Sei sulla pagina 1di 7

TUGASAN BSMM SEMESTER 2 TAHUN 2012 TAJUK: BANTUAN MENYELAMAT DAN OPERASI BENCANA ALAM

1. Beri makna istilah bencana alam mengikut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Bencana adalah satu situasi malapetaka (kecelakaan/kesengsaraan) di mana corak hidup harian dalam banyak contoh dengan serta-merta terganggu dan akibatnya, mangsa memerlukan perlindungan, makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan social dan keperluan harian yang lain.

2. Terangkan jenis-jenis bencana alam dan beri tiga contoh tiap-tiap satu jenis. Antara jenis bencana alam ialah bencana alam semulajadi yang berlaku sertamerta, contohnya ialah banjir, gempa bumi dan kebakaran besar. Selain itu ialah Bencana alam semulajadi yang berlaku secara pelahan-lahan, contohnya ialah kemarau, kekurangan makanan dan wabak penyakit berjangkit. Seterusnya ialah becana alam buatan manusia, contohnya ialah Peperangan bersenjata antarabangsa, Peperangan bersenjatan saudara-pergaduhan dalam negeri dan Mogok besar menyeluruh Negara melibatkan perkhidmatan penting.

3. Anda telah ditugaskan menubuh dan mentadbir sebuah Pusat Bantuan Bencana Banjir untuk 652 orang mangsa. Apakah tindakan-tindakan yang anda ambil? Saya akan melantikan kakitangan Pusat Bantuan. Kakitangan di Pusat Bantuan biasanya terdiri daripada Pegawai Penjaga, Pembantu Pegawai Penjaga, Kuartermaster, kerani, Pemimpin Bahagian Pertolongan Cemas dan 5 ornang ahli atau sukarelawan untuk tiap-tiap satu set Clinton Cooker. Seterusnya, saya akan menubuhkan Pusat Bantuan. Tempat ditubuhkan Pusat Bantuan adalah sangat mustahak, dan masa hendaklah diberi bagi memastikan tempat yang dipilih itu berada dalam kawasan selamat dan mempunyai kemudahan-kemudahan yang sesuai. Sebaik sahaja tempat yang sesuai telah didapati dan alatan-alatan dipasang, hendaklah dilaporkan segara kepada Pusat Kawalan Daerah Kerajaan dan Bilik Gerakan PBSMM.

Bagi pendaftaran, apabila mangsa tiba, mereka didaftarkan dengan segara dan diberikan kad makanan keluarga. Ini adalah bagi mengelakkan orang yang tidak terlibat mengambil peluang mendapatkan makanan percuma. Penggunaan kad makanan yang boleh menjamin pengagihan makanan yang adil kepada semua individu di Pusat tersebut dan juga boleh mengelakkan individuindivudu mendapatkan makanan dua kali. Setiap unit PBSMM yang menjalankan gerakan bantuan bencana membawa makanan simpanan pendahuluan yang boleh mencukupo untuk dua tiga hari. Banyaknya makanan yang dibawa bergantung kepada laporan tinjauan yang diterima dan kebolehan alatan-alatan memasak yang dibawa bersama. Pemimpin/ketua Pasukan berhubung segera dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan bekalan makanan dari sumber Kerajaan akan tiba dalam jangka masa dua atau tiga hari. Pemberian dan pengeluaran bahan-bahan kebajikan seperti gebar hendaklah dikawal dengan teliti. Cara yang baik untuk memberi blanket ialah menugaskan seorang ahli PBSMM yang bertanggungjawab memeriksa tiap-tiap keluarga apabila mereka hendak tidur di waktu malam. Selepas pemerhatian, selimut atau pakaian diberi secara senyap. Bagi kebersihan dan kesihatan, jika kemudahan tandas tidak mencukupi, tandas lubang hendaklah dibuna segera. Kemudahan-kemudahan membasuh hendaklah juga diadakan berdekatan dengan tandas-tandas. Semua bahan buangan dari dapur hendaklah dibakar atau ditanam tiap-tiap hari. Satu bilik atau satu kawasan hendaklah disediakan sebagai Bilik Pertolongan Cemas dan seorang Penolong Cemas yang terlatih hendaklah dipertanggungjawabkan memberi pertolongan cemas, atau menjaga bekalan perubatan. Nama, nombor telefon serta alamat hospital yang terdekat sekali hendaklah dituliskan, dipamerkan dengan jelas dalam bilik ini untuk

mendapatkan bantuan perubuatan jika diperlukan. Bagi keselamatan, Pusat Kawalan Daerah Kerajaan diminta

menempatkan seorang atau dua orang polis di satu-satu Pusat Bantuan,

terutama pada waktu malam. Nama dan nombor telefon Pengawai Polis terkanan tempatan hendaklah diperolehi dan dipamerkan.

