditori; visual; tactual mobiliti tinggi - kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif -
reflektif; global -analitik).
Sekiranya, ditinjau secara kritikal pelbagai gaya pembelajaran ini, kita dapat merumuskan
bahawa setiap orang manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis gaya
pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar,
isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan.
Dan mungkin juga, seseorang itu, lebih cenderung kepada satu atau beberapa gaya pembelajaran
tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis.
Ia boleh dikembangkan dan maka boleh berubah (Guild, 1994).

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk
memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979).
Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi
oleh faktor-faktor seperti sosia-ekonomi dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di
persekitarannya.

Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin


berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain. Dapatan-dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran melalui
penglihatan dan pendengaran, terdapat juga pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran
melalui bahan manipulatif atau reflektif; ada juga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan
ada juga pelajar yang lebih selesa belajar secara perseorangan (Felder, 1996).
GGGB 3223 13
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Walaupun seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya


sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara
melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi
yang berpusatkan guru seperti syarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang
berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996).
Hasil daripada kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi
pengajaran di kalangan guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran
guru mungkin berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak
mengambil perhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai
prestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat
dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untuk mengelakkan
kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran
pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar
dalam proses pembelajaran. Pelbagai model gaya pembelajaran telah dicadang oleh para
pendidik dan satu daripada model-model ini ialah Model Gaya Pembelajaran Felder Silverman.

5.0 Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Pelajar

Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskan sesi interaksinya itu.
Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau mengagihagihkan murid-muridnya mengikut
kesukaan mereka. Guru mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka. Ada
pula pelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita.

Ada pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Ada pelbagai teknik
pula untuk membolehkan murid-murid “be the story”. Di sinilah terletaknya stail pengajaran
guru iaitu bagaimana guru menguruskan sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah
pembelajaran yang menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran pelajar-
pelajarnya. Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, antara perkara-
perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:
GGGB 3223 14
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

1. Kaedah Kumpulan
2. Pengayaan dan pemulihan
3. Pengajaran terancang
4. Pembelajaran Koperatif
5. Pengajaran dan Pembelajaran individu
6. Mempelbagaikan bentuk penilaian
7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
9. Peneguhan Positif
10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka sebanyak
mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk meneroka adalah dengan
mencuba. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal.
Sebagai guru yang hendak mengubah stail pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba
sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Rugikah
kalau guru sanggup pula mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskan akal? Kita
seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid
untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina insan murid yang
menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak
pembelajaran murid-murid. Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah
itu terserah kepada stail pengajaran masing-masing.

Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti ini ternyata guru kurang peka
kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnya mereka mungkin jadi guru yang menjejaskan
minda murid-murid. Kata Pancella J. Raths (1971):

“As of late, more and more investigators of teaching are beginning to realize
that poor teachers have been inflicting intellectual injury upon students too.”
GGGB 3223 15
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari ini kerana apabila
guru-guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran murid-murid, maka ini
merupakan sekatan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid. Tidakkah ini merupakan
satu “intellectual injury”? Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya pembelajaran murid dan
mahukan kejayaan dan perkembangan dalam pembelajaran murid-muridnya harus boleh menjadi
fasilitator yang boleh menghakiskan mitos “Saya tak boleh, cikgu” dan “Saya tak tahu, cikgu”.

6.0 Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar dengan Gaya Pengajaran Guru

Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam


mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru terlatih adalah bijak memilih
dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka
dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah
atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran pelajar, tajuk
pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian
pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk

Konsep yang berkaitan dengan “kepelbagaian pelajar”, “pengajaran berpusatkan murid”,


dan “strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang
psikologi pendidikan yang dipelajari di maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang
pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai kepelbagaian pelajar. Begitu juga dalam
bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model pengajaran yang
boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan pelajar.

Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan


dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz
bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang
dapat memberi pertimbangan terhadap kepelbagaian pelajar dan segala strategi yang disarankan
dan yang telah dipraktikkan. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang
mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi
pengajaran berpusatkan murid.
GGGB 3223 16
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Sebagai guru, kadang kala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah pelajar kita mudah
menerima apa yang kita ajari, dan mengapa yang lainya tidak. Kita juga tertanya-tanya mengapa
prestasi sebilangan pelajar tidak sebaik yang lain walaupun mereka mendapat input yang sama
dari kita. Memahami gaya pembelajaran dan mengakui hakikat bahawa setiap pelajar
mempunyai gaya tersendiri dalam mempelajari sesuatu boleh membantu kita memahami isu ini.
Ada guru yang jarang sekali mengakui dan memahami bahawa pelajar yang dapat belajar paling
berkesan melalui kaedah mendengar biasanya akan bereaksi kurang yakin terhadap komen,
soalan dan pembetulan di atas draf penulisannya, walaupun komen dan sebagainya itu relevan
kerana maklumat sedemikian lebih sesuai bagi pelajar visual. Guru sedemikian tidak menyedari
bahawa dalam kelas penulisan, kefahaman pelajar auditori lebih tinggi apabila diberi input dalam
bentuk lisan berbanding dalam bentuk cetak (Kinsella, 1995).

Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslah ditanya iaitu adakah
guru memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka yang berbeza? Guru disarankan
melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan
gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu,
guru didesak untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan memberinya peluang untuk menyumbang
dalam pembelajaran diri . Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima
pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga mungkin kecewa dengan gaya
pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar
dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan
pelajar tersebut.

Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana
seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap
sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar
memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.

Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM)
ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan
baru dalam proses pembelajaran disekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran
GGGB 3223 17
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan
atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centered).

Dalam pembelajaran individu, Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993) mengesyorkan agar
para guru, pelajar dan ibubapa memahami stail pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan
yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat
menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan
yang teliti dan sistematis amat diperlukan memandangkan stail belajar individu merupakan satu
aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber
dan program dipadan-suaikan dengan stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap
pelajar akan meningkat.

Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira
umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid (1993)
menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan stail gaya belajar individu.

Menurut kenyataan Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dalam
Berita Harian 16 April 1996, beliau menegaskan kemudahan infrastruktur adalah penting bagi
guru dalam melaksanakan pengajaran dan memudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti
pembelajaran mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh KBSM dengan lebih baik dan
berkesan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said dalam Berita Harian
3hb September 1998 , menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan
terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami dan menyelami kehendak pelajar
termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , dengan ini segala tugas guru boleh
dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Boleh dan dapatkah seorang guru memahami
dan menyelami kesemua kehendak pelajar-pelajarnya yang ramai? Bagaimana?

Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh para
pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap
dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk “. Kenyataan di atas disokong
Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama
mereka sebagai pengajar.
GGGB 3223 18
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke


arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Peperiksaan semata-mata dan
kurang menumpukan kepada pengajaran yang disesuaikan gaya pembelajaran pelajar ini
menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian akademik matapelajaran tertentu dan merupakan
satu faktor menyebabkan matapelajaran itu tidak diminati.

Secara realistik, adalah mustahil bagi guru untuk menyesuaikan atau memadankan gaya
pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran individu kesemua pelajar. Justeru, bagi pelajar
juga mereka harus belajar menyesuaikan gaya pembelajaran mereka dengan gaya pengajaran
guru sebab sebagaimana pelajar memasuki bilik darjah dengan membawa berbagai gaya
pembelajaran, begitu juga guru dengan membawa gaya pengajaran yang pelbagai.

7.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan

Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah pengajaran
guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri
seperti berikut:

i) Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan
lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi
sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar.

ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-
guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan
terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.

iii) Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran
dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau
dianalisis..
GGGB 3223 19
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari, gaya pembelajaran
dalam sesuatu metepelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari
kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar.

v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik minat
dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan
kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed’,
induktif dan khutbah yang hanya menentingkan supaya murid menerima sahaja apa yang
disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan
budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden .

8.0 Budaya Dan Kepelbagaian Pelajar

Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina
sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu
sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam
sesebuah bilik darjah.

Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam kelas,
sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan
ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibubapa, orang
yang rapat dengannya.

Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalam mendapatkan maklumat
berkaitan diri mereka yang membolehkan guru untuk membantu setiap pelajarnya berjaya di
sekolah dan pemahaman yang mendalam akan proses pembelajaran itu perlu menyediakan satu
rangka kerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan kepelbagaian pelajar yang wujud.

Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa budaya dan gaya
pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami kepelbagaian
GGGB 3223 20
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka, walaupun ia perlu di sulusuri dengan berhati-
hati. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam
kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga
dari segi sosial dan emosi.

8.1 Definisi Budaya Masa Kini

Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia yang merupakan satu proses perkembangan
sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat
melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya ” yakni budi sebagai aspek
dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia
yang meliputi usaha dan hasilan.
Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep
budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu
masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri Budaya ialah:
1. Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
2. Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
3. Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

8.2 Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga
kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar
dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama
Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai
GGGB 3223 21
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.

Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme dan kristian serta berbahasa
Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.
India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragama Hindu, bertutur
Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum
bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan
secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka


tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang
Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal
di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup
berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden
Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai
pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan
sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan
rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun
pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini
menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara
satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.Kepelbagaian kaum ini juga
mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara ini.

Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah
berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah
bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai
kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di
negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan
mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia.
GGGB 3223 22
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai budaya
kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid
di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang
sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga
fahaman.

Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan
langkahlangkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasi
yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satu pembudayaan. Justeru,
sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.

9.0 Pendidikan Untuk Semua dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar Di Malaysia

Negara Malaysia melalui Wawasan 2020 , Falsafah Pendidikan Negara dan PIPP 2006-2010
menegaskan betapa pentingnya merapatkan jurang pencapaian diantara pelajar-pelajar
berdasarkan pelbagai latarbelakang. Malaysia mencapai kedudukan ke 45 antara 129 negara
dunia mengamalkan prinsip Pendidikan untuk Semua. Malaysia tentunya kehadapan dalam
memperjuangkan Aspirasi Pendidikan untuk Semua.Walau bagaimanapun Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa masih terdapat 125,000 pelajar
Malaysia yang tiada di sekolah. Ini mungkin berkaitan dengan perbezaan bandar -luarbandar atau
pendapatan ibubapa yang berbeza. Dengan demikian perlulah ada tindakan sosial dan aktiviti
ekonomi yang boleh membantu ibubapa dan seterusnya mencapai matlamat dan hasrat
Pendidikan untuk Semua.

Teras ketiga dalam PIPP adalah merapatkan jurang pendidikan,yang merangkumi jurang
antara bandar dan luar bandar jurang antara yang miskin dan dengan yang kaya; jurang digital
dan jurang di antara mereka normal dengan mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada
sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.Sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan, semua murid perlu mendapat akses kepada pendidikan yang
berkualiti tanpa mengira kaum dan lokasi tempat tinggal mereka. Hasrat ini hendaklah dicapai di
GGGB 3223 23
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

bawah Rancangan Malaysia ke 9 yang telah memberi fokus kepada pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan perlu diberi perhatian serius kerana menjelang Malaysia menjadi
negara maju, kita tidak mahu ada lagidi kalangan kita sebagai penumpang. Prinsip
memakmurkan negara dan penduduknya akan memberi impak kepada peningkatan pelajaran dan
merapatkan jurang pendidikan.

Kalau di lihat keadaan di Malaysia sendiri terdapatnya kepelbagaian pelajar dari segi
budaya, bangsa, agama, sosioekonomi dan sebagainya. Dalam merapatkan jurang pendidikan ini,
tidak dapat dibafikan bahawa pendidikan bagi semua kaum selain pribumi sudah melangkah ke
arah itu, tetapi yang menjadi persoalannya adalah kepada kaum pribumi yang agak terpinggir.
Aspek lain yang perlu ditekankan ialah PEDAGOGI PRIBUMI iaitu merujuk kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik seperti Orang Asli dan lain-lain kaum di
Sabah dan Sarawak perlu dilihat daripada aspek sosio-budaya dan sistem nilai masyarakat
berkenaan. Perkara ini perlu diambil kira agar ilmu dan kemahiran yang disampaikan akan
mudah diterima dan memberi makna kepada murid-murid Orang Asli dan pribumi. Sebagai
langkah memantapkan usaha ini, para pendidik wajar menjalankan kajian dan penyelidikan
khusus mengenai pendidikan kaum pribumi ini supaya teori dan amalan pedagogi yang
dikemukakan releven dan menepati dengan keperluan masyarakat tersebut.

10.0 Cabaran Guru Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang Pelbagai Budaya Dan Gaya
Pembelajaran

Tugas menguruskan bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru. Pelbagai
kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan
dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang dating dari pelbagai budaya dan
memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan
pelajar sebagai subjek utama.
GGGB 3223 24
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Guru yang bijak dalam pengurusan sesebuah bilik darjah yang di dalamnya terdapat
pelbagai ragam serta gaya pembelejaran pelajar iaitu haruslah memahami dan mengenalpasti dan
mengakji latar belakang social pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah
dapat di capai dengan jayanya dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-


sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan asset
utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah.
Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik
dengan memahami latar belakang indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia,
jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya.

Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran
kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami
bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang
mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.
Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan perlu
memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dalam melahirkan stail pembelajaran
mereka berdasarkan kepada tahap dan juga minat mereka sendiri. Pembelajaran yang bermakna
di dalam bilik darjah apabila guru melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat
pertimbangan dan menganalisis bagi mengembangakan minda pelajar. Selain itu juga prinsip
umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalakan tahap kejayaan di samping member
ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka atanpa membiarkan kegagalan
berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistic dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi
mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.
GGGB 3223 25
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar tahap
pembelajaran pelajar kian merosot. Oleh yang demikian cabaran guru dalam memahami setiap
pelajarnya kian menjadi sukar. Apabila tumpuan yang sepenuhnya tidak dapat diberikan dengan
kepadatan pelajar dalam sesebuah bilik darjah, ia akan mendatangkan kesan kepada pelajar.
Bahkan juga guru sendiri akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancnag
tidak menacapai matlamat yang diinginkan. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap
maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan member
perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.

Disamping itu juga, guru tidak dapat mengenalpasti mana pelajar yang pandai dan
sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh yang demikian, guru
tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajar yang lemah di dalam kelas tersebut. Inilah
cabaran kini dalam dunia pendidikan yang mana lahirnya kepadatan pelajar yang pelbagai latar
belakang manjadi sukar kepada para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Oleh yang demikianlah, isu ini merupakkan satu cabaran dan tanggungjawab yang
perlu dipikul oleh para pendidik untuk melahirkan dan membantu pelajar mencapai kejayaan
yang diimpikan.

11.0 Panduan Untuk Proses Pengajaran Pelajar Pelbagai Budaya

Terdapat 13 panduan untuk menolong menyatukan bangsa, etnik, budaya dan bahasa didalam
kurikulum sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif melalui persekitaran
pelbagai budaya di sekolah:

1. Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat kepelbagaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan
kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat
mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu
kumpulan tersebut. Guru-guru juga boleh menambah pengetahuan mereka melalui buku-
buku contohnya buku daripada Gary Howard (1999), yang bertajuk “ We Can’t Teach
What We Don’t Know: White Teachers, Multiratial School”
GGGB 3223 26
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

2. Guru perlu mengetahuai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Contohnya
di Malaysia, guru perlu mengetahui bagaimana kedatangan sesuatu kaum di Malaysia
seperti cina, India dan mahupun Melayu atau kaum-kaum lain yang berkaitan dengan
sejarah, latar belakang, budaya, cara hidup kaum tersebut. Selaian itu juga sebagai guru
adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam
sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam
sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah.
Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan
perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang.

3. Guru juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang
dinyatakan dalam kelas. Mereka perlu menjaga sensitiviti sesuatu kaum contohnya
menyatakan hitam seperti orang India.Hal ini akan membuatkan orang India akan
memprotes dan perpaduan kaum akan musnah. Guru yang cemerlang melahirkan pelajar
yang juga cemerlang apabila ia melahirkan nilai-nilai kasih sayang dan nilai moral yang
baik dalam diri pelajar. Guru adalah “role model” kepada semua pelajar dan segala apa
yang dilakukan itu adalah diperhatikan oleh para pelajar.

4. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik.
Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama.
Selain itu juga proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar-pelajar
yang pelbagai budaya dan latar belakang belajar dan bekerja bersama melalui
pembelajaran berkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya di dalam
sesebuah kumpulan.

5. Guru perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan jangan menilai pelajar
melalui luaran sahaja. Contohnya, melalui penyelidikan mereka menyangka kanak-kanak
tidak mengenali warna. Sebagai seorang guru kita tidak boleh bersikap begitu dan tidak
mempedulikan bangsa dan kaum yang berbeza. Kita seharusnya memberi tindak balas
yang positif dan sentiasa berfikiran positif.
GGGB 3223 27
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

6. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat bantu
mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika
ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih
bahan yang dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka mudah untuk
mengingati. Contohnya seperti menunjukkan gambar dan lain-lain lagi dengan
menitikbertakan kesamarataan antara semuanya.

7. Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri. Sebagai seorang guru, kita mestilah
mendalami budaya etnik sendiri. Dengan kelebihan yang ada, kita boleh menceritakan
kepada pelajar kelebihan-kelebihan etnik kita dan akan dapat menambah pengetahuan
mereka.

8. Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif
pengajaran. Contohnya bagi orang cina mereka menganggap membawa sesetengah
perkara adalah membawa sial dalam diri mereka. Maka sebagai seorang guru kita
mestilah mengetahui sensitiviti mereka.

9. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa, etnik,
budaya dan bahasa. Guru juga hendaklah mengetahui tahap setiap pelajar. Contohnya
dalam sesebuah kelas, tahap untuk semua pelajar berbeza-beza. Ada sesetengah pelajar
lemah dalam matapelajaran tertentu, sebagai seorang guru kita hendaklah mengenal pasti
tahap semua pelajar.

