Sei sulla pagina 1di 2

JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: 6 : 6

Tarikh peristiwa / kejadian : 25 Februari 2020 Tajuk Jurnal : Penyeliaan bagi subjek minor oleh pensyarah Bahasa Malaysia i. Isu / Masalah : Pada hari ini saya dan rakan diselia oleh pensyarah Bahasa Malaysia untuk subjek minor kami. Sememangnya, saya dan rakan amat berdebar untuk menerima kunjungan daripada pensyarah kerana hari ini

merupakan penyeliaan pertama kami bagi subjek ini. Saya dan rakan juga berada dalam keadaan yang tidak bersedia disebabkan pensyarah ingin menyelia kami pada hari ini juga walaupun PdP kami telah pun berlangsung pada hari semalam. ii. Analisis Pada semester ini, saya dan rakan akan diselia oleh pensyarah untuk subjek minor sebanyak tiga kali. Untuk semester ini, kami dikehendaki menjalankan sesi PdP bagi subjek Bahasa Malaysia terhadap murid aliran perdana. Sebelum ini, kami telah pun bertemu dengan pensyarah bagi membincangkan tentang kedatangan beliau ke sekolah. Beliau juga turut berpesan agar kami sentiasa bersedia untuk diselia kerana jadualnya yang padat. Namun begitu, saya tidak menyangka beliau akan memilih hari yang tidak terdapat PdP Bahasa Malaysia dalam jadual waktu saya. Kami juga menghadapi kesulitan untuk melaksanakan pengajaran tersebut disebabkan bahan bantu belajar yang telah digunakan semalam tidak dibawa pada hari ini.

iii.

Cadangan tindakan susulan

Untuk masa akan datang kami akan lebih bersedia bagi menghadapi penyeliaan seperti ini. Kami akan menyediakan satu rancangan pengajaran harian khas sebagai persediaan sekiranya pensyarah ingin menyelia secara tiba tiba. Bahan bantu belajar, BBB juga perlu ditinggalkan di sekolah agar saya dan rakan tidak perlu pulang semula ke rumah untuk mengambil BBB tersebut.

iv.

Tempoh masa tindakan susulan Sepanjang tempoh berpraktikum ini, saya perlu lebih peka dan pantas dalam menghadapi dan menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan situasi ini. Saya juga perlu pandai dalam mengawal diri iaitu bersikap tenang dalam apa jua keadaan yang menimpa. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan sikap profesionalisma saya sebagai seorang guru supaya tidak cepat melatah dengan cabaran seperti ini.

Disemak oleh guru pembimbing Nama Tandangan : Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tarikh :

Potrebbero piacerti anche