Sei sulla pagina 1di 8

3.3.

Penilaian Rujukan Norma

Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain boleh dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Pendekatan ini dikenali sebagai ujian atau penilaian rujukan norma. Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya. Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar. Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status

seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma. Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.

Ujian atau penilaian rujukan kriteria memberikan penekanan yang berbeza daripada ujian rujukan norma. Matlamat ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid. Tetapi lebih menumpukan kepada perbandingan kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid. Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

Ujian rujukan norma ialah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar. Perbandingan ini dibuat antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain atau antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam ujian yang sama. Misalnya ujian PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan seseorang murid itu di kalangan murid-murid yang lain. Ujian ini adalah sejenis ujian sumatif. Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah, 50% sederhana dan 25% lagi sukar. Kekurangan ujian rujukan forma ialah keputusan ujian tidak menggambarkan sama ada murid adalah bersedia untuk bergerak keperingkat yang lebih tinggi atau lebih baik. Ujian ini juga tidak sesuai untuk megukur objektif afektif dan psikomotor contohnya nilai dan sikap adalah bersifat peribadi, oleh itu membandingkan murid adalah tidak sesuai. Untuk mengukur pembeljaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman ke atas individu. Ujian rujukan norma lebih menjurus kepada sikap pilih kasih.
Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkanmelalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama. Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi. Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Ianya tidak melibatkan perbandingan antara calon. Ianya digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran. Ujian ini dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah diajar dan keputusannya digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya. Contohnya, ketetapan atau kriteria telah ditetapkan bahawasanya murid harus dapat menjawab sekurang-kurangnya 6 soalan daripada 10 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya dapat menjawab 4 soalan dengan betul maka murid itu dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah ditetapkan. Ujian yang dijalankan atau ditetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil ujian berasaskan objektif atau rujukan objektif. Ujian rujukan kriteria merupakan

salah satu cabang dalam ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan
Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori: 1. 2. telah menguasai atau belum menguasai. Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul. Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian. Contoh ujian menaip: Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat Syarat : Mengguna mesin taip elektrik Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih 2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.

Potrebbero piacerti anche