Sei sulla pagina 1di 72

Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mohd Fazri bin Rahim 910427-06-5667 PISMP BM1 SEM 3

Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENGENALAN

TOPIK 1

TOPIK 2

TOPIK 3

TOPIK 4

PERIBAHASA
Mengikut Zaba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zamanberzaman. Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan. Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri. Mengikut Zaba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.

Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain. Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain. Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun. Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Bidalan 5. Kiasan 2. Pepatah 6. Kata Hikmat 3. Perbilangan 7. Simpulan Bahasa 4. Perumpamaan

Simpulan Bahasa
PENGENALAN OBJEKTIF CIRI-CIRI JENIS-JENIS AKTIVITI RUMUSAN

Pengenalan

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Misalnya, kaki ayam, yang bererti tidak berkasut dan panjang tangan yang bererti suka mencuri. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Pengenalan

SIMPULAN BAHASA

Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:

(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.)
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.) (c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya). (d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)

OBJEKTIF

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus. Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas. Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".

OBJEKTIF

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina buta Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa Cina buta memberi gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga. Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan isterinya balik. Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala.

CIRI-CIRI
1.

SIMPULAN BAHASA

Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. (Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am)
Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga. (Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja) Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati. (Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif) Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk. (Semua ini sebagai kata nama khas)

2.

3.

4.

CIRI-CIRI
5.

SIMPULAN BAHASA

Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu) Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan Contohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.

6.

7.

JENIS-JENIS

SIMPULAN BAHASA

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya: ada angin (a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. (b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. muka talam, muka tebal, dan muka tembok.

3. Adat istiadat seperti Anak emas yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.

JENIS-JENIS

SIMPULAN BAHASA

4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang seperti Berat tulang iaitu orang yang pemalas.
5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya Makan angin yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara. 6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, Ayam tambatan bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan 7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti Ajak-ajak ayam yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.

AKTIVITI

SIMPULAN BAHASA

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

Semak jawapan

JAWAPAN

SIMPULAN BAHASA

Berat Tulang

AKTIVITI

SIMPULAN BAHASA

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

Semak jawapan

JAWAPAN

SIMPULAN BAHASA

Mulut Tempayan

AKTIVITI

SIMPULAN BAHASA

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

Semak jawapan

Jawapan

SIMPULAN BAHASA

Panjang Tangan

RUMUSAN

SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan. Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan manusia sendiri. Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu. Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan bahasa itu digunakan, yang membina minda.

RUMUSAN

SIMPULAN BAHASA

Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot. Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.
Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

Bidalan
PENGENALAN OBJEKTIF CONTOH
AKTIVITI PENILAIAN RUMUSAN

PENGENALAN

BIDALAN

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah melekat di mulut orang ramai'. Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan katakata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu. Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.

PENGENALAN

BIDALAN

Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.
Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah. Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis. Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

OBJEKTIF

BIDALAN

Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik.

Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.

OBJEKTIF

BIDALAN

Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus.
Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

CONTOH-CONTOH

BIDALAN

1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan. 2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya. 3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

CONTOH-CONTOH

BIDALAN

4. Besar periuk, besarlah keraknya Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya. 5. Biar tersengat, jangan tertiarap Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita. 6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

AKTIVITI
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

BIDALAN

1. Bertemu buku dengan ________.


2. Ada _______ ada semut.

3. Ada udang ________ batu.


4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______. 5. Belum duduk sudah ________.
JAWAPAN

JAWAPAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

BIDALAN

1. Bertemu buku dengan ruas.


2. Ada gula ada semut.

3. Ada udang disebalik batu.


4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. 5. Belum duduk sudah belunjur.

PENILAIAN
Berikan maksud bidalan di bawah. 1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 2. Alah bisa tegal biasa. 3. Bumi mana tidak ditimpa hujan. 4. Biar genting jangan putus. 5. Biar lambat asalkan selamat.

BIDALAN

JAWAPAN

JAWAPAN
1. 2. Alah bisa tegal biasa pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

BIDALAN

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

3.

Bumi mana tidak ditimpa hujan setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.
Biar genting jangan putus lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar. Biar lambat asalkan selamat membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati

4.

5.

RUMUSAN

BIDALAN

Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

RUMUSAN

BIDALAN

Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka.
Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.

PERUMPAMAAN

PENGENALAN

OBJEKTIF

UNSUR-UNSUR

CONTOH

AKTIVITI

RUMUSAN

PENGENALAN

PERUMPAMAAN

Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara. Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita.
Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang lain.

PENGENALAN

PERUMPAMAAN

Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling.
Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.

OBJEKTIF

PERUMPAMAAN

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung. Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang akan timbul.

OBJEKTIF

PERUMPAMAAN

Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung. Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyak berkaitan dengan alam semulajadi. Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia.

UNSUR-UNSUR
Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan

PERUMPAMAAN

Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada unsur-unsur binatang. Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian manusia.

Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur.
Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.

UNSUR-UNSUR
Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan

PERUMPAMAAN

Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan seperti pokok, daun, dahan dan sebagainya. Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile.

Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat seseorang.

UNSUR-UNSUR

PERUMPAMAAN

Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan


Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia. Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya. Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi. perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah seperti anak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya

CONTOH-CONTOH

PERUMPAMAAN

1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya. Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya. 2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. 3. Seperti aur dengan tebing. Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu. 4. Seperti embun dihujung rumput. Maksud: Tidak kekal

CONTOH-CONTOH

PERUMPAMAAN

5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang . Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
6. Seperti lintah menghisap darah. Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

AKTIVITI

PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah.


Klik untuk lihat jawapan

JAWAPAN

PERUMPAMAAN

BAGAI AUR DENGAN TEBING

JAWAPAN

PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah.


Klik untuk lihat jawapan

AKTIVITI

PERUMPAMAAN

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

AKTIVITI

PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah.


Klik untuk lihat jawapan

JAWAPAN

PERUMPAMAAN

SEPERTI LIPAS KUDUNG

RUMUSAN

PERUMPAMAAN

Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri. Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan. Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.

RUMUSAN

PERUMPAMAAN

Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minat masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan.
Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka.

Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.

pepatah
PENGENALAN OBJEKTIF CONTOH

AKTIVITI

PENILAIAN

RUMUSAN

PENGENALAN

BAHASA KIASAN

Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu. Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.

Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih sempurna.

PENGENALAN

BAHASA KIASAN

Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.

OBJEKTIF

BAHASA KIASAN

Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalam berkata-kata. Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna atau penutur berfikir sebelum berkata-kata.
Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagi ayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.

CONTOH

BAHASA KIASAN

Air dicincang tidak akan putus


Ertinya: Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. Contoh ayat: Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaikbaik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.

CONTOH

BAHASA KIASAN

Ada batang mati, Ada cendawan tumbuh


Ertinya: Setiap negara ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. Contoh ayat: Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

CONTOH
Makin murah Makin menawar
Ertinya:

BAHASA KIASAN

Makin diberi, makin banyak diminta.


Contoh ayat: orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah makin menawar bila dituruti kemahuannya.

CONTOH
Nasi sudah Menjadi bubur
Ertinya: Sesuatu yang sudah musnah tidak boleh dibaiki lagi.

BAHASA KIASAN

Contoh ayat:
kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu masa nanti.

AKTIVITI
Berikan maksud pepatah di bawah:
(klik pada pepatah untuk lihat jawapan)

BAHASA KIASAN

1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. 2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. 3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.

BAHASA KIASAN

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.


Maksud: Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati Dan memilih tempat yang sesuai.

BAHASA KIASAN

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya


Maksud: Janji yang diucap mestilah ditepati

BAHASA KIASAN

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Maksud: Tolong menolong apabila membuat sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.

BAHASA KIASAN

Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan


Maksud: Sangat miskin sehingga tidak mempunyai tempat berlindung atau berteduh.

PENILAIAN
Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.


SEMAK CONTOH

CONTOH AYAT

BAHASA KIASAN

Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.


Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

PENILAIAN
Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA.


SEMAK CONTOH

CONTOH AYAT

BAHASA KIASAN

BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA.


Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

PENILAIAN
Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI.


SEMAK CONTOH

CONTOH AYAT

BAHASA KIASAN

MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI.


Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

RUMUSAN

BAHASA KIASAN

Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsurunsur pengajaran yang hendak disampaikan.
Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu. Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Potrebbero piacerti anche