Sei sulla pagina 1di 10

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Dari Aspek :Guru Murid Sekolah Kurikulum tersirat

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dari Aspek Guru:

1. Seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. i. Tidak mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. ii. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

2. Tidak seharusnya membuat penilaian secara berat sebelah terhadap muridmurid yang mempunyai perbezaan dari aspek latar belakang keluarga, status ekonomi, agama dan budaya. i. bersikap profesional dalam kerjayanya. ii. bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing dan berupaya berhadapan dengan pelbagai dugaan. 3. Guru membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan membuat penilaian terhadap kejayaan dan kegagalan aktiviti tersebut. i. Sekiranya terdapat kelemahan dengan aktiviti yang dirancangkan itu, guru membuat penambahbaikkan. - dapat memastikan hasil pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan kepada semua murid.

ii. Suasana pembelajaran yang interaktif antara murid pelbagai budaya. bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

4. Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

5. Guru peka kepada suasana bilik darjah. i. Bersedia dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan seperti pergaduhan murid terutamanya antara kaum. ii. mencari dan menyelesaikan konflik yang menjadi faktor tercetusnya sesuatu pertelingkahan tersebut. Penyelesaian dari peringkat akar umbi amat penting untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berulang.

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dari Aspek Murid:

1. Penggunaan satu bahasa pengantar yang standard harus menjadi keutamaan setiap guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. i. Membolehkan pemindahan maklumat dapat berlaku dengan lancar. ii. Mewujudkan hubungan yang harmonis antara murid pelbagai budaya.

2. Penggunaan peraturan bilik darjah merupakan cara yang efektif. i. Peraturan tersebut haruslah dipamerkan di hadapan bilik darjah dan murid haruslah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa mereka berada dalam bilik darjah. ii. Peraturan tersebut haruslah adil tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.

3. Murid diberi galakkan dan motivasi untuk mengekalkan minat mereka dalam pembelajaran. i. Murid yang sentiasa mendapat dorongan guru dan rakan sebayanya mampu meningkatkan dan memperkembangkan potensi diri dan selalu ingin melakukan yang terbaik dalam pembelajaran.

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dari Aspek Sekolah: Terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.

1. Peringkat Rendah: SK, SJK (C), SJK (T). Peringkat Menengah: Sekolah Berasrama Penuh, Sek. Men.Teknik, Sek.Men.Keb.Agama, Sekolah Model Khas dan Sek.Men.Keb.Harian.

2. Terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier: Sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah berusia 100 tahun. Sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Terletak di tempat yang strategik serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah yang terletak di Cyberjaya dan Putrajaya. Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini telah melahirkan tokoh negara dan korporat seperti; i. Victoria Institution (Kuala Lumpur) ii. Sekolah Zainab (Kelantan) iii. Maktab Sultan Ismail (Kelantan) iv. Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur) v. Penang Free School (Pulau Pinang) vi. Sekolah Tinggi Melaka (Melaka) vii. Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala

Lumpur) viii. Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) ix. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir (Neg. Sembilan)

3. Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan Khas pada peringkat Rendah dan Menengah. 4. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta Sekolah

Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja ialah di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

5. Peringkat menengah: Sekolah Berasrama Penuh (SBP): - bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan terbaik supaya terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik (SMT): - memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA): diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara. Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan

beragama kepada murid-murid. Sekolah Pendidikan Khas: Menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom down, keupayaan kognitif yang rendah, disleksia dan lain-lain. Sek.Men.Teknik: Memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

6. Kepelbagaian Sosio-Budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kementerian

Pelajaran

telah

berusaha

untuk

mengatasi

masalah

kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP): salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. 7. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Sekolah Wawasan sedang beroperasi di Subang Jaya, Selangor. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud di kalangan mereka.

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dari Aspek Kurikulum Tersirat: 1. Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). 2. Kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat. Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah pendidikan itu hanya untuk melaksanakan kurikulum yang bertulis sahaja?

Adakah pendidikan cuma mengukur hasilan pembelajaran yang berupa penguasaan ilmu semata-mata sama ada di tahap tinggi atau rendah oleh murid?

3. Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik minat para penyelidik untuk mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah dan pengalaman yang dipanggil Kurikulum Tersirat (Mongolis, 2001; Chafel, 1997; Eisner, 1994; Longstreet & Shane, 1993; Synder, 1973). 4. Idea Kurikulum Tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang seterunys telah dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973) dan Apple (1980). 5. Adams (2002), mengenalpasti Budaya akademik sebagai Kurikulum Tersirat. Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli akademik di Institusi Pengajian Tinggi ialah memindahkan Sistem Budaya melalui strategi pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan. 6. Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum. 7. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. 8. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti Kokurikulum. 9. Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru harus menstruktur semula pengalaman pembelajaran murid supaya lebih menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan baik buruk sesuatu tindakan yang mereka ambil.

10. Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum. 11. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.

12. Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut: i. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana mereka belajar. ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif. iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana kurikulum sendiri. (iv) Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana Kurikulum. (v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. (vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.

13. Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu: i. Budaya belajar untuk belajar ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar iii. Belajar untuk Pembudayaan

14. Carpenter (1985), telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar terhadap para guru pelatih. Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke atas guru pelatih. Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

15. Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman pembelajaran yang diperoleh murid. 16. Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti iklim, budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam sistem pendidikan formal.

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-3-implikasi-kepada-kepelbagaian.html http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm

Potrebbero piacerti anche