Sei sulla pagina 1di 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAL MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

MINIT MESYUARAT KALI KE-1 2014


Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kahadiran : 30 Disember 2014 (Isnin) : 08.30 pagi : Bilik Mesyuarat Utama : Pn. Zubaidah binti Kahir (Guru Besar SK Sungai Kapal) : 16 / 17

Nama Yang Hadir : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Nama Pn. Zubaidah binti Kahir En. Abd Nasir bin Abd Jabar En. Yaakob bin Ibrahim En. Baharudin bin Baharom Pn. Norsiah binti Sapie Tuan Haji Mohd Sukor bin Badlan Pn. Shakila binti Rahmat Pn. Hajjah Zaiton binti Tahir Cik Norhidayah binti Ismail En. Saadon bin Rawian Jawatan Guru Besar (Pengerusi) GPK Pentadbiran dan Kurikulum (Naib Pengerusi 1) GPK Hal Ehwal Murid (Timbalan Pengerusi) GPK Kokurikulum (Naib Pengerusi 2) 1. S/U. Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) 2. S/U. Program Susu Sekolah ( PSS ) 1. S/U. Pengawas / Disiplin 1. S/U. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) 1. S/U. Kantin 1. S/U. Data dan Rekod (SMM)/(BMM) 1. S/U. Kebajikan Murid/Biasiswa/Bantuan/Anak Yatim 2. S/U. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM )/ e-Kasih 1. S/U. Pendidikan Pencegahan Dadah 1. S/U. Kebersihan, Keceriaan & Pencegahan Denggi & Tandas Sekolah 1. S/U. Bimbingan & Kaunseling 2. S/U. Keselamatan Pelajar / Sekolah Selamat 1. S/U. Kesihatan & Rawatan 1. S/U. Lawatan 1. S/U. Rancangan Intergerasi Murid Untuk Perpaduaan (RIMUP)

10

11 12

En. Zulatfi bin Mat Ripin Pn. Salmiah binti Mohd Nasir

13 14 15 16

En. Lazawardi bin Ab.Manaf Pn. Zuraini bte Aminudin Pn. Aida Farhana binti A. Bakar En. Hailni bin Sahir

Tidak hadir dengan kenyataan : Bil. 1. Nama Guru Pn. Waridatul Hasanah binti Mat Nor Kenyataan Cuti Menghantar anak ke klinik

1.0

Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Tuan Pengerusi menjelaskan objektif dalam menguruskan hal ehwal murid iaitu untuk mendidik pelajar-pelajar melalui rancangan-rancangan yang dirancang supaya cemerlang dalam sahsiah seterusnya cemerlang dalam akademik.

1.2

2.0

Pembentangan kertas kerja / Isu semasa 2.1 Pengurusan HEM 2.1.1 Terdapat pertukaran pada Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid 2014 melibatkan (rujuk bahan edaran): 2.1.1.1 Cik Norhidayah binti Ismail Setiausaha 2.1.1.2 Pn. Nurulaini binti Sayuti Penolong Setiausaha Tindakan: Makluman 2.1.2 Setiap unit di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid dicadangkan membuat mesyuarat ringkas bagi memastikan setiap guru yang terlibat sedia maklum dengan bidang tugas masing-masing. Tindakan : Semua jawatankuasa 2.1.3 Nama murid Pra-Sekolah 2014 perlu dikemaskini di dalam sistem APDM oleh Pembantu Tadbir. Data bagi eKEHADIRAN perlulah diisi pada jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan. Setiap maklumat yang diisi mestilah benar. Tindakan: Pembantu Tadbir 2.1.5 Buku Rekod Kehadiran perlu dihantar setiap hari oleh guru kelas Tahun 1 hingga 6. Tindakan: Guru Kelas 2.1.6 Peratus kehadiran bagi Tahun 2013 ialah 92.95% dan peratus kehadiran yang disasarkan bagi Tahun 2014 ialah 94.15%. Tindakan: Makluman

