Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KUPANG 81560 GELANG PATAH, JOHOR BAHRU

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) KE ARAH MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN DASAR KUALITI SK TANJUNG KUPANG
SK Tanjung Kupang komited untuk menyediakan dan melaksanakan P dan P yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini, Dasar Kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan. Dasar Kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota SK Tanjung Kupang melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.

Dasar Kualiti SK Tanjung Kupang adalah untuk menyediakan P dan P yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan SPSK. Dasar ini akan disebar luas kepada seluruh warga sekolah dan akan dikaji semula dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Potrebbero piacerti anche