Sei sulla pagina 1di 58

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN, DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

PAJSK

Pengenalan Matlamat Objektif Peranan Proses Pentaksiran

PENGENALAN PAJSK

Mengambil kira keseluruhan prestasi pencapaian jasmani, emosi dan rohani murid. Setiap murid akan ditaksir dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. Panduan instrumen pentaksiran PAJSK dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dengan kerjasama badan-badan atau agensi profesional. Instrumen ditadbir dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.

PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:

Aktiviti jasmani Kesihatan Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum

MATLAMAT PAJSK
PAJSK menyediakan maklumat tentang tahap penyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan sepanjang persekolahan murid selaras dengan pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan oleh Falsafah aktiviti Kebangsaan.

OBJEKTIF PAJSK
Objektif PAJSK adalah untuk: Menyediakan satu kaedah pentaksiran yang standard mentaksir aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan Menyediakan format instrumen yang standard untuk mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat, potensi, minat, sahsiah, dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan

Menilai dan mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid mengikut standard prestasi yang ditetapkan dalam aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Memberi skor kepada penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Menyediakan satu bentuk pelaporan di akhir tahun persekolahan terhadap aktiviti yang telah dijalankan untuk kegunaan peribadi, kerjaya dan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Menyediakan satu bank data bagi skor pencapaian mengikut tahap-tahap perkembangan fizikal, sahsiah, keterlibatan, penyertaan dan komitmen setiap murid sepanjang tempoh persekolahannya untuk tujuan mengesan perkembangan dan pencapaian murid bagi melengkapi aspek pentaksiran yang lain.

KEPENTINGAN PAJSK
Data dan evidens yang dikumpul dan didokumentasikan boleh digunakan untuk;

melaporkan keseluruhan prestasi keseluruhan pencapaian murid menilai dan mengukur tahap perkembangan fizikal, kecergasan dan kerohanian murid (developmental growth) sepanjang berada di bangku sekolah, membantu memperkembangkan potensi murid secara fizikal, kecergasan dan kerohanian ke tahap yang lebih tinggi. rujukan bagi mengesan penguasaan kemahiran fizikal, kecergasan dan kerohanian murid pada bila-bila masa melalui portfolio atau pangkalan data

Memberi peluang kepada murid untuk ditaksir semula kemahiran fizikal, kecergasan dan kerohanian pada lain masa menggunakan aktiviti berbeza tetapi kemahiran yang sama untuk murid yang belum menguasai atau perlu ulangan aktiviti tersebut. Memberi peluang kepada murid kes khas (murid kurang upaya/ mempunyai penyakit kronik/penyakit luar biasa), ditaksir dan dilapor mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut bagi kemahiran sama atau lain.

Kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan PAJSK, boleh ditaksir melalui Pentaksiran Sekolah atau Pentaksiran Psikometrik (di bawah komponen Pintar Jasmani)

Contoh: Kefahaman dan pengetahuan yang tidak boleh ditunjukkan secara pergerakan fizikal atau perlakuan seperti minat, bakat, kesukaan dsb. boleh diuji secara bertulis atau lisan menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang lain selain PAJSK.

Apa Yang Diukur; penyertaan penglibatan prestasi kemahiran keupayaan

Apa Yang Ditaksir?


Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum Kehadiran dalam latihan Kehadiran pada hari acara/aktiviti walaupun sebagai penyokong/urus setia/ahli jawatankuasa Ahli rumah sukan/kumpulan gotong royong/pasukan tarian tradisional/aktiviti sukarela/kerja-kerja amal Ahli jawatankuasa/pembantu pengadil/pembantu guru di peringkat sekolah/daerah/negeri Mewakili pasukan rumah sukan/sekolah/daerah/negeri/negara Pencapaian dalam sukan/permainan/pertandingan Anugerah yang diterima dalam rumah sukan/sekolah/daerah/ negeri/negara

Komponen Yang Akan Ditaksir Dalam PAJSK


Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan (PAJSK)
Sukan aktiviti Jasmani

Aktiviti Kokurikulum

Kesihatan

Aktiviti Ekstrakurikulum*

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

- Perkembangan fizikal - Kecergasan -Senaman -SEGAK -BMI*

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab, Persatuan, Pakaian Beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

