Sei sulla pagina 1di 6

KES PENIPUAN BARANGAN JENAMA AOWA DARI SYARIKAT ANZATEC

Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, saya bersama anak keluar dari
pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai buku berhampiran. Dalam
perjalanan, saya disapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui
identitinya sebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi borang
kajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu beg
kitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukan
kerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada ingin bekerjasama
dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awal identiti dan
tujuan mereka sudah tentulah saya tolak. Setibanya di petak jualan mereka, saya
diyakinkan hanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu
membuat apa-apa pembelian. Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan
oleh kumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya ingin
memenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, saya
ditanya bermacam-macam soalan seperti adakah saya tahu kebaikan jenama dan
produk mereka dan impak kepada alam sekitar, adakah barang mereka mahal
dan pelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberi pilihan,
tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka. Antara
produk-produk mereka yang saya perasan:
Microwave
Induction Cooker
Water Filter Energy System
Water Filter Vacuum
Rice cooker
Secara jujur saya memang tidak mahu membeli barangan mereka kerana pada
pendapat saya harganya agak mahal dengan jenama yang masih tidak dikenali itu.
Hal itu saya nyatakan kepada penjual-penjual tersebut, tetapi dengan taktik
mereka, mereka masih mempunyai hujah yang barang-barang mereka itu dijual
dengan harga yang murah. Lebih-lebih lagi mereka menawarkan penurunan harga
yang melampau dan pada saya tidak munasabah; dari lebih kurang RM6,000
kepada RM2,000 sahaja untuk pembelian 3 barang yang jelas sekali barang
murahan dari China. Tidak mahu bergaduh, saya terangkan yang saya mungkin
takkan membeli hari ini, kerana saya nak berbincang dengan emak saya di
kampung dahulu memandangkan saya memang berniat menghadiahkan penapis air
kepada emak. Namun, penjual-penjual tersebut seperti tidak ingin melepaskan saya
pergi, saya ditawarkan pula ansuran bulanan dan melalui kad-kad bank. Pada tahap
ini, saya sudah mula hampir hilang sabar dan terus menolak. Mereka nampak
terdesak bila melihat saya seperti tak makan umpan mereka , penjual yang
berpromosi dengan saya nampak sedikit marah kerana mungkin sebab saya tak

makan saman. Akhirnya mereka seperti memaksa saya membayar duit deposit
RM50 yang saya DIJANJIKAN SECARA MULUT dan ditulis secara umum pada resit
bayaran, boleh dipulangkan pada bila-bila masa seumur hidup jika saya ingin
batalkan pembelian/tempahan saya. Memang salah saya waktu itu saya
tandatangan tanpa baca dahulu keseluruhan syarat-syarat yang dikenakan.
Memang tertera di situ, wang deposit tidak akan dikembalikan jika belian
dibatalkan, tetapi terdapat syarat lain seperti barang tempahan dianggap lupus jika
baki bayaran tidak dibuat dalam tempoh masa 3 bulan yang mana syarat itu
dibatalkan oleh penjual tersebut, jadi saya diberi peluang seumur hidup untuk
menjelaskan bayaran tersebut.
Lebih kurang seminggu selepas itu, saya kembali bersama suami untuk menuntut
semula wang deposit. Saya bercakap dengan penjual yang lain dari yang saya
jumpa sebelumnya. Menurut dia, saya hanya boleh dapatkan duit itu pada hari
bekerja sebelum pukul 6 petang dan perlu datang semula pada hari bekerja
sebelum 6 petang. Pada 31 Januari (lebih kurang seminggu selepas itu) saya
kembali pada waktu yang bersesuaian dan bercakap dengan gadis yang menyapa
saya pada hari pertama itu. Katanya, memang duit saya kira hapus sebab kalau
saya nak tuntut semula duit deposit itu, hanya boleh dibuat dalam hari yang sama
bayaran dibuat, satu syarat baru yang amat tidak lojik jika mahu menjanjikan
deposit dipulang semula. Saya mula naik angin dan minta penjelasan lanjut.
Menurut dia, duit saya hanya akan diganti dengan sejenis barang mereka yang saya
kurang kenal pasti (seperti termos) yang nilainya menurut mereka RM199. Saya
beritahu barang itu tak bernilaipun bagi saya sebab saya tidak ada keperluan untuk
itu. Tak cukup dengan itu, saya diminta untuk menghabiskan lagi masa dan duit
minyak untuk kembali semula sekali lagi pada hari lain kerana van yang kononnya
tempat termos itu disimpan dibawa bos mereka ke tempat lain ketika itu.
Kemudian suami saya masuk campur dan menyuruh mereka hantar sendiri barang
tersebut ke rumah (rumah kami tak jauh dari situ) kerana tidak mahu membuang
masa dan minyak berulang kali datang ke tempat itu sedangkan alasan mereka
sentiasa berubah-ubah. Namun, sampai ke hari ini kami masih tidak dihubungi oleh
mereka.
Di rumah, saya membuat carian internet dan dapati rupa-rupanya saya bukan
mangsa pertama, malah ada lagi yang lebih teruk ditipu dengan jumlah wang yang
banyak melibatkan jurujual produk jenama sama. Malah ada lagi kes seumpama ini
di negara jiran Indonesia. Ini link-link yang berkaitan:
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-harga-produk-jenama-aowa
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=319754
http://bizniz87.wordpress.com/2009/07/25/kisah-penipuan-jenama-aowa/
http://bizniz87.wordpress.com/2011/02/03/kisah-penipuan-aowa-dari-sabah-awaspenipuan/

