Sei sulla pagina 1di 2

Rujukan kami : Tarikh : LT. KOL. S.

Ananthan A/L Subramaniam Pengarah Akademik, Institut Pengajian Eksekutif, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Selangor Darul Ehsan.

Melalui : Pn. Norlilah Binti Ismail, Pengetua, SMK Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor D.E.

Tuan/Puan, JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH KESIHATAN DAN KECERGASAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pihak Kelab Kesihatan, Task Force dan Flying Squad dengan sukacitanya menjemput Tuan untuk menyampaikan ceramah kesihatan kepada ahli-ahli Kelab Kesihatan. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan maklumat-maklumat yang berguna kepada para pelajar khususnya ahli-ahli kelab Kesihatan mengenai kesihatan dan kecergasan. 3. Pihak sekolah telah mencadangkan agar Ceramah Kesihatan dan Kecergasan tersebut dijalankan berdasarkan ketetapan yang berikut : Tarikh Masa Tempat : 18 April 2012 : 02:00 petang -3:30 petang. : Dewan Tertutup, SMK Bukit Indah.

4. Justeru, seluruh warga SMK Bukit Indah, terutamanya ahli-ahli Kelab Kesihatan amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat meluangkan masa untuk menyampaikan Ceramah Kesihatan dan Kecergasan tersebut. Kerjasama daripada pihak Tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KEJUJURAN DAN KETEKUNAN Saya yang menjalankan tugas,

NURHAZWANI BINTI ZAIDI GURU PENASIHAT KELAB KESIHATAN, TASK FORCE DAN FLYING SQUAD SMK BUKIT INDAH, AMPANG, SELANGOR.

s.k. Fail Kokurikulum Fail Kelab Kesihatan

Potrebbero piacerti anche