2.1.4

2.2 Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) / Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 2.2.1 Mulai 31 Disember 2013, murid dinaikkan kelas secara automatik. 2.2.2 Maklumat murid bagi tahun 2014 perlulah dikemaskini secara aplikasi online dan manual yang perlu dihantar pada bulan Februari. 2.2.3 Jika perlu, borang baru perlu diedarkan kepada murid-murid untuk urusan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pendapatan dan bilangan ahli keluarga terkini. Tindakan: SU Data dan Rekod 2.3 Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pemimpin Pelajar 2.3.1 Timbalan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam proses pelantikan pengawas 2014. 2.3.2 Setiausaha Badan Disiplin Pelajar dan Pemimpin Pelajar bersama ahli jawatankuasanya perlulah memastikan pengawas berfungsi semaksima mungkin dengan cara bertugas mengikut jadual dan kawasan serta mencatatkan salah laku disiplin dengan maklumat yang tepat. 2.3.3 Bilik Pengawas mestilah dikemaskini dari masa ke semasa. 2.3.4 Program yang bersesuaian perlulah dirancang dalam usaha mengurangkan salahlaku murid di bawah 0.01% dan meningkatkan kehadiran sebanyak 1.10% Tindakan: SU Pengawas dan Disiplin 2.4 Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling 2.4.1 Terdapat 4 fokus utama ke arah memperkasakan Bimbingan dan Kaunseling di mana fokus pertama, pembangunan sahsiah diri murid; fokus kedua, peningkatan disiplin murid; fokus ketiga, pendidikan kerjaya murid dan fokus keempat, psikososial dan kesejahteraan mental murid. 2.4.2 Melaksanakan Program Guru Penyayang yang bertujuan supaya guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.

2.4.3 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi program tersebut termasuklah mengalu-alukan kehadiran murid seperti menyambut, bersalaman, bersikap mesra, mewujudkan komunikasi yang baik dengan murid serta tidak memarahi murid atas kesilapan yang dilakukannya. Pendekatan yang lebih murni seperti berbincang dan menasihati murid adalah antara cara yang boleh diguna pakai. Tindakan: Guru Bertugas dan Pihak Pentadbir . 2.4.4 Melaksanakan Program Mentor Mentee yang melibatkan semua pelajar dari Tahun 1 hingga 6. 2.4.5 Penghargaan perlu diberikan kepada murid agar mereka berasa lebih dihargai dan bersemangat seperti mengucapkan Selamat Hari Lahir di dalam kelas. Tindakan: Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran 2.4.6 Di bawah Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN), laporan perlulah dikumpulkan 2 bulan sekali. 2.4.7 Laporan disediakan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan diselaraskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. 2.4.8 Aktiviti Program Pendidikan dan Kerohanian ini berfokuskan kepada tiga aspek iaitu mewujudkan kesedaran terhadap warga pendidikan, menghargai warga emas dan mengalu-alukan penglibatan warga emas. Tindakan: Ketua Panatia Sivik dan SU Bimbingan dan Kaunseling 2.5 Jawatankuasa Kebajikan Murid 2.5.1 Kos makanan tambahan (RMT) setiap murid layak adalah RM2.50/hari mulai Januari 2014. 2.5.2 Bayaran adalah berdasarkan Pesanan Harian, iaitu 48jam sebelum murid makan. Pembekal boleh membuat tuntutan selepas sebulan. Tindakan: penyelaras RMT & GPK HEM 2.5.3 Semua urusan kewangan RMT dijalankan oleh kerani kewangan sekolah. e-SMAS hendaklah dikemaskini selepas setiap pembayaran dibuat. Tindakan: Pembantu Tadbir Sekolah