http://www.sabahforum.com/forum/kaunter-aduan-isu-pengguna/topic1658315.html
http://mengkuangberduri.blogspot.com/2011/06/awas-penipuan-jualan-baranganaowa.html
http://nurriz3120.blogspot.com/2012/09/taktik-penipuan-aowa.html
http://eepinside.com/?p=368

Pada mulanya saya ingin kemukakan hal ini ke Tribunal Pengguna. Memandangkan
tribunal memaklumkan hanya boleh kembalikan sahaja wang RM50 itu tetapi tidak
boleh mendedahkan nama syarikat tersebut, ia tidak menyampaikan tujuan saya
yang mahu masyarakat tahu tentang kaedah penipuan ini dan nama syarikat itu
(juga penjual-penjual tersebut) agar rakyat boleh menjauhkan diri sementara pihak
berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bagi saya, melihatkan keskes/aduan-aduan yang tersebar di internet yang bukan sahaja di Malaysia tetapi
sampai ke negara jiran sudah cukup membuktikan syarikat dan jenama terbabit
harus disiasat dan diambil tindakan segera. Jika tidak, memang jelaslah pihak
mereka ada kabel dengan pihak berkuasa. Bayangkan kes-kes yang kita ketahui
hanyalah melalui internet, bagaimana pula dengan mereka yang masih tidak ada
online akses untuk mengetahui hal-hal seperti ini, atau worst case scenario
golongan-golongan tua dan kurang berpelajaran ditipu duit simpanan mereka oleh
syarikat yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya juga pernah menimbangkan
untuk membuat laporan polis sebelum dedahkan perkara ini di media tetapi khuatir
jika kumpulan ini mempunyai kaitan dengan samseng dan gangster sehingga boleh
mengancam keluarga saya. Oleh itu, saya menghantar kisah ini sebagai rujukan
untuk pihak berwajib serta mampu menyebarkan kisah penipuan ini kepada semua
rakyat dengan segera.
Kiraan mudah, jika mereka mampu menipu seorang pembeli sudah mendapat
sehingga RM6,000 atau lebih, tiga mangsa seminggu sudah dapat membolot
RM18,000 atau lebih. Jika dalam kes saya, deposit RM50 seorang, jika tiga orang
sehari sudah RM150 atau lebih RM1,000 seminggu tanpa perlu menyerahkan
sebarang barangan. Apabila pelanggan datang menuntut kembali deposit, konon
mahu ganti dengan barang tetapi barang itu pula di tempat lain dan mangsa perlu
datang kembali hari lain. Dengan sifat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu
yang rata-rata tidak suka membuang masa atau menyusahkan diri, tambahan pula
untuk jumlah deposit yang agak kecil, akhirnya kumpulan penipu ini mendapat duit
percuma hampir setiap hari dengan hanya menjual air liur. Ini tiada bezanya
dengan skim cepat kaya, skim piramid, gores dan menang atau mana-mana cara
penipuan yang menjadikan penjenayah-penjenayah ini jutawan segera,
memudahkan lagi mereka membuat penipuan lebih besar kelak.