10. Tonjolkan pelajar kamu sebagai pemenang. Kebanyakkan pelajar mempunyai pencapaian
yang baik dalam bidang akademik dan kurikulum. Sebagai seorang guru kita mestilah
sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Dengan sokongan yang
diberikan oleh guru, pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran
dan dapat meningkatkan nama sekolah.
GGGB 3223 28
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

11. Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Setiap ibu bapa
menginginkan anak mereka Berjaya dalam akademik, walaupun mereka tidak
berpendidikan tinggi. Naman mereka cuba juga untuk mendapatkan pendidikan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.

12. Gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan
bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Contohnya di sekolah menengah
kebangsaan pelajar pelbagai kaum diletakkan di dalam satu kelas untuk mewujudkan
semangat perpaduan antara kaum. Dengan adanya aktiviti kerja berkumpulan, mereka
dapat mengenali dengan lebih dekat lagi rakan-rakan mereka yang dari pelbagai kaum.

13. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.
Contohnya jika ada hari usahawan, semua kaum mestilah melibatkan diri dan saling
bekerjasama diantara satu dengan yang lain. Dengan kerjasama dari semua bangsa,
agama dan etnik, maka dapat merapatkan hubungan diantara semua pelajar. Maka
perpaduan kaum dapat dibentuk dengan begitu erat dikalangan semua kaum.

12.0 Kesimpulan

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran mereka sedikit
sebanyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhan serta usaha mereka mencipta
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai
dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar
tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain,
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua.

Seorang guru yang menggunakan kemahiran-kemahiran yang berkesan dan cara


pengajaran yang kreatif akan menarik minat dan memberikan peluang kepada semua pelajar-
pelajarnya untuk mecapai kejayaan dalam pembelajaran. Guru yang cemerlang adalah guru yang
GGGB 3223 29
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

berjaya memahami kehendak pelajar-pelajarnya dengan mendalami latar belakang serta budaya
setiap pelajar-pelajarnya supaya ia dapat menyediakan proses pengajaran yang memberikan
kesamarataan kepada semua pelajar. Guru-guru ini perlu tahu bahawa untuk memberikan
pengajaran yang berkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budaya baik dan memahami
gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Oleh yang demikian itu, mereka edikit sebanyak akan
terus tertarik untuk mengetahui dan mendalami latar belakang tentang pelajar-pelajarnya.

Secara tuntasnya, sebagai seorang guru tugasnya bukan sahaja mendidik dan
melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi ia
mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebanar terutama
pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud
adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik,
personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,
tingkah laku dan sosial. Secara umunya untuk menjadi guru yang cemerlang cabaran-cabaran
seperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membatu serta melahirkan pelajar-pelajar
yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskan dengan perkara-perkara ini bahkan
juga untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah
dengan memahami gaya pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya.

Seperti yang sudah sedia maklum bahawa setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan
dan gaya pembelajaran yang pelbagai. Ada juga pelajar yang pasif daan ada juga palajar yang
aktif tetapi penilaian ini shaja tidak cukup dalam menggambarkan proses pembelajaran yang
efektif kerana pelajar mempunyai pelabagai ragam kehidupan dan tingkah laku. Gurulah orang
yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik serta menjadikan harapan dan
impian mereka tercapai.

Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu meikirkan cara yang tersendiri dalam
memeberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya tanpa
mengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya masyarakat yang pelbagai dan
majmuk. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya. Melayu, cina mahupun
india mempunyai tahap kefahaman dan stail pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama
lain.
GGGB 3223 30
KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

Secara kesimpulannya, keplabagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya meruapakan


3 aspek penting serta secara tidaka lensung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan ketiga-tiga
aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikur peredaran masa.guru
yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini meruapakan guru yang berkesan dan cemerlang.
Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa
jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang ssebenar dalam menyatukan
kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

13.1 RUJUKAN

Kame’enui, Ej. 2002. Effective Teaching Strategies That Accommodate Diverse Learners. New
Jersey: Merril Prentice-Hal

Lee Shok Mee. 1991. Asas Pendidikan Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kula Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication &
Distrubutors Sdn Bhd

http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia

http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu

http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf

http://www.scribd.com/doc/18329879/Gaya-PembelajaranAssignment-Individu

http://rohaty-education.blogspot.com/2009/07/pendidikan-untuk-semua-dan-kepelbagaian.html

Potrebbero piacerti anche