Sei sulla pagina 1di 3

PENDAWAIAN LAMPU DAN KIPAS

Sistem Pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan. Terdapat pelbagai alatan perumahan yang perlu membuat pendawaian. Antaranya ia kipas, lampu pendafluor, penghawa dingan dan sebagainya.

Lampu pendarflour bercahaya putih, lebih terang dan sekata berbanding lampu pijar walaupun kadaran kuasanya sama. Lampu ini digunakan di rumah kediaman dan bangunan. Ia mempunyai pelbagai bahagian di dalamnya. Bahagian utama yang penting adalah tiub pendarfluor, pemegang tiub, perumah cok, suis penghidup dan pemegang suis penghidup. Tiub pendarfluor diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon. Bahagian dindingnya disalut dengan lapisan fosfur. Di keduadua hujung tiub pula, terdapat dua pin elektrod. Tiub tersebut menghasilkan sinaran ultraungu apabila dialirkan arus elektrik. Pemegang tiub juga salah satu bahagian utama lampu pendarfluor. Fungsinya adalah untuk menyangga tiub pendarfluor. Perumah pula berguna untuk melindungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup. Selain perumah, cok pula digunakan untuk membekalkan voltan tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.Lampu tidak akan menyala jika cok lampu itu rosak. Suis penghidup berfungsi untuk menghidupkan lampu. Suis penghidup tidak berfungsi selepas lampu menyala. Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan. Lampu tidak akan menyala atau berkelip-kelip jika suis penghidup rosak. Fungsi pemegang suis penghidup pula untuk menempatkan suis penghidup.

Lampu pendarflour akan rosak sekiranya tempoh penggunaannya panjang. Kita boleh mengetahui kerosakkan lampu melalui bebrapa cara. Antarnya, lampu tidak menyala dengan betul atau tidak menyala langsung, lampu berkeli-kelip serta hujung tiub bergelang merah. Banyak masalah boleh dikaitkan dengan kerosakkan lampu pendarfluor. Masalah fius terbakar semasa lampu hendak dihidupkan dan ia boleh disebabkan pemuat rosak dan terjadi litar pintas di dalam litar. Lampu tidak mahu menyala selepas dihidupkan dan ia pula disebabkan tiada bekalan elektrik, elektrod fius putus dan pemula rosak.

Pada kipas pula, kerosakkan dedaun kipas tidak berpusing disebabkan tiada bekalan, fius putus, talian bekalan terbuka, suis pilihan kelajuan rosak, motor kipas rosak dan pemuat rosak. Kelajuan kipas tidak mengikut kelajuan yang dikehendaki dan ia pula disebabkan oleh kerosakkan pada bahagian pemuat.

Kerosakkan semua alatan perlu dibaik pulih melalui pelbagai cara. Pertamanya, kita perlu mengenal pasti kendalian alat. Selepas itu, kita perlu mengenal pasti bahagian kerosakkan pada alat tersebut. Lepas itu, kita kena mambuka alat dan mengenal pasti bahagian atau komponen yang rosak. Kemudian menukar ganti komponen yang rosak dan memasang alat serta menguji alat tersebut.

Potrebbero piacerti anche