4. Apakah peranan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa bencana seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia? Peranan Persatuan Bulan Sabit Merah ialah membantu Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam mengada dan menguruskan Pusat-pusat Bantuan/

Pemindahan, memasak dan memberi makanan beramai, mengagihkan bekalan bantuan dan membaikpulih mangsa-mangsa bencana. Unit Bantuan Ringan ialah Lancruiser dan unit trailer dapur yang mana mampu mengendalikan satu pusat bantuan/pemindahan. Tiap-tiap satu unit dapor mampu memasak makanan 250orang/jam.dan trailer mempunyai simpanan makanan untuk 1000 orang. Unit Bantuan Berat mengandungi kenderaan lengkap untuk mengendalikan 2 kali ganda kemampuan Unit Bantuan Ringan. Unit Penyelamat ialah PBSMM mempunyai 19 Unit Penyelamat, setiap satu mempunyai1 buah landcruiser, trailer dan bot penyelamat dan enjin

bot15kk/40kk/55kk. Bot ini mampu memuatkan maksima 6-15 orang.

5. Terangkan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bantuan bencana dan bagaimana Jabatan ini berkait dengan aktiviti-aktiviti bantuan bencana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia? Antara peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bencana ialah memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar(mangsa bencana) Jabatan dan menyediakan kemudahan jagaan dan perlindungan untuk keperluan hidup. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga berperanan menjalankan usaha pencegahan masalah dari berlaku atau merebak. Jabatan ini juga menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya berdikari. Selain itu, mereka juga membangunkan kesedaran Masyarakat ke arah penglibatan dan

penyertaan dalam kerja-kerja Kebajikan di samping melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan dan persediaan bantuan bencana? Persediaan bencana boleh dimaksudkan sebagai kebolehan

mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan, kebolehan mengurus dan memberi kemudahan pada masa yang diperlukan, menyelamat dengan berkesan, memberi bantuan dan pemulihan masa bencana. Rancangan Persediaan Bencana hendaklah diuji dari semasa ke semasa supaya dapat dikaji semula dan disesuaikan dengan keadaan sebenar.

7. (a) Apakah keperluan-keperluan untuk menubuhkan sebuah Bilik Operasi PBSMM? Untuk menubuhkan sebuah Bilik Operasi PBSMM, beberapa aspek yang perlu dititikberatkan: Antara keperluannya ialah menetapkan peraturan Bilik Gerakan agar dipatuhi dari semasa ke semasa. Contohnya, hanya kakitangan yang berkaitan sahaja. Keperluan kakitangan minimum yang diperlukan ialah Pengawai Bertugas, Kerani Bertugas dan Telefon Operator. Buku Catatan Harian dibuat dan diperbaharui sepanjang 24 jam supaya pegawai bertanggungjawab boleh

mendapat laporan keadaan semasa hingga minit terakhir. Maklumat mengenai penglibatan semua unit bantuan peringkat kebangsaan/ cawangan/ daerah hendaklah dipamerkan di papan kenyataan. Kerani bertugas bertanggingjawab menulis semua pesanan dan arahan dalm buku maklumat. Tugas operator ialah menerima dan menghantar mesej Berita dengan telefon atau radio untuk menyebarkan maklumat kepada pengawai bertugas.

(b) Apakah tujuan sebuah Buku Log dan apakah butir-butir yang sepatutnya ada dalam Buku Log? Buku Log merupakan catatan minit ke minit semua kejadian. Penggunaan Buku Log ialah cara yang paling cepat dan cekap untuk memberi gambaran yang paling akhir mengenai suasana di merata tempat dalam negeri.

Antara butir yang terdapat dalam Buku Log ialah semua pesanan melalui telefon dan radio kepada ia disampaikan. Selain itu, semua laporan masuk dan keluar sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan. Terdapat juga penerangan mengenai keadaan banjir dan lain-lain diambil dari ramalan kajicuaca, surat khabar dan sumber lain. Catatan harian penghantaran apa-apa arahan dan pengesahan penerimaannya hendaklah dicatat sepenuhnya mengikut nombor siri pesanan. Buku Log juga mesti menunjukkan tentang pergerakan setiap unit di medan termasuk maklumat sampai dan keluar.

8.(a) Apakah maklumat yang seharusnya dikumpul semasa menjalankan kajian untuk membolehkan PBSMM merancang aktiviti operasi penyelamat dan persediaan bencana alam? Maklumat yang harus dikumpul ialah jenis bencana dan keadaannya. Terdapat dua jenis bencana iaitu bencana alam semula jadi dan bencana alam buatan manusia. Tarikh, masa, nama Bandar dan kawasan berlaku serta keadaan cuaca harus dicatat. PBSMM harus mengumpul maklumat tentang jumlah manusia mati, tercedera dan yang perlu dimasukkan ke hospital. Jumlah manusia yang kehilangan rumah, memerlukan tempat teduhan dan makanan juga perlu dipastikan. Selain itu, maklumat asas seperti tindakan yang diambil oleh kerajaan, Bulan Sabit Merah dan organisasi lain harus diberi perhatian penuh.