Saya berharap kisah ini dapat dikongsi dengan seramai mungkin rakyat Malaysia
dan bagi media atau pihak yang mampu menyiasat dan mendedahkannya,
tolonglah lakukan dengan segera agar tiada lagi antara kita menjadi mangsa. Bukan
sahaja pihak berkuasa perlu bertindak, pihak pasar raya yang menyewakan tapak
juga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menyiasat latar belakang penyewa
agar pelanggan mereka tidak menjadi mangsa, seterusnya mencalit arang ke muka
pemilik pasar raya itu sendiri. Di mana-mana pasar raya kini begitu mudah
kumpulan penjenayah ini menapak, menahan orang ramai dengan hadiah picisan
dan pamplet sebelum 'memukau' dengan bermacam taktik dan ayat menggoda. Ini
sudah menjadi isu besar dan perlu tindakan segera. Walaupun kisah saya tidak
seteruk mereka yang ditipu ribuan ringgit, diharap cukup untuk mengukuhkan
harapan agar media, pihak berkuasa dan masyarakat setempat bersatu mengekang
dan menghapuskan taktik penipuan di tempat-tempat kita membeli barang
keperluan mahupun tempat membawa keluarga bersiar.
Terima Kasih,
Inarah Hashim, Sri Gombak (tolong rahsiakan nama saya)

_______________________________________________________________________
(Tempat Berlaku)
Giant Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor
(Pejabat mereka seperti tertera di borang pesanan)
No 3, Jalan Anggerik Mokara 31/48, Kota Kemuning Section 31, 40460, Shah Alam,
Selangor
_______________________________________________________________________________
Dan pada 12 Febuari 2013, saya ke Giant Batu Caves sekali lagi dan dapati
kumpulan penjual penipu ini sudah berpindah ke tapak lain. Dengar cerita dari
'jiran' penjual mereka ke Ampang Point (entah betul atau tidak saya tidak pasti)
Tapi yang saya pasti mereka ini memang penipu dan sudah tentulah selepas ini
mereka ingin mencari mangsa baru untuk dikenakan. Jadi kita sebagai pengguna
haruslah berhatihati agar tidak termakan taktik dan tipu helah mereka ini di mana
sahaja.
_________________________________________________________________________________
18/2/13 - Email kepada En Iqbal

Salam
Merjuk kepada perkara di atas dan aduan yang telah saya hantar melalui "on-line"
pada 8 Febuari 2013, saya ingin memaklumkan bahawa pada 12 Febuari saya
kembali ke tempat kejadian (Giant Batu Caves) dan mendapati kumpulan penjual
tersebut telah tiada, saya diberitahu bahawa mungkin mereka berpindah tapak ke
Ampang Point ( kebenaran tidak dapat saya pastikan)
Saya amat berharap perkara/kes aduan ini dipandang serius oleh pihak tuan dan
syarikat ini diambil tindakan. Untuk rujukan dan pelbagai lagi pandangan orang
ramai dan pengalaman mangsa-mangsa lain bolehlah ke link-link ini:

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699578&extra=
http://www.mesra.net/forum/index.php?
s=a715f9e10e376345fdb795df07eb56f7&showtopic=129003&pid=5414764&st=0
&#entry5414764
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=406818&page=5
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-barangan-aowa-dari-syarikatanzatec

Terima kasih

Siti Inarah
_______________________________________________________________________
Nombor E Aduan: 01301282
20/2/2013 -1926PM
Di hubungi Encik Iqbal dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan
1.Mencadangkan membuat tuntutan ke Tribunal Pengguna - menolak
2.Akan memaklumkan perkembangan terkini tentang siasatan
3.On-line status - kes selesai
27/2/13 terima surat pengesahan terima aduan dari KPDNKK Gombak

(Gombak@kpdnkk@gov.my)
19 April 2013 Hantar e mail kepada En. Iqbal untuk perkembangan semasa,
balasan:
Siasatan telah dijalankan oleh pihak PPDNKK Gombak. Didapati premis tersebut tidak lagi
beroperasi di Giant Batu Caves. Pihak PPDNKK Gombak sedang berusaha untuk mencari
tempat mereka beroperasi dengan meminta bantuan dari cawangan PPDNKK yg lain
kerana terdapat persempadanan antara cawangan. Jika pihak puan ingin membuat tuntutan
terhadap wang yg puan telah bayar, saya mencadangkan agar puan ke Tribunal Tuntutan
Pengguna Malaysia.

27/2/13
Aduan ke Suruhanjaya Tenaga
Nombor Rujukan:

0046/02/13

Minta siasat jenama dan syarikat di atas kerana mereka amalkan kaedah muslihat
dan penipuan dalam jualan. Jika benar produk mereka benar berkualiti dan
memenuhi panduan keselamatan kenapa harus menipu ketika berurus niaga. Saya
bimbang mereka membeli produk murahan China dan melabel jenama sendiri untuk
tujuan harga lebih mahal. Saya juga telah buat e-aduan kepada KPDNKK dan
National Consumer. Aduan lanjut sila ke:
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-barangan-aowa-dari-syarikatanzatec
Link-Link Forum Diskusi
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-barangan-aowa-dari-syarikatanzatec
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=406818
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699578
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=129003

Potrebbero piacerti anche