Sei sulla pagina 1di 8

SULIT

011
Bahasa
Melayu
Mac
2006
50 minit

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI


BAYAN BARU, PULAU PINANG.
UJIAN PRESTASI 1 / 2006
PEMAHAMAN
TAHUN ENAM
50 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1
2
3

.Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


.Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Cara menjawab adalah seperti berikut.
Contoh soalan :
Ali menulis namanya pada buku dengan .
A
pemadam
B
pembaris
C
pensel
D
kapur
Jawapan yang betul bagi contoh soalan ini ialah pensel dan hurufnya ialah C.

4
5

.Bagi satu soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.


.Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi

halaman bercetak.

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT
012
Bahasa
Melayu
Mac

Nama:.. Tahun: ..

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI


1 jam 15 minit
BAYAN BARU, PULAU PINANG.
2006

UJIAN PRESTAI 1 / 2006


KERTAS 2
TAHUN ENAM
Satu Jam Lima Belas Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1
2
3

.Kertas ini mengandungi 3 Bahagian iaitu A, B dan C.


.Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.
.Bagi Bahagian B, anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja sama ada
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.

[Lihat sebelah
SULIT

BAHAGIAN A
Masa yang dicadangkan: 15 minit
( 10 markah )
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti di dalam gambar di bawah.

1. .
.
2. .
.
3. .....
.
4. .
.
5. .
.
1

BAHAGIAN B
Masa yang dicadangkan: 40 minit
( 30 markah )
Arahan: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang
Panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Rakan anda telah menerima anugerah Pelajar Cemerlang baru-baru ini. Tulis
sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah dan bertanyakan
rahsia-rahsia kejayaannya.
ATAU
2. Sekolah akan menganjurkan pertandingan syarahan antara kelas. Anda mewakili
kelas anda dalam pertandingan itu. Tuliskan syarahan anda yang bertajuk
Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama .
ATAU
3. Sebuah pasar raya baru telah dibuka berdekatan tempat tinggal anda. Anda
berpeluang ke sana bersama-sama dengan ibu anda. Gambarkan suasana pada
hari pertama pasar raya itu dibuka.
No. Soalan: .

BAHAGIAN C
Masa yang dicadangkan: 20 minit
( 20 markah )
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Setiap hari, Amirul pergi ke sekolah seawal 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di
sekolah kerana hendak bermain dengan rakan-rakannya yang sudah menunggu. Oleh
sebab hendak cepat dan tergesa-gesa, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya
telah menyediakan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng.
Ibunya sering menasihatinya agar makan dahulu sebelum pergi ke sekolah. Puas
ibunya menasihatinya, namun bagai mencurah air ke daun keladi. Ibunya memujuk
dengan memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Amirul tidak mengambil
peduli dengan kata-kata nasihat ibunya.
Pada waktu rehat pula, Amirul selalu tidak makan. Masa rehat dihabiskan dengan
bermain sahaja. Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Amirul
pengsan. Doktor mengesahkan Amirul mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Amirul
menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan
makan mengikut waktunya.

Soalan disediakan oleh,


.
( OMAR BIN ABDULLAH )

Soalan disemak oleh,


..
( EN. BAHADON BIN ISMAIL )