(b) Apakah maklumat yang boleh didedahkan oleh PBSMM kepada pihak media tentang situasi bencana alam? Antara maklumat yang boleh didedahkan kepada pihak media termasuk ialah memberitahu nama tempat kawasan terlibat dan kawasan setempat. Selain itu ialah Jumlah mangsa termasuk yang mati, cedera dan manusia yang terlibat, boleh diperoleh dari pegawai kerajaan. PBSMM juga boleh memberitahukan tentang banyaknya, tempat, jumlah dan jenis bantuan terlibat bagi harta benda yang musnah. Seterusnya ialah tempat-tempat kemudahan dan bantuan Palang

Merah, contohnya Ibu pejabat, Pejabat-pejabat medan/luar, tempat jagaan beramai-ramai, stesen- stesen bantuan darurat, Ibu Pejabat Pendaftaran, Pusatpusat Pembahagian Makanan Peringkat Perkhidmatan.

9. Anda merupakan Komander Kumpulan Bencana Alam PBSMM yang telah ditugaskan oleh Pegawai Kebajikan untuk bertanggungjawab dalam satu Pusat Penyelamat di dalam dewan masyarakat yang memuatkan 150 mangsa banjir. Dalam kumpulan anda, anda memiliki sumber-sumber yang sedia ada seperti berikut: Perkakas dapur dan catuan makanan untuk 2 hari Tandu-tandu dan peti-peti kecemasan Sebuah ambulan dan sebuah lori Telefon bimbit 40 helai selimut, 10 bungkusan pakaian terpakai Sebuah khemah 10 orang sukarelawan terlatih dalam bantuan bencana alam

Bagaimana anda mengatur dan mengurus pusat penyelamat tersebut selama 4 hari seterusnya. Dari segi perkakas dapur dan catuan makanan, barang-barang ini harus diletakkan di tempat yang selamat. Pastikan perkakas dapur lengkap dan selamat digunakan. Catuan makanan untuk 2 hari harus disimpan dengan baik untuk mengelakkan daripada ancaman serangga. Makanan diutamakan kepada mangsa yang lebih memerlukan seperti orang tua dan kanak-kanak. Oleh sebab makanan yang disediakan tidak mencukupi, saya akan meminta Kuartermaster untuk memohon makanan yang lebih daripada Jabatan Kebajikan. Selain itu, tandu-tandu juga harus dilipat dan diletakkan di tempat yang selamat agar tidak mengganggu pergerakan. Peti-peti kecemasan harus sempurna dan lengkap, dan saya akan meminta ahli pertolongan cemas agar

memastikan ubat-ubat tidak melepasi tarikh luput. Sekiranya ubat-ubatan tidak cukup, saya akan memohon ubat-ubatan lebih daripada kedai farmasi berkaitan. Sebuah ambulan dan sebuah lori mungkin tidak cukup. Oleh itu, saya akan memastikan kenderaan tersebut dapat berfungsi dengan baik dan memohon dari HQ sekiranya tidak cukup. Saya akan memberi arahan bahawa kenderaan tersebut hanya akan digunakan untuk kecemasan sahaja. Lori tersebut akan digunakan untuk mengangkut makanan dan barang-barang keperluan. Di samping itu, saya akan memastikan setiap ahli jawatankuasa mempunyai telefon bimbit. Pastikan mereka ada nombor telefon polis, ambulans dan jabatan lain yang penting. Saya juga akan memberi arahan kepada mereka bahawa telefon bimbit tersebut hanya untuk kecemasan tetapi bukan hiburan. 40 helai selimut yang tidak mencukupi untuk 150 orang akan dibahagikan secara senyap kepada mangsa yang memerlukan terutamanya orang tua dan kanak-kanak. Saya juga akan memohon selimut lebih daripada jabatan berkenaan atau meminta derma daripada orang awam. 10 bungkusan pakaian terpakai harus dibahagikan secara adil kepada mangsa yang memerlukan, mangsa mesti mempunyai kupon untuk mendapat pakaian. Saya akan pastikan pakaian untuk setiap keluarga adalah cukup. Selain itu, sebuah khemah adalah untuk mangsa yang sakit atau cedera. Ini adalah untuk memastikan mangsa yang sakit atau cedera mendapatkan pertolongan sepenuhnya dan mempunyai tempat berehat yang lebih selesa. 10 orang sukarelawan terlatih yang memberi bantuan bencana alam haruslah membuat agihan tugas dan bergilir membuat tugas mengikut jadual. Ini adalah untuk memastikan segala bantuan diberi berjalan dengan lancar dan tidak menjadi beban yang besar bagi 10 orang sukarelawan.

Potrebbero piacerti anche