2.5.4 Seramai 19 orang murid darjah 2 hingga 6 yang layak menerima RMT, mula makan pada 1 Jan 2014 (Bil.X2.50X190), sementara murid Darjah 1 dan cicir selepas 1 Feb 2014 (Bil.X2.50X170). Tindakan: SU RMT 2.5.5 Lebihan pada bulan Ramadan akan dibawa ke tahun hadapan manakala lebihan jumlah peruntukan sepatutnya dipulangkan ke Bahagian Akaun JPNJ. Tindakan: Pembantu Tadbir Sekolah 2.5.6 Kualiti dan kuantiti makanan mestilah berasakan kepada SPK Bil.1/2013. Menu makanan pula mengikut menu yang telah sedia ada. Tindakan: GPK HEM 2.5.7 Program Susu 1Malaysia akan bermula pada bulan Februari 2014. 2.5.8 Murid akan dibekalkan dengan 2 kotak susu seminggu. Tindakan: SU Kebajikan Murid dan AJK 2.5.9 Buku teks wajib persekolahan. diedar kepada murid sebelum hari pertama

2.5.10 Sekolah mestilah mengisi data penerimaan buku teks ke dalam eMATEKS. 2.5.11 Terdapat 9 fail utama dan 2 fail tambahan (fail mesyuarat dan fail kelab SPBT) SPBT yang perlu ada di sekolah. Tindakan: SU Skim Pinjaman Buku Teks 2.5.12 Urusan pembayaran KWAPM kepada 37 orang murid yang telah dikenal pasti tahap kelayakannya mestilah mengikut SPK Bil.5/2012. 30 orang murid layak mendapat bantuan KWAPM sebanyak RM200.00, 5 orang murid layak menerima RM450.00 di bawah kategori murid miskin dan 2 orang murid miskin tegar layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM700.00 2.5.13 Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) layak diterima oleh semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal. Tindakan: SU Kebajikan Murid dan AJK

2.5.14 Pada pemantauan yang dibuat pada 2013, pengurusan RMT adalah pada aras gemilang dan KWAPM pada aras cemerlang. Tindakan: Makluman 2.6 Jawatankuasa Kantin 2.6.1 Menerangkan kepada pengusaha kantin makanan dan minuman yang tidak digalakkan, dilarang dan sesuai dijual di kantin sekolah. 2.6.2 Memaklumkan kepada pengusaha kantin bahawa tender kantin dilanjutkan bermula 1 Disember 2013 / 1 Januari 2014 sehingga 30 November 2015. 2.6.3 Borang Kendiri Kantin (KD2) perlu dihantar ke PPD sebelum atau pada 5 haribulan berikutnya. 2.6.4 Kantin sekolah berada pada markah 80% hingga 90% iaitu gred B selepas pemeriksaan dijalankan oleh pihak kesihatan. Kelemahan yang dikenal pasti adalah plastik hitam tidak diletakkan pada tong sampah di kantin sewaktu pemeriksaan dijalankan. Tindakan: SU Kantin 2.7 Jawatankuasa Sekolah Selamat 2.7.1 Jawatankuasa perlu menyemak manual sekolah selamat dan memeriksa persekitaran sekolah untuk memastikan keselamatan pelajar. 2.7.2 Mesti mengadakan latihan menyelamatkan diri dari kejadian kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan menyediakan pelan laluan yang sesuai. Tindakan : Jawatankuasa Sekolah Selamat 2.8 Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan, Pencegahan Denggi dan Tandas Sekolah 2.8.1 Memastikan kawasan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes bagi mengelakkan kompaun/denda yang bakal dilaksanakan mulai 2014. 2.8.2 Penguatkuasaan zon larangan merokok di sekolah juga perlu dilaksanakan mulai 2014. Meletakkan papan tanda larangan merokok di luar pintu pagar sekolah. 2.8.3 Meneruskan Program 3K dengan membuat penambahbaikan pada program 2013 yang sedia ada.

2.8.4 Menghantar laporan denggi setiap bulan ke PPD sebelum 5 haribulan, bulan berikutnya. Tindakan: SU Kebersihan dan Keceriaan 2.9 Jawatankuasa Insuran, Simpanan dan Tabungan 2.9.1 Memastikan semua murid mempunyai akuan tabungan Tabung Haji. 2.9.2 Memaklumkan kepada murid membuat pembetulan pada bahagian penjaga sekiranya penjaga yang tertera telah meninggal dunia. 2.9.3 Membuat bancian dalam kalangan murid bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan akauan bank lain yang telah sedia dimiliki. 2.9.4 Menggalakkan murid membuat kemudahan di masa akan datang. simpanan dan menabung demi

