Sei sulla pagina 1di 16

Draf DSP Sejarah Tingkatan 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 3


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

TAFSIRAN
o o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen o Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

TAFSIRAN BAND
BAND 1 PERNYATAAN BAND TAHU TAFSIRAN Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU DAN FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND
1 2 3

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme . Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme. Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND
1 TAHU

PERNYATAAN STANDARD
B1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B1D1 Mengetahui perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1 B1D1E1 Menyatakan faktor perluasan kuasa Jepun Bab 1 B1D1E2 Menamakan tokoh tempatan yang berjuang menentang pendudukan Jepun (UP) Bab 2 B1D1E3 Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union (UP) Bab 3 B1D1E4 Menyatakan sebab orang Melayu menolak fahaman komunis Bab 4 B1D1E5 Menyenaraikan usaha membentuk kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri Bab 5 B1D1E6 Memerihalkan Rombongan Merdeka 1956

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6 B1D1E7 Menamakan pemimpin tempatan yang menentang penjajahan British di Sarawak (UP)

B1D2 Mengetahui pembentukan Persekutuan Malaysia 2 TAHU DAN FAHAM B2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme B2D1 Memahami perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

Bab 7 B1D2E1 Menyenaraikan tokoh tempatan yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia (UP) Bab 1 B2D1E1 Menjelaskan gerakan anti-Jepun di negara kita Bab 2 B2D1E2 Menjelaskan penubuhan UMNO Bab 3 B2D1E3 Menjelaskan keganasan komunis di negara kita pada Zaman Darurat Bab 4 B2D1E4 Menjelaskan pembentukan Parti Perikatan secara kronologi (KPS) Bab 5 B2D1E5 Menjelaskan usaha mendapatkan kemerdekaan negara secara kronologi (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

10

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6 B2D1E6 Menjelaskan faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British

B2D2 Memahami pembentukan Persekutuan Malaysia

Bab 7 B2D2E1 Menjelaskan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia Bab 7 B2D2E2 Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

11

BAND
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

PERNYATAAN STANDARD
B3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B3D1 Menerangkan perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1 B3D1E1 Menerangkan dasar pemerintahan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Bab 3 B3D1E2 Menerangkan kesan Zaman Darurat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Bab 4 B3D1E3 Menerangkan Sistem Ahli Bab 5 B3D1E4 Menerangkan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Perlembagaan Merdeka) Bab 6 B3D1E5 Menerangkan gerakan antipenyerahan di Sarawak

B3D2 Menerangkan pembentukan Persekutuan Malaysia

Bab 7 B3D2E1 Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia secara kronologi (KPS) B3D2E2 Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

12

BAND
4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

PERNYATAAN STANDARD
B4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B4D1 Menganalisis perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1 B4D1E1 Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di negara kita (KPS/UP) Bab 1 B4D1E2 Menganalisis faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di negara kita (KPS) Bab 2 B4D1E3 Menganalisis penentangan terhadap Malayan Union dalam aspek faktor, cara dan kesan Bab 2 B4D1E4 Menganalisis Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam aspek faktor penubuhan, ciri dan kesan Bab 3 B4D1E5 Menganalisis langkah kerajaan membanteras ancaman komunis semasa Zaman Darurat Bab 4 B4D1E6 Menganalisis pelaksanaan pilihan raya ke arah berkerajaan sendiri Bab 5 B4D1E7 Menganalisis peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6 B4D1E8 Menganalisis langkah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah

B4D2 Menganalisis pembentukan Persekutuan Malaysia

Bab 7 B4D2E1 Menganalisis reaksi negeri yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia B4D2E2 Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

14

BAND
5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

PERNYATAAN STANDARD
B5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

DESKRIPTOR
B5D1 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar

EVIDENS
Bab 1 B5D1E1 Menilai kesan pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Bab 4 B5D1E2 Menilai usaha membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan Bab 7 B5D1E3 Menilai tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran pembentukan Persekutuan Malaysia B5D1E4 Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara B5D1E5 Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

15

BAND
6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

PERNYATAAN STANDARD
B6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia

DESKRIPTOR
B6D1 Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

EVIDENS
B6D1E1 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP) B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP): Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

Nota : UP Unsur Patriotisme

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

16

Potrebbero piacerti anche