Sei sulla pagina 1di 2

Sejujurnya saya merasakan amat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pegawai Perkhidmatan Pelanggan

(PPP) di pusat panggilan. Mereka kerap kali mengatakan bahawa polisi insuran saya sudah luput, padahal, tarikhnya belum tamat. Mereka merujuk kepada sistem Etiqa yang KATANYA tidak DIKEMASKINI. Saya telah menghubungi pusat panggilan beberapa kali dan bercakap dengan beberapa PPP, dan semuanya mengatakan bahawa kereta saya sudah tiada polisi aktif dengan ETIQA. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang AMAT tidak patut untuk berlaku dalam sistem perkhidmatan ETIQA yang berusaha untuk memperkembangkan nama dalam industri insurans di Malaysia. Saya telah bercakap dengan Hanif dan beberapa orang lagi PPP dan mereka mengatakan bahawa insurans telah luput. Mereka menyuruh saya menghubungi ETIKA iklas, bla2.... Saya berasa amat tertipu dengan PPP yang langsung tidak bertanggungjawab seperti ini.

setelah saya mengubungi ETIQA buat kali yang keempat, saya dapat bercakap dengan Syamsinar. Beliau sanggup menolong saya walaupun katanya waktu kerja beliau sudah hampir tamat. Dengan bantuan beliau akhirnya kes saya dapat disubmit dan kenderaan pengangkut dapat dihantar tepat pada masanya.

Saya difahamkan bahawa sistem myEG tidak dikemaskini dalam sistem ETIQA, sehingga membuatkan nombor kereta saya langsung tiada dalam rekod! Amat memalukan bagi syarikat insurans yang besar seperti ETIQA.

Saya AMAT berharap supaya pihak ETIQA dapat memperbaiki mutu perkhidmatan terutamanya apabila melibatkan aduan pelanggan. Pelanggan yang mengalami kerosokan kereta di tengah jalan dilayan seperti budak kecil dengan cara yang langsung TIDAK profesional. Sudahlah mengalami masalah, ditambah pula dengan KETIDAKCEKAPAN pihak ETIQA dalam membantu pelanggan. Cubalah bayangkan anda berada dalam situasi saya, maka anda akan merasainya,

Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Terima Kasih dan maaf sekiranya ada perkataan yang agak menyinggung. Pujian patut diberikan kepada Cik/Puan Syamsinar kerana dapat membantu saya, sehinggakan membuat follow up call berkaitan kes yang dilaporkan.

TERIMA KASIH.

Potrebbero piacerti anche