Tindakan: SU Insuran, Simpanan dan Tabungan 2.10 Jawatankuasa RIMUP 2.10.1 Merancang aktiviti yang mampu memupuk semangat perpaduan antara masyarakat setempat yang berbilang kaum seperti kolaborasi yang telah dijalankan dengan warga sekolah SJKC Tai Sin yang melibatkan aktiviti sukan, perkhemahan dan jamuan Hari Raya. 2.10.2 Aktiviti perlulah dijalankan meskipun tiada peruntukan seperti pada tahun 2013, aktiviti RIMUP telah dijalankan di peringkat daerah, bertempat di padang sekolah SJKC Yok Poon. Tindakan: SU RIMUP 2.11 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2.11.1 Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah meliputi pengurusan fail mengikut instrument pemantauan, pelancaran minggu anti dadah, aktiviti PPDa, PROSIDAR/PROSIDAR-J, memperuntukkan masa 5 minit bagi penyampaian maklumat PPDa pada setiap minggu/bulan, dan menyediakan bilik/sudut/lorong PPDa. 2.11.2 Menghantar borang ADIUB pada setiap 5 haribulan berikutnya dari bulan Januari hingga November. 2.11.3 Memaklumkan dan menghantar maklumat dengan segera sekiranya terdapat murid yang terlibat dengan dadah yang dikesan melalui ujian urin mahupun tangkapan polis. Tindakan: SU PPDa

2.12 Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan 2.12.1 Mengemaskini bilik kesihatan dari masa ke semasa. 2.12.2 Menyediakan buku rekod penggunaan yang memaparkan maklumat murid yang sakit dan lawatan untuk rawatan pihak dari pusat kesihatan. 2.12.3 Peti ubat sentiasa dikemaskini kandungannya dari segi ubat-ubatan, kain pembalut, kain kasa dan sebagainya. 2.12.4 Menyediakan laporan bergambar setiap kali lawatan atau rawatan dari pusat kesihatan. Tindakan: SU Kesihatan dan Rawatan 2.13 Jawatankuasa Kedatangan/Rekod dan Pendaftaran Murid 2.13.1 Menyediakan buku Analisa Kedatangan Harian `murid. 2.13.2 Merekodkan kehadiran setiap hari murid dari segi bilangan murid hadir dan bilangan murid tidak hadir beserta sebab. 2.13.3 Memastikan semua maklumat dalam Buku Kedatangan Murid adalah lengkap, kehadiran murid ditanda pada setiap hari, dikemaskini pada setiap hujung bulan dan dihantar ke bilik GPK HEM sebelum jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan. 2.13.4 Menyediakan Buku Kawalan Kelas dan menyemaknya dari masa ke semasa. 2.13.5 Menerima kemasukan murid baru dan mendaftarkannya ke dalam buku pendaftaran dan memberikan nombor pendaftaran baru untuk rujukan dan kegunaan guru kelas. Tindakan: SU Kedatangan/Rekod dan Pendaftaran Murid 3.0 Hal-hal lain 3.1 Sebagi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid 2014, Encik Yaakob mengharapkan agar semua guru bekerjasama dan membuat yang terbaik bagi setiap tugas yang telah diamanahkan. Penutup 4.1 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama yang baik dalam menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan Jawatankuasa unit-unit Hal Ehwal Murid (HEM). Beliau juga mengingatkan kembali agar Buku Kedatangan Murid dihantar ke pejabat pada jam 9.00 pagi setiap hari dan melarang buku tersebut dibawa pulang ke rumah.

4.0

4.2

4.3

Beliau turut mengharapkan agar guru-guru datang lebih awal ke mesyuarat dan sentiasa menepati masa.

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

................................... ( NORHIDAYAH BINTI ISMAIL ) Setiausaha Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SK. Sungai Kapal, Pengerang, Johor.

...........................................

Tarikh Keluaran 31 Disember 2013

No Keluaran 01

No Pindaan 00

Potrebbero piacerti anche