Sei sulla pagina 1di 8

PENDAHULUAN

Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana
pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori ialah
prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan
satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan
penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-
teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus
kepada tingkah laku dan persekitaran. Teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku
dan pemikiran, sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian
dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di
dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan
gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori
ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran
ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan
memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling
berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang
kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian
terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa
yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli
pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.
Kertas kerja kali ini akan memberi tumpuan kepada Teori Pelaziman Operan Skinner. Huraian
dan kupasan terperinci akan dibuat agar melaluinya dapat memberi kefahaman kepada guru
seterusnya dapat membantu teknik pengajaran guru.

1
BURHUS F. SKINNER (1904-1990)
Burhus Frederic Skinner seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, juga merupakan
pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan dan telah mengkaji dan memperbaiki lagi teori-
teori behaviorisme. Menurut beliau, pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindak
balas yang berulangan.Skinner memulakan pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan
kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran
(PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai
kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant).

Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.
Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme
itu mengoperat (operating) ke atas persekitarannya.  Contohnya, seekor anjing akan
menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan
makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia
akan dibelanja makan ais krim.

Hipotesisnya berkaitan Teori Pelaziman Operan telah dibuktikan melalui beberapa


eksperimen menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati, di mana tingkah laku
binatang tersebut dikawal serta gerak balasnya dihitung dalam sebuah kotak yang direka bentuk
dan dikenali sebagai Kotak Skinner (Skinner Box). Beliau telah menggunakan hasil daripada
kajian ini untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam Kotak Skinner.
Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan
akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara
tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan
terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat
penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk
mendapat makanan di dalam kotak.

2
Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini
menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu
berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan
disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui
pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika
wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran
dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan
bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah
pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong
seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan
negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda. Menurut beliau, dalam teori
pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus
selepas gerak balas ditunjukkan.

Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi
pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut.
Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan
cara berusaha sendiri.

PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN OPERAN DENGAN PELAZIMAN KLASIK


Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misal kata,
anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan
makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan
untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang
diberikan.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PELAZIMAN OPERAN

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama :


1. Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.
2. Denda (punishment)
3. Prinsip Premack
4. Pelupusan

PENEGUHAN POSITIF (POSITIVE REINFORCEMENT)

Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil Mahyuddin
(2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya
rangsangan tertentu. Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial
(seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan

3
kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan berlaku disifatkan sebagai peneguhan positif
contohnya :

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan


Pelajar kemukakan soalan Guru memuji Pelajar kemukakan lebih banyak
dengan baik pelajar soalan yang baik
Tikus yang menekan kunci Ulang menekan kunci pintu lebih
Dapat makanan
pintu (lever) kerap
Seorang budak Menonton
Sentiasa menyiapkan kerja rumah
menyelesaikan kerja rumah televisyen
Pekerja yang mencapai
Mengekalkan pencapaian prestasi
prestasi tinggi dalam Diberikan bonus
tinggi
kerjanya

PENEGUHAN NEGATIF (NEGATIVE REINFORCEMENT)

Peneguhan negatif adalah meningkatkan tingkah laku melalui penarikan keluar sesuatu
rangsangan terutama yang tidak menyenangkan. Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang
mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu
akan berlaku. Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau
mengurangkan keadaan yang negatif contohnya :

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan


Pelajar tidak menyiapkan Guru menegur Pelajar akan menyiapkan tugasan
tugasan tepat pada waktunya pelajar yang seterusnya tepat pada waktunya
Tidak tahan
Seorang ibu melihat Mengangkat atau memujuk anaknya
dengan tangisan
anaknya menangis jika menangis lagi
anaknya

DENDA (PUNISHMENT)

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Ia juga
bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Skinner berpendapat
bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu,
tingkah laku yang tidak diingini akan berulang lagi. Apa jua rangsangan yang menyebabkan
kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau langsung
dihapuskan. Contohnya seperti di bawah :

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan


Guru memberi
Pelajar membuat bising Pelajar berhenti membuat bising
amaran kepada
dalam kelas dalam kelas
pelajar
Seorang budak yang malas Tidak diberi Rajin membantu ibu sekiranya
membantu ibunya peluang bermain diperlukan

4
bola

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dan kedua
dendaan penyingkiran. Contohnya :

Dendaan Persembahan Dendaan Penyingkiran


Dendaan persembahan (presentation
Dendaan penyingkiran (removal
punishment) berlaku apabila sesuatu
punishment) berkaitan dengan
rangsangan menyebabkan berlakunya
penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu
perubahan dalam tingkah laku diri pelajar
bapa atau guru-guru tidak memberi
tersebut. Dendaan bentuk ini tidak
kemudahan apabila seseorang pelajar tidak
melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan
berkelakuan betul
pelajar

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira
antaranya ialah :

1. Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan.


2. Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
3. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan
perlakuannya.
4. Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang
dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi
yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang
keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara
berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa
rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

5
PRINSIP PREMACK

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandma’s Rule yang berasaskan kenyataan
“kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita
boleh menyelang-selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik
darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata
pelajaran matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika :

1. Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.


2. Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
3. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak
datang dengan serta merta.

GENERALISASI, DISKRIMINASI DAN PENGHAPUSAN

1. Generalisasi : Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan
gerak balas yang sama.
2. Diskriminasai : Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap
peneguhan lain.
3. Penghapusan : Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila
peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.

PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MELALUI PELAZIMAN OPERAN (SHAPING


BEHAVIOUR)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner memperkembangkan teknik pembentukan


(shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkah laku komplek yang juga relevan kepada
tingkah laku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia
bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan
tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk
mengawal tingkahlaku orang. Contohnya :

1. Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan
sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar
lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka

6
dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas
ketawa apabila dia berjenaka.
2. Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana
penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah
menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH

Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran


dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut :

1. Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang
diingini hendaklah secara bersistematik.
2. Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran
mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
3. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia
mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
4. Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk
pelaziman.
5. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang ulang.
6. Peneguhan berterusan untuk ilmu/kemahiran baru dipelajari.
7. Peneguhan positif lebih baik daripada peneguhan negatif kerana keberkesanannya.
8. Pembetulan tingkah laku pelajar adalah lebih berkesan dilakukan melalui penghapusan.
9. Diskriminasi bertujuan untuk pelajar menguasai ilmu pengetahuan.
10. Gaya pengajaran guru dilakukan dengan beberapa kaedah dan dikawal oleh guru melalui
pengulangan dan latihan-latihan.
11. Guru memberikan peneguhan berupa reward/ganjaran pada pelajar yang memberikan gerak
balas stimulus sesuai dengan tidak balas aktif pelajar.

PENUTUP

Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk
itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi
dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar.
Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan, proses pembelajaran dan pengajaran
yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru menggunakan kaedah ini
untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud


seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses

7
pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh
guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya.
Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai
bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Teori behaviorisme menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.


Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan antara sesuatu rangsangan dengan sesuatu
gerak balas. Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behaviorisme yang
menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Peneguhan positif dan negatif
memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan tingkah laku
yang diinginkan. Denda mempunyai kesan yang tertentu dan tidak digalakkan sebagai cara untuk
mengawal tingkah laku. Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu, bukanlah satu perkara mudah,
kerana ianya memerlukan pengorbanan, kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua
belah pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

BIBLIOGRAFI

Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas


(Semester 1). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur.
Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd.

Mook Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 &
2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Potrebbero piacerti anche