-Penjagaan Kesihatan -Diet -Kebersihan -Amalan

Penyertaan dan penglibatan dalam badan sukarela tempatan, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

Pentaksiran Peringkat Persekolahan


Murid Pra-Sekolah dan Tahap 1 (Tahun 1 3), Aktiviti jasmani Kesihatan Tahap 2 (Tahun 4 6) dan Sekolah Menengah Sukan Aktiviti jasmani Kokurikulum Ekstrakurikulum Kesihatan

Definisi Istilah
Sukan
Sukan merupakan satu bentuk permainan, pertandingan, keseronokan, pembangunan tubuh badan, kemahiran, memburu kecemerlangan yang dilakukan secara fizikal atau mental sama ada untuk tujuan riadah, mendapat penghargaan, memenuhi keperluan persekolahan/institusi yang dijalankan secara tersusun mengikut norma/peraturan/ ketetapan yang dibuat dan diperakui umum.

KENAPA PAJSK?
Sukan

Menilai penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid dalam bidang sukan di sekolah dengan sewajarnya akan mendorong mereka untuk terlibat dengan lebih giat lagi dalam bidang sukan. Memberi pengiktirafan dalam bentuk sijil atau pernyataan mengikut penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid. Mengambil kira skor yang direkod sebagai pentaksiran sekolah berbanding dengan situasi sedia ada di sekolah

menyediakan maklumat yang berguna tentang kecergasan individu murid berkenaan. membolehkan guru merancang aktiviti sukan bersesuaian dengan keupayaan, kebolehan, bakat, potensi dan pencapaian murid dalam membantu memajukan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Konsep Penyertaan Bukannya Kemenangan boleh dipertingkatkan dengan adanya budaya membuat penilaian dan perekodan penyertaan, penglibatan serta pencapaian murid dalam bidang sukan.

Aktiviti Jasmani

Aktiviti Jasmani merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mempelajari kemahiran fizikal, mental dan sosial serta membentuk kecergasan mengikut jadual waktu persekolahan semasa proses pembelajaran bagi memberi tunjuk ajar yang betul untuk melakukan pergerakan tubuh badan mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan. (Wikepedia) Baley & Field (1976), menyatakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromas-kular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa aktiviti Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain aktiviti, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif Lumpkin (1990) berpendapat aktiviti Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi Dauer (1995) berpendapat aktiviti Jasmani ialah sebahagian daripada program aktiviti yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanakkanak.

Aktiviti Jasmani

Mewujudkan rekod dan mengambil kira skor yang direkod dalam pentaksiran sekolah bagi merangsang murid melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti jasmani. Menggunakan instrumen PAJSK yang standard untuk mentaksir murid dalam aspek kemahiran, kebolehan, kecergasan, keupayaan dan pencapaian dapat direkodkan dan disimpan untuk tujuan rujukan, kerjaya, melanjutkan pelajaran dan tujuan peribadi. Perekodan satu pangkalan data boleh dirumus dan dibuat pelaporan tentang perkembangan fizikal dan penguasaan kemahiran murid sepanjang persekolahan murid.

Kokurikulum Kegiatan kokurikulum adalah satu kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah termasuk sukan, permainan, persatuan, kelab, pasukan pakaian seragam atau lain-lain kegiatan yang membantu pembentukan insaniah dan sahsiah murid tersebut. (Wikipedia)

Kokurikulum

Mengambil kira skor yang direkod tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid bagi merangsang mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Menilai tahap penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum pada setiap tahun persekolahan bermula dari Tahun 4 menggunakan instrumen standard

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta aktiviti 1996, Peraturanperaturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri aktiviti

Kesihatan Kesihatan dalam konteks persekolahan merupakan satu usaha yang berterusan oleh pihak sekolah/guru bagi memastikan dan memantau perkembangan diri murid supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, pemakanan, aktiviti yang boleh menyihatkan badan, penjagaan kesihatan dan aspek kekeluargaan yang terdapat pada diri murid tersebut sama ada fizikal, mental dan emosi untuk tujuan perekodan dan rujukan.

Kesihatan

Pentaksiran kesihatan murid di peringkat sekolah diberikan penekanan sewajarnya dengan menggunakan satu bentuk instrumen yang standard. Pelaksanaan pentaksiran kesihatan akan mendorong murid sentiasa memberi perhatian dalam aspek kesihatan. Penggunaan instrumen pentaksiran kesihatan membantu guru mengesan tabiat pemakanan, tahap kebersihan, penjagaan kesihatan secara umum serta tabiat-tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

Ekstrakurikulum

Ekstrakurikulum merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh murid di luar waktu persekolahan dengan penglibatan dalam aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik dan mendorong melakukan kerjakerja sukarela dan amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. The Free Dictionary mendefinisikan ekstrakurikulum sebagai kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh murid di luar ruang lingkup kurikulum biasa sekolah.

Pelaporan kemajuan murid dalam aktiviti kokurikulum memudahkan guru dan ibu bapa menilai kemampuan, kebolehan, keupayaan, bakat, minat dan sahsiah murid sepanjang persekolahan mereka Maklumat melalui penggunaan instrumen standard dapat membentuk satu penanda aras untuk meletakkan pencapaian murid dalam tahap-tahap tertentu mengikut penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka

Rekod dan pelaporan yang terkumpul membolehkan pihak sekolah/guru/ibu bapa membuat rumusan tentang keperluan kesihatan murid dan mengambil langkah susulan yang sewajarnya. Hasil penilaian kesihatan dapat digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dari segi pembelajaran, pemakanan, kebersihan, kognitif dan fizikal mereka.

Ekstrakurikulum

Memberi nilai kepada penglibatan murid dalam tersebut dapat mendorong mereka terlibat dengan lebih giat lagi dalam kerjakerja kemasyarakatan secara sukarela di luar waktu persekolahan Mentaksir murid yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan atau badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran tentang sahsiah dan tingkah-laku murid tersebut.

Mengguna instrumen standard untuk menilai penglibatan murid memudahkan guru membuat penilaian dan pelaporan yang lebih berfokus dan menyeluruh tentang penglibatan murid Penilaian terhadap penyertaan dan penglibatan murid dalam ekstrakurikulum, membolehkan pihak sekolah/guru/ kaunselor melihat perspektif murid dengan lebih luas dari segi hubungan sosial dan pembinaan jatidiri murid

KAEDAH PELAKSANAAN PAJSK

Secara berterusan sepanjang P&P mengikut kesesuaian guru dan kesediaan murid atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah/PPD/ JPN. Mentaksir pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan semasa sukan, permainan, pertandingan, lawatan, gotong-royong dsb. Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan, kuiz dsb. oleh guru serta rakan sebaya. Secara berkumpulan atau individu bersama guru atau murid lain.

Aktiviti Jasmani

Menghadiri latihan dalam aktiviti jasmani

Menyertai latihan dalam aktiviti jasmani Mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti jasmani Menunjukkan komitmen dalam aktiviti jasmani Mengikut tunjuk ajar guru/jurulatih dengan betul Melakukan senaman dan permainan dengan betul Menguasai kemahiran pergerakan fizikal dengan lakuan yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan

Mengembangkan kemahiran dalam pergerakan fizikal dan kemahiran motor mengikut tahaptahap yang ditetapkan Membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai variasi pergerakan yang ditetapkan Mempamerkan tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala Melakukan aktiviti fizikal secara berkala Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal

Mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal;

melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamat mematuhi peraturan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

Kesihatan

Pakaian bersih Pakaian kemas Kebersihan diri/persekitaran diamalkan Makanan dan minuman mengikut diet seimbang Aktiviti kesihatan fizikal/emosi/mental/kerohanian/ sosial diamalkan seperti riadah/ permainan/sukan/sembahyang jemaah Pengetahuan asas tentang kesihatan Tidak mengambil dadah/merokok/arak

Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan


Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain
Kesihatan Fizikal (8 kemahiran) Bil Tarikh Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial (7 kemahiran)

Kelas/Tingkatan: Semenderasa
Kesihatan Persekitaran (8 kemahiran) Penyakit Keselamatan
T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat

Kesihatan Diri Pemakanan Pengurusan Kekeluar- Perhubungan dan Emosi gaan Reproduktif (6 (2 (2 (3 (2 kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran)
1 0 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 0

(5 kemahiran)
1 1

(3 kemahiran)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Jumlah

11/6/2010 14/6/2010 18/6/2010 21/6/2010 24/6/2010 26/6/2010 30/6/2010

1 1
0 1 1 1 0

1 1

Secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid ramai dalam satu kelas atau kumpulan adalah besar. Mentaksir beberapa gabungan kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan. Mengukur dengan menggunakan instrumen Borang Pelaporan SEK (BPSEK) Merekod menggunakan Borang Peskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan (BPAK) Melapor sekurang-kurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah Pelaporan dijana daripada pangkalan data oleh guru kelas/tingkatan. Mengumpul dan menyimpan pelaporan/rekod murid dalam Portfolio Murid sebagai evidens.

BAGAIMANA MENTAKSIR?
Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum

Pihak sekolah/guru akan memperbanyakkan Borang Pelaporan SEK (Sukan, Ekstrakurikulum dan Kokurikulum) (BPSEK) yang merupakan kad catatan yang standard disediakan oleh LP Murid mendapatkan tanda tangan daripada guru sukan/guru rumah/ penganjur/jurulatih/ketua kontingen/ ketua pasukan/dan lain-lain orang yang berkenaan yang mengendalikan aktiviti sebagai pengesahan penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka.

Borang Pelaporan SEK (Sukan, Ekstrakurikulum, Kokurikulum)


BORANG PELAPORAN SEK (Sukan, Ekstrakurikulum dan Kokurikulum)
Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain Kelas/Tingkatan : Semenderasa

Jenis Aktiviti: * Sukan/Ekstrakurikulum/Kokurikulum


Jenis Aktiviti Penyertaan 50%
Keha-diran 40% 1 2 3 4 SUkan Kelab Ekstrakurikulum Lumba Lari Band Keahlian 10% Penyokong Pemain Aktiviti Masharakat Jawatan 5% Ahli Ahli Peserta

Bil

Aktiviti

Tarikh

Penglibatan 30%
Peringkat 13% Rumah sukan Kelab Tmn. Perumahan Komitmen 12% 10 12 8

Prestasi 20%
Pencapaian 10% Sumbangan 10% Sekolah Peserta Peserta Kelab Masyarakat

T/Tangan Guru/Ketu a Pasukan, Masyaraka t

23/7/201 0 26/7/201 0

Gotong Royong 29/7/201

5
6 7 8 9 10

* Potong yang tidak berkenaan

Guru mengumpulkan Borang Pelaporan SEK (BPSEK) tersebut untuk disemak dan direkod. Aktiviti yang disahkan akan diberi nilai berdasarkan kepada penglibatan murid, peringkat penyertaan, tahap pencapaian, jenis aktiviti dan bilangan penyertaan dalam aktiviti tersebut. Data daripada kad laporan akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan dijana bagi tujuan rumusan dan pelaporan. Rumusan akan dijalankan oleh program komputer dan akan menghasilkan pelaporan berdasarkan tahap-tahap skor daripada penglibatan murid tersebut.

LP akan menyediakan satu sistem bagi membentuk pelaporan yang standard untuk menjamin ketekalan pelaporan tersebut. Data tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid akan disimpan di Pejabat Pelajaran Daerah dan dirangkaikan ke JPN dan LP Maklumat boleh diakses/cetak oleh murid/guru/ibu bapa tujuan kerjaya, semakan dan rujukan

Aktiviti Jasmani

Guru melengkapkan senarai nama murid yang ditaksir ke dalam Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) Format instrumen pengukuran standard ditetapkan oleh LP Mengukur penguasaan kemahiran/tahap kesihatan melalui aktiviti yang dijalankan oleh murid Guru menetapkan aktiviti jasmani dan kesihatan yang akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan atau yang difikirkan sesuai

Borang Pengskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ)


Borang Penskoran Aktiviti Jasmani
Nama Murid: Ahamad Nesfu bin Zain
Pergerakan Asas (20 kemahiran)

Kelas/Tingkatan: Semenderasa
Gimnastik Asas (10 kemahiran) Rekreasi & Asas KesenggaAquatik ngan (2 (2 kemahiran) kemahiran)

Bil

Tarikh

Pergerakan Pergerakan Kemahiran Kemahiran Kemahiran Hambur & Putaran & Lentikan Lokomoto Bukan Manipulasi Berirama Badan & Pendaratan Gulingan Lokomotor Alatan Sokongan (5 (3 (11 (1 (2 (3 (3 (2 (2 (2 Kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran)

T/Tangan Guru/Ketu a Pasukan, Keyakinan & Kebolehan Masyarakat Keselamatan Aplikasi

1 2 3 4 5 6

11/6/2010 14/6/2010 18/6/2010 21/6/2010 24/6/2010 26/6/2010

7
8 9 10 11 Jumlah

30/6/2010

SAMB.

Borang Pengskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ)


Borang Penskoran Aktiviti Jasmani
Ahamad Nesfu bin Zain
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Dan Prestasi Fizikal (10 kemahiran)

Nama Murid:

Kelas/Tingkatan: Semenderasa
Kesukanan (4 kemahiran) Kumpulan Dinamik (1 kemahiran) T/Tangan Guru/Ketua Pasukan, Masyarakat

Bil

Tarikh

Kapasiti Aerobik (2 Kemahiran)

Kekuatan & Keselamatan & Interaksi Daya Tahan Pengurusan Sosial Otot (1 (7 (2 (1 kemahiran) kemahiran) kemahiran) kemahiran)

Fleksibiliti

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Jumlah

11/6/2010 14/6/2010 18/6/2010 21/6/2010 24/6/2010 26/6/2010 30/6/2010

Guru akan mencatatkan setiap penguasaan kemahiran dalam aktiviti mengikut kemampuan dan keupayaan murid Murid diberi peluang untuk mencuba beberapa kali mengikut kemampuan dan keupayaan mereka. Semua murid dikehendaki melaksanakan aktiviti yang dirancang kecuali mereka yang menghadapi masalah fizikal dan kesihatan. Aktiviti lain boleh dijalankan untuk murid kes khas menggantikan aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan Data yang dikumpul dimasukkan dalam pangkalan data untuk tujuan rumusan, perekodan dan pelaporan. Pelaporan akan disediakan melalui program komputer pada bila-bila masa berdasarkan keperluan.

PEREKODAN PAJSK

Perekodan aktiviti PAJSK dilakukan pada setiap aktiviti sepanjang tahun persekolahan murid oleh guru yang mengajar kemahiran tertentu selepas pemerhatian setiap aktiviti. Instrumen untuk merekod aktiviti PAJSK ialah dengan menggunakan Borang PAJSK yang disediakan secara manual atau digital. Perekodan boleh dijalankan oleh manamana guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau melalui mana-mana aktiviti yang bersesuaian.

Bagi aktiviti jasmani, skor 1 direkod setelah murid menguasai sesuatu kemahiran, manakala skor 0 diberi kepada murid yang belum menguasai kemahiran tersebut. Bagi kokurikulum dan ekstrakurikulum, skor direkod menggunakan nilai-nilai tertentu berdasarkan penyertaan, penglibatan, pencapaian atau penguasaan sesuatu kemahiran/ aktiviti yang telah diperakui oleh guru atau rakan sebaya, ibubapa dan ahli masyarakat kepada murid tersebut.

PELAPORAN PAJSK

Pelaporan PAJSK seseorang murid adalah berdasarkan kepada peratusan yang di kira berdasarkan kepada jumlah skor yang dikumpul oleh murid dalam penglibatan mereka dalam PAJSK Pelaporan dibuat oleh guru kelas/tingkatan Pelaporan sekurang-kurangnya sekali setahun/ satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah) Peratusan terkumpul mengenai PAJSK dilaporkan dalam bentuk prestasi tahun semasa dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan.

Contoh: PENTAKSIRAN SUKAN/KOKURIKULUM/EKSTRAKOKURIKULUM


ASPEK Penglibatan Penyertaan Prestasi JUMLAH Peruntukan Skor (%) 30 50 20 100% SKOR (%) 15 25 8 48%

Berasingan untuk aktiviti Sukan, Kokurikulum Dan Ekstrakurikulum.

Contoh: PENTAKSIRAN aktiviti JASMANI


KEMAHIRAN Pergerakan Asas Gimnastik Asas Asas Akuatik Rekreasi & Kesenggangan Kecergasan Kesihatan & Prestasi Fizikal BILANGAN 20 kemahiran 10 kemahiran 2 kemahiran 2 kemahiran 10 kemahiran PERATUS 42 21 4 4 21 Skor % 30 15 2 1 15

Kesukanan
JUMLAH

4 kemahiran
48 kemahiran

8
100%

3
66%

Setiap kemahiran yang dikuasai diberi satu skor. Jumlah keseluruhan kemahiran ialah 34 skor menjadikannya 100%

Contoh: PENTAKSIRAN aktiviti KESIHATAN


KEMAHIRAN Kesihatan Fizikal Kesihatan Mental, Emosi & Sosial Kesihatan Persekitaran JUMLAH BILANGAN 8 kemahiran 7 kemahiran 8 kemahiran 23 kemahiran PERATUS 35 30 35 100% SKOR % 20 15 25 60%

Setiap kemahiran yang dikuasai diberi satu skor. Jumlah keseluruhan kemahiran ialah 23 skor menjadikannya 100%

Contoh: PELAPORAN TAHUNAN

Pernyataan pelaporan tahunan merangkumi: ASPEK Sukan Kokurikulum Aktiviti Jasmani Kesihatan Ekstrakurikulum JUMLAH 10% Pentaksiran Pusat PERATUS 45% 48% 66% 60% 30% 249% 4.9%

Peratus PAJSK 249/5 = 49%

WAJARAN PENTAKSIRAN PAJSK DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH

Jumlah peratus dari ke lima-lima aspek yang dicapai akan dijadikan 100% dan menyumbang kepada wajaran 10% pentaksiran pusat.

PELAPORAN KUMULATIF

Pernyataan pelaporan kumulatif diambilkira dengan menjumlahkan jumlah peratus sepanjang tahun persekolahan dan dibahagi dengan jumlah tahun persekolahan. Contoh:

PERKARA

TAHUN 6 (JUMLAH % UNTUK 6 TAHUN)


X/6 X/6

TINGKATAN 3 (JUMLAH % UNTUK 9 TAHUN)


X/9 X/9

Aktiviti Jasmani Kesihatan

Sukan
Kokurikulum Ekstrakurikulum

X/6
X/6 X/6

X/9
X/9 X/9

CONTOH PENYATAAN PELAPORAN PAJSK


Sekolah: Tahun: Nama Murid: Tahun/TIngkatan: ASPEK YANG DITAKSIR: Aktiviti Jasmani Sukan Badan Beruniform Aktiviti Kokurikulum Sek. Men. Seri Semenderasa, Gua Musang, Kelantan 2010 Rashidah bt. Abdul Rashid 3 Jantina: Perempuan PERATUS 60 50 88 No. K. P: 890605-04-4757 CATATAN Memenuhi kemahiran yang ditetapkan Pencapaian agak memuaskan St. John Ambulans

Kelab dan Persatuan


Sukan dan Permainan Jumlah Purata Akt. KoKu.

75
67 77 40 60

Pencinta Alam
Badminton

Aktiviti Ekstrakurikulum Kesihatan Jumlah Keseluruhan Peratus Purata Keseluruhan

Melebihi dua aktiviti sukarela Memenuhi tahap kesihatan yang memuaskan

287 57.4% 10% Pentaksiran Sekolah 5.7%

Disediakan oleh: Disahkan

oleh

Penutup

Di akhir pentaksiran, PAJSK memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mencapai tujuan berikut:

Menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup kepada murid. Merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan instrumen sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menghasilkan pelaporan murid untuk dijadikan evidens dan dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan. Mengambil kira hasil pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dalam usaha penambahbaikan P&P. Mengiktiraf pelaporan untuk tujuan kemasukan ke pusat pengajian tinggi dan bidang kerjaya.

SUMBER RUJUKAN PAJSK


Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu, 2009 Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, 2009 Instrumen aktiviti Jasmani Tahun 1, 2010. Instrumen aktiviti Kesihatan Tahun 1, 2010. Modul Teras Asas aktiviti Jasmani Tahap Satu, 2009 Laman web Lembaga Peperiksaan : http://www.lpm.gov.my

Potrebbero piacerti anche