Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN RUNDUM PETI SURAT 340 D/A PPD DAERAH TENOM, SABAH.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUNDUM, TENOM. TARIKH TEMPAT MASA PENGERUSI KEHADIRAN 1. En. Gillod Bin Madais 2. En. Zulfadhli Bin Fadzell 3. En. Noorhaizat Bin Sundin 4. En. Damian Kassim 5. En. Winston Loke 6. En. Nurul Redzuan Mohd. Ramly 7. En. Mohd. Norhafizi Ab. Wahab 8. Cik Justah Ikon : 24 OKTOBER 2013 : BILIK GURU S.K RUNDUM : 2.00 PETANG : EN. GILLOD BIN MADAIS KETIDAKHADIRAN 1. En. Riduan Ismail 2. En. Christopher Kajan Wan 3. En. Heatlee Sylzer Ajali 4. Pn. Norazimah Binti Saidi

1. MUKADIMAH 1. Ucapan alu-aluan daripada guru besar. 2. Mengalukan kedatangan guru baharu.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat disahkan oleh Cikgu Damian dan disokong oleh Cikgu Aizat.

3. HAL EHWAL MURID (HEM) 3.1 Guru besar menyatakan bahawa mesyuarat terakhir sekolah pada tahun 2013 akan dijalankan pada 11.11.2013 berkaitan pembahagian

matapelajaran yang diajar. 3.2 Guru besar memaklumkan penggantian guru RMT pada tahun 2014 ditugaskan kepada Cikgu Heatlee. 3.3 Guru besar menyatakan untuk menggunakan bangunan pra sekolah pada tahun akan datang dalam majlis-majlis sekolah berikutan kemudahan di pra sekolah. 3.4 Guru besar menyatakan bahawa pembekal RMT dikekalkan untuk setahun lagi pada tahun 2014 nerikutan kontrak yang masih berbaki satu tahun lagi. 3.5 Berikutan itu, Cikgu Nurul memberitahu kepada ahli mesyuarat bahawa terdapat hari RMT yang tidak dibuka dan tuntutan telah dibuat namun masih belum diterima oleh pihak sekolah. Sekiranya tidak memberikan kerjasama, pihak sekolah berharap pembekal dapat memberikan

sumbangan untuk kegunaan sekolah.

4. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai.

Minit dicatatkan oleh, . (MOHD NORHAFIZI BIN AB WAHAB) Setiausaha Sekolah, Sek. Keb. Rundum, Tenom. Tarikh: 28 Oktober 2013

Disahkan oleh, . (GILLOD BIN MADAIS) Guru Besar, Sek. Keb. Rundum, Tenom.

Pencadang, . ( )

Penyokong, .. ( )

Potrebbero piacerti anche