Sei sulla pagina 1di 3

SK FELDA SERI RASAU 23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN Telefon : 09-8200354 Fax : 09-8200354

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( KSSR Tahun 4 ) 2014 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 13 JANUARI 2014 12.00 Tengah hari MAKMAL ICT SKFSR 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mohd Hamedan Bin Embong En Zainudin Bin Pee Rahayu Bt Said Engku Muzafar Bin Engku Maharani Asma Haniza Bt Musa Zakaria Bin Mukhtar Ketua Panitia Setiausaha Guru DST Thn 1 Guru ICTL Thn 5 Guru ICTL Thn 6 Guru DST Thn 2 & 3

Tidak hadir :

Tiada

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi merangkap Ketua panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul Kitab Al-Fatihah.Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Cik Rahayu Bt Said sebagai setiausaha Panitia TMK 2014 1.3 Tindakan personelia : Makluman 2. Penerangan Subjek TMK Tahun 4 2.1 Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar 6 bulan selang seli dengan RBT. Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah. 2.2 Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran 2 minggu TMK Dan 2 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu. 2.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru ICTL dan guru DST Tahun 1, 2 dan 3. Walaubagaimanapun ICTL ini dibawah Panitia Bahasa Inggeris dan DST dibawah Panitia Sains. Cuma sebarang aktivit ICTL dan DST hendaklah menyerahkan 1 salinan kertas kerja kepada Panitia TMK. Guru DST dan Guru ICTL diletakkan dalam AJK TMK kerana penggunaan makmal Komputer. 2.4 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 mengenai komputer. Tahun 4 ada 7 tajuk dalam 2 modul. Modul 1 : Modul Dunia Komputer Modul 2 : Modul Elemen Multimedia 2.5 Tindakan personelia : Makluman

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan 3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam Bahasa Malaysia . 3.2 Guru-guru TMK tahun 4 boleh mengupload bentuk penulisan rancangan harian di skrasau.com/tmk.

SK FELDA SERI RASAU 23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN Telefon : 09-8200354 Fax : 09-8200354

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.3 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK Tahun 4 seperti berikut:Tema Tajuk STD Kandungan Objektif/Hasil pem Aktiviti EMK Refleksi Manakala bagi guru ICTL dan DST adalah mengikut panitia masing-masing. 3.3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh didapati melalui laman skrasau.com/tmk Tindakan Personelia : Semua Guru 4. Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 2014 4.1 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4 dan borang biodata guru. Tindakan personelia : Setiausaha 4.2 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan kepada murid-murid. Tindakan personelia : Semua Guru 5. Perancangan Tahun 2014 5.1 Ketua panitia menyatakan tidak ada maklumat tentang perancangan aktiviti yang diarahkan oleh JPN namun akan mewujudkan aktiviti di peringkat sekolah. Tindakan personelia : Semua Guru 6. Peruntukan Kewangan 6.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR belum diketahui lagi kerana belum diberitahu oleh pihak pengurusan. 6.2 Semua guru diminta menyenaraikan alatan yang hendak dibeli dan menyerahkan kepada ketua Panitia. Tindakan personelia : Semua Guru 7. Hal-hal lain 7.1 Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru agar dapat menyampaikan pengajaran yang sebaik baiknya kerana TMK merupakan subjek baru bagi murid Tahun 4. 7.2 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan tersebut. 7.3 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan belum ditentukan lagi. Ketua panitia akan bertanya dengan rakan-rakannya. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2014.Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 1.16 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh

--------------------------(EN ZAINUDIN BIN PEE ) Setiausaha Panitia TMK

-----------------------------( EN. MOHD HAMEDAN BIN EMBONG) Pengerusi Panitia Sains

SK FELDA SERI RASAU 23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN Telefon : 09-8200354 Fax : 09-8200354

Potrebbero piacerti anche