Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT, JALAN TANJUNG SEDILI, 81910 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.

Tel: 07-8918001 __________________________________________________________________________________ Ruj.Kami: Tarikh : 1 April 2014 Kepada : Ibu bapa / Penjaga Pelajar Tahun 6 2014

Tuan / Puan, PROGRAM SOLAT HAJAT TAHUN 6 KALI 1 Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program solat hajat tahun 6 kali 1 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 3 April 2014 Hari Masa : Khamis :7.00 malam

Tempat :Dewan Haji Ahmad Hambali SK. Gembut 2. Adalah diharapkan tuan/puan dapat menghadirkan diri bagi mengimarahkan lagi program ini

dan memberi suntikan motivasi kepada anak-anak Tahun 6 dalam mengharungi cabaran UPSR. Tuan/Puan juga boleh membawa sepiring atau sebekas kuih-muih bagi jamuan ramai selepas solat selesai. 3. Diharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini.

Sekian, harap maklum.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

............................................... (PN. ADIBAH BT. MOHD KALID) Guru Besar SK. Gembut