Sei sulla pagina 1di 2

USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

Sejak akhir-akhir ini isu perpaduan telah menjadi topik perbincangan yanghangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana aspek perpaduan di negara kita dilihat semakin longgar ekoran timbul pelbagai insiden perselisihan faham antara kaum di negara ini. Pemimpin Negara yang menyedari akan kepentingan perpaduan telah berkali-kali mengajak seluruh rakyat supaya mengekalkan ikatan perpaduan yang sekian lama terbina agar negara tidak menjadi lemah. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia supaya semua kaum dapat hidup secara harmoni, aman dan selamat? Antara langkah untuk mewujudkan perpaduan ialah melalui sistem pendidikan. Pendidikan merupakan eleman penyatuan utama masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sejak merdeka lagi anak-anak orang Melayu,Cina dan India telah ditempatkan di satu sekolah yang sama. Mereka belajar dengan menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan sama-sama bertutur dalam bahasa Melayu. Perkara ini sudah pasti dapat melahirkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar yang akhirnya membesar dan manjadi warganegara Malaysia yang bersatu padu. Justeru, mereka tidak ada masalah lagi untuk bekerja dalam satu pasukan walaupun terdapat perbezaan yang ketara dari segi bangsa, bahasa dan agama.Selain itu, aktiviti kemasyarakatan juga dapat menjana semangat perpaduan kaum di negara kita. Aktiviti bergotong-royong umpamanya dapat menyemai nilai-nilai kerjasama dan toleransi tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit. Apabila gotong-royong diadakan semua orang akan keluar bersama-sama untuk membersihkan kawasan persekitaran kampung dan mereka akan bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab. Pada masa yang sama program Rukun Tetangga juga turut memupuk semangat perpaduan kerana keselamatan kampung akan dijaga bersama-sama. Langkah ini dapat memastikan setiap ahli kariah kampung hidup dengan aman, selamat dan sejahtera. Oleh itu, semangat perpaduan akan terbina dengan kukuhnya melalui aktiviti seperti ini. Di samping itu, semangat kongsi raya dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang dirayakan pada setiap tahun di negara kita merupakan satu wahana ke arah mengintergrasikan kaum di Malaysia. Pada setiap perayaan kerajaan telah menggalakkan orang ramai mengadakan rumah terbuka kepada semua kaum. Selain untuk memeriahkan perayaan tersebut penganjuran rumah terbuka juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Sebagai contoh rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja dihadiri oleh umat Islam tetapi juga dihadiri oleh orang-orang bukan Islam seperti Cina dan India. Secara

tidak langsung perjumpaan seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Kesimpulannya, kekuatan sesebuah negara adalah

berpaksikan kekuatan semangat perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Kita pernah mendengar jatuhnya pemerintahan Saddam Hussain berpunca daripada rakyatnya yangtidak setia kepada negara dan telah berpecah-belah. Hasrat untuk meningkatkan semangat ini dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita tidak akan kesampaian tanpa kerjasama daripada semua pihak. Apayang dilaungkan oleh pihak kerajaan akan menjadi slogan semata-mata tanpa direalisasikan oleh rakyat jelata. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkasakan semangat perpaduan di Malaysia.

Potrebbero